Thursday, 5 March 2009

Dikejar Raksasa

Mujur hari ini, kelas habis awal. Jadi kami terus pulang ke rumah, tidak singgah solat Asar di Portland. Sepanjang perjalanan, saya sibuk berbincang dengan Nadiah tentang perancangan untuk menjual kek bagi mendapatkan peruntukan Sister’s Ball.

Hanya tinggal kurang dari 500m dari rumah, saya pelik mengapa kawan-kawan yang berjalan di belakang memperdengarkan bunyi yang agak aneh. Pusing belakang, kelihatan muka mereka ketakutan. Seribu pertanyaan muncul dalam minda.

Bila saya pandang semula ke depan, nampak sesuatu yang macam biasa jumpa.

Saya dan makhluk itu saling berpandangan seketika. Kemudian, ia memandang beg plastik berisi bekal kami yang berada di tangan saya.

ARGHH!! Anjing! Apa lagi, lantaran ketakutan, kami berlari sekuat tenaga. Berpatah balik dan tidak melalui laluan pejalan kaki yang disediakan. Menyelusuri penghadang. Tak perduli pada mata- mata yang memandang. Berderet kereta-kereta yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya tika itu. Al-maklumla, masa hampir ke pukul 5 petang.

Tetapi, usaha kami masih lagi tidak berjaya. Makhluk aneh itu masih lagi mengekori kami. Dalam erti kata lain, mengekori saya. Kenapa saya? Saya takut anjing! Pergi la.. Wa!!!

Kerana makanan yang saya bawakah? Saya mencampakkan plastik makanan itu. Mujur makanan tak berhamburan. Ya Allah, ampunilah dosaku kerana mencampakkan rezekiMu.


Takut yang saya hadapi tika itu, hanya Tuhan je yang tahu. Mujur hormon adrenalin masih lagi boleh berfungsi dengan baik. Tiba-tiba anjing itu hilang dari pandangan. Risau juga kalau-kalau anjing itu muncul kembali, tapi kerana telah kepenatan ‘berjoging’ tadi dan kemalasan untuk berpatah balik dan mengikut jalan yang jaraknya 10 kali lebih jauh (hiperbola melampau), kami meneruskan langkah kaki ke hadapan. Bertawakal sepenuhnya kepada Allah.

Sewaktu hendak ke selekoh berhadapan Silitoe Court, tiba-tiba makhluk aneh itu muncul kembali. Mulanya ia tidak perasan akan kami yang berada di situ, tetapi tiba-tiba ia berpaling dan mengejar Nadiah. Alhamdulillah, Nadiah selamat. Tiada kemalangan jiwa berlaku atau keperluan untuk samak (bulu anjing itu kering).

Sewaktu hendak menghantar Dijah pulang (khuatir jika anjing itu mengenalinya dan ingin berkejaran lagi dengannya), seseorang bertanya pada kami.

“Did you lose your dog?”

Ha? Tengok anjing pun kami takut, inikan pula mahu membelanya. Lagipun kami bertudung. Muslim. Alangkah tidak prihatinnya mereka. Kita tahu budaya mereka, kadang-kadang, terlalu mengkagumi artis Barat, tetapi mereka sedikit pun tidak perduli tentang kita. Adakalanya segelintir mereka tidak tahu pun tentang Malaysia.

Sepanjang perjalanan, sikit pun saya tidak dapat menahan diri dari ketawa. Ya Allah, berapa banyak ilmuMu yang telah keluar dari mindaku. Tapi, memang.. Malunya.. Semua orang memandang kami tadi. Jalan tengah sesak, tapi kami boleh pula berkejaran dengan anjing tadi. Moga-moga tiada orang Malaysia yang berada di tempat kejadian. Amiin.. Kalau tak,tak tahu mana cek nak letak muka.. Hehe.

3 comments:

su_zul said...

salam.kak asmaa,da blh komen..he3

Kujie said...

Salam... dtg dari Forum sk

hv a nice day

su_zul said...

to Kujie:Wassalam..Oo..ok..
berjaya juga sy promote.insyaAllah..thanks..

Followers