Sunday, 8 March 2009

Malaysian Night, Malam Kita?

Kepenatan sudah mula dirasai sejak hari Khamis lagi. Hari itu, saya, kak Sya dan Kak Su pergi membeli-belah (yang sangat memenatkan) untuk persiapan makan malam Malaysian Night. Malam tahunan Nottingham Malaysian Society.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Tugas saya sebagai sukarelawan makan malam VIP juga berjaya dilaksanakan dengan bantuan para sahabat. Acara bermula dengan makan malam pada pukul 6.00 petang (sebenarnya da malam pun). Kemudian persembahan drama musikal pada pukul 8.00 malam hingga 10.30 malam.

Alhamdulillah, kami (para sukarelawan makan malam) sempat juga menonton drama. Para pelakonnya memang mantap, boleh menang Anugerah Skrin TV3. Tak sangka sungguh, Izreena and the gang berjaya memeriahkan babak Hari Raya. Amboi, Izreena.. Hang jadi Cik Combi naa.. Padan dengan Nana Kasssim.. Haha..

Babak pencak silat juga sangat menarik. Memang berjaya membuatkan banyak mata yang terpesona. Gerak langkah teratur dan jelas punya ciri kemelayuan. Bangga kerana silat dipentaskan di hadapan para penonton yang datang dari berbilang bangsa dan negara asal. Bak kata Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia. Sangat-sangat suka dua babak ini- silat dan adegan hari raya. Mungkin kerana saya sendiri, yang sangat menggemari persembahan silat. Punya seni tersendiri.

Namun, ada banyak perkara yang perlu diperbaiki.

1)Soal hidangan makanan perlu lebih dititikberatkan. Senang cerita, makanan untuk semua hadirin dan sukarelawan perlu lebih mengenyangkan kerana kebanyakan manusia boleh menjadi Incredible Hulk bila lapar.

2)Pengangkutan para penonton dan sukarelawan juga perlu lebih teratur. Bukan bergantung pada bantuan orang lain. Moga tahun depan, lebih banyak lagi perbelanjaan yang akan diperuntukkan untuk bahagian logistik kerana £100 tidak mencukupi.

3)Pemakaian dan pergaulan para penonton dan pelakon juga perlu lebih sopan. Malaysian Night bukan malam parti dan bukan budaya orang Malaysia pun untuk berparti dan berpakaian menjolok mata. Setiap kaum di Malaysia punya adat yang menuntut kesantunan. Jujur saya katakan, malam semalam, cantik lagi orang yang ‘menutup’ berbanding orang yang ‘mendedahkan’. Saya kira, tidak perlu la memasukkan adegan keterlaluan yang sebenarnya tidak mencacatkan sedikit pun jalan cerita jika digugurkan dari babak lakonan, kerana sudah tentu kita tidak mahu orang Barat punya perspektif negatif tentang Malaysia.

4)Setiap perancangan perlu diselitkan Plan B. Seperti apa yang berlaku sewaktu makan malam para VIP, VIP membawa keluarga mereka bersama. Sedangkan tempat untuk VIP yang disediakan hanya 20 orang. Mujur kak Sya membantu kami menguruskannya dengan baik. So, always prepare for trouble.

5)Perlu ada AJK yang menguruskan harta benda NMS supaya tidak berlaku kehilangan barang dan pembaziran wang pound setiap kali aktiviti NMS diadakan.

Antara komen para hadirin:

1)Persembahan sangat mantap. Adegan menarik. Ada penonton yang menitiskan air mata(sangat menghayati..).

2)Waitress semua lawa-lawa. (yang ini, saya suka^_^)

Sekalung terima kasih saya hulurkan buat semua yang membantu. Terutama pada Kak Su, Kak Sya, Kak Reez, Dijah, Hana, Yna, Nab dan Pain. Terima kasih tak terhingga juga buat Nabilah dan Jihah yang hadir sebagai penonton tetapi punya jiwa sukarelawan. Terima kasih pada kak Zaffan, Batu, dan Justin kerana sanggup berulang-alik mengambil para sukarelawan dari East Drive ke King Meadow Campus(KMC) dan menghantar kami pulang ke rumah dengan selamat. Sekalung penghargaan juga buat semua yang menjayakan Malaysian Night 2009.

Moga aktiviti NMS pada tahun depan lebih menarik dan berjaya dari tahun ini. Malaysian Night adalah malam orang Malaysia. Malam untuk budaya Malaysia diketengahkan di kalangan penduduk United Kingdom, khususnya Nottingham. Malam untuk semua Malaysian di Nottingham saling bekerjasama. Jika kita mahu segala yang lagho dan haram dibanteras, kita perlu menjadi badan penggerak. Ikut serta dalam pembikinannya. Bukan seperti enau, yang melepaskan pucuk masing-masing.

Teringat saya suatu hadis sahih (maaf, tak tahu sumber).

Tugas melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar umpama belayar di atas kapal. Orang yang melaksanakan amar makruf berada di bahagian atas kapal manakala orang yang melakukan kemungkaran berada di bahagian bawah kapal. Apabila kehausan, orang yang berada di bawah kapal itu menebuk lubang untuk mendapatkan air laut. Jika orang yang melaksanakan amar makruf tidak mencegah orang-orang itu dari terus menebuk kapal (nahi mungkar), sudah tentu kedua-duanya akan karam. Kerana bala akan diturunkan pada seluruh kaum itu, sama ada beriman atau tidak.

Dan ingatlah, ketika suatu umat di antara mereka berkata, “Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?” Mereka menjawab,”Agar kami mempunyai alasan (mereka telah melaksanakan perintah Allah untuk memberi peringatan) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa. (Surah Al-A’raf:164)

Wallah hu alam.

p/s: Ada sesiapa yang berminat menjadi badan tertinggi NMS?^_^

12 comments:

atie said...

Salam su...jzkk sbb cite pasal mnite ni dalam blog awak...saye x penah pegi pun so dgr2 cerita org je la...

su_zul said...

Wslm.small matter kak..he3..my pleasure to cerita kt akak..^_^..insyaAllah,tahun depan kta cuba organise Islamic Mnite..

aemintz said...

salam,

glad that you guys had done your best for the event and kagum with adik adik nye courage utk menyumbang kpd masyarakat..smg Allah sentiasa menyuburkan perasaan ikhlas dan sabar.

valuable experience, isnt it.

smg pengalaman mendewasakan kita inshaAllah..

looking forward for ISOC BALL. hehe!

su_zul said...

wslm..time kasih kak anis..he3..sebut psl sister's ball,seram sejuk pulak sy dibuatny..he3

fuad said...

Salam ziarah..sebuah blog yang menarik...jemput ziarah blog saya untuk tujuan muzakarah<,> dan sila add blog saya sebagai rakan blog anda...tq

su_zul said...

Fuad:Salam.terima kasih.blog yang memberi banyak informasi.tak sangka,usia muda sudah punya izzah dalam diri..Alhamdulillah..

Anak Pendang Sekeluarga said...

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk." (At-Nahl 16:125)

Salam,kak saya pun dah add kak dah...kak tinggal kat London ke.....macam na keadaan org Islam dekat sana....Tq

su_zul said...

fuad:salam.ai,kak?ha3..rsa diri ni lbh tua pulak.he3..xpe2..em, klu bce blog sy btul2,blh tau kot sy kt ne n keadaan org Islam kt cni.truskn meneroka dunia luar k...jazakumullah hu khairan for the dalil.really appreciate it..

melintangpatah said...

salam sister..

terjumpe ayat ni..maybe kite perlu perhalusi..

AQT 5:02 ( Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. )

saje share ayat ni memandangkn kite bercerite pasal dakwah, tidak boleh lari drpd nas2 AQ dan Sunnah.

fatihah said...

haaa...dah jd welfare nms ni ape lg?? harap2 su tak lupa janji2 su pd nms and harapan kitorg kat su jugak...gud luck sis!

su_zul said...

melintangpatah: jazakallah hu khairan utk ayat 5:02.. mmg btul,cara utk bdkwah tu perlu lbh dperhalusi. pd pndpt sy,bgntung pd kmmpuan pdkwah dan skop dakwah itu sdiri.maaf,masih lg sdg brusaha memantapkan diri.bukn cuba mahu mmperbetulkan bnda yg salah,tp mst ada sebab knp sesuatu pkara tu mjadi slh kn?Krn kita yg x membetulkn ksalahan itukah?Wallah hu alam.trima kasih ats tegurn.

su said...

kak atie:he3..thanx a lot kak.la,np sy xle bukak url akak ni?akak da ada blog ke?jeng3..

Followers