Monday 23 March 2009

Things They Don’t Teach in Medical School

Tak silap saya, ini pertama kali Symposium ini tidak diadakan di hotel. Perjalanan masuk ke Hebden Hey Scout Camp sangat menyeramkan (lebih kurang macam pelajar perubatan juga la kot, unexpected..Hehe..) Kanan, gaung yang tiada tembok. Kiri, batu-batu bukit yang besar. Alhamdulillah, selamat juga kami sampai ke destinasi setelah 3 jam bermusafir menaiki keretapi.

Perhentian kecil Hebden Bridge, West Yorkshire

Memandangkan kami sampai dalam pukul 12 tengah malam di sana, kami terlepas kisah hidup Prof. Dr Amaluddin, pengasas IMAM dan merupakan pensyarah di Cyberjaya University College of Medical Science. Tetapi, berdasarkan penceritaan teman baru, Prof Amal telah mendirikan rumahtangga dengan seorang doktor juga. Wow.. Dahsyatnya.. Kedua-danya amat sibuk tapi masih mampu melaksanakan baitul muslim (keluarga) yang berjaya.

Keesokan harinya, kami menjelajah keindahan salah satu ‘syurga dunia’. Memang sangat cantik. Rindu pula pada sungai di kampung halaman. Masih belum tercemar. Masa diperuntukkan untuk jungle trekking dirasakan sangat singkat. Masih banyak memori kad yang kosong.

SubhanaAllah, indahnya ciptaan Tuhan

Saya kira, rata-rata peserta IMAM (Islamic Medical Association of Malaysia) 09 Symposium tidak menyedari yang saya dan Dijah menyamar menjadi pelajar jurusan perubatan. Namun, yang pastinya, mereka agak pelik bila kami asyik menyebut berkenaan fungi, bacteria E. Coli, dan stem sewaktu  mereka bercerita tentang salur darah yang berada di tangan dan muka. 

Seramnya pelajar perubatan ni.. Mesti mereka penat menghafal setiap pembuluh darah dan pelbagai macam penyakit. Mana tidaknya, sedang berjungle trekking, masih sempat buat kuiz dan soal jawab. Berimiah.

Seronok juga bila kita menjelajah dunia lain selain yang biasa kita lalui. Mujur, kami pelajar Biologi agak terdedah dengan apa yang pelajar perubatan belajar (boleh bayangkan bilangan kerutan di dahi pelajar Mathemathics jika mereka berada di siniJ). Jadi, tak terlopong la kami sewaktu Dr. Alhady Alfian bercerita mengenai suturing (jahitan). Sempat juga melakukan praktikal menjahit getah (ala-ala kulit manusia). Tapi, memang tak lepas dan agak sukar , mungkin kerana saya kidal. Hehe.. Ada hikmahnya mengapa saya tidak mengambil Biomedic di USM dulu.

Bila mendengar tajuk ceramah seterusnya: Islam & Medicine- 2 Different World oleh Dr Alfian, hati tertanya-tanya, apa yang membezakan dan apa yang menyamakan. Hakikatnya, tiada perbezaan. Perubatan seiring dengan Islam. Kedua-duanya punya definisi mati yang sama (apabila stem otak mati- dipantau melalui ujian klinikal), kedua-duanya membenarkan pemindahan organ dan punya prinsip yang sama untuk menentukan sama ada mahu meneruskan atau tidak alat bantuan untuk terus hidup (tidak boleh selagi pesakit masih punya harapan). Islam dan perubatan kedua-duanya membenarkan bedah siasat( post mortem) dijalankan dengan alasan yang kukuh, misalnya, untuk mengetahui punca kematian.

Ustaz Erfino Johari, yang datang dari Malaysian Students Department (MSD), London memang tidak pernah gagal meriuhkan suasana. Beliau merujuk dari buku Fiqh Awlawiyat tulisan Dr Yusoff al-Qaradawi.Prinsip Islam dalam Fiqh keutamaan ini ialah dengan mementingkan kualiti dari kuantiti.

Memang banyak di antara orang-orang yang bersekutu itu berbuat zalim kepada yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, dan hanya sedikitlah mereka yang begitu. (Surah Sad:24)

Keutamaan diberikan pada ilmu dari amal (surah muhammad:19), fahaman dari hafalan( surah at-taubah:122), memahami maqasid (tujuan, hikmah) dari berpegang pada zahir nas semata-mata (surah al-A’raf:54) dan keutamaan berijtihad dari bertaqlid (surah al-Isra’:36).

Malamnya, Prof Amal bercerita mengenai cita-citanya ingin membina An-Nur University Hospital di Putrajaya. Kos pembinaan memang tinggi (tambah-tambah lagi di Putrajaya..Jika outing di Alamanda, memang boleh mengeringkan poket pelajar SSP dan SAS). Namun , bak kata beliau, dalam merencana, utamakan cara terlebih dahulu. Budget boleh fikir kemudian kerana sentiasa ada pintu rezeki Allah pada orang yang berusaha di jalanNya.

Hari yang terakhir, Dr Alfian menjelaskan tentang Extreme Medicine. Bagaimana seorang doktor itu perlu bekerja di persekitaran yang ekstrem, seperti ketika bencana gempa bumi, tsunami dan tidak terkecuali di Palestin. Kiranya, menjelaskan konsep Mercy Malaysia bekerja dan mengendalikn situasi yang boleh membahayakan nyawa mereka sendiri.

Tertarik dengan kata-kata Prof Amal sewaktu kuliah Subuh (maaf, tidak tahu dipetik dari mana):

3 types of individual

-one who makes things happen

-one who watches what happen

-one who wonders what happened

Sumber: nota

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...