Tuesday 5 May 2009

Allah Sedang Berbicara Denganmu

Akhirnya, berjaya juga kami melaksanakan misi memasak. Untuk 250 orang, berterusan untuk 3 hari. 1 Mei, saya dan Yna memasak laksa untuk Dunkirk Quiz. Izreena dan Amira pula menyediakan kuih seri muka. Orang British tiba-tiba mahu rasa makanan orang Malaysia dan berkenal-kenalan dengan kami. Alhamdulillah, aktiviti berjalan dengan lancar dan misi terlaksana. Pujian pula asyik diterima tentang masakan kami.

“Thank you so much for the very nice food you served for us.”

“Dari 5 bintang, saya bagi 3.” Yang ini, komen dari orang yang telah pun menambah laksa sebanyak 2 pinggan penuh .

“Semua ok. Cuma tak puas hati, sebab tak cukup (untuk tambah berkali-kali).”

Ahli kumpulan saya dalam kuiz itu, Marita namanya, sibuk memperkenalkan kami kepada semua komuniti Dunkirk yang hadir di situ. Kepada Community Security yang menjaga keselamatan kawasan Dunkirk, dia meminta mereka ‘menengok-nengokkan’ kami. Sempat juga ‘polis’ itu berpesan, kalau rasa keselamatan rumah diragui seperti pecah masuk rumah yang berlaku baru-baru ini pada rumah senior kami, cepat-cepat telefon mereka. Risau juga untuk tinggal di Dunkirk. Almaklumlah, semua tahu itu kawasan penempatan pelajar. Sunyi di siang hari kerana semua berada di universiti.

Cuma terselit kekecewaan kerana semasa diskusi diadakan bersama orang British untuk menjalankan Dunkirk Quiz, mereka telah bersepakat untuk tidak menggunakan sebarang unsur alkohol dalam makanan mahupun dalam majlis itu sendiri. Namun, ada minuman arak yang terhidang hari itu. Janji dimungkiri. Walau bagaimanapun, yang membawanya bukanlah jawatankuasa majlis, tapi orang kebanyakan. Memang kipas susah mati arak la tu.

Dari Umar ra, bahawa dia pernah mendengar Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada satu hidangan yang padanya diedarkan arak.”     (Hadis riwayat Imam Ahmad)

3 Mei, NMS Leaver’s and Mnite Volunteers’ TQ Party. Sekali lagi, sebagai AJK makanan, tugas memegang senduk diserahkan kepada kami. Nasi tomato, acar sayur, ayam barbeque, sos (buat sendiri), aiskrim dan koktail dihidangkan.

Yang tinggal.. Nasib baik, periuk ni mereka tak rembat sekali. Nasi dan yang lain, lesap dalam abdomen masing-masing.

Ketika saya dan Yna baru sampai setelah nasi terakhir siap dimasak, kebanyakan bekas telah kosong. Tergamam kami. Walaupun perut kelaparan, tapi rasa kenyang apabila melihat para ahli menjamu selera sehingga menjilat jari. Jujur pula tu, menyatakan mereka telah pun menambah makanan sebanyak 3 kali. Sekarang fahamlah, kenapa tukang masak berjaya seperti ibu kita, sanggup memenatkan diri memasak saban hari. Lantaran kepuasan melihat anak-anak dan suami makan masakan air tangan sendiri.

Teringat ketika rumah terbuka kami semasa Aidil Adha lepas. Ada yang komen, “Apa agaknya yang mereka letak dalam makanan ni sampai kami ni tak henti-henti makan.” Nak tahu rahsianya? Sebelum masak tu, berselawat la dulu. InsyaAllah, diyakini sedap..

Terharu dengan komitmen tetamu muslimin yang datang paling awal ke rumah terbuka kami dan balik paling lambat.

Walaupun kepenatan tidak terkira, 3 hari memasak tanpa henti, tiada masa untuk diri sendiri sedikit pun, masa belajar pun tidak dapat dilaksanakan, saya sedar, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Sahabat-sahabat saya sentiasa ada di sekeliling saya untuk memberi bantuan dan dorongan. Walaupun sebenarnya semangat yang mereka tiupkan sudah cukup untuk membarakan keazaman saya yang mula goyah.

Tika kesibukan itu juga, masalah datang bertandang, keinginan untuk berputus asa ada datang menyelit kerana semangat mula pudar. Tiada seorang pun yang tahu, yang saya sedang berperang dengan jiwa sendiri. Punya masalah tapi masih lagi tersenyum dan bergelak ketawa. Entahlah, mungkin saya agak berbakat dalam menyembunyikan kesedihan kot. Hehe.. Maaf, bukan tidak mahu berkongsi dengan para sahabat, tapi, lebih senang berbicara padaNya. Mengadu.. Sebab belum tentu orang faham situasi yang kita hadapi.. Tak mahu memburukkan lagi keadaan.

Apatah lagi, di saat jiwa rasa kosong, lemah tak bermaya, Allah takdirkan saya melihat kembali ayatnya yang sangat kena pada situasi ketika itu. Menyelusuri kalimahNya dan menginsafi diri yang leka.

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah al-fatihah:5)

Bila ada masalah, sujud kita lama meminta pertolongan padaNya, menangisi setiap dosa yang telah dilakukan. Namun bila sinar  bahagia datang menjelma, kadang kala kita lupa untuk mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi.

Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka". Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan; dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya. (Surah al-Baqarah:201-202)

Saya sedar Allah akan sentiasa memperkenankan doa hambaNya, cuma sama ada cepat atau lambat. Tapi, manusia ini kurang sifat sabarnya. Usaha meminta pada Tuhannya mudah terhenti separuh jalan.

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).         (Surah al-imran:200)

Ya Allah, kuatkanlah kakiku melangkah di jalanMu.. Kurniakanlah aku kesabaran dan ketabahan menghadapi setiap cabaran yang telah Engkau tetapkan untuk menguji imanku..

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (Surah al-nisa:1) 

Bila ada masalah, mudah sahaja amarah menguasai . Untuk mengelakkan sebarang kata yang boleh menyakitkan hati orang lain, saya lebih senang berdiam diri. Tapi tak semudah kata. Dalam diam pun, mungkin ada yang terasa. Jadi, maaf saya pinta.

Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dialah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah al-maidah:120)

Adakalanya kita lupa, masalah yang sebegini berat, pasti ada penyelesaiannya. Selagi kita berusaha dan bertawakal kepadaNya.


Suka menenangkan fikiran di tempat sebegini. Damai.. Minda rasa lapang walaupun untuk sementara cuma..

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda) : cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah al-nur:35)

Kita lupa untuk untuk meminta petunjuk dan bimbingan dariNya. Sesungguhnya, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat. (Surah al-furqan:71)

Ya Allah, ampunilah dosa kami. Hijabkanlah segala kekhilafan yang telah kami lakukan. Bimbinglah kami. Kami mohon, ya Allah..

Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu. (Surah al-hasyr:10)

Ya Allah, Kau eratkanlah ikatan hati-hati ini dalam memikul beban dakwahMu, bersatu dalam mendaulat dan mendukung syariatMu.. Kau eratkanlah kemesraan yang terjalin antara hati-hati ini, ya Allah..

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhl ah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). (Surah al-insyirah:5-8)

Kadangkala kita rasa, kita telah terlalu banyak memberi dan membandingkan dengan sumbangan orang lain. Mudah sahaja rasa penat hingga tertekan. Tidak mahu lagi memberi. Sedangkan kita tahu, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.   (Surah al-hadid:22)

Kadangkala kita bertanya pada diri, kenapa Allah uji kita sedemikian rupa. Ujian yang belum tentu orang lain mampu menanggungnya. Tapi, bukankah Allah telah berfirman, kita diuji sesuai dengan kemampuan kita. Saya diuji sebab saya kuat dan tabah untuk menghadapinya. Bangkit, Suhaila. InsyaAllah, kamu mampu menanganinya..

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Surah al-hadid:23)

Pujian dari orang sekeliling jangan dijadikan pembakar sifat riak dan ujub dalam diri. Sebaliknya, jadikan ia sebagai obor untuk menerangi jalan kejayaan di hadapan..

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.       (Surah al-kahfi:110)

Hidup ini hanya sementara. Sampai masa, akan berpisah juga nyawa dari badan. Samada dalam keadaan sihat atau sakit. Dalam sedar atau tidur. Beriman pada hari akhir. Apa yang dikerjakan di dunia adalah untuk memberatkan dacing timbangan pahala semasa hari pembalasan kelak.

Dan Dialah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Dia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.    ( Surah al- rum:27)

Siapalah kita untuk menentang hukum Allah. Siapalah kita untuk lebih mengutamakan hati yang diberi olehNya dari tuntutan Ilahi.. Kita hanyalah hamba Allah..

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa Dia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan dan untuk merasakan kamu sedikit dari rahmatNya dan supaya kapal-kapal belayar laju dengan perintahNya, dan juga supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan seterusnya supaya kamu bersyukur. (Surah al-rum:46)

Mudah sahaja harta mengelapkan mata. Sedangkan kita lupa, ramai di sekeliling kita perlukan satu sen sumbangan kita untuk melengkapi hidup mereka yang serba kekurangan. Infakkanlah hartamu. Bila menderma, rasa tabungan berkurang. Sesungguhnya, yang berkurang hanyalah tabungan dunia. Saham akhirat insyaAllah sedang berganda.

Oleh itu, bersabarlah, sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah. (Surah al-rum:60)

Sesungguhnya janji Allah itu benar. Bila kita tinggalkan sesuatu yang dilarangNya kerana Allah, nescaya Allah akan memperkenankan apa yang kita mahu dengan cara yang halal.

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Surah al-ankabut:69) 

Ya Allah, Kau bantulah hambaMu ini…

Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadah hajiku, hidupku dan matiku semata-mata hanya untuk Allah, Rab, seluruh alam.


Berkelah di Conkers, Derby. Ampun, kakak-kakakku tersayang, sebab tak sempat membuat liputan berkenaan perkelahan kita di Conkers. Yang pasti, saya suka sangat dengan piknik itu. Jazakumullah hu khairan kathira.. ^_^

P/s: Sedang kepeningan memilih modul untuk semester depan. Perlu ambil kira topik yang diminati dan yang akan diajar di kolej nanti. Aii, ingat senang ke jadi guru…

6 comments:

ati said...

mashaAllah suuuu....dicelah2 kesibukan dan ketensenan diri sendiri pun awk sempat lagi menngingati pembaca2 akan kalam Allah....jzkk dik..! gud luck utk ur exams..iA Allah permudahkan

Nur Suhaila Zulkifli said...

salam kak atie.he3..ala akak ni..cm la x knal saya ni..sy kn smpoi je..jgn riso,sy ok je..afwan.thanx jugak kak..gud luck,kak^_^

SuEZane said...

salam, suhaila.. menitis airmata sya baca nukilan awak ni.. sye merasai sebagaimana awak rse.. kni sye rse sedikit bersemangat, terima kasih

Nur Suhaila Zulkifli said...

wslm sue zan..masyaAllah,hati yg menangis kerana meneliti ayatNya adalah hati2 yg tpilih..alhamdulillah.bukn mahu org berkongsi penderitaan sy,tp mahu org tahu apa yg kita perlu buat kita rasa mderita.he3..kembali bersemangt ya!chaiyok,dear!!

SuEZane said...

thanx suhaila.. moga Allah membantu kite sume...

Nur Suhaila Zulkifli said...

insyaAllah sue zan^_^

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...