Friday, 11 September 2009

Mentera Semerah Padi

Zaman kebangkitan mahasiswa kini kembali. Buat para belia kita di universiti yang masih meragui reformasi, fikirkan semula. Anda ketinggalankah selama ini?


Bayangkan,anda dengar ada keretapi yang akan berhenti di stesen hujung kampung. Khabar dibawa, katanya keretapi itu akan membawa ke suatu destinasi yang menjanjikan keamanan. Syurga dunia yang bawa kita mendekati syurga Tuhan. Masa depan yang berlandaskan Al-Quran dan as-sunnah. Yang menjunjung janji Rasulullah, akan tertegaklah zaman khilafah di atas manhaj kenabian.


Anda ke stesen itu. Alhamdulillah, anda tahu. Harapnya, anda faham tugas menanti anda di hadapan. Keretapi tiba di hadapan anda. Di dalam gerabak, penuh dengan orang-orang. Masing-masing ada bidang kepakaran sendiri dan menyumbang dalam pelbagai bidang, Ada yang sibuk mengatur strategi, ada yang menghidangkan minuman pada orang yang sedang bermesyuarat, tak kurang juga beberapa orang yang seraya meluru ke pintu keretapi tatkala melihatkan anda. Mahu mengajak anda ikut serta dalam perjuangan itu. Perjuangan dalam agama Allah.


Anda kaget. Mengapa mereka begitu bersemangat? Umpama dipukau mentera semerah padi. Tidak, mereka didorong oleh kemanisan iman. Iman di hati yang menggerakkan lisan untuk menyampaikan kebenaran dan menggerakkan jentera anggota badan yang lain untuk bertindak.


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمْ الصَّادِقُونَ


Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati

keimanan/aqidah) (al-Hujurat : 15)


Lantas, anda bertanya pada diri sendiri.. “Mampukah aku menjadi seperti mereka?” Percayalah, anda tidak sendiri. Sedar akan kehadiran seseorang yang diharapkan bakal menyertai mereka, semua di dalam keretapi itu memandang anda dan melemparkan senyuman ukhuwah fillah. Biarlah ukhuwah itu terjalin atas nama Tuhan kami, umpama tasbih yang diratib demi cintaNya. Ukhuwah ini akan terus terjalin meskipun anda tidak ikut kami, tapi kami tidak mahu anda rugi.. Rugi kerana tidak bersama berjuang.


Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh. (surah as-saff:4)


Menyedari keretapi itu tidak berhenti lama, orang yang mengajak anda menghulurkan tangannya. “Ayuhlah!” Anda masih teragak-agak. “Er, tak de keretapi yang lain ke akan sampai selepas ini?” Si pengajak tersenyum, meskipun jauh di sudut hatinya, sedikit terkilan. Anda masih ragu pada janji Tuhan. Hanya kesabaran yang menyebabkan sang murabbi itu tegar terus mengajak anda agar merasa mahu untuk memberi.


“Ana tidak tahu, mungkin ada, mungkin tidak. Mungkin juga ia akan bawa ke destinasi yang lain. Pelbagai kemungkinan, ketidakpastian.” Anda sedar, jika anda tidak sertai gerabak yang ini, anda terlepas satu peluang besar untuk berbuat kebajikan.


Tangan masih dihulur. Bunyi hon keretapi menderu. Sambutlah tangan itu, jika kamu mengerti apa itu perjuangan.


GAMIS Tubuh SPIN, Rancang Rombak Sistem Pendidikan Malaysia


Kuala lumpur 6 Sept 08:13a.m│Gejala sosial dan kebobrokan perilaku generasi Malaysia sekarang dilihat mempunyai perkaitan dengan sistem pendidikan.


Selepas melakukan beberapa projek pencerahan sistem pendidikan dan intelek seperti Kongres Pendidikan Islam Nasional (Ko-Spin09) pada bulan Julai yang lalu, Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS) kini meneruskan misi reformasi sistem pendidikan negara dengan mewujudkan Sekretariat Pendidikan Islam Negara (SPIN).


“Kita melihat begitu banyak kebobrokan dan masalah dalam pendidikan negara ini, sehingga tercetus begitu banyak dan besar masalah sosial dikalangan anak muda di negara ini,seperti masalah murtad,kes penzinaan,anak luar nikah,buli dan sebagainya. Setelah dikaji, dan di bincang dalam Ko-Spin ‘09 yang lepas, puncanya ialah sistem pendidikan di negara kita ini,”ujar Pengerusi SPIN, Muhammad Naqiuddin Bin Mohd Said.


Naqiuddin menyatakan sebelum ini bahawa anggota sekretariat tersebut telah berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA) bagi menerangkan mengenai halatuju serta meminta pandangan juga nasihat bagi menghasilkan gerak kerja yang lebih berkesan.


“Jadi disini, kami (SPIN) memberi solusinya iaitu masalah tersebut boleh diubati dengan menjadikan Islam sebagai teras dan tunjang kepada sistem pendidikan di negara ini. Kita ingin melihat Islam menjadi dasar dalam sistem pendidikan negara ini,”tambah beliau yakin.

Sekretariat itu juga dijangka akan berjumpa dengan para ilmuwan, ulama’ dan ahli akademik seluruh Malaysia untuk meminta nasihat dan pertimbangan serta cadangan-cadangan mereka untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.


Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi SPIN, Amir hamzah Akal Ali juga menyifatkan bahawa sistem pendidikan Negara telah mengalami kepincangan kerana mengamalkan sistem dualisma, iaitu ilmu akhirat hanya perlu untuk ulama’ dan ilmu dunia hanya untuk para saintis.


“Sistem pendidikan negara yang berorientasikan peperiksaan hanya membantu para pelajar menjadi ‘burung kakaktua’ yang cuma mampu membuang ilmu di atas kertas peperiksaan,” respon beliau lagi.


Sambil menyatakan projek tersebut merupakan “sumbangan GAMIS kepada masyarakat”, Naqiuddin juga memaklumkan pihaknya juga akan mengumpul beberapa aktivis intelektual muda bagi turut menyumbang idea kearah kejayaan projek jangka panjang berkenaan.


Dalam perkembangan berkaitan, sebuah lagi kumpulan mahasiswa iaitu Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga akan mengadakan perhimpunan deklarasi mahasiswa bagi membincangkan teras-teras Negara merangkumi politik, sosial dan ekonomi Negara yang akan dilaksanakan 13 September minggu hadapan.-mahasiswakini


Mahasiswa, Anak Muda Malaysia Serius Bincang Teras Negara


Kuala Lumpur 08 Sept 07:45a.m │ Suasana pemulihan institusi-institusi penting dalam Negara semakin mendapat perhatian mahasiswa. Beberapa NGO mahasiswa dan anak muda sebelum ini telah memulakan proses perbincangan dan diskusi bagi membangunkan Malaysia.


Beberapa bulan yang lepas, Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS) telah mengadakan Kongres Pendidikan Islam Nasional (Ko-Spin’09) dalam membincangkan institusi pendidikan Islam Negara sebagai titik mula kepada penyelesaian masalah sosial dan masyarakat.


Kemudian, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) tampil dengan pengajuran Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan dengan kerjasama Institiut Integriti Malaysia (IIM) baru-baru ini juga membuktikan bahawa seluruh mahasiswa dari pelbagai kumpulan NGO dan persatuan sedang menuju kearah pembinaan Negara yang lebih baik.


Dalam pada itu, Solidari Mahasiswa Malaysia (SMM) dimaklumkan akan mengadakan perhimpunan deklarasi mahasiswa bagi membincangkan teras-teras Negara merangkumi politik, sosial dan ekonomi Negara hujung minggu ini. Menurut Shazni Munir Ithnin selaku pengerusi front mahasiswa tersebut, pihaknya melihat perhimpunan tersebut sebagai “bahang awal” kebangkitan mahasiswa dalam perbincangan masa depan Malaysia.


“Kami melihat ianya (deklarasi) sebagai ‘bahang awal’ dan penegasan bahawa mahasiswa akan turut serta dan kami cakna dalam membincangkan soal Negara ini, dan ini ialah suatu bentuk kopakan minda kepada seluruh mahasiswa Malaysia bahawa telah tiba masanya kita sendiri menentukan pentadbiran Malaysia, apa yang perlu, apa yang tidak perlu,”tegas beliau.


Projek yang dimaklumkan akan dilaksanakan 13 September minggu hadapan dimaklumkan akan dikenali sebagai Deklarasi Mahasiswa bagi Transformasi Malaysia (Trans-Malaysia’09).


“Kita akan himpunkan seramai mungkin mahasiswa seluruh Malaysia bagi membincangkan elemen teras dan domain yang menjadi tunjang Malaysia seperti pendidikan, sistem politik, sistem perundangan, polisi ekonomi dan struktur sosial,” jelas beliau yang juga Timbalan Presiden GAMIS.


Perhimpunan deklarasi mahasiswa tersebut dimaklumkan akan dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku tokoh aktivis mahasiswa, disamping beberapa lagi negarawan.


NGO mahasiswa tersebut yang menghimpunkan pelbagai front anak muda termasuk GAMIS, DEMA, PKPIM, KARISMA juga dimaklumkan akan meneruskan pelbagai diskusi ilmuah dan kritikal selepas bentangan dalam perhimpunan mega berkenaan.- mahasiswakini


Rujukan: 1)www.mahasiswakini.com.my

2)http://kongrespendidikan.blogspot.com


p/s: Afwan buat bos saya sebab ana padamkan gambar enta dan naib pengerusi SPIN dalam artikel ni.. Hu3. Bos SPIN ek.. Bos NMS, Kiut Family, Fuiyo dan Freshers Camp tak terlibat. ^_^


Ok, nak sambung kerja. Mahu atur strategi gempur para pelajar baru Nottingham (gempur dengan kasih sayang). Atur tugasan buat jentera penggerak yang berkaliber semuanya. Syukran jazilan buat antum semua yang membantu. Kalau tak, memang tak menang tangan saya sebenarnya nak jaga 310 orang pelajar. Doakan saya diberi kesempatan dapat memberi lagi dalam blog ni. Nantikan artikel pengalaman saya ‘mengaji’ Bible dan secebis pendedahan dalam poligami.


Semoga bertemu lagi dan dipanjangkan umur untuk terus mencari cintaNya.


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah.

4 comments:

Anak Pendang Sekeluarga said...

Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: ” Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka (atau hariraya) dan kedua, kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya kelak”. Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri dari saya,andai kata tersilap bahasa,maaf dipinta ye..hu3
Harap boleh tukar link…..lepas nie…(add la saya)

Nur Suhaila Zulkifli said...

salam.ingatkan komen apa.. hu3.. really appreciate it. salam lebaran dari perantauan juga..
teruskan perjuangan.

joegrimjow said...

klu ketinggalan kat belakang
kene berlari kejar

Nur Suhaila Zulkifli said...

salam my senior. ha3
ada je ayat dia guna nak jawab balik. hu3.
boleh kejar, tp nak kejar kete api tu.larat ke?
tambah2 lagi kalau oranggg tu da berusia..hu3

Followers