Thursday 29 October 2009

Marabahaya

Wah!!!!!! Rindunya mahu memberi dalam blog ini. Rasa macam tak lengkap bila tidak berkongsi dengan anda semua setiap rentetan manis dalam hidup ini. Manis apa tu Su? Jangan fikir benda lain ye (walaupun sekarang ni, banyak gosip melanda saya. Siap ada 'album kawen' lagi. Memang nak kena sahabat-sahabat saya ni!)

Sekarang masih belum punya kelapangan. Moga Allah permudahkan urusan pengurusan Malaysian Food Festival sewaktu Nottingham Malaysian Games yang akan menjadi tumpuan 5000 Malaysian seluruh UK dan Ireland. Moga dipermudahkan. Tika ini, saya perlukan sokongan dan doa anda semua. InsyaAllah..

Debaran menunggu 'baby' kedua yang ditatang bagai minyak yang penuh.


Antara kenangan manis, kelahiran 'cahaya mata' pertama, Freshers' Camp 2009. Hadirnya memberi seribu erti pada saya. Erti suatu pengorbanan. Erti suatu perjuangan. Terima kasih kepada Jentera Penggempur FC 09. Maaf sebab tak jumpa kata yang sesuai untuk menggambarkan betapa saya menghargai setiap sokongan dan sumbangan anda semua. Hanya Allah mampu membalasnya.

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...