Sunday 11 October 2009

Nur Kasih

Istimewa buat insan-insan di sekelilingku yang sudah sedia melengkapkan separuh dari agamanya.

Aku Terima Nikahnya
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!


Untuk isteri.... renungkanlah. ...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Sesungguhnya ibadahku, solatku, hidupku dan matiku hanya pada Allah.
Yang masih mencari cinta Ilahi,
Nur Suhaila Zulkifli



4 comments:

lightnur said...

penulisan yg bgus..
kdgkala kita terlalu expectation yg tinggi pd psangn kita..
sbb tue kdgkala baru sebuln dua dh bergaduh..
br setahun dua dh bercerai bereai(nauzubillah)...
pemahamn yg btul terhadap knsep perkahwinn akan membntu mengekalkan institusi masjid..
dtglah ribut taufan melanda, dtglah ombak sekuat mne..
insyaALLAH mmpu mengatasinya.=]]

Nur Suhaila Zulkifli said...

salam. hu3..saya sekadar memanjangkan tazkirah.masih dalam pembelajaran untuk menulis sesuatu yang begitu indah macam artikel tu..
setuju! indahnya pernikahan jika ibadah itu dilaksanakan untuk Islam. untuk cinta padaNya, untuk rindu pada sunnah RasulNya.
sama2 doa moga dipertemukan dengan insan yang terbaik untk diri kita.

rifahthetwin said...

su, ada rancang nk baitul muslim dlm masa terdekat ke?..hehe

Nur Suhaila Zulkifli said...

salam. kita merancang, Tuhan yang tentukan. hu3.. awatnya arifah, nak tolong carikan untuk kte ka?

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...