Sunday 8 November 2009

Bukan Ku Minta

Sewaktu dalam perjalanan ke Halaqah di Portland, saya bertembung dengan seorang wanita buta. Saat itu, hati terdetik, bagaimana agaknya perasaan menjadi buta, apatah lagi melalui jalan pada waktu malam begini.. Apakah beza malam dan siang baginya? Mampukah pancaindera ke-6 yang Maha Kuasa kurniakan pada wanita yang tidak bernasib baik itu memandu hidupnya dengan tongkat yang dihayun ke kiri dan kanan?

Masih tidak ketemu jawapan. Moga Allah memeliharanya sentiasa. Dan moga Allah memelihara nikmat kesihatan saya dan orang-orang yang saya kasihi.

Sedikit video untuk berkongsi. Tidak semua orang di muka bumi ini bernasib baik seperti kita. Ingatlah, Allah uji kita sesuai dengan kemampuan kita.



Apa yang saya dapat dari Halaqah?

Kisah Ashabul Kahfi adalah kisah sekumpulan anak muda (fityah) yang Allah angkat dan sebut mereka dalam surah yang agung. Mahu menunjukkan betapa nilai pemuda itu sangat tinggi. Di zaman muda, tidak leka dengan hal dunia. Sebaliknya sentiasa mengingati Allah, meskipun baru bangkit dari tidur selama 309 tahun. Bagi mereka, hanya Allah yang mengetahui berapa laam mereka ditidurkan dalam gua.

Perkara kedua yang saya dapat? ^_^

Saya:Sister Fullah, who is taking care of all your children when you are away for halaqah?
Sister Fullah: My husband. He gives full support to me to continue halaqah for this year and said that, what I did, will bring blessing to our family.
Saya: MasyaAllah. Em (lama terhenti, nak tanya ke tak..) how can we know that our future husband will allow us to keep active in dakwah? Since most of the brothers, will more than glad if their wife are at home, taking care of their children, instead of spending time outside.
Sister Fullah: You won't know his colour til you be his wife. What you should do to get his support is always be humble to him. Make him feel proud to be a leader of you and your family. Always ask for his permission and opinion although you are the boss outside the home.

Kata bermakna dari Sister Fullah yang saya sematkan dalam diri. Tinggi mana pun wanita itu, syurganya letak di bawah tapak kaki suami. Buat masa sekarang, saya belum puas menikmati syurga di bawah telapak kaki ibu.

p/s: Yang sedang menyesuaikan diri untuk pulih dari bahang Nott Games. Dalam masa yang sama, sedang pujuk hati agar tidak menyukitkan pemikiran dengan hal yang tidak tercapai akalnya.

2 comments:

zaffankhalid said...

good questions Su..

bertanyalah banyak lagi..tips serta nasihat dari seorang ibu yang sudah punya empat anak. Pasti banyak pengalaman.


tanya banyak lagi dan kongsikan di sini....

ps- rindu halaqah with sister fullah and all sisters

Nur Suhaila Zulkifli said...

salam kak..hu3..
insyaAllah banyak persoalan lagi yang belum tanya..masih menuntut ilmu dengan sifu-sifu muslimah.^_^

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...