Saturday 16 January 2010

Muka Bukuku

"Musykil. Kenapa waktu exam ni, makin ramai yang aktif Facebook? Apa yang manusia cari sebenarnya?" Status Facebook seorang sahabat, beberapa jurus selepas kami leka berbalas komen dalam Facebook.

Ayat itu bermain di fikiran saya beberapa lama. Lantas, Aina dicapai dan segera saya signed out dari Facebook Mobile. Tak boleh jadi ni. Tak de kerja, cari kerja. Tengah ulangkaji, sempat lagi ubah status. Muhasabah diri semula.


Beberapa hari sebelum imtihan, seorang adik hubungi saya, bertanyakan pendapat tentang Facebook dan isu boikot.

Jawab saya:

1) Isu Boikot:

kalau ikut UZAR, selagi syarikat tu tak beritahu yang mereka gunakan hasil pendapatan mereka untuk Israel, selagi tu harus untuk kita beli barang mereka (maksudnya, tak haram untuk kita beli).


Kalau ikut Dr Yusof al-Qaradhawi, sangatlah digalakkan untuk kita boikot produk jualan Yahudi.


Memandangkan kerajaan Malaysia tak pernah keluarkan isu boikot ni secara terang-terangan (tak silap akak, dulu cuma sorang je kot mufti Malaysia yang bagitahu kena boikot), jadi tiada hukum yang tetap untuk isu boikot.


Pendapat peribadi akak:

Akak memang boikot..He3..Maggi, Nestle, McD (memang da lama tak makan pun..)..

So far, akak boikot yang utama. List company yang berada di barisan terdepan untuk diboikot: KLIK. Tapi, boikot bukan maknanya haram untuk dimakan..


Akak tak sempat nak check setiap company tu siapa yang bagi sumbangan pada Israel, tapi Starbuck, sudah pasti .. So akak boikot, tak beli barang dalam senarai tu. Lagipun, takde keperluan pun untuk akak beli. Banyak alternatif lain.


Akak pegang pada ayat ni kalau nak boikot:


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan

bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga

engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).

Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah

(agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi

sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu

mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi)

pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah

engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat

mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

(Surah al-Baqarah:120)


Mungkin kita tak pasti sejauh mana ekonomi syarikat itu menyumbang pada pergolakan di bumi Palestin, tapi bagi akak, sebenarnya isu boikot ni nak tengok sejauh mana kita ikut telunjuk orang Yahudi yang memang ada propaganda sendiri untuk jatuhkan umat Islam. Sejauh mana kita bergantung pada mereka.


Tak yah tengok jauh. Kita lihat pada persekitaran kita sendiri. Nak masak menu, perlu ada Ajinomoto. Sedangkan sedap je kalau tak letak pun.. Bak kata UZAR, nak tambat hati suami tak perlu pun pada perkara syirik macam minyak pengasih, semua tu. Masak sedap tanpa MSG cukup..


2) Isu Facebook

Ya, pemiliknya orang Yahudi, merupakan seorang pemuda yang aktif dalam kegiatan agamanya. Kita juga tahu yang maklumat dan gambar dalam FB akan tersimpan selamanya dalam data FB.. tapi..


Ikut UZAR again.. harus (tak haram ) untuk kita berFB.


Pendapat akak: Syabas sebab awak tak de akaun FB! Bagi pengguna FB, agak banyak mudarat la dari maslahat. Nak berdakwah? Konon la (geleng kepala pada diri sendiri).. Tak semua orang pandai gunakan kesempatan tu.. Tapi alhamdulillah ada yang terkecuali dan mampu manfaatkan FB untuk perkara yang menambahkan pahala.


Gambar, tak yah cakap la.. Kita tak upload, orang uploadkan dan tag kita. Bagus sebenarnya sebab kita tahu siapa yang ada gambar kita. Tapi kena selalu update la FB tu. Kalau awak perasan, dalam blog akak, akak tak letak satu pun gambar akak. tapi dalam FB, adui..wa!!! Rasa macam nak remove semua tag tu.. Akan cuba programkan FB akak tu lepas exam nanti..


Perempuan tak patut letak gambar dia merata2..Boleh kena sihir.. Bak kata UZAR, lelaki tengok kita, senang macam tu je.. Kita tak kenal pun dia. Sedangkan perhiasan dan kecantikan kita terlalu berharga.


Akak suka quotekan apa kata UZAR sebab bagi akak, dia sebelum keluarkan isu, akan kaji dulu. So far, yang akak kenal dia dan famili dia, memang tak bias dalam keluarkan isu dan memang best!


Moga bermanfaat untuk awak.. Sampaikan pada sahabat lain yang mencari jawapan..


My two cent.


Dari 204, Tinggal 34

"Su, you remove tag semua gambar you ke?" soal orang rumah yang pelik melihat saya mengurangkan gambar di dalam Facebook.

"Tak de la semua, Tan. Gambar yang nampak muka saya, saya remove la.. Lagipun, ada kawan dalam Facebook yang saya tak kenal pun. Nanti senang-senang je diorang tengok saya. " Ujar saya panjang lebar bila Tan mula berkerut memikirkan tujuan saya mengambil tindakan sedrastik itu.

"Ye meh.. Saya pun tak suka bila orang tak kenal saya tiba-tiba puji penampilan saya." Sokong Tan.

Bukan tak sayang semua gambar kenangan, terutama bersama ahli rombongan jaulah ke Paris dan Sepanyol, mahupun detik manis bersama sahabat lain, tapi memikirkan kesan yang bakal atau mungkin sedang saya hadapi.

"Maaf awak, saya tak sengaja tengok gambar awak. Tapi awak cute la." Berderau darah saya bila mana seorang lelaki yang tak dikenali cakap begitu. Tika itu, rasa macam nak tutup je akaun FB. Tapi itulah ruang untuk saya merapatkan ukhuwah. Salah satu ruang. InsyaAllah akan jadikan FB sebagai ruang dakwah pula selepas ini.

Alhamdulillah, berjaya akhirnya mengurangkan gambar dari 204 menjadi 34 keping sahaja. Tak tunggu exam habis pun. Sebab nanti lupa. Boleh sambung belajar dengan tenang. ^_^



2 comments:

Intan said...

Salam,

Kalau akak tak kenal lelaki dalam fb,strictly akak akan reject untuk jadi kawan dia.Perempuan,is ok.Though sometimes I wonder why do they add me,although we don't know each other,and tak kontek pun lepas dah jadi kawan in FB.

I was thinking of removing all my pictures in the site as well(and untag the pics).I somehow think it's improper to show myself to the public 'excessively'.Don't want to involve in fitnah dunia.

Hope,I will get the strength soon.Pray for me :)

PS:peliharalah maruah kita..

Nur Suhaila Zulkifli said...

Salam kak intan^_^

Rindu akak.
Saya ingatkan kawan saya, sebab banyak pulak mutual friends. Hu3..
Entah la kak..Saya tak pasti lagi nak buang semua unknowned guy ke tak. Sebab niat nak panjangkan lagi skop orang yang kita boleh reach.

Akan cuba pertimbangkan semula stand saya ni..Jazakillah kak.^_^

InsyaAllah akak boleh wat punya. Itula, terngiang2 saya kata2 UZAR kat PUISI. Da la gambar akak cantik2 semua.. Jaga2 kak..Kalau gambar saya,orang kata cute, gambar akak, orang kata comot.Ha3
Jangan marah.. Nanti kahwin cepat. Ha3

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...