Thursday, 25 February 2010

Apa Ertinya Saya Memeluk Islam

Sahabat: Su sihat? Lama kita tak chat. Masing-masing sibuk. Kat UMS pun, tengah sibuk sekarang.
Saya: Alhamdulillah, sedang bahagia sekarang.
Sahabat: Erk? Ada pape ke ni? :P
Saya: Sedang dilamun cinta.. (pelbagai ikon smiley yang comel-comel diklik)
Sahabat: Orang di sini atau orang di sana?
Saya: (Tersenyum sendiri..) Bukan di sini atau di sana. Tapi dengan yang ada 'di atas'.

Saya mahu bahagia yang saya rasa, anda juga dapat merasainya. Indahnya Islam. Bangganya menjadi seorang Muslim. Bukan sekadar Muslim, tetapi mukmin (orang yang beriman) dan kita cuba sedaya upaya mencapai tahap muttaqin (orang yang bertaqwa).

Pernah terfikir andai anda dilahirkan sebagai seorang non Muslim, adakah anda akan cari Islam itu? Tepuk dada tanya iman di hati. Adakah Islam yang kita ada sekarang, Islam warisan atau Islam carian? Beza wahai sahabat, antara keduanya. Islam warisan, anda menjadi seorang yang menerima setiap sesuatu tanpa ada kesannya di hati. Kita rukuk dan sujud, tapi sejauh mana kita tunduk dan patuh bila muka mencium tanah yang dipijak. Beragama Tanpa Tuhan- UHAJ



Apa yang kita buat, adakah sekadar ritual? Satu amalan yang berlalu tanpa ada kesannya di hati? Kita berarak dalam sambutan Maulidur Rasul, tapi tidak ada timbul izzah(rasa mulia) pun pada kita mengapa kita meraikan hari itu. Sedangkan seharusnya sambutan itu diisi dengan sesuatu yang menambahkan kecintaan kita pada junjungan besar kekasih Allah. Maulid: Antara Sejarah dan Amalan- Dr MAZA

Bila anda sudah ketemu Islam, sudah cukupkah? Atau pencarian itu masih belum berakhir? Masih rasa kekurangan? Lihat sekeliling kita, betapa ramai lagi yang Muslim hanya atas nama. Sahabat kita, hatta keluarga kita.. Kita mahu ke syurga sorang-sorang? Memberilah dan ajaklah mereka pada kebajikan dan Islam.

Tapi, saya tak kuat.. Ilmu agama saya tak cukup mantap lagi.. Tudung saya tak cukup labuh lagi.. Saya tak berkopiah pun, janggut pun tak panjang mana.. Niat nak ajak mereka sudah ada tapi nak buat, susah la.. Kalau niat je, da dapat pahala kan?

Ingatlah syurga Allah itu mahal. Kita kena berlumba buat kebajikan. Allah tak perlukan kita, tapi kita yang perlukan Allah. Kalau anda hanya harapkan pada ibadah yang wajib dan sunat semata-mata, itu tidak mencukupi. Kita cuba refleksi ibadah khusus, berapa peratus khusyuknya dan istiqamahnya kita? Sedangkan bila kita memberi dan berjuang demi Islam, sudah Allah janjikan kita terhindar dari azab yang pedih.

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللّهُ الَّذِينَ جَاهَدُواْ مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (Surah al-Imran:142)

Ingat lagi kata Presiden NISA', Dr Rosni Adam yang menjadi panel hakim Pertandingan Nasyid di Leeds, NISE. Katanya, "Tingginya martabat wanita itu bila ia berjaya dalam keluarga, kerjaya dan perjuangannya dalam Islam." Sebenarnya pernyataan ini ditujukan pada kedua-dua jantina ciptaan Allah.
Bagaimana mahu berjuang? Berjuang dalam kumpulan atau jemaah? Ish, Jemaah Islamiyah(JI) ke ni? Jihad? Bom diri sendiri? Tak perlu la nak berjuang. Malaysia aman damai je sekarang.

Kita cuba soroti sirah. Waktu Rasulullah diutuskan sekalipun, masyarakat ketika itu aman juga. Walaupun ada 'perang' kecil-kecilan dan amalan jahiliyah berleluasa. Sama la juga situasinya seperti sekarang.

Buka mata kita. Allah janjikan yang Khilafah Islam yang jatuh pada tahun 1924 di Turki akan kembali tertegak.

Ha? Biar betul? Nanti semua negara Islam akan bersatu ke? Tingginya cita-cita.. Macamlah US dan Israel nak biarkan macam tu je kot..
Daripada an-Nu’man bin Basyir, beliau berkata, suatu hari kami duduk-duduk di masjid Rasulullah S.A.W. Basyir (bin Saad) adalah seorang yang tidak banyak bercakap. Lalu datang Abu Tsa’labah dan beliau berkata, wahai Basyir bin Saad, apakah kamu menghafal Hadith Rasulullah S.A.W tentang kepimpinan (al-Umara’)? Lalu Hudzaifah berkata, aku menghafal khutbah Baginda S.A.W. Lantas Abu Tsa’labah al-Khashniyy duduk dan Huzaifah berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Kenabian akan berada bersamamu selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya

Kemudian akan tiba pula zaman Khilafah di atas Manhaj Kenabian selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya

Kemudian datang pula zaman raja yang menggigit (Malikun ‘Aadhun) selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya

Selepas itu muncul pula zaman raja yang diktator (Malikun Jabriyyah) selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya

Kemudian akan hadir pula zaman Khilafah di atas manhaj Kenabian…”

(Hadis Riwayat Ahmad 4/275, Abu Daud 4/211, At-tirmidhi 4/503)
Eh, tak pernah dengar pun hadis ni.. Hadis sahih pulak tu..

Hadis itu disampaikan oleh Rasulullah tetapi apa yang disampaikan adalah dari Allah swt jua. Ingat lagi, Rasulullah berkata Pucuk pangkalnya anda tanya diri sendiri. Percaya atau tidak pada janji Allah.



“Constantinople itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin (penawanan)nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawan)nya” [Hakim, 4.422; Bukhari, Tarikh al-Saghir, 139; I. Hanbal, 4.335]
Kata-kata Rasulullah saw yang dilafazkan tika baginda cuba memecahkan batu yang menghalang pembinaan parit dalam Perang Khandak terbukti beratus tahun setelah itu. Wajarkah kita tidak bersabar sehingga hanya menongkat dagu, tidak mahu ambil peduli? Mencari Kemenangan Dengan Acuan Allah- UHAJ

Maaf andai terkasar bahasa. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu atas kelemahan saya sendiri. Namun, percayalah, apa yang saya coretkan demi cinta saya pada antum, saudara-saudara saya. Bila kita sudah cinta, kita mahu yang terbaik untuknya. Diharapkan juga, demi cinta ini, anda tidak mensia-siakan setiap pautan yang saya selitkan.

Sesungguhnya ibadahku, solatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.

video

No comments:

Followers