Sunday, 25 April 2010

Bisikan Nuraniku

Perkongsian daripada sahabat di Facebook.


Ditujukan khas buat insan-insan yang saya kasihi kerana Allah. Dari insan yang dalam hatinya hanya ada Allah, Rasul, keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Selamat membaca!

Assalamualaikum w.b.t.Semoga kita semua berada dalam naungan Ilahi. Ingin saya kongsikan satu coretan yang menarik, antara seorang kakak dan seorang adik...

Dari Abdullah bin 'Amr bin Al 'Ash r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah" [HR Muslim]

Wahai kakakku
Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu
Asyik berteman tangis dan sendu sahaja...


Wahai adikku
Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya
Tetapi di situlah, wahai adikku
Kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki

Menjadi izzah yang paling gah
Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki
Kerana sendu rayunya
Musa a.s. terselamat dari kekejaman firaun

Duhai adikku
Lembut wanita itu bukan lemah
Tetapi senjata

Namun wahai kakakku
Wanita itu fitnah dunia


Pernahkah adikku dengar
Pesanan ilahi pada hambaNya

"Wahai lelaki-lelaki yang beriman
Tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu"*

Cuba adik nilai
Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesananNya?
Pada hamba yang bergelar ar-rijal
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya
Maka tidak mungkin terlihat akan wanita
Yang menjadi fitnah pada dirinya

Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita
Agar memelihara auratnya
Kerana disitulah kehormatannya
Bukan fitnah semata-mata
Jikalau ar-rijal dan an nisa
Sama-sama mematuhi pesanan ilahi itu!

Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu

Lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh

Tapi kakakku
Kenapa wanita itu menjadi peragaan?
Tidakkah mereka merasa malu?


Wahai adikku sayang
Al-haya' (sifat malu)
Ada dalam diri setiap insan
Wujudnya seiring dengan nafas insani
Dan al-haya' itulah pakaian iman
Pada diri wanita itu indah al-haya'
Sebagai pembenteng diri

Namun
Bila mana al-haya' itu lebur
Imannya runtuh
Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?
Kerana mereka sebenarnya paranoid
Merasakan diri belum cukup menarik
Mereka sebenarnya kalah dari segi psikologi

Namun adikku
Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka
Dari perbuatan murahan itu

Wahai adikku
1001 keindahan penciptaan wanita
Pandai-pandailah dikau menilai
Antara permata dan debu-debu kilauan pasir

Wahai adikku
Janganlah adik gusar
Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
Dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu,
Menggugurkan diri, menyembah tanah
Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan
Begitu tinggi martabatmu...

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (surah an-Nur, 24:30)

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli

Nottingham.

No comments:

Followers