Friday, 28 May 2010

The Best Thing West Do to the Muslims

What is the secret behind the way we write numbers?
When did scientists first discover how we see?
Who drew the oldest surviving map showing America?
What is the hidden meaning of the Elephant Clock?

video


DATES: 21 January till 30th June 2010
TIMES: 10am till 6pm every day. Entrance is FREE of charge.
LOCATION: Science Museum, Exhibition Road, South Kensington, London.
FEE: Free of charge!

video


The Golden Ages

Pada usia 19 tahun, saya tahu yang Islam itu sangat hebat. Hanya tahu bila dipertontonkan video dan dihidangkan dengan pelbagai kisah menakjubkan para pejuang Islam. Baik pada kerajaan Umaiyah, Abbasiyah, Turki Uthmaniyah, mahupun di Tanah Melayu sendiri..

Tahu juga, kerajaan Abbasiyah sangat hebat dalam ilmu pengetahuan. Sampaikan di saat kejatuhan khilafah ini, tiada apa lagi yang tinggal untuk dibincangkan oleh ilmuwan mereka. Sehinggakan mereka boleh berdiskusi untuk mencari jumlah sayap malaikat yang memayungi nyamuk yang menyebabkan kematian Raja Namrud [1].

Namun ketika usia saya menjengah 21 tahun, baru dapat lihat sendiri kehebatan umat Islam dalam bidang teknologi. Rupanya roda kecil dalam jam yang kita pakai yang menggerakkan putaran masa itu datang dari elephant clock. Ciptaan Al-Jazari. Baru juga nak kenal nama tokoh-tokoh hebat seperti Ibn Al-Haitham, al- Kindi, Abbas Ibn Firnas, al-Zahrawi hatta Fatimah al- Fihri.

video

Era emas Islam yang menjadi kebanggaan umat Islam sehingga kini. Zaman di mana cahaya kemajuan menyinar di kerajaan Islam. Zaman yang pada waktu yang sama, di Eropah, mereka masih mencari identiti agama dan bangsa sebelum Renassaince.

Rasa izzah (mulia) melihatkan kejayaan muslim zaman lampau. Adakah kita cukup sekadar rasa bangga dengan kejayaan mereka, menumpang nama 'saudara Muslim kami'? Tidakkah kita rasa rindu mahu mengembalikan kegemilangan era emas Islam? Sama- sama muhasabah diri.

Sedang dalam kembara mencari semangat ilmuwan Islam dahulu.

[1] Kuliah Ustaz Hasrizal.

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

3 comments:

Jpah said...

science museum itu terletak di sebelah Imperial College, mai la ramai2

su_zul said...

Salam.
Lol!Ada makna apa-apa ke Jpah :P?

Jap, Que Garden(tak tahu la betul ejaannya ke tak) kat mana pula? Yang ada simpan sejarah Malaysia tu?

Jpah said...

Kew Gardens, ianya di Wimbledon, London.

Selain Kew Gardens, turut memuatkan banyak dokumen dan buku2 sejarah Malaysia adalah School of Oriental and African Studies, SOAS, London

Followers