Thursday 24 June 2010

Ingat 5 Perkara

Alhamdulillah, Allah kurniakan saya kelajuan internet yang lebih mantap dari biasa. Rasa lama sangat blog ni tidak berupdate. Nak kata sibuk, Rasulullah saw lagi sibuk. Rindu yang amat untuk berblogging, bukan mahu menambahkan entri, tapi mahu berkongsi apa yang saya dapat setiap hari. Minda ni hari-hari merangka apa yang mahu dicetuskan dalam blog. Ish. Ish.. Ish..

Lapang Sebelum Sempit

Alhamdulillah juga, perjalanan pulang ke Malaysia lancar. 13 jam di dalam penerbangan MAS cukup dijadikan iktibar. Iktibar ke mana masa dihabiskan.

Jam pertama hingga ketiga: Lena dibuai mimpi lantaran tidur hanya setengah jam pagi itu.

Jam keempat hingga keenam: Menonton Pirates of the Carribean. Lagho. Sebab tak banyak (takde kot) ibrah yang saya jumpa.

Jam ketujuh hingga kelapan: Membaca Buku Usul 20 Imam Hassan al-Banna.

Jam kelapan hingga ketiga belas: Lena lagi..

Daripada 13 jam, 1 jam digunakan untuk mendalami ilmu agama. Itu yang saya tak gemar, kalau tak sibuk. Bila kita sibuk, kita rasa masa amatlah berharga. Namun, bila lapang sedikit, mula buat perkara lagho.

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (aitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang lagha,” (Surah al-Mukminun: 1-3)

Sihat Sebelum Sakit

Kepada yang pernah membaca entri saya berkenaan Mas Afzal, tentu tahu betapa saya sangat mengkagumi beliau. Dan meletakkan beliau sebagai aras untuk saya lonjakkan diri ke depan. Jangan putus asa dan teruskan berjihad (berusaha bersungguh-sungguh).

InsyaAllah esok, saya akan ke DIA. Berkampung selama tiga hari di Hulu Langat. Hadir atas kapasiti seorang fasilitator.

Sewaktu menghadamkan segala maklumat berkenaan modul, mata terpana melihatkan barisan penceramah. Penceramah pertama, Mas Afzal. Pelbagai persoalan timbul. Bukankah dia sakit? Beliau pulang terus ke Malaysia kerana doktor di UK mengatakan tiada harapan lagi untuk berubat di sini.

" Jasad dia je yang sakit tu, tapi jiwa dia kuat," Ma menyuarakan rasa sewaktu saya bercerita tentang rasa tidak percaya, Mas Afzal bersama kami menjayakan program ini esok hari.

Sahabat beritahu, hasil perkongsian muhasabah yang diperolehi dari Mas Afzal:

Sahabat: Enta boleh ke datang bagi pengisian untuk program kami?

Mas Afzal: Ana boleh datang kalau ana sakit je..

Sahabat: Eh?

Mas Afzal: Yep. Kalau ana sihat, ana akan bekerja di hospital. Kalau ana sakit, ana akan dapat cuti jadi bolehlah datang program antum
.

Hidup Sebelum Mati

MasyaAllah.. Dalam keadaan bertarung dengan nyawa (ya, nyawa- boleh baca blog beliau untuk tahu lanjut), masih mampu menjadi penceramah. Bukan sedikit peranan beliau. Sediakan bahan untuk ceramah 3 slot, 1 jam setengah setiap satu. Buat slide, dan sampaikan ceramah. Bukan perkara yang mudah.

Kita? Yang merasa nikmat hidup, yang tidak diberi jangkaan bila jangka hayat kita bakal berakhir, yang menyusun jadual dalam diari minggu depan mahu ke mana.. Apa yang kita aturkan untuk hidup selepas mati? Alam yang kekal abadi nanti..

Kaya Sebelum Miskin, Muda Sebelum Tua
Em, saya beri antum peluang muhasabah diri. :P

Doakan DIA berjalan lancar. Jiwa rasa segar bila kembali ke 'alam' saya. He3.

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...