Tuesday, 1 June 2010

Untukmu Palestina Tercinta

‘Janganlah ummat Islam bermimpi untuk mengalahkan Yahudi sehingga bilangan mereka yang solat subuh berjamaah di masjid menyamai bilangan yang datang untuk solat Jumaat’- Rabi' Yahudi


Apa perasaan anda bila melihat video ini?


video


19 orang terkorban dalam misi Gaza Flotilla.

Dan ini?


video


Fitnah dilemparkan kepada para aktivis.


Jika hati kita keras, tidak menangisi apa-apa, cuba semak semula kekuatan iman kita. Ada sesuatu yang tidak kena. Amatlah tidak patut andai airmata mengalir atas perkara yang tidak syarie. Menonton drama Korea, ditinggalkan kekasih hatta pasukan bola kegemaran tumbang di tangan pihak lawan..


Syeikh Dr Yusof Al-Qardhawi menulis:-

“Baitul Maqdis didalam Aqidah Islam mempunyai kedudukan yang sangat tinggi. Hal ini disepakati oleh seluruh kaum Muslimin dan seluruh kelompok Mazhab dan aliran-alirannya dan sudah merupakan ijma’ umat dari satu hujung dunia ke satu hujung dunia lain.

Oleh itu menjadi satu tuntutan kepada seluruh kaum muslimin untuk istiqamah membela, bersemangat dalam melindungi tanah, kehormatan dan kesucian Baitul Maqdis hatta dengan mengorbankan jiwa, raga dan harta benda dalam mengusir para pencerobohnya.


Pada pembukaan Kota Al Quds –636m –Saidina Umar Al-khattab pernah mengistiharkan –“Seluruh Bumi Palestine Adalah Tanah Waqaf Milik Ummat Islam Hingga Generasi terkemudian”.

Ianya difahami sungguh-sungguh oleh Sallahudin Al-Ayubi –hingga mendorong beliau menyeru kaum muslimin menentang dan menghalau tentera Salib –berjaya membuka Baitul Maqdis pada tahun 1187.


“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga allah mendatangkan keputusannya. mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya: “dimanakah mereka?” jawab Rasulullah” di Baitul Maqdis dan sekitarnya”[HR Bukhari]


Muat turun slide Kuliah Online Gaza 1 Jun 2010.


Buka mata, perlukah rasa insaf itu hanya muncul bila mana ada pembantaian terbuka dilakukan oleh tentera Zionis? Selepas berita reda, kita pun leka semula?


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

2 comments:

Nur said...

free palestine.. Allahuakbar..

su_zul said...

Allahu akbar!

Moga kita seteguh semangat mereka di sana. Amin...

Followers