Wednesday 1 September 2010

Bangga Menjadi Muslim

Perkenalkan. Kami ini Muslim. Islam adalah nama agama kami. Ertinya adalah “selamat” atau “tunduk patuh.”

Kami telah bersaksi bahawa tidak ada ilah selain Allah semata. Anda tidak tahu ilah? Ilah adalah sesuatu yang diharapkan, ditakuti, dicintai, dan dipatuhi oleh manusia. Itulah pernyataan kesetiaan yang kami ulang sekurang-kurangnya sembilan kali dalam sehari semalam.

Kami adalah manusia yang merdeka. Merdeka daripada desakan hawa nafsu. Tidak mudah, tapi kami selalu berusaha untuk tetap setia pada satu-satunya ilah kami. Kami bukan termasuk orang-orang yang tunduk pada keinginan peribadinya. Kami juga tidak tunduk pada godaan kesenangan badani belaka. Kami merdeka kerana tunduk pada Allah semata-mata. Bagi kami, tidak ada yang mutlak kecuali Allah.

Kami tidak mengubah-ubah Kitab Suci kami, bahkan tidak berani walaupun untuk menambah satu kata atau huruf baru ke dalamnya. Kami tidak berani untuk berfikir bahawa kami lebih tahu urusan kami sendiri. Ada Yang Maha Tahu yang akan menyelesaikan segala urusan kami.
Kami berani di hadapan manusia dan takut di hadapan Allah, lantang di hadapan diktator dan menyerah tanpa syarat di hadapan Allah. Jangan bingung. Ini hanya masalah yang menempatkan diri pada kedudukannya yang benar. 


Kami ini Muslim. Anda tahu siapa kami? Kami adalah umat yang selalu menimbulkan rasa cemas kepada mereka yang diliputi dengki.

Kami menyuruh puteri-puteri kami berhijab, dan hal itu membuat semua orang kuatir. Padahal mereka tidak ragu-ragu melepaskan puteri-puteri mereka dengan pakaian mini hingga larut malam. Ah, mereka hanya takut, kerana kaum perempuan Muslim hidupnya lebih menyenangkan. Mereka takut semua perempuan akan mengikuti jejak puteri-puteri kami. Agama kami memang tidak pernah menyelisihi fitrah. Semuanya sesuai dengan karektor dasar manusia. Mereka menutup aurat bukan kerana terpaksa, melainkan kerana memang demikianlah yang baik bagi mereka. 

Tanyakanlah pada puteri-puterimu, bukankah hari-hari mereka dilalui dengan penuh kekuatiran kerana mata lelaki yang selalu bersedia menangkap apa-apa yang sesuai dengan syahwatnya? Tanyakanlah pada kaum perempuanmu, bukankah hidup mereka penuh dengan penyesalan kerana selalu disusahkan oleh lelaki-lelaki hidung belang? Ah, tidak perlu dijawab. Kami sudah tahu jawapan jujurnya.


Jangan hairan jika kami enggan menyentuh minuman beralkohol, karena Allah memang tidak menghendaki hamba-hamba- Nya melakukan perbuatan-perbuatan yang bodoh seperti lazimnya orang mabuk. Semua hukum yang susah payah dirumuskan oleh negara-negara Barat untuk menghindari unsur negatif dari minuman keras hanya teori usang. Cukup sebuah ayat dalam Al-Qur’an, maka kami pun menjauhkan diri daripadanya. Inilah bukti kepatuhan kami.

Mengapa kalian bingung menyaksikan kami solat lima waktu setiap hari? Justeru kamilah yang bingung melihat kalian begitu jarang meluangkan waktu untuk Tuhan. Anda fikir solat itu menyulitkan hidup kami? Demi Allah, kami tidak membasuh kepala kami dengan wudhu dan tersungkur dalam sujud kecuali untuk mendapatkan manisnya iman. Kami faham jika Anda tidak mengerti. Rasa manis hanya difahami oleh mereka yang memiliki lidah. Iman hanya difahami oleh mereka yang bersedia untuk tunduk.

Kalian yang tidak memahami lazatnya iman tidak akan mengerti tujuan hidup kami. Kami hidup hanya untuk mati. Semua manusia begitu, tapi sedikit yang mahu mengakuinya. Kenyataannya semua manusia akan mati. Bezanya, kami memiliki tujuan yang pasti, dan kami yakin pada petunjuk arah yang terpampang di depan mata. Kami tidak takut mati, kerana mati itu kepastian. Tidak ada bezanya mati sekarang atau tahun depan. Yang menjadikannya beza hanyalah caranya.

Kami adalah kaum yang akan maju berdesak-desakan ketika pintu menuju syahid terbuka. Anda tidak faham? Tentu saja, kerana anda tidak memiliki kerinduan kepada akhirat. Siapa pun boleh menyangkal, tapi kebenaran adalah kebenaran. Kami hanya menyuarakan kebenaran, dan kebenaran itu lincah seperti air. Jika terhalang batu, ia akan mengambil jalan lain. Jika dibendung, ia akan berkumpul hingga cukup banyak dan akhirnya melimpah dari dinding yang menghadang. Jika anda berusaha memenjarakan kebenaran yang terus mengalir dalam suatu wadah, maka niscaya kebenaran itu akan menekan ke segala arah, dan semua dinding pun akan runtuh.

Anda mungkin boleh menghina Rasul kami dengan berbagai gambar yang tidak layak, tapi semuanya hanya akan berakhir dengan menambahkan kekusutan pada para penghina. Di negeri penghina Rasulullah saw. itu, lima ribu nashkah Al-Qur’an telah terjual dalam lima bulan saja.

Anda mungkin boleh menyebarkan khabar bohong apa pun tentang kami, namun hal itu hanya akan mendorong semua orang untuk mengenal kami lebih jauh. Ini adalah khabar buruk bagi kalian, kerana siapa pun yang mempelajari Islam dengan baik niscaya hatinya akan tersentuh.

Teruskanlah makar ini, dan kami akan tetap menjadi pemenangnya! Anda mungkin boleh mengajak semua orang untuk memerangi kami, namun kebenaran akan sampai juga pada telinga-telinga yang tetap terbuka. Kalian mungkin boleh menghancurkan negeri-negeri kami, namun Islam akan sampai juga di negeri kalian. Cepat atau lambat, negeri kalian akan menerima Islam dengan tangan terbuka, karena kebenaran akan selalu menyentuh hati manusia yang cenderung pada kelembutan.


Kami ini Muslim. Kamilah yang akan memenangkan pertarungan, jika memang anda berkeras untuk bertarung. Tapi jangan khuatir, kerana kami tidak berasa perlu memaksa anda masuk ke dalam barisan kami. Cukuplah dengan menjadi teman yang baik, dan semuanya akan baik-baik saja. Allah SWT tidak melarang kami berteman dengan siapa pun yang tidak memerangi kami. Kepada semuanya, kami sampaikan salam hangat persahabatan: bukalah pintu hati kalian untuk kebenaran, dan ia akan datang dengan berbagai cara yang belum pernah kalian bayangkan sebelumnya.

Kami adalah tangan-tangan yang saling berpegangan dan saling menjaga satu sama lainnya. Kami adalah dahaga yang saling mendahulukan. Kami adalah tubuh-tubuh yang saling menyelamatkan. Kami adalah lidah-lidah yang saling menghibur dan hati yang saling mencemaskan. Kami adalah Muslim. Kami akan menang.


Video Islamic Society Imperial College yang memenangi anugerah FOSIS Video Competition

“Kemuliaan dan kemegahan kami hanyalah ISLAM. Kami berlindung kepada Allah SWT daripada mengharapkan sesuatu selain itu.”



Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
UK cawangan Malaysia (he3..)

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...