Monday 20 September 2010

Duit! Duit! Di Mana Kau Duit!

Opps, tertengok video ni..

YABrs Umar Ibrahim Vadillo,
Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn Bhd

Harapnya video ini boleh menerangkan kepada insan-insan yang mungkin menolak dinar dan dirham dengan emosi. Atas faktor perbezaan politik. Yelah, YABrs Umar Ibrahim bukanlah bangsa Melayu dan mungkin juga dia bukanlah warganegara Malaysia. Kita akan melihat beliau sebagai seorang yang neutral dari fikrah politiknya. 

Penat sebenarnya bila kita berdepan dengan golongan yang menidakkan benda yang betul dan membenarkan benda yang salah.

Tak sangka pula, ada orang putih dalam pakar ekonomi Kelantan. Opps (sekali lagi).. Saya pasti YABrs Umar Ibrahim ni faham bahasa Melayu. Seperti mana orang Cina dan India di Kelantan yang buleh kecek Kelate belako.

Daripada PeterSchiffChannel (orang putih lagi..)

Boleh tonton video di atas tentang penggunaan dinar dan dirham serta hakikat sebenar nilai kepingan kertas dalam dompet kita itu.

p/s: I can't deny, he looked so smart and intelligent when he spoke Malay. Tomei :P Kelate come sokmo!

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...