Saturday 2 October 2010

Selamat Pagi, Cikgu!

A reminder from my beloved sister..

Matlamat Seorang Pendidik Mulia
Di dalam peperiksaan di Darul Ulum, Imam Hasan Al-Banna pernah diminta menulis sebuah karangan bertajuk, ‘Apa yang akan anda buat selepas menamatkan pengajian dan apakah cara yang anda gunakan?’ Imam Hasan Al-Banna menulis seperti berikut:

‘Saya ingin menjadi seorang guru dan pendakwah. Saya akan mendidik para pemuda pada waktu siang, malam dan waktu cuti. Saya akan mengajak keluarga mereka mengamalkan cara hidup Islam dan menunjukkan kepada mereka jalan untuk mendapatkan kegembiraan dan kebahagiaan hidup yang sebenar. Saya akan menggunakan cara-cara yang paling baik yang termampu oleh saya untuk mencapai tujuan ini melalui syarahan, penulisan dan pengembaraan di jalan raya dan lorong-lorong.’

Di Universiti Tarbiyah
Lagi dua tahun untuk mendengar ucapan "Assalamualaikum, cikgu" atau "selamat pagi, cikgu" saban hari. 

Tak sabar tapi berdebar.. 

Namun dalam masa dua tahun ini, saya tidak boleh jatuh dari menuju ke puncak menara gading. Baik dalam pelajaran mahupun tarbiyah. Apa guna jadi guru yang meminta anak muridnya belajar bersungguh-sungguh andai dia dulunya lalai dalam menjalankan tanggungjawab dan jihadnya dalam pelajaran.

Tak mahu jadi ketam yang mengajar anaknya berjalan betul sedangkan dirinya tidak diperbetulkan terlebih dahulu. Usaha!

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Nur Suhaila Zulkifli 
Nottingham.

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...