Tuesday 2 November 2010

Nothin' Is Takde


Video ini dihasilkan oleh Ben yang pernah menetap di Sabah dan Sarawak selama setahun. Itulah sebabnya Bahasa Melayunya agak baku. Bila tonton video ini, rasa seperti banyak lagi perkataan tak betul dari perkataan betul yang orang Malaysia ajarkan padanya.

Bahasa Jiwa Bangsa
Benarlah, setiap kita adalah duta kepada apa yang menjadi diri kita. Jika anda orang Malaysia, orang akan mendapat gambaran Malaysia dari bahasa anda, dan perlakuan anda. Termasuk juga komitmen anda di dalam akademik.

"Most Malaysian students are so excellent in their academic, especially in Mathematics, " seorang guru di sekolah rendah di Nottingham memberi komen kepada seorang ibu, orang Malaysia.

Begitu juga, anda adalah cerminan pada agama anda anuti.

Saya belajar tentang Sikhism melalui teman-teman yang saya sempat ketemu.

Sewaktu Darjah 5: Saya tahu mereka menggunakan bahasa yang hampir sama dengan orang Hindustan.

"Eh, maksud perkataan Dulhan Hum Le Jayenge apa ek? Tengok tak filem Bollywood yang baru tu?" bertalu soalan saya ajukan pada S, seorang beragama Sikh. Kami berkongsi minat yang sama. Hantu filem Bollywood. Tapi itu dulu la.. (aminnn....)

Sewaktu di dalam penerbangan ke London dari Malaysia: Saya tahu mereka dibolehkan meminum arak, tetapi tidak boleh merokok.

"Sister, I'm very sorry about this. I know, you don't like it, but I can't stop drinking it," seorang pakcik Sikh yang duduk di sebelah saya menyampaikan rasa bersalahnya, tidak berhenti meminta white beer dari pramugari. Alhamdulillah, orangnya memang baik dan sedikit pun tidak mabuk, mungkin kerana arak diminumnya bukanlah yang terlalu kuat kesannya. Dari apa yang saya lihat, dia masih berpegang teguh pada agamanya. Sewaktu kami hendak solat, "May God protects you" "May God bless you" akan sentiasa diucapkan olehnya.

Sewaktu menjaga booth Islamic Society ketika Freshers Fayre, saya tahu agama mereka lahir dari adunan segala kebaikan agama lain.

"Sikh Society would be very glad if we can have an interfaith dialogue with the members of Islamic Society. I'll get in touch with the organising committee about this. Thank you and nice to meet you," kata seorang ahli Majlis Tertinggi Sikh Society. Sewaktu mengutarakan cadangan itu, saya menggalakkan lagi beliau agar idea itu direalitikan memandangkan kejayaan interfaith dialogue antara Muslim-Kristian- Yahudi yang diadakan sebelum ini.

Ini gambaran tentang agama Sikh yang saya perolehi hasil dari perkenalan dengan beberapa penganut agamanya.

Rasa-rasa anda, apa pula gambaran yang anda berikan tentang agama anda kepada orang bukan seagama yang mengenali anda? Tak perlu ke luar negara pun, di Malaysia, Tuhan rahmati kita dengan menganugerahkan kita bangsa yang berbilang agar kita saling mengenal.

"Ok, itu saja, jumpa lagi."

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...