Monday 13 December 2010

PUISI Part 4 : The Last Wind Bender

Tersentuh dengan emel diterima dari AJK PUISI (Perhimpunan Ukhuwah Insaniyah Seluruh Ireland). SubhanaAllah, tak pernah pula ketemu ayat Allah menceritakan tentang angin yang menggerakkan kapal. Bukti mukjizat Al-Quran yang terkandung di dalamnya pelbagai isi, tak kira sains, etika hidup mahupun muamalat.

Sedangkan pada ketika itu, belum ada lagi angkatan tentera laut. Tentera laut pertama pun di bawah Saidina Uthman yang dipimpin oleh Muawiyah bin Abi Sufyan, raja yang banyak difitnah. Dan ketika itu, tiada lagi wahyu yang diturunkan. Maha Suci Engkau, ya Allah.

"Tentera drp umatku yg mula berperang meredah lautan sudah pasti mendapat syurga." Bukhari & Muslim.

Selamat "menghadam"!

***
Tinggal kurang dari dua minggu lagi untuk kita berjumpa di PUISI. Masih ingatkah akan battle of elements kita? Mari kita baca elemen yang terakhir iaitu:

PUISI PART 4 : THE LAST WIND BENDER

Apa itu SQ?

SQ atau Spiritual Quotient adalah elemen yang terakhir dalam Battle of Element ini. Spiritual Quotient sering dikaitkan dengan rohani kita atau jika diterjemahkan dalam konteks Islam ianya membawa maksud iman kita kepada Allah swt. Pemahaman tentang iman kita terkandung di dalam konsep shahadatain atau kalimah syahadah.

Apa keistimewaan elemen SQ?

Elemen ini boleh dikatakan merangkumi elemen-elemen lain seperti PQ,IQ dan EQ. Kenapa? Kerana elemen inilah yang akan memandu PQ,IQ dan EQ di atas landasan Islam.

Apa kaitan SQ dengan Wind?

Angin adalah satu benda yang abstrak, boleh dirasa tetapi tidak boleh dilihat. Begitu juga dengan keadaan iman atau rohani kita.

Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman :

Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur. [As-Shura:33]

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa Ia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan; dan untuk merasakan kamu sedikit dari rahmatNya, dan supaya kapal-kapal belayar laju dengan perintahNya, dan juga supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan seterusnya supaya kamu bersyukur.[Ar-Rum:46]

Analogi yang diberikan dalam Al-quran ini cukup jelas. Angin itu adalah pemandu kepada kapal-kapal di lautan. Tanpa angin, kapal layar akan hilang arah tuju.Hidup kita di dunia ini boleh juga diibaratkan sebagai kapal yang berlayar untuk menuju ke akhirat. Iman atau SQ yang baik akan memandu kita ke arah yang benar.



Kesimpulan
Mantapkan rohani kita. Banyakkan amalan agar lebih mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Tidak dinafikan iman itu naik dan turunnya. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berdoa agar ditetapkan iman kita di jalan Allah swt ini. Iman itulah yang akan menyatukan kita, tidak kiralah pelbagai latar belakang, warna kulit dan sebagainya.


Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. [Al-Imran:57]



Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Nur Suhaila Zulkifli 
Nottingham.

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...