Thursday 9 December 2010

Tahun Baruku


10 tahun dalam 1 minit 23 saat.

Semalam adalah 1 Muharam. Sekejap sahaja masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, saya sudah berusia 22 tahun 6 bulan mengikut kalendar Hijriyyah. Allahu akbar..

Alhamdulillah tahun lepas, merasa menyambut Awal Muharam di Andalusia. Perbaiki niat untuk hidup di atas muka bumi dan muhasabah diri. Di tanah yang pernah menyaksikan kebangkitan empayar Islam di situ.

Imam Hassan al-Banna menubuhkan Ikhwanul Muslimin ketika usianya adalah 22 tahun. Suatu pertubuhan yang menjadi inspirasi gerakan Islam dunia yang lain, selain Jamiat Islami di Pakistan oleh Maulana al-Maududi.

Apa yang saya mampu buat apabila melangkah ke usia 22 tahun? Masih bersikap kurang matang dalam menilai sesuatu perkara?

Bukan matang sebab tidak bermain salji, tidak bergurau senda dengan kawan-kawan, namun dari kematangan pemikiran dan penilaian.

19 tahun saya terbazir begitu sahaja. Perlu usaha lebih agar dapat tampung kesilapan lama. Tiada erti rehat selagi belum mati.

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...