Monday 4 April 2011

Berkorban Apa Saja

"24 orang akan dipilih untuk menyambung PGCE dan 24 lagi akan belajar KPLI di Malaysia. Mungkin di IPTA sebab IPGM menyediakan kursus setahun setengah dan modulnya disediakan untuk bakal guru di sekolah. Bukan di Kolej Matrikulasi. Jika ada sesiapa sukarela mahu pulang, sangatlah dialu-alukan untuk beritahu saya. Ingat, tak bermakna, yang pulang tidak baik. Malah mungkin kerana mereka telah cukup terlatih, mereka perlu beri peluang kepada kawan-kawan lain untuk terus dilatih di sini."


Kata-kata pegawai Bahagian Matrikulasi terngiang-ngiang beberapa hari ini. Jujur saya katakan, saya tidak kisah untuk pulang mahupun tinggal di sini. Mana-mana pun ada baik dan buruknya. Namun, apa yang dirasa tidak diluahkan waktu perjumpaan dengan mereka Jumaat lepas. Khuatir andai kata-kata saya didengari seolah-olah saya lebih cenderung untuk pulang.


Waktu itu, saya tidak nampak, sebab yang sangat kukuh untuk saya berada di sini melainkan kerana duit biasiswa yang lebih tinggi. GBP650 sebulan, bersamaan RM 3000 lebih. Paling tidak, sebulan boleh simpan GBP200. Bolehlah digunakan untuk diberikan kepada keluarga di Malaysia. Di Malaysia, biasiswa KPLI yang diberi kepada pelajar yang bakal menjadi guru sekolah berjumlah RM2200. Tak banyaklah beza sebenarnya memandangkan kos hidup di UK yang juga lebih tinggi.


Benar, ada yang minta supaya saya terus di sini. Tapi hakikatnya, saya percaya, persatuan atau sebarang organisasi yang saya sertai mampu terus berdiri walaupun saya tiada di sisi. Kredibiliti kepimpinan pelapis, yang rata-rata adalah adik-adik saya pun, sudah terserlah. Mereka mampu jadi pemimpin yang hebat tanpa someone so-called kak Su.


***
Perkara yang dibangkitkan dalam bengkel anjuran MyHarapan Sabtu lepas membuatkan saya terfikir. Orang Malaysia sebenarnya lebih perlukan aku.. Keluargaku.. Masyarakatku.. Di sini, saya tak alami hidup susah seperti mana orang yang dekat dengan saya di Malaysia. Kadang-kadang saya lupa, saya di sini bersuka ria, tapi di sana, ada yang mengikat perut saban hari.


***
Melawat sahabat yang kemalangan Ahad lepas menyedarkan saya erti pengorbanan. Berkorban apa sahaja untuk keluarga yang tercinta. Walaupun masa depan sendiri..


Puas sudah bertanya kepada setiap orang senior, bagaimana pembelajaran PGCE mereka di sini. Komen mereka sudah pun dihadam. Namun, saya masih lagi belum berat ke arah mana-mana.


"PGCE di sini satu peluang yang awak tak boleh dapat di Malaysia. Buatlah istikharah, minta petunjuk.."


"Saya da buat kak.. Tapi tak nampak apa-apa.."


Hati meminta-minta panduan. Jiwa ini sudah penat memikirkan.. Ketandusan cahaya petunjuk. Lembaran warkah cintaNya dibuka.. Saat kekusutan, ayat-ayat surah ar-Ra'd yang dijumpai.


وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُواْ لَوْلا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَةٌ مِّن رَّبِّهِ إِنَّمَآ أَنتَ مُنذِرٌ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ
Dan orang kafir itu berkata: “Mengapa tidak diturunkan kepadanya (Muhammad saw) suatu tanda (bukti) daripada Rab (Tuhan)nya?” Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad saw) adalah pemberi peringatan, kerana bagi tiap-tiap kaum ada (dihantarkan) yang memberi petunjuk. (Surah ar-Ra'd:7)


***
"Harga lelong rumah ni RM165k, Abah.. Bukan harga rumah yang asal. Paling kurang kita kena ada pendahuluan RM30k dalam tangan, kalau nak menang lelongan tu.."


"Tapi rumah tu besar, dekat dengan rumah kita sekarang. Ma pun suka.. Beberapa hari lepas, tauke tanah datang, bagitahu suruh pindah keluar. Dia akan bayar ganti rugi kepada tuan rumah. Tapi kita tak dapat pape kecuali dia sanggup sewakan lori angkut barang keluar. Ikut pada Long lah.. Kalau Long ada duit, kita dapatkanlah rumah tu.. Kalau tak, Abah boleh cari rumah sewa baru.. Kami tak kisah.. Tak nak susahkan Long. Abah pun tak tahu nak buat macam mana sekarang. Long ada kat sana. Susah kita nak berurusan.."


Hati anak mana yang tak hancur luluh bila rasa dirinya tidak berguna pada keluarganya. Hajat hati ingin bertanya pada ibu bapanya, pendapat sama ada patut balik atau tidak, tidak disuarakan langsung.


"Hello..Hello.. Long, dengar tak?" suara Ma kedengaran di hujung talian. Menunggu saya menyahut panggilannya..


"Ma, nanti orang telefon balik ek.." Lantas, butang menamatkn panggilan terus ditekan. Tiada kata mampu lagi dilafazkan ketika itu..


Ya Allah, andai ini petunjuk yang Kau mahu berikan kepada aku, ketahuilah petunjuk ini sangat perit untuk aku terima.. Hati adakala memberontak, bukankah aku masih muda untuk diuji dengan tanggungjawab ini? "Allah sedang berbicara denganmu.." pujuk hati.. Semuanya ada hikmah.


هُوَ الَّذِى يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفًا وَطَمَعًا وَيُنْشِىءُ السَّحَابَ الثِّقَالَ 
Dia (Allah) jualah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, yang menakutkan dan (mengandungi) harapan (kedatangan hujan), dan Dia (Allah) mengadakan awan yang berat. (Surah ar-Ra'd :12)


***
Anak ini lupa, dia anak sulung dalam keluarganya.
Anak ini lupa, dia harapan untuk ubah nasib keluarganya.
Anak ini lupa, ibu bapanya tidak belajar tinggi.
Anak ini lupa, ayahnya kerja tidak menentu. Ada kerja, adalah duit.
Anak ini lupa, ibunya sanggup tidur 3 jam sehari sebab nak jual nasi lemak, bantu tampung keluarga.
Anak ini lupa, adik-adiknya diberi pilihan untuk tidak sambung belajar.


***
Moga keputusan yang diambil ini dapat menebus dosa yang dia lakukan selama ini..


Assalamualaikum wbt Puan Azwa.
Maaf sangat kerana lambat membuat keputusan. Setelah berfikir masak-masak, saya mengambil keputusan untuk menyambung KPLI di Malaysia. Atas faktor keluarga yang sangat memerlukan saya berada di Malaysia dan beberapa pertimbangan lain, termasuk pembelajaran PGCE dan pendedahan mengajar.
Saya amat berharap, agar saya dapat menyambung pengajian di Malaysia. Saya juga ingin memaklumkan, yang saya tidak dapat menunggu majlis graduasi pada bulan Julai, kerana saya perlu berada di Malaysia seawal 30 Mei 2011. Atas faktor keluarga juga. 
Maaf sekali lagi atas keputusan yang drastik ini. Namun, insyaAllah, ini adalah keputusan yang dipandu olehNya. 
Ribuan terima kasih, Puan Azwa!


لَهُ مُعَقِّبَـتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمْ وَإِذَآ أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلاَ مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ
Bagi setiap orang ada penjaga-penjaga yang (sentiasa) mengiringi di hadapannya dan di belakangnya; mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri-diri mereka (sendiri). Dan jika Allah berkehendak mendatangkan keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang berkuasa menolaknya. Dan tidak ada bagi mereka pelindung selain-Nya. (Surah ar-Ra'd :11)


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.


Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

9 comments:

nadiahmustapa said...

Allah..sebak sy baca post ni. InsyaAllah ada kebaikan dalam keputusan yg akak buat ni. Moga Allah permudahkan jalan akak. Ameen..

nurmazafira abd rahim said...

assalamualaikum

semoga akak terus diberi kekuatan...
semoga yang terbaik untuk akak...

Allah is always there for us as long as we want Him to be...

su_zul said...

Salam my dearest little sisters.

Jazakillahu khairan kathira. =)

Please always make duaa for me. xx

Nur B Tapri said...

salam.. su buat physicskah? if so, most probbly you will be in jb. if so, we can meet up. :p

su_zul said...

Wslm kak.

Tok la:P Saya ambil biology. Lagipun saya bukan KPM Alevel. Jadi, memang akan sambung di UPSI. InsyaAllah:)

Anonymous said...

salam ziarah kak su =)

smga Allah mudahkan segala urusan akak

insyaAllah ,Allah sentiasa bersama akak =)

su_zul said...

salam erma:)

Jzkk dear for the support! all the best untuk imtihan tau! wat leklok! tunjuk contoh baik pada student. hu3 (pesan pada diri sendiri)

Nur B Tapri said...

owh.. su bwh matriculation kan. kitabelum ada rezeki nak berjumpa :P. mudah-mudahan satu hari nanti.

my humble opinion, if we are talking about reforming education, pgce will be a good start for the fresh teachers. dulu teringin sangat nak buat pgce, tapi x berpeluang.

i am myself commited to think of alternatives to the rote-learning, exam-based approach. having some experience from pgce will be handy, if i have any.

so now, kena pakai topi kreatif, cari jalan nak bantu pelajar. banyak bereksperimen dengan idea sendiri.. :D

su_zul said...

Salam kak..

Yeah, I did realise that. Itu macam sedikit terkilan, bila saya sendiri yang buat keputusan, tak nak proceed pgce.

Tapi either studying pgce or KPLI, both have pros and cons. Takpe, pengalaman kan cikgu yang paling mantap dalam hidup :) Kita strive to excellence kak!

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...