Saturday, 9 April 2011

Untuk Kamu-kamu =)

"Kenapa facebook you penuh dengan orang komen, nanti rindula, da nak balik la, sedih la.. Macam la you nak balik sekarang.." komen orang rumah. 

"Su da macam mak. Orang komen sedih-sedih, dia kata tak yah la sedih-sedih," orang rumah yang sama bercerita pada orang rumah saya yang lain.

Sedih? Da tak de air mata nak keluar seminggu ni.. Jadi, bila setiap orang yang saya kenali menyuarakan rasa terkejut dan sedihnya, saya hanya mampu menenangkan.

Sedih memang sedih. Apatah lagi, di sini saya temui kehidupan. Di sini, saya merasa syurga dunia. Di sini, saya menemui sahabat-sahabat yang bakal saya rindui. 

"Kenapa kak Su nak balik? Awalnya! " 
"Kalau akak tak balik sekarang, lagi sedih sebab nanti lagi kenal ramai orang. Baik balik sekarang. Takde la sedih sangat. Ha3.." 

"Are you coming back to here (for further study)?"
"I'm not sure, but if I'm coming back, all of you will no longer be here."

Kadang-kala kita sukar menerima perpisahan. Apatah lagi, ukhuwah yang terjalin tersemai kukuh. Marah tanda rindu, benci tanda sayang. Namun, kita lupa, bila-bila masa sahaja, kita bakal menghadapi perpisahan yang tak disangka. Nyawa ini milik Allah. Kita tak tahu bila jasad bakalan terpisah dari badan.


بَدَءَ الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بدء فطوبى للغرباء


Telah bermula Islam dalam keadaan asing, kelak ia akan kembali menjadi asing,sebagaimana ia bermula. Maka berbahagialah mereka yang asing (tetap bersama Islam).

Diri ini datang sebagai ghuraba' (asing). Dia akan kembali sebagai ghuraba' juga. Namun dalam perjalanannya yang sementara di sini, sedikit pun dia tidak merasa asing dengan orang sekelilingnya. Kebahagiaan yang pasti tidak akan ditemui di perjalanan lain.

Apa yang ditulis dalam post sebelum ini, hanya sekadar catatan diari seorang hamba. Usahlah dirasakan berat masalah yang hamba itu hadapi, kerana banyak lagi hamba lain yang diuji lebih getir, lebih sukar. 

Tuai padi antara masak, 
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak, 
Esok jangan rindu-rinduan.


Moga tempoh kurang dari dua bulan ini menjadi antara hari-hari yang paling manis di sini. Doakan jika kita tidak bertemu lagi di dunia, kita usaha sama-sama agar bertemu kelak di syurga,insyaAllah..

Dijah, Nadia, Tan, Nabilah, Nab, Pain, Anis, Jihah, Tiqah, Jan, Yna, Fatin, Madihah, Fatimah, k. Mutiah, Asiah, Arina, Atikah, Iman, k. Fiqa, k. Mira, k. Ilina, k. Pija, k. Syiqeen, k. Atie, Fatirul, Izreena, Mira, Nedhu, Wanie, Amirah, Farah, Sasya, Ayuni, Nazu, Eleen, Yasmin, Farha, Nadiah, Amerlia, Sheila, Yvonne, Yee, k. Ili, k.Maryam, k. Fiqa, k.Anis, k. Aisyah, k. Suraya, k. Irina, Melati, Sarah, Nadiah, Sha, Suhaida, Stephanie, Fazlyana, Ekyn, Farhana, El, Hana, Hana, Adilah, Aini, Atiqah, Amirah, Mardhiah, Izzah, Wani, Siti, Farah, Aled, Rina, Ain, Vicher, Fong Wen, Wei Wei, Tracy, Zhao Wen, k. Hajar, k. Yenti, k. Rohana, k. Fariza, Safoora, Tanya, Azizat, Imaine, Namrah, Ramsha, Eman, Omaima, Hanya, Fawzia, Salhah, k. Wardah, Fadilah, Sarah, Rachaa,  Thanaa, Seema, Hannah, Zehna.. 

I LOVE YOU ALL! Till the end of my life, insyaAllah!


Lagu yang dihadiahkan sewaktu hari lahir saya yang ke-20. Khas untuk insan-insan yang saya kasihi.


"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists." 


Nur Suhaila Zulkifli Nottingham.

2 comments:

Iman said...

terharu nama saya ada :)


mana kak su ni? dah lama benar tak nampak muka :p

su_zul said...

Salam:)

Hu3.. awak ni.. Akak ada je kat Notts. Cuma tak merewang macam selalu buat. :P Berkurung je kat uma:P

Followers