Wednesday 4 January 2012

KepadaMu Kekasih

Dua minggu berkelana di tempat orang.. Sama seperti tahun sebelumnya.. Bukan sesuatu yang luar biasa untuk jiwa ini. Moga pengorbanan sebegini masih dapat diteruskan pada tahun-tahun yang mendatang..


Kelana bukan sebarang kelana.. Kembara menuntut ilmu dan menginsafi kerdilnya hamba ini di sisi Tuhannya.. Bila kita diberi tanggungjawab, bila kita diberi kepercayaan, bila kita diberi kuasa, kita mudah lupa, yang beri adalah Allah. Yang pilih kita adalah Allah.. 


Sudah ditetapkan kepada diri, jadi seorang yang lembut hatinya.. Dengan ilmu yang diterima, moga gugurlah dedaunan keegoan.. Sedangkan Allah sendiri adalah Al- Latif.. Lembut tidak bererti longlai dan lemah. Kerana hati yang lembut itu bisa saja menggoncangkan dunia dengan kepimpinannya.. Walau tinggi mana pun kedudukan wanita itu, biarlah ia menjadi seperti ratu negeri Saba', sedar siapa yang lebih berkuasa dan tunduk pada kuasa itu.. Kerana jiwanya adalah jiwa yang teguh, ia tahu apa yang boleh mengubahnya.. Diri sendiri.. Bukan dari luar..


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ
       عَلَيْهِمْ ءَايَـتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَـناً وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal”
***
Pulang sahaja dari kelana itu, perkara pertama dirisaukan, lambakan emel yang memenuhi inbox.. Kali ini berapa ratus pula.. Memang kebanyakannya notification dari facebook, namun kebanyakan itu adalah diskusi kerja. Yahoo Group sudah tidak mendapat tempat sebagai medium perbincangan, sebaliknya di facebook group. Seolah-olah, sudah tidak boleh lari dari  facebook. Niat untuk deactivate bukan lagi satu pilihan yang ada..


Terleka sebentar dari menghabiskan sisa emel yang belum dibaca. Tertonton rakaman ceramah Ustaz Azhar Idrus dan Zizan di GeMS. Menarik sebab ramai anak muda yang hadir.. 70 ribu orang.. Siapa sangka, anak muda kita bukan semuanya dahagakan hedonisme.. Malah kebanyakannya ada fitrah Islam, cuma perlu kena pada caranya..


Bukan setakat ceramah, penyanyi seperti Akhil Hayy dan Shahir juga dijemput hadir.. Lagu Bahagia dalam Perpisahan, kalau diamati menunjukkan keindahan kalau budaya couple itu ditinggalkan. Teringat sewaktu menonton Simfoni Kasih Ustaz Zul dan Sham Kamikaze. Kata Ustaz Zul, lagu Iris nyanyian Awie diciptakan untuk seorang yang bergelar isteri.. "Ha, abang-abang yang datang dengar lagu ni, balik tu, ciumlah isteri kat rumah tu.."


Sambungnya lagi, lagu KepadaMu Kekasih dicipta M Nasir untuk menzahirkan cintanya pada Ilahi.. Allah.. Baru tahu perkara ni.. Selalu sahaja dengar lagu ni.. Tapi tak tahu apa ruhnya..


KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali


KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri


Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu


KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini


***
Perjalanan kelana itu memberi seribu satu pengajaran..


"Doa itu senjata orang mukmin.." Sudah acapkali didengar kata-kata ini.. Namun sejauh mana hati ini menghadamnya? Percaya, Allah sentiasa mendengar kata-kata hambaNya. Yakin, Allah akan berikan yang terbaik untuk hambaNya, asal hambaNya terus-terusan meminta.


Sebaliknya hamba ini mudah sahaja tidak bersabar menanti setiap petunjuk. Sedangkan hamba ini sering mengambil langkah sendiri sedangkan dia tidak tahu seperti apa yang Tuhannya tahu.. 


“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)” Riwayat Abu Dawud, Ahmad.


Yakinlah, Allah itu ada dan Maha Mendengar..
Bila cinta kepada Allah itu mengatasi cinta segalanya, insyaAllah, dirimu akan dapat apa yang kau nantikan..




"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists." 


Nur Suhaila Zulkifli 
Nottingham.

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...