Thursday 30 July 2015

Mengapa Tangan Itu Bisa Menyakiti

Bila berlaku kes pembuangan, pembunuhan atau penderaan fizikal (mahupun mental) bayi, kerap kali terlintas di fikiran kita, di mana kasih si ibu pada anak yang dikandungnya 9 bulan, dilahirkan dengan separuh nyawa?

Bila kita cuba letakkan diri kita pada kasut si pembuang, pembunuh, pendera anak sendiri. Mungkinkah perbuatan tersebut didorong kerana benci atau marah pada si bapa anak tersebut?

Kerana tak dapat 'membuang', membunuh atau 'mendera' si bapa, maka anak yang tidak berdosa dan berdaya menanggung salah si bapa.

Si ibu bayi itu, adalah wanita biasa. Punya 9 emosi dan 1 akal. Satu bahagian mindanya waras menyatakan, ini anak aku, jangan sakiti dia. Tapi 9 bahagian jiwa lain berkecamuk dengan rasa amarah yang menguasai diri. Bukan pada si anak tapi akhirnya dilepaskan pada si anak.

"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists." 
Nur Suhaila Zulkifli
Masjid Tanah

Friday 24 July 2015

DSLR, Aku dan Dia

Dulu, waktu belajar, sahabat baik saya beli DSLR. Saya sekadar memberi idea shot mana yang menarik untuk diambil.

Kemudian, habis belajar, ambil upah mengambil gambar perkahwinan untuk seorang kakak muslimat. Pengalaman pertama kali. Tiada teknik selain yang baru dipelajari dari en tunang. Duit upah digunakan untuk tambah dana perkahwinan kami.

Rupanya itu pemula. Selepas berkahwin, saya bersama suami menggerakkan bisnes Kuroshiro Photography. Suami bersama D3100 kemudiannya D7000, dan saya masih setia dengan D90. Setahun menjadi part time photographer, pergi sejauh Baling mahupun Kuala Terengganu. Tak kira sedang sarat 8 bulan mahupun baru lepas bersalin sebulan. Bukan duit mahu dicari tapi kepuasan membantu muslimah yang memerlukan photographer wanita.

Kini terpaksa melepaskan tugas sebagai photographer di sisi suami kerana ada tanggungjawab lain yang perlu dipikul. Walaupun sebenarnya sangat bangga bila selalu ditegur customer dan rakan-rakan mereka, kami pasangan suami isteri yang punya minat pada fotografi yang sama.

Namun, minat dan bakat itu masih ada. Kita tidak akan tahu kita ada bakat melainkan kita mula mencuba.

Bak kata Saiful Nang, "jangan pandang rendah ijazah jalanan di universiti kehidupan".

Photo taken by me, edited by mr husband

"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists." 
Nur Suhaila Zulkifli
Masjid Tanah

Thursday 16 July 2015

Apa Ada Pada Bahasa

Salah satu perkara yg terindah tentang Al-Quran adalah pada keindahan bahasanya yang tiada tandingan sedangkan ia turun di zaman Mekah yang tika itu dipenuhi dengan penyair Arab tersohor. Hadis sendiri, meski tak mampu menandingi Al-Quran, setiap lafaz baginda saw umpama butir berlian yang menerangi alam. Hatta,para alim ulama sendiri ramai yg mengeluarkan kenyataan yang indah yang kerap dirakamkan untuk menjadi mutiara kata. Ramai tokoh Islam yang lain pula menguasai banyak bahasa.

Maksudnya di sini,kelebihan menuturkan bahasa yang indah, bermakna dan tidak mencerminkan kejahilan adalah salah satu budaya teragung dalam sesebuah agama. Apatah lagi Islam.

Andai tidak mampu mengatur bait-bait kata yang puitis, cukuplah sekadar kita menggunakan bahasa yang difahami dan diiktiraf: mengeja dengan ejaan yang sempurna dan tidak mencaca-merbakan bahasa. Caca-merba yang mana Bahasa Inggerisnya tak dieja betul seperti wujud pada zaman tiada tamadun , Bahasa Melayunya pula langsung tidak wujud maksudnya. Sudahlah kita sekadar berbangga dengan dua bahasa ini sahaja, sedang penguasaan kedua-duanya entah ke mana. Bahasa Arab? Tertunduk malu kita untuk mengaku Muslim yang tidak memahami bahasa Arab.

Berbahasalah dengan bahasa yang mencerminkan keindahan, bukan kejahilan.

Again, it just the matter of sensitivity. How we really care to follow the footsteps of the Messenger and solafus solih in using languages.

Antara 'sunnah' mereka adalah kebolehan berbahasa. Kita? Masa bila pula kita akan capai sampai ke tahap kata-kata kita menjadi mutiara berharga untuk simpanan umat manusia?

"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."

Nur Suhaila Zulkifli
Port Dickson.

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...