Monday, 12 September 2016

Madu Oh Madu..

Semalam sempat menonton Majalah 3. Tajuk menarik, madu asli dan madu tiruan.

Sangat memeranjatkan bila mendengar pendedahan dari seorang saintis tempatan yang terlibat dengan kajian berkenaan madu. Maaf saya lupa nama beliau.

Kata beliau, madu yang terjual di pasaran hampir 80-90% adalah madu tiruan. Madu tiruan itu bukan setakat madu yang kandungannya hanya sedikit sahaja madu asli, tapi boleh juga merupakan madu sintetik. Yakni, bukan madu pun. Sebaliknya madu sintetik itu ialah 100% bahan buatan manusia, bukan yang datang dari lebah. Dihasilkan sehingga sangat menyerupai rasa dan rupa madu asli. Dan ia terhasil melalui teknologi pemakanan dan kimia. Sangat menakutkan!

Lebih menakutkan, satu demi satu petua yang dikatakan boleh membezakan madu asli dan madu tiruan, langsung tidak berkesan. Bila dititikkan kedua-dua madu itu ke dalam air, kedua-duanya tidak terputus. Bila dibiarkan meresap pada tisu, kedua-duanya meresap. Bila dibakar, kedua-duanya terbakar. Nak tunjukkan bahawa, petua tradisional bukan langkah terbaik untuk menilai mana berlian, mana kaca.

Jadi, kata saintis tersebut, apa yang mereka buat untuk menentukan keaslian madu tersebut ialah hanya melalui ujian makmal. Bila diimbas dengan teknologi canggih, kuantiti pelbagai antioksidan dalam madu asli amat tinggi. Manakala pada madu tiruan, jelas tiada antioksidan di dalamnya.

Sebaliknya, ada kuantiti yang amat tinggi yang bukan antioksidan pada madu tiruan itu. Dan bahan itu adalah suatu yang tidak diketahui. Bahaya atau tidak, kita tidak tahu. Perkara ketiga yang menakutkan!

Untuk mereka yang banyak mengamalkan makanan sunnah seperti madu dan habbatussauda, tentulah pendedahan ini sangat membimbangkan. Kita berharap pada madu sebagai pencegah segala macam penyakit. Rupanya bukan madu pun yang kita telan.

Moga kita dipertemukan sentiasa dengan 10-20% madu asli itu..

P/s: Ini cerita berkenaan madu lebah. Bukan madu satu lagi tu.. Jangan fikir lain. Hu3..

No comments:

Followers