Friday 29 April 2016

Emas Untuk Melabur

CELIK HARTA#1

Ini adalah rantai tangan pertama yang saya beli menggunakan gaji sendiri. Sebab beli, untuk menyimpan 'duit'. Setelah tiga tahun bereksperimen dengan tahap konsistensi diri sendiri yang sangat sulit untuk menyimpan dalam bentuk duit. Masuk RM400 bila gaji, hujung bulan keluar kembali RM400. Maka, saya putuskan saya perlu menyimpan dalam bentuk aset. Dan aset termurah adalah emas.

Waktu ini, belum ada ilmu berkenaan emas. Sekadar setiap hari memantau harga emas berapa. Maka rantai tangan ini dibeli waktu harga emas jatuh pada November 2015. Ingatkan harga di Kuala Pilah sudah yang terendah. Rupanya ada lagi lebih murah, bila saya makin menimba ilmu berkenaan emas sambil menambah gram emas (yang suka emas mesti tahu maksud saya) =)

Kini, rantai tangan ini putus. Tak mengapalah. Pengalaman mengajar. Apa maksudnya barang kemas hollow.So no more rantai tangan pintal hollow selepas ini^^

Rantai ini akan bertukar milik selepas ini. Jerung emas mesti tak sabar nak membaham ni:p

P/s: Dulu niat sekadar nak menyimpan emas. Tetapi kemudian tukar nawaitu. Untuk melabur. Jadi jangan ingat saya pakai barang kemas besar-besar ya.

Melabur emas sudah. Sekarang, nak melabur duit pula^^ Next further step..

#celikharta
#infaqduniasahamakhirat

Sihat Sebelum Sakit

CELIK HARTA#2

Isnin lepas, gaji pekerja kerajaan masuk. Sibuk menyiapkan kerja sebelum cuti akhir semester bermula. Sampai tak sempat nak akses e-gaji.

Selasa esoknya, badan sudah mula tidak sihat, berjangkit dari anak-anak Boboiboy kuasa 2. Sakit tekak, selsema, batuk, pening kepala semua ada. Sampaikan terpaksa minta direhatkan dari mengawas peperiksaan di sebelah petang. Gaji sampai ke sudah tak tahu dapat berapa.

Rabu, demam. Mujur sudah bermula cuti. Kepala terasa berat hingga tiada nafsu untuk berwhatsapp, melayari facebook mahupun mengakses e-gaji. Segala perancangan untuk gaji April 2016 bagaikan hilang. Inikan pula hendak membeli belah atau makan sedap, meraikan gaji yang masuk.

Hanya bila Khamis menjelang dan kesihatan mulai pulih, baru disedari pergerakan gaji baru dan tunggakan gaji diterima. Dan potongan cukai bulanan pertama kali diterima (*_*).

Benarlah, ada duit tapi kesihatan tiada, duit itu tiada nilainya. Waktu sihat dan muda inilah kita menikmati hidup sebaiknya. Manfaatkan untuk kebaikan agama, diri dan keluarga.

Bak kata rakan pensyarah senior saya, "Nanti Su pun akan sampai tahap akak (umur 50-an), gaji banyak. tapi da tak tahu nak buat apa dengan gaji tu. Nak membeli-belah, tiada siapa nak temankan. Nak bercuti pun da tak larat. Nak beli tanah pun, tak kuasa nak usahakan."

Bertindaklah sekarang. Usah tunggu gaji banyak baru nak mengumpul harta, melabur wang, menimba pengalaman di tempat orang. Sementara masih sihat dan muda, nikmatilah nikmat ini. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara^^

#celikharta
#hartaduniasahamakhirat

Sunday 17 April 2016

Usah Bertangguh

Bila menerima satu lagi berita kematian seorang yang menggerakkan dakwah dan tarbiyah, cukup menjentik hati dan jiwa, betapa mati itu dekat. Dan saat itu akan tiba tanpa menunggu kita sedia berdakwah dan mentarbiyah.

Allahyarhamah bukan pertama yang memberi tarbiyah kepada saya waktu kematiannya.
1) Akh Mas Afzal. Graduan dari  Sheffield. Meninggal dunia akibat kanser tak lama selepas mendapat ijazah perubatan. Fasilitator yang menjadi role model buat saya yang baru menjejakkan diri ke UK. Sangat dikenali di seluruh UK Eire dengan kepimpinan dan sumbangan beliau untuk Islam. Masih mampu memberi ceramah walaupun doktor telah memaklumkan beliau sudah tenat, tiada harapan untuk diubati lagi.

2) Saudara Arif. Graduan seuniversiti, dari Nottinggam. Meninggal dunia akibat kemalangan maut, ketika pulang selepas majlis akad nikahnya sendiri. Berita itu diterima kami tanpa terduga. Seorang penggerak usrah. Low-profile namun hebat memberi.

3) Hajar. Junior saya di Kolej Matrikulasi Melaka. Terlibat dengan kemalangan selepas menziarahi adik-adik di KMM. Sewaktu di KMM, menjadi penggerak program tarbiah di sini. Waktu jenazah diuruskan, bila kain penutup mukanya dibuka, jelas terserlah wajah damai yang tersenyum tenang. Allahurabbi, mengalir laju air mata kami waktu kami melihatnya.

4) Kak Nida Fatin. Graduan dari Leicester. Meninggal dunia akibat kemalangan semalam.  Antara kakak yang menjaga kami dengan penuh kasih sayang saat kami baru tiba di suatu negara yang asing. Gigih membawa kami ke program-program tarbiah dan tidak jemu-jemu berusrah dengan kami. Jarak bukan penghalang. Nottingham-Leicester-Birmingham, itu biasa.

Benarlah, jangan sekali-kali bertangguh untuk berjuang untuk Islam. Kalau nak menunggu sampai habis belajar baru kita nak terlibat dengan program, takut kita tak sempat. Kalau nak menunggu sampai sudah lapang dari komimen kerjaya dan keluarga, takut kita sudah terlewat. Kalau nak menunggu hingga hidup kita telah sempurna harta, takut hal dunia yang dikejar itu tak dapat.

Takut nyawa yang dipinjam ditarik Allah bila-bila masa. Secara perlahan-lahan melalui penyakit contohnya mahupun secara mendadak melalui kemalangan mahupun dalam tidur.

Berjuang untuk Islam bukan sebab nak kejar jawatan, nak dikenali kerana ada adik-adik usrah. Malah perjuangan itu bukan dibentang dengan karpet merah. Hingga ada masa, kita terduduk dan menangis, betapa penatnya jasad ini menanggung beban dakwahNya. Betapa terseksanya jiwa saat dikritik oleh kawan mahupun lawan. Dan saya percaya keempat-empat mereka ini melaluinya. Dan kini mereka telah tenang di sana.

Berjuang semata-mata mencari redha Allah. Supaya nanti bila ditanya apa yang dihabiskan saat hidup kita untuk Islam, setiap anggota yang pernah bekerja di jalan Allah mampu menjawab di hadapan Tuhan kelak. Mati itu pasti dan kita tidak tahu bila kita akan mati. Usah bertangguh.

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...