Sunday 25 September 2016

Takaful Percuma

Hantar borang untuk menggandakan wang simpanan Akaun 1 klien-klien.

Untung sebab duit pencen bertambah tanpa perlu buat apa-apa. Cuma sain-sain je. Duit sesen pun tak bawa keluar. Paling penting, dapat takaful percuma.

Tu lebihnya Public Mutual. Dana patuh syariahnya bukan satu. PIOF da habis kuota, kita ada banyak lagi dana bagus lain. Dan Public Ittiqal Sequel (PITSEQ) is one of them. The best equity fund Malaysia last year! 

Saturday 24 September 2016

Belanja Selepas Kahwin

Semalam sempat jumpa junior saya.. To be exact, adik usrah saya. Bersama tunangnya.

Mereka nak menyimpan dalam unit amanah. Buat akaun bersama, macam hibah.

Bila ditanya, apa goal simpanan mereka ini, untuk belanja kahwin ke?

Jawab tunangnya, "Tak kak.. Ni untuk simpanan belanja lepas-lepas tu."

"Oh, bagus-bagus. Jadi korang memang nak simpan untuk long term la. Paling cepat, mungkin beli rumah dalam masa 5 tahun. Lagi panjang, untuk education anak-anak."

Yang lelaki mengangguk-angguk. Macam da biasa dengan perangai kakak naqibah tunangnya yang banyak berceloteh. Hi3.

Suka saya tengok anak muda baru berumur 22 tahun, tapi da fikir panjang. Tapi mereka bukan klien termuda saya. Paling muda, 21 tahun. Saya tunjuk pada mereka kelebihan simpan usia muda, umpama pokok yang bukan sekadar berbuah tapi menghasilkan anak pokok yang juga nanti berbuah. Compounding effect, kita panggil.

Lepas mereka berdua isi dan sain borang, sempat juga selidik fikrah tunang adik usrah saya ni. Yela, mesti kena check, muslimin tu boleh jaga adik kita ke tak kan.. Ini bukan muslimat biasa. Ini muslimat pendokong perjuangan Islam. Sambil-sambil berceloteh lagi kat adik usrah pasal baitul muslim. Tetiba, jadi usrah pulak. (Typical kak Su.. Ha3.)

P/s: Alhamdulillah, satu nikmat dunia bila dapat bakal pasangan yang elok rupa paras. Bila tengok tunang adik usrah saya tu, teringat ke-handsome-an suami waktu awal-awal nikah dulu. Bila dapat anak, dia da jadi atas sikit dari Wolverine, bawah sikit dari Taliban. Sekarang baru nak start handsome balik. Hu3

Wednesday 21 September 2016

Well Done, Public Mutual!

Congratulations, Public Mutual for maintaining the NO. 1 UNIT TRUST COMPANY in Malaysia!

Makin bertambah dari penghujung tahun lepas. Dalam masa 6 bulan je, share Public Mutual sebanyak 49.46% jadi 49.56%. RM59 billion, jadi RM62 billion. RM62, 000, 000, 000. Banyak kosong kosong kosong. Hu3.

Ini dari keseluruhan dana unit amanah swasta di Malaysia. It is unbeatable! Largest share means greatest stability! So proud of you!

Monday 19 September 2016

Benda Baik

Petang tadi, sempat hantar borang-borang klien. Sampaikan ditegur staf Public Mutual.

"Ramainya akak daftar klien.. Ni colleague ke sume?"

"Eh takla. Kawan-kawan belajar. Diorang pulak siap tolong promotekan ke orang lain."

Yela, benda baik, kita hebah-hebahkan. Daripada kita biarkan simpanan tunai kita dok takat tu je dalam bank, baik kita gandakan dalam unit trust.

Daripada biarkan duit kita dalam KWSP setakat berbunga, baik kita bagi ia beranak-pinak dalam unit trust. Siap boleh dapat takaful percuma lagi.

Jadi, rugi la kalau orang tak tahu pasal benda baik ni. Kita tolong hebahkan, kita dapat pahala, sebab tolong mengkayakan umat. Jihad ekonomi..

Makin bijak kita mengurus wang kita, makin banyak kita boleh memberi.. In shaa Allah^^

#celikharta
#hartaduniasahamakhirat
#sayaperundingunitamanahberlesen

Thursday 15 September 2016

Soal Jawab Simpanan Syariah KWSP

Sedikit intipati dari rancangan soal jawab di TV3 semalam, 14 September 2016 berkenaan simpanan shariah KWSP bersama Ust Zaharuddin Abdul Rahman:

🔷Pilihan bertukar pada simpanan syariah kepada pencarum;
- mengikut undang-undang negara harus, kerana pilihan untuk tukar atau kekal dengan skim konvensional adalah hak individu.
-mengikut syarak, wajib. Paling tidak, amat-amat digalakkan kerana menyumbang kepada institusi kewangan atau industri berstatus patuh syariah.

🔷Permohonan pendaftaran simpanan syariah KWSP bakal ditutup pada 23 Disember 2016.

🔷Simpanan syariah ini juga dibuka pada orang bukan Islam.

🔷Semakan 2 lapisan dalam proses pelaburan bagi simpanan syariah ini yakni oleh KWSP investment commitee dan seterusnya KWSP syariah commitee.

🔷Dividend is based on actual performance. Tiada jaminan 2.5% seperti simpanan konvensional. Jadi, dividen boleh jadi lebih rendah atau lebih tinggi dari simpanan konvensional KWSP.

🔷Asset allocation simpanan konvensional dan shariah KWSP adalah sama. Jadi risk exposure adalah hampir sama.

🔷Akad Wakalah. Tapi tiada yuran atau caj dari pihak KWSP.

🔷Jika ahli masih tetap memilih untuk kekal dengan skim konvensional, perlu dibersihkan 50%  daripada dividen. Cth 6% dividen diisytiharkan, pencarum hanya boleh ambil 3% sahaja, ini yang betul-betul dividen bersih.

🔷Penyucian (pembersihan dividen) untuk total simpanan KWSP kurang daripada RM250k tidak perlu.

🔷 Namun, untuk simpanan lebih RM250k @ gaji lebih daripada RM2600 sebulan, 50% dividen yang lepas perlu disucikan.

🔷Majlis Fatwa memberi pandangan tidak perlu disucikan dividen KWSP sebelum ini (jika telah bertukar ke simpanan syariah).

🔷Duit dari simpanan syariah KWSP hanya boleh melabur pada unit amanah patuh syariah sahaja.

🔷Daripada RM100billion kuota yang disediakan, RM300k telah ditukarkan oleh ahli ke simpanan syariah.

🔷KWSP adalah institusi yg melabur dalam institusi atau industri syariah terbesar dunia.

🔷Tiada proses penukaran secara online disediakan untuk pendaftaran simpanan syariah, kerana untuk melindungi hak ahli.

🔷Zakat simpanan tidak wajib ke atas simpanan KWSP kerana tidak boleh digunakan sesuka hati (selagi mana ia masih dalam KWSP). Tetapi jika sudah dibuat pengeluaran penuh dan cukup syarat, maka duit itu perlu dibayar zakat.

🔷Tabung Haji dan KWSP shariah, kenapa dividen berbeza? Kerana berlainan matlamat. KWSP khusus untuk persaraan. Investment asset allocation dan risk exposure juga adalah berbeza.

🔷 Masih atas pagar? Buat pertukaran sekarang. Jangan tunggu. Perlu bersyukur dan jangan skeptikal. Pelaksanaan simpanan syariah KWSP ini telah lama diteliti dengan proses yang panjang. Pelaksanaannya berteraskan Akta KWSP dan telah dibahaskan di Parlimen.

Akhir sekali, dividen akan berdasarkan prestasi sebenar pelaburan. Boleh lebih rendah dari simpanan konvensional, tetapi ada potensi juga untuk lebih tinggi dari simpanan konvensional. Sedikit yang berkat akan mencukupi dari banyak yang tidak berkat. Insyaallah.

Nota disunting dari catatan saudara Shafie Sani. Syukran kathir atas perkongsian.

#celikharta
#hartaduniasahamakhirat
#sayaperundingunitamanahberlesen

Monday 12 September 2016

Madu Oh Madu..

Semalam sempat menonton Majalah 3. Tajuk menarik, madu asli dan madu tiruan.

Sangat memeranjatkan bila mendengar pendedahan dari seorang saintis tempatan yang terlibat dengan kajian berkenaan madu. Maaf saya lupa nama beliau.

Kata beliau, madu yang terjual di pasaran hampir 80-90% adalah madu tiruan. Madu tiruan itu bukan setakat madu yang kandungannya hanya sedikit sahaja madu asli, tapi boleh juga merupakan madu sintetik. Yakni, bukan madu pun. Sebaliknya madu sintetik itu ialah 100% bahan buatan manusia, bukan yang datang dari lebah. Dihasilkan sehingga sangat menyerupai rasa dan rupa madu asli. Dan ia terhasil melalui teknologi pemakanan dan kimia. Sangat menakutkan!

Lebih menakutkan, satu demi satu petua yang dikatakan boleh membezakan madu asli dan madu tiruan, langsung tidak berkesan. Bila dititikkan kedua-dua madu itu ke dalam air, kedua-duanya tidak terputus. Bila dibiarkan meresap pada tisu, kedua-duanya meresap. Bila dibakar, kedua-duanya terbakar. Nak tunjukkan bahawa, petua tradisional bukan langkah terbaik untuk menilai mana berlian, mana kaca.

Jadi, kata saintis tersebut, apa yang mereka buat untuk menentukan keaslian madu tersebut ialah hanya melalui ujian makmal. Bila diimbas dengan teknologi canggih, kuantiti pelbagai antioksidan dalam madu asli amat tinggi. Manakala pada madu tiruan, jelas tiada antioksidan di dalamnya.

Sebaliknya, ada kuantiti yang amat tinggi yang bukan antioksidan pada madu tiruan itu. Dan bahan itu adalah suatu yang tidak diketahui. Bahaya atau tidak, kita tidak tahu. Perkara ketiga yang menakutkan!

Untuk mereka yang banyak mengamalkan makanan sunnah seperti madu dan habbatussauda, tentulah pendedahan ini sangat membimbangkan. Kita berharap pada madu sebagai pencegah segala macam penyakit. Rupanya bukan madu pun yang kita telan.

Moga kita dipertemukan sentiasa dengan 10-20% madu asli itu..

P/s: Ini cerita berkenaan madu lebah. Bukan madu satu lagi tu.. Jangan fikir lain. Hu3..

Sunday 11 September 2016

Ikan Masin..

Bak kata Shamsul Yusof dalam lagu Kalah Dalam Menang, "Islam kata, kalau nak kaya, kena banyak keluar duit."

"Sedeqah, amal jariah," Mawi menyampuk.

****
Alhamdulillah, pak guard Bank Islam Masjid Tanah tak pernah sekat orang mencari rezeki di depannya. Dan tak halang orang meraih pahala dengan memberi kepada mereka yang memerlukan.

Cerita beberapa hari lepas, waktu buat urusan bank untuk klien unit trust saya.

"Dik, ikan masin dik. Beli dik.. Ni je yang pakcik boleh buat, dik." Seorang pakcik tua kelihatan duduk di tangga di hadapan bank. Di sisinya, ada satu beg besar berisi ikan masin.

Alhamdulillah pakcik ini masih berusaha, dengan kudrat yang berbaki. Berusaha berniaga, bukan mengharapkan sumbangan ihsan semata.

Selesai urusan di bank, saya beli ikan masin pakcik itu. Selebihnya disedeqahkan. Tutup mata dengan baki dalam dompet yang tinggal. (Sebenarnya duit itu pun, suami yang bagi, bila tahu duit gaji bini dia tinggal RM100 lebih je. Hu3)

In shaa Allah, Allah akan bagi rezeki lain pada saya dengan cara lain. Rupa-rupanya memang ya.

Selang beberapa hari selepas itu..

"Su, saya nak simpan RM10 ribu dalam unit trust," kata klien A.

"Su, nanti duit tu (RM10 ribu) masukkan dalam PIDF ya," kata klien B.

"Alhamdulillah, saya da buka akaun PIOF dengan duit RM10 ribu encik," kata saya pada klien C.

Ya, hari Jumaat lepas, memang saya diamanahkan menguruskan simpanan 3 orang klien saya, yang berjumlah RM30 ribu. Hati berdebar sebab tak pernah uruskan duit sebanyak itu dalam masa sehari. Dalam keadaan saya yang baru menjadi ejen unit trust untuk 3 bulan. Dan saya tak pernah menyangka, it will be that much. Memang rezeki turun dari langit!

Yang saya hulur pada pakcik itu bukan 1/700 pun dari apa yang Allah kurniakan pada saya selepas itu. Allahu akbar..

Betullah, sedeqah itu pembuka pintu rezeki..

Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui”. (Surah Al Baqarah: 261)

P/s: Gambar ikan masin tu, bukan ikan masin yang saya beli. Ni dari Fb salah seorang seller emas favourite saya. Bos Kamal Ariffin, pinjam gambar yo^^

#celikharta
#hartaduniasahamakhirat
#sayaperundingunitamanahberlesen

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...