Friday 11 November 2016

Jangan Kufur Nikmat, Boh!

Satu perkara yang saya sangat suka dengan company ini ialah TAKAFUL PERCUMA. Itulah yang saya utamakan pada klien-klien saya. Pertama kali jumpa, saya terus buatkan penamaan takaful.

Memang PERCUMA, sebab tak perlu carum apa-apa. Dan permohonan lulus automatik walaupun klien itu sudah ada penyakit sebelumnya. Syarikat takaful pun tak buat macam ni. Dapat pula takaful ikut jumlah simpanan!

Betul ke? Tengok je gambar-gambar ni sebagai bukti. Waris dapat pampasan takaful + keseluruhan simpanan dalam unit trust beserta segala pulangan berganda bagi simpanan tersebut. Kalau RM100K simpanan beserta pulangan allahyarham klien, RM100K jugalah takaful diterima waris. Senang cerita, waris dapat jumlah dua kali ganda dari simpanan. Ya, RM200K.

Simpanan dalam unit trust boleh cecah sampai RM100K ke? Banyak tu.. 

Orang kaya, RM100K ni senang je. Yang tak berapa kaya, RM100K ni pun senang je. Koman-koman kita, EPF ada. Acu tera tengok, Akaun 1 boh bape? Tak payah guna duit. Pakai tu je pun , memang boleh sangat dapat nilai RM100K. Dari dok saje dalam Akaun 1, baik bawok tubik sikek, masuk unit trust. Dapat TAKAFUL PERCUMA. Ye dok?

Jangan kufur nikmat, boh :p

Kredit to rakan-rakan ejen, saudara Kamrin dan Fahmi.



"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."

Nur Suhaila Zulkifli
Masjid Tanah

Thursday 10 November 2016

Kisah Kasut Fateh

Kelmarin, Perkampungan KMM buat makan-makan dan BBQ di rumah Pengarah. Ramai datang. Dari Ketua-ketua Jabatan, felo, dan penghuni kediaman staf. Meriah. Fateh pun jadi terlebih aktif sebab nak show off dia boleh buat itu ini.  Jadi, Abi terpaksa bawa dia duduk dalam kereta je. Dan kasut Fateh tertinggal di rumah Pengarah.

Janji dengan Pengarah, nak ambil semalam. Tapi semalam hujan. Ummi lupa nak bagitahu Pengarah, tak jadi ambil semalam.

Hari ini, di kafe, terserempak dengan Pengarah. Pengarah cakap, "kasut anak awak ada dalam kereta saya."
Aduh, malunya.. Kasut Fateh ni da naik maqam pulak. Dari duduk di rumah Pengarah, siap naik kereta Pengarah. Hu3.

Waktu ummi nak pergi ambil tadi, Pengarah sanggup berjalan dari pejabatnya ke kereta, nak bagi kasut Fateh ni. Malu ummi, Tn Pengarah bersusah macam ni. Pengarah relek je. Ummi yang rasa nak tutup muka dengan kasut Fateh ni. Haha..

Wednesday 9 November 2016

Jangan Takut Mencuba

Takkan rugi jika mencuba. Kalau pun tak tercapai ke bintang, setidaknya dapat jejak di bulan.

***
Baru dapat tahu BFF di Nottingham telah berkahwin. Dua tahun lalu! Dengan kawan sesama Isoc (Islamic Society) juga! Ok fine. Mentang-mentang saya da balik Malaysia. Sedih hakak, mereka tak khabo.

Menariknya, muslimin tu orang kulit hitam. Yang BFF saya tu cantik mengalahkan Katrina Kaif. Memang sebangsa dengan aktres hindustan pun. Da la cantik jelita, aktif dan femes pulak tu.. Di kala muslimin lain dok menyangka BFF saya ni da ada orang cop etc, kawan saya yang muslimin ni yang beranikan diri pergi merisik dan melamar. Dan lamarannya diterima. Saya rasa waktu tu mesti kat Notts kecoh pasal ni.

Itu katanya, jangan takut nak mencuba.. Setidaknya, takde la gigit jari sebab tak mencuba. Ye dak? :p

Saturday 22 October 2016

Nak Hidup Lama..

Semalam bawa famili beli barang dapur untuk stok sebulan. Alang-alang duit gaji belum diagih-agihkan ke sana sini. Da agih nanti, memang miskin balik la. Hahaha..

Sambil tolak troli yang mula berat, berisi barang dapur dan Umar, adik bawa 4 peket minyak masak dalam plastik. Nak masukkan dalam troli.

"Kenapa tak ambil yang botol punya? Yang ni minyak recycle. Tak elok."

Saya minta adik tukar ke minyak yang dalam botol.

"Mahal sikit takpe. Kita nak hidup lama." Cakap pada Ma, yang berkira nak beli minyak mahal sikit. Takut susahkan anak dia ni yang nak membayar.

Tak lama lepas tu, adik seorang lagi, ambil nuget untuk bekalan sarapan pagi adhoc.

"Murah, Long! Baru RM7."

"Tempura ke tak tu? Nuget biasa lemak ayam je banyak."

Jadi puas la kami tiga beradik mencari nuget tempura yang murah. Yang banyak isi ayam. Paling murah RM11.35. Takpela mahal sikit.. Kita ni nak hidup lama. Kena makan makanan sihat sikit.

Lepas membeli-belah, singgah makan kedai tomyam faveret kami sekeluarga. Suami bagitau, Fateh pagi tadi makan banyak. 3 batang sosej.

Lega dia makan pagi tadi. Tapi, memikirkan minggu ni banyak pula menu sosejnya.

"Hm, kena kurangkan tu.. Sosej kan tak elok.."

Suami angguk tanda setuju. Tapi memang jihad sebenarnya nak bagi Fateh makan. Dia da jadi picky eater. Jadi, apa yang dia suka makan, terpaksa la kami bagi. Anak tak nak makan, ibu bapa mana tak risau.

"Ada je sosej premium tu. Yang tu daging lembu.. Bukan lemak gitu je."

Suami cadangkan alternatif. Bolehlah lepas ni jadi ganti sosej tu, selain cuba kurangkan dosnya.. Untung ada suami food tech ni.. Bab makanan, rujuk dia je.

Beberapa hari lepas, borak-borak dengan beberapa pelajar perempuan waktu kelas. Sambil kawan-kawan lain sedang siapkan tugasan diberi.

"Cikgu, kalau air gas tak elok minum waktu period kan?"

"Haah, sebab tu menghakis. Kalau mengandung, lagi la tak boleh minum air gas awal-awal tu. Nanti endometrial wall terhakis, janin boleh gugur. Nenas muda pun tak boleh."

"Tapi cikgu, orang mengandung suka makan mangga. Nanti hakis gak la kan cikgu?"

"Eh, elok la makan mangga. Dari makan jeruk tu."

"Tapi kan mangga masam. Macam nenas."

"Ish, yang menyebabkan nenas tu menghakis, bukan sebab rasa masam. Tapi bahan dalam tu.."

"Oooo.. "

Mereka mengangguk-angguk panjang.

Dalam hati, masa bila pulak nanas tu masam. Haih, budak-budak zaman sekarang.

Saturday 8 October 2016

Cinta di Syurga

Dalam usaha pencarian jodoh, perlu diingat..
Mungkin kita adalah Rabiatul Adawiyah yang Allah pilih. Dibiarkan kita sendirian tanpa teman hingga hujung nyawa, agar kasih kita sepenuhnya dicurahkan buat Rabbul Izzati. Kerana mungkin andai berdua, kita leka dengan cinta manusiawi dan derhaka dengan tanggungjawab sebagai hamba..

Mungkin kita adalah Syed Qutb, yang Allah tinggikan martabatnya. Tanpa seorang insan bergelar isteri hingga hujung masanya. Menghabiskan keseluruhan detik dan saat hidupnya untuk menegakkan kalimah La ila ha illaAllah di atas muka bumi.  Kerana mungkin andai berdua, kita akan hanyut dan lupa dengan tanggungjawab sebagai khalifah..

Mungkin yang sudah bertemu jodoh, belum sempat diijab kabul, Allah tarik nyawanya sebelum tiba detik bahagia.

Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Namun, bukankah detik bahagia itu bila mana kita berjaya melintasi siratul mustaqim dan melangkah ke gerbang syurga? Bukankah di sana, kita bisa minta apa sahaja? Siapa sahaja? Pastikan bila dan di mana pun kita mati, kita layak untuk ke syurga pada saat kematian itu. Agar kita layak meminta agar dikurniakan sesuatu atau seseorang di sana..

Monday 3 October 2016

Pengorbanan Seorang Ibu

Sedang menikmati keenakan kek red velvet Harold's Bread, tiba-tiba muncul si anak sulung. Baru pulang dari bermain di perkarangan apartment.

"Ateh, nah," sesudu kek disuapkan padanya. Dia mengunyah dengan sangat berselera.

"Ammii, nakkk.." (Waktu itu, dia belum pandai menyebut Ummi)..

"Laa, Ateh amam la roti tu.. Sedaapp."

"Nakkk tuuu.." Ditunjuknya sepotong red velvet di tangan saya.

"Ish.. Nah, amek ni." Saya berinya sesudu dari potongan itu.

"Nanak.. Nak tuu.." Tetap mahu potongan besar itu. Saya sorok di belakang pun, diekorinya ke belakang.

"Ammi, nakkk.. Lapaaaa.." Ok part yang ini, ummi tewas. Lalu diberinya keseluruhan potongan itu. Dalam hati, menyesal ummi offer tadi.

Kemudian, saje ummi uji Fateh.. Ketika dia pula sedang enak menikmati kek itu.

"Ateh, ummi nakkk... Lapaaaaa.."

Seraya, disumbatnya seluruh kek berbaki dalam mulutnya..

And ummi was like...
Hai batu belah batu bertangkup, makanlah aku, telannlaah aku.. Hu3.

Sunday 25 September 2016

Takaful Percuma

Hantar borang untuk menggandakan wang simpanan Akaun 1 klien-klien.

Untung sebab duit pencen bertambah tanpa perlu buat apa-apa. Cuma sain-sain je. Duit sesen pun tak bawa keluar. Paling penting, dapat takaful percuma.

Tu lebihnya Public Mutual. Dana patuh syariahnya bukan satu. PIOF da habis kuota, kita ada banyak lagi dana bagus lain. Dan Public Ittiqal Sequel (PITSEQ) is one of them. The best equity fund Malaysia last year! 

Saturday 24 September 2016

Belanja Selepas Kahwin

Semalam sempat jumpa junior saya.. To be exact, adik usrah saya. Bersama tunangnya.

Mereka nak menyimpan dalam unit amanah. Buat akaun bersama, macam hibah.

Bila ditanya, apa goal simpanan mereka ini, untuk belanja kahwin ke?

Jawab tunangnya, "Tak kak.. Ni untuk simpanan belanja lepas-lepas tu."

"Oh, bagus-bagus. Jadi korang memang nak simpan untuk long term la. Paling cepat, mungkin beli rumah dalam masa 5 tahun. Lagi panjang, untuk education anak-anak."

Yang lelaki mengangguk-angguk. Macam da biasa dengan perangai kakak naqibah tunangnya yang banyak berceloteh. Hi3.

Suka saya tengok anak muda baru berumur 22 tahun, tapi da fikir panjang. Tapi mereka bukan klien termuda saya. Paling muda, 21 tahun. Saya tunjuk pada mereka kelebihan simpan usia muda, umpama pokok yang bukan sekadar berbuah tapi menghasilkan anak pokok yang juga nanti berbuah. Compounding effect, kita panggil.

Lepas mereka berdua isi dan sain borang, sempat juga selidik fikrah tunang adik usrah saya ni. Yela, mesti kena check, muslimin tu boleh jaga adik kita ke tak kan.. Ini bukan muslimat biasa. Ini muslimat pendokong perjuangan Islam. Sambil-sambil berceloteh lagi kat adik usrah pasal baitul muslim. Tetiba, jadi usrah pulak. (Typical kak Su.. Ha3.)

P/s: Alhamdulillah, satu nikmat dunia bila dapat bakal pasangan yang elok rupa paras. Bila tengok tunang adik usrah saya tu, teringat ke-handsome-an suami waktu awal-awal nikah dulu. Bila dapat anak, dia da jadi atas sikit dari Wolverine, bawah sikit dari Taliban. Sekarang baru nak start handsome balik. Hu3

Wednesday 21 September 2016

Well Done, Public Mutual!

Congratulations, Public Mutual for maintaining the NO. 1 UNIT TRUST COMPANY in Malaysia!

Makin bertambah dari penghujung tahun lepas. Dalam masa 6 bulan je, share Public Mutual sebanyak 49.46% jadi 49.56%. RM59 billion, jadi RM62 billion. RM62, 000, 000, 000. Banyak kosong kosong kosong. Hu3.

Ini dari keseluruhan dana unit amanah swasta di Malaysia. It is unbeatable! Largest share means greatest stability! So proud of you!

Monday 19 September 2016

Benda Baik

Petang tadi, sempat hantar borang-borang klien. Sampaikan ditegur staf Public Mutual.

"Ramainya akak daftar klien.. Ni colleague ke sume?"

"Eh takla. Kawan-kawan belajar. Diorang pulak siap tolong promotekan ke orang lain."

Yela, benda baik, kita hebah-hebahkan. Daripada kita biarkan simpanan tunai kita dok takat tu je dalam bank, baik kita gandakan dalam unit trust.

Daripada biarkan duit kita dalam KWSP setakat berbunga, baik kita bagi ia beranak-pinak dalam unit trust. Siap boleh dapat takaful percuma lagi.

Jadi, rugi la kalau orang tak tahu pasal benda baik ni. Kita tolong hebahkan, kita dapat pahala, sebab tolong mengkayakan umat. Jihad ekonomi..

Makin bijak kita mengurus wang kita, makin banyak kita boleh memberi.. In shaa Allah^^

#celikharta
#hartaduniasahamakhirat
#sayaperundingunitamanahberlesen

Thursday 15 September 2016

Soal Jawab Simpanan Syariah KWSP

Sedikit intipati dari rancangan soal jawab di TV3 semalam, 14 September 2016 berkenaan simpanan shariah KWSP bersama Ust Zaharuddin Abdul Rahman:

🔷Pilihan bertukar pada simpanan syariah kepada pencarum;
- mengikut undang-undang negara harus, kerana pilihan untuk tukar atau kekal dengan skim konvensional adalah hak individu.
-mengikut syarak, wajib. Paling tidak, amat-amat digalakkan kerana menyumbang kepada institusi kewangan atau industri berstatus patuh syariah.

🔷Permohonan pendaftaran simpanan syariah KWSP bakal ditutup pada 23 Disember 2016.

🔷Simpanan syariah ini juga dibuka pada orang bukan Islam.

🔷Semakan 2 lapisan dalam proses pelaburan bagi simpanan syariah ini yakni oleh KWSP investment commitee dan seterusnya KWSP syariah commitee.

🔷Dividend is based on actual performance. Tiada jaminan 2.5% seperti simpanan konvensional. Jadi, dividen boleh jadi lebih rendah atau lebih tinggi dari simpanan konvensional KWSP.

🔷Asset allocation simpanan konvensional dan shariah KWSP adalah sama. Jadi risk exposure adalah hampir sama.

🔷Akad Wakalah. Tapi tiada yuran atau caj dari pihak KWSP.

🔷Jika ahli masih tetap memilih untuk kekal dengan skim konvensional, perlu dibersihkan 50%  daripada dividen. Cth 6% dividen diisytiharkan, pencarum hanya boleh ambil 3% sahaja, ini yang betul-betul dividen bersih.

🔷Penyucian (pembersihan dividen) untuk total simpanan KWSP kurang daripada RM250k tidak perlu.

🔷 Namun, untuk simpanan lebih RM250k @ gaji lebih daripada RM2600 sebulan, 50% dividen yang lepas perlu disucikan.

🔷Majlis Fatwa memberi pandangan tidak perlu disucikan dividen KWSP sebelum ini (jika telah bertukar ke simpanan syariah).

🔷Duit dari simpanan syariah KWSP hanya boleh melabur pada unit amanah patuh syariah sahaja.

🔷Daripada RM100billion kuota yang disediakan, RM300k telah ditukarkan oleh ahli ke simpanan syariah.

🔷KWSP adalah institusi yg melabur dalam institusi atau industri syariah terbesar dunia.

🔷Tiada proses penukaran secara online disediakan untuk pendaftaran simpanan syariah, kerana untuk melindungi hak ahli.

🔷Zakat simpanan tidak wajib ke atas simpanan KWSP kerana tidak boleh digunakan sesuka hati (selagi mana ia masih dalam KWSP). Tetapi jika sudah dibuat pengeluaran penuh dan cukup syarat, maka duit itu perlu dibayar zakat.

🔷Tabung Haji dan KWSP shariah, kenapa dividen berbeza? Kerana berlainan matlamat. KWSP khusus untuk persaraan. Investment asset allocation dan risk exposure juga adalah berbeza.

🔷 Masih atas pagar? Buat pertukaran sekarang. Jangan tunggu. Perlu bersyukur dan jangan skeptikal. Pelaksanaan simpanan syariah KWSP ini telah lama diteliti dengan proses yang panjang. Pelaksanaannya berteraskan Akta KWSP dan telah dibahaskan di Parlimen.

Akhir sekali, dividen akan berdasarkan prestasi sebenar pelaburan. Boleh lebih rendah dari simpanan konvensional, tetapi ada potensi juga untuk lebih tinggi dari simpanan konvensional. Sedikit yang berkat akan mencukupi dari banyak yang tidak berkat. Insyaallah.

Nota disunting dari catatan saudara Shafie Sani. Syukran kathir atas perkongsian.

#celikharta
#hartaduniasahamakhirat
#sayaperundingunitamanahberlesen

Monday 12 September 2016

Madu Oh Madu..

Semalam sempat menonton Majalah 3. Tajuk menarik, madu asli dan madu tiruan.

Sangat memeranjatkan bila mendengar pendedahan dari seorang saintis tempatan yang terlibat dengan kajian berkenaan madu. Maaf saya lupa nama beliau.

Kata beliau, madu yang terjual di pasaran hampir 80-90% adalah madu tiruan. Madu tiruan itu bukan setakat madu yang kandungannya hanya sedikit sahaja madu asli, tapi boleh juga merupakan madu sintetik. Yakni, bukan madu pun. Sebaliknya madu sintetik itu ialah 100% bahan buatan manusia, bukan yang datang dari lebah. Dihasilkan sehingga sangat menyerupai rasa dan rupa madu asli. Dan ia terhasil melalui teknologi pemakanan dan kimia. Sangat menakutkan!

Lebih menakutkan, satu demi satu petua yang dikatakan boleh membezakan madu asli dan madu tiruan, langsung tidak berkesan. Bila dititikkan kedua-dua madu itu ke dalam air, kedua-duanya tidak terputus. Bila dibiarkan meresap pada tisu, kedua-duanya meresap. Bila dibakar, kedua-duanya terbakar. Nak tunjukkan bahawa, petua tradisional bukan langkah terbaik untuk menilai mana berlian, mana kaca.

Jadi, kata saintis tersebut, apa yang mereka buat untuk menentukan keaslian madu tersebut ialah hanya melalui ujian makmal. Bila diimbas dengan teknologi canggih, kuantiti pelbagai antioksidan dalam madu asli amat tinggi. Manakala pada madu tiruan, jelas tiada antioksidan di dalamnya.

Sebaliknya, ada kuantiti yang amat tinggi yang bukan antioksidan pada madu tiruan itu. Dan bahan itu adalah suatu yang tidak diketahui. Bahaya atau tidak, kita tidak tahu. Perkara ketiga yang menakutkan!

Untuk mereka yang banyak mengamalkan makanan sunnah seperti madu dan habbatussauda, tentulah pendedahan ini sangat membimbangkan. Kita berharap pada madu sebagai pencegah segala macam penyakit. Rupanya bukan madu pun yang kita telan.

Moga kita dipertemukan sentiasa dengan 10-20% madu asli itu..

P/s: Ini cerita berkenaan madu lebah. Bukan madu satu lagi tu.. Jangan fikir lain. Hu3..

Sunday 11 September 2016

Ikan Masin..

Bak kata Shamsul Yusof dalam lagu Kalah Dalam Menang, "Islam kata, kalau nak kaya, kena banyak keluar duit."

"Sedeqah, amal jariah," Mawi menyampuk.

****
Alhamdulillah, pak guard Bank Islam Masjid Tanah tak pernah sekat orang mencari rezeki di depannya. Dan tak halang orang meraih pahala dengan memberi kepada mereka yang memerlukan.

Cerita beberapa hari lepas, waktu buat urusan bank untuk klien unit trust saya.

"Dik, ikan masin dik. Beli dik.. Ni je yang pakcik boleh buat, dik." Seorang pakcik tua kelihatan duduk di tangga di hadapan bank. Di sisinya, ada satu beg besar berisi ikan masin.

Alhamdulillah pakcik ini masih berusaha, dengan kudrat yang berbaki. Berusaha berniaga, bukan mengharapkan sumbangan ihsan semata.

Selesai urusan di bank, saya beli ikan masin pakcik itu. Selebihnya disedeqahkan. Tutup mata dengan baki dalam dompet yang tinggal. (Sebenarnya duit itu pun, suami yang bagi, bila tahu duit gaji bini dia tinggal RM100 lebih je. Hu3)

In shaa Allah, Allah akan bagi rezeki lain pada saya dengan cara lain. Rupa-rupanya memang ya.

Selang beberapa hari selepas itu..

"Su, saya nak simpan RM10 ribu dalam unit trust," kata klien A.

"Su, nanti duit tu (RM10 ribu) masukkan dalam PIDF ya," kata klien B.

"Alhamdulillah, saya da buka akaun PIOF dengan duit RM10 ribu encik," kata saya pada klien C.

Ya, hari Jumaat lepas, memang saya diamanahkan menguruskan simpanan 3 orang klien saya, yang berjumlah RM30 ribu. Hati berdebar sebab tak pernah uruskan duit sebanyak itu dalam masa sehari. Dalam keadaan saya yang baru menjadi ejen unit trust untuk 3 bulan. Dan saya tak pernah menyangka, it will be that much. Memang rezeki turun dari langit!

Yang saya hulur pada pakcik itu bukan 1/700 pun dari apa yang Allah kurniakan pada saya selepas itu. Allahu akbar..

Betullah, sedeqah itu pembuka pintu rezeki..

Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui”. (Surah Al Baqarah: 261)

P/s: Gambar ikan masin tu, bukan ikan masin yang saya beli. Ni dari Fb salah seorang seller emas favourite saya. Bos Kamal Ariffin, pinjam gambar yo^^

#celikharta
#hartaduniasahamakhirat
#sayaperundingunitamanahberlesen

Monday 8 August 2016

Pendaftaran Akaun Patuh Syariah KWSP Hari Ini

Rancangnya nak pergi KWSP Rabu ini. Untuk 2 urusan sekaligus: permohonan akaun patuh syariah KWSP suami dan urusan skim berpencen saya. Tapi bila tengok liputan di whatsapp, ramai orang beratur di KWSP Kajang dan Batu Caves untuk akaun patuh syariah KWSP, terus minta pelepasan dari bos dan shoot ke sini dengan anak-anak dan suami. Sampai-sampai disambut lelaki segak berkot. Manager rasanya. He3.

Sempat juga saya ingatkan pada klien semalam yang pendaftaran akaun syariah KWSP bermula hari ini. Saling berpesan pada kebenaran dan kesabaran, gitu..

Dana patuh syariah KWSP ini hanya terhad pada RM100bilion sahaja. Dari keseluruhan RM600bilion, maka hanya lebih kurang 15% sahaja. Nampak banyak? Banyak kalau pencarum tahap ikan bilis je. Duit dalam KWSP hanya puluh ribu. Takutnya, sikit kalau yang mendaftar akaun ini jenis paus biru. Duit KWSPnya sahaja paling kurang 6 angka, banyak kosong kosong kosong kosong. Itu katanya, siapa cepat, dia dapat. Kalau da penuh kuota? Tunggu kuota 2018 jela nanti.

Apa kesan kalau tak daftar akaun patuh syariah? Nanti kena bersihkanlah dividen yang dapat dari awal caruman. Bayangkan: untuk 2015, diisytiharkan dividen 6% macam tu. Pengarah KWSP bagitahu hanya 40% yang patuh syariah setakat ini.

Jadi, 40% dari 6% tu cuma 2.4%. Tabung Haji lagi banyak! Sikit sangat. Yang 60% lagi tu, semua kena bersihkan. Sebab riba. Untuk bersihkan dividen setahun, mungkin tak terasa la. (Terasa gak sebenarnya kalau dapat dividen RM1000. RM600 kot kena bersihkan). Tu kalau baru setahun. Kalau mula carum dari dulu lagi? Huk3. Tepuk dahi la mok cik.

Jadi, sila tukar ke akaun KWSP syariah. Kalau sudah tukar, dividen yang sebelum ini tak wajib bersihkan. Tapi kalau hati tak tenteram, boleh bersihkan sendiri. Sedeqah untuk kegunaan awam.

Kalau katakan nanti, kita dapat jawapan dari KWSP, pendaftaran ditolak sebab kuota da penuh, tak pelah. Yang penting kita da usaha.

Ok itu je nak iklan. Kbai:p

Sunday 7 August 2016

Sikit-sikit Lama-lama Jadi Bukit

Balik dari Program Alam Ria PASTI di Srii Tahfiz Darul Ulum. Datang dengan beberapa niat.

1) Nak bertemu klien-klien unit trust patuh syariah. Mereka ini antara penggerak hebat dan tulang belakang PASTI dan SRIIDU.

2) Nak jumpa sahabat-sahabat seperjuangan dan sefikrah.

3) Nak menikmati suasana menjadi ibu bapa kepada anak-anak PASTI, coz I'll be one of them^^

Ada klien yang nak menyimpan untuk anak-anak. Ada juga yang nak menyimpan untuk masa depan yang lebih terjamin. Klien-klien ini tidak dapat menyimpan melalui Akaun 1.

Maka, saya tunjukkan kepada mereka kiraan ini (rujuk gambar). Bagaimana simpanan mereka dapat digandakan walaupun dengan menyimpan RM100 sebulan. In shaa Allah, usaha secara istiqamah yang nampak kecil akan dapat membuahkan hasil yang masak ranum. Dan pastinya dengan cara yang halal.

Siapa sangka, duit RM100 yang pada hari ini dapat beli beberapa barang sahaja, jika disimpan secara konsisten akan berganda menjadi sebanyak itu. Itu baru guna dividen terendah 8%, dan untuk 10 tahun. Kalau simpan lagi lama, lagi banyak berganda. Ini yang peribahasa kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit =) Itu kalau RM100. Kalau lebih, lagi la kan..

Untung anak-anak.. Nak masuk universiti nanti, tak perlu pinjam PTPTN da. Kita pun tak perlu nak tunggu giliran haji yang berderet panjang.. Boleh biaya perbelanjaan pergi haji secara swasta sendiri. Moga Allah mudahkan hasrat murni klien-klien saya. Amiin..

Saturday 6 August 2016

Berjuanglah, Para Ibu Menyusu!

"Breastfeeding: it's 90% mindset, 10% technical."

Kata-kata keramat yang biasa kita dengar. Nak menunjukkan kepada kita bahawa untuk menjayakan penyusuan ibu, minda kita yang perlu berperanan besar. 90% pengaruhnya. Minda perlu ditetapkan yang susu ibu itu cukup untuk si anak dan matlamat 2 tahun penyusuan boleh dicapai. Awalnya, saya sendiri tidak percaya. Tapi bila lalui sendiri, ya, saya akui ia memang kata-kata keramat.

Malahan, secara saintifiknya, memang hormon untuk menghasilkan susu iaitu prolaktin, dihasilkan di otak. "Prolactin will be released by posterior pituitary gland. This will stimulate milk's production." Ini sebahagian dari penyampaian kuliah saya kepada hampir 210 orang pelajar di hadapan.

Segala perkara teknikal seperti breastpump (pam susu) yang canggih manggih, storage bag dan breastmilk bottle yang kena beli selalu, satu per satu milkbooster yang harus dicuba sampai ketemu yang serasi, nursing cover yang cantik tapi mahal, dan segala macam lagi yang melibatkan duit pastinya, hanyalah sekadar added value (penambah nilai).

Bagaimana minda boleh menguasai 90% kejayaan penyusuan ibu? Pernahkah ada yang dapat mengharungi pahit getir penyusuan dengan pergantungan besar pada kuasa minda, dengan meminimumkan perkara teknikal yang digunakan? Ya, ada. Contoh terbaik, ibu-ibu dahulu kala. Namun, bagaimana pula dengan ibu yang bekerjaya? Di sini akan diceritakan salah satunya. Kisah perjalanan seorang ibu muda beranak dua dan berkerjaya. Kisah jatuh dan bangunnya dalam perjuangan menyusukan dua orang anak.

****
Saya diuji dengan penyusuan pada anak sulung. Hanya 3 minggu sahaja direct feed. Selepas itu, saya terpaksa menjadi exclusive pumping  mom (EPM). Walaupun nak kata sepenuhnya eksklusif, tidak juga. Ada diselang dengan susu formula juga bila bekalan expressed breastmilk (EBM) tidak mencukupi. Itu belum termasuk 3 kali diserang mastitis, iaitu bengkak susu sampai demam. Syukur tidak sampai ke tahap breast abscess, iaitu jangkitan yang sudah menyebabkan nanah. Waktu itu, minda saya tidak cukup kuat untuk menyatakan, "yes, I can do it!"

Jadi, bila diuji dengan proses penyusuan yang tidak lancar sebegini, saya tertekan. Namun, saya pujuk hati. Harungi sahaja, ini mungkin bahagian saya. Bahagian untuk saya berjuang dengan sehabisnya. Satu lagi peluang pahala saya. Lantaran, bahagian-bahagian lain Allah telah permudahkan.

Ketika mengandungkan anak sulung, semuanya mudah. Tiada muntah-muntah apabila bau badan suami, tidak mengidam jus mango lassi pekat berkrim dari Restoran Khyber Pass di Nottingham, dan tidak pernah lagi sampai tahap perlu solat duduk sebab sudah suntuk perut. Memang mudah berbanding orang lain.

Ketika melahirkan juga, mudah. Doktor tidak menyangka, secepat itu proses bersalin saya. Jururawat jangka saya bersalin tengahari. Doktor jangka saya bersalin petang. Tengok-tengok, saya bersalin pagi. Jadi, adillah jika Allah uji saya dengan bahagian penyusuan pula.

Sepanjang berjuang menjadi EPM, saya rasa sangat tidak berilmu. Memang ya pun. Waktu mengandung, saya tidak langsung membaca apa teknik penyusuan yang betul dan tidak langsung bersedia untuk menjayakan penyusuan 2 tahun. Saya juga tidak cukup kuat untuk menghadapi persekitaran yang tidak jitu menyokong pada breastfeeding. Tiada ilmu, tiada sokongan. Dan perjalanan penyusuan anak sulung saya terhenti di situ. Tak sampai 6 bulan. Sedangkan ada sahabat-sahabat saya dapat terus kental berjuang menyusukan anak mereka selama 2 tahun walaupun menjadi EPM. Saya gagal? Tidak! Kerana saya telah berusaha. Cuma usaha saya tidak sehabis baik. Dan itu yang saya perlu perbaiki di masa akan datang.

Bila anak kedua lahir, terselit kegusaran waktu saat pertama hendak menyusukannya. Di bilik itu, Special Nursery Care (SCN) itu, saya baru dapat mendukung bayi saya yang dilahirkan semalam. Wajahnya dibelek..

Dalam hati, mampukah aku menyusukannya? Bolehkah dia menyusu sedangkan aku hanya dapat menyusukan abangnya secara terus hanya untuk 3 minggu? Ah, saya berhenti berfikir. Tak mahu berfikir apa-apa yang negatif saat itu. Apa yang saya lakukan ketika itu adalah membiarkan si comel sayang menyusu..

Dan alhamdulillah, memang fitrah Allah beri, bayi boleh menyusu sendiri. Cuma ada bayi tertentu yang mungkin perlu dilatih dahulu. Itu bahagian lain pula, untuk memberi peluang pahala kepada ibunya.

6 hari, saya dan anak kedua berkampung di hospital. Kerana anak saya disahkan mempunyai G6PD dan pemantauan perlu dilakukan. Di sana, saya melihat pelbagai suasana. Ada anak menangis tak dapat menyusu. Ada ibu menangis tak tahu bagaimana nak menyusukan. Ada ibu lain pula mengaduh kesakitan tiap kali menyusukan akibat nipple sore. Ada ibu terpaksa mendapatkan susu formula yang disediakan kerana susu masih belum cukup untuk si anak. Ada ibu lain pula, siap bawa alatan pam dan dapat pam sampai berbotol-botol susu. 3 pagi kami, para ibu di SCN itu sama sahaja dengan pada pukul 3 petang. Boleh dibilang dengan jari siapa yang dapat tidur lena di tengah-tengah tangisan bayi-bayi yang saling bersahut-sahutan.

Saya memerhati. Pengalaman 6 hari itu cukup bermakna. Tekad saya kuat, jika ibu-ibu ini boleh mengharungi ujian yang lebih getir dari saya, kenapa saya tidak. In shaa Allah, saya boleh meneruskan penyusuan hingga 2 tahun. Ini mindset yang saya telah programkan sejak di hospital.

Pulang ke rumah, terus masa yang luang digunakan untuk menyimpan stok susu. Apa sahaja anasir luar yang cuba melemahkan semangat perjuangan penyusuan, saya tangkis. Mungkin kerana sudah anak dua. Saya sudah kurang peduli pada cakap-cakap orang.

Stok susu 100% diperolehi sepenuhnya secara manually expressed. Breastpump, saya ada, tapi saya lebih gemar guna tangan. Kufur nikmat? Bukan. Supaya senang saya nak berhenti bila anak sulung perlukan perhatian, supaya saya tak perlu menghabiskan masa membasuh bahagian-bahagian kecil breastpump setiap hari dan supaya saya dapat kurangkan bengkak susu melalui urutan Mermet. Tambah-tambah lagi, saya lebih selesa dan lebih cepat guna tangan dari pam. Mungkin kerana pam saya tidak secanggih Medela (again, ini adalah mindset!).

Maka, waktu cuti berpantang selama 2 bulan lebih, stok EBM terkumpul penuh separuh deep freezer besar. Maka, salah satu konklusi saya dapat buat, supaya senang di kemudian hari, rajinkan diri kumpul stok EBM sewaktu produksinya paling banyak, iaitu ketika cuti berpantang, tanpa stres, kesibukan dan kepenatan bekerja.

Milkbooster? Memang tak beli juga produk-produk milkbooster untuk anak kedua. Bukan sengaja tak beli, tapi takut tak termakan kerana tak sempat. Cukup sesekali makan kurma dan minum susu untuk mengenyangkan perut yang kerap lapar. Alhamdulillah, susu ada selalu walaupun ibunya ini kurang berat badan. Walaupun tidak semeriah orang lain, tetapi in shaa Allah cukup untuk anak saya. Dan sampai sekarang, saya tak tahu, apa milkbooster saya. Sedangkan waktu anak sulung, beberapa produk milkbooster telah dicuba. Namun, masih tiada kesan ketara. Yang bila saya makan, susu terus bertambah dengan mendadaknya. Belum jumpa lagi, barangkali.

Kelas breastfeeding berbayar yang sampai ratus-ratus itu? Tak pernah ikut sebab saya 'kedekut' orangnya. Bengkel penyusuan yang pernah saya ikuti pun cuma sekali, di bawah anjuran Nisa' Bandar Baru Bangi. Saya beruntung, waktu mengandungkan anak kedua, saya ada support group rakan-rakan sekolah yang telah bergelar ibu-ibu di medium Whatsapp untuk berkongsi info, pendapat dan inspirasi berkenaan breastfeeding. Hot Mama nama whatsapp's group kami. Waktu di hospital juga, dimanfaatkan sepenuhnya untuk bertanya pada lactation consultant dan midwives secara percuma. Pokoknya, ilmu saya bertambah. Jadi, minda saya tahu, proses penyusuan ini akan mudah. Dan murah, tentunya.

Hingga kini, sudah hampir separuh perjalanan penyusuan dilalui. Masih ada stok baru ditambah menggantikan yang lama yang telah digunakan. Meskipun kuantitinya tidak semeriah dulu. Itu pun, bulan puasa saya tak dapat menyimpan stok. In shaa Allah, saya optimis, penyusuan 2 tahun saya boleh jayakan untuk anak kedua ini. Tambah-tambah lagi bila anak sudah makan makanan pelengkap.

Tanpa perlu breastpump, tanpa makan milkbooster, tanpa membayar harga yang mahal untuk kelas breastfeeding. Memang minda saya yang bekerja, supaya hormon susu dapat terus dihasilkan. 90% penyusuan ibu saya dapat kuasai.

Kisah ini dikongsi untuk memberi contoh sebenar kuasa minda ke atas penyusuan. Bukan untuk merendahkan kepentingan breastpump yang memudahkan proses mengumpul stok susu. Bukan untuk memperlekehkan penjualan milkbooster yang telah banyak membantu para ibu menambahkan susu mereka. Bukan juga, merendahkan usaha lactation consultant yang sanggup menjelajah satu Malaysia untuk berkongsi ilmu berkenaan breastfeeding. Jika anda memiliki breastpump yang canggih, milkbooster yang serasi dan turut mengikuti kelas penyusuan ibu, pasti anda lebih berjaya dari saya.  Yakinlah pada kemampuan diri. In shaa Allah, 100% kejayaan milik anda.

Tulisan ini juga bukan dibuat untuk membawa satu lagi ideologi baru iaitu menolak keperluan breastpump, kelebihan milkbooster, dan kepakaran lactation consultant. Risau juga saya, tiba-tiba muncul istilah exclusive manual expressed pula nanti. Hu3.

Buat ibu-ibu yang tidak dapat menyusukan anak secara 2 tahun, percayalah, ada rezeki lain yang Allah telah tulis untuk anak anda. Jadikan pengalaman ibu-ibu yang berjaya sebagai inspirasi. Pahit getir yang telah mereka lalui jadikan sebagai panduan. Bila ada orang yang memberikan semangat untuk kita terus berjuang dalam penyusuan ini, itu adalah doa. Jangan kita cantas kerana mereka sedang menanam pokok yang baik pada kita. Aminkan sahaja doanya. Tanamkan minda yang positif. In shaa Allah akan membuahkan hasil yang juga positif. Tidak sekarang, pada masa akan datang.

'Ala kulli hal, selamat berjuang, para ibu menyusu!^^

Saturday 30 July 2016

Kembara Demi Ukhuwah

Memanifestasi salah satu rukun baiah hari ini. Ukhuwah.

6.45 pagi keluar seawal pagi dari rumah. Dari Port Dickson ke Batu Caves, tempat suami mengambil upah fotografi perkahwinan. Dengan si boboiyot yang telah mandi seawal  6.15 pagi. Ha3.

10.50 pagi, suami hantar ke stesen LRT Wangsa Maju. Lebih rela naik LRT sambil mengusung anak 8 kg ni dari memandu sendiri di KL ni.

1.00 petang tiba di LRT Putra Height. Sempat lelapkan mata seketika waktu menyusukan si Umar di surau, sementara menunggu sahabat datang menjemput.

2.30 petang. Ambil pula LRT ke IOI Puchong. Sahabat tersalah baca mesej dan menunggu di sana, bukan Putra Height. He3.

3.50 petang. Sampai ke destinasi yang dituju. Sejam sesat jalan dalam kesibukan trafik.

***
Perjalanan yang penuh berdikari. Puas hati sebab dapat rasa semula waktu jadi seperti burung yang bebas berterbangan ke sana sini ketika zaman bujang dulu.  Bukan sebarangan terbang. Terbang semata-mata demi mencari erti tarbiyah atau menjalinkan ukhuwah.
Walaupun pinggang macam nak patah dukung Umar, jari luka berdarah tersepit engsel pagar, kepala sedikit pening sebab semalam tak lena tidur.

Yang penting puas hati dapat jumpa sahabat-sahabat. Yang pernah bertepuk tampar, waktu ini merasa mesra semula. Yang dulunya sekadar dikenali di whatsapp, bila bersua muka, umpama sudah lama kenal. Indahnya ukhuwah yang diikat pada jalan Allah.

***
Suami relek je melepaskan isteri berkelana dengan kenderaan awam. Dia tahu bini dia ni pernah travel dari Nottingham-Birmingham-Dublin-selatan Ireland dalam masa 24 jam. Seorang diri. Jadi tu yang buat dia selamba je kot.

Lepas ni, kalau isteri merajuk sampai bawa diri, tak cukup cari dia di Malaysia ye.. Kot-kot bawa diri sampai ke luar negara. Ha3.

Friday 29 July 2016

Untukmu Syria

"Sebenarnya bukan bantuan pakaian atau makanan yang diminta tetapi bantulah Syria untuk mengembalikan Islam ke tempatnya dengan menguatkan iman, mengembalikan aqidah. Mereka mahu mengembalikan kita kepada kesesatan, jauh dari Islam yang sebenar.

Mereka yang mampu, bantulah. Jika mampu dengan harta, bantu dengan harta. Jika mampu dengan kata-kata, bantulah dengan kata-kata. Jika mampu dengan tulisan, bantulah dengan tulisan."

Kata-kata Syeikh Muhammad Kurayim Rajih di Rusila tengahari semalam. Syeikh juga mengingatkan, sesiapa yang ingin memberi sumbangan harta, bolehlah disalurkan kepada Muslim Care.

Walaupun sudah berumur 92 tahun dan mendapat perlindungan di Qatar, Syeikh Muhammad Kurayim Rajih masih merasakan perlu keluar untuk usahakan bantuan untuk Syria. Sejak tiba di Malaysia sejak 21 Julai baru-baru ini, beliau sudah jelajah Kedah, Sabah dan Terengganu. Hari ini dan esok di Selangor & KL. 

Credit to my great senior for sharing this info.

P/s: Jeles tengok wajah awet muda dan berseri zaujah beliau. Nak chantekkkkk macam tu gak!:p

Wednesday 27 July 2016

Sahabat untuk Selamanya

Menemani suami ke Public Mutual hari ini. Rutin setiap Rabu begitulah.. Misi utama dan terpenting hari ini adalah untuk menghantar borang permohonan EPF-Members Investment Scheme sahabat baiknya. Semuanya guna borang sahaja. Satu sen pun tak keluar duit dari poket suami, mahupun dari sahabat baiknya itu.

Perjalanan sejauh 50 minit yang diredahi bukan penghalang untuk membantu sahabat baiknya menggandakan simpanan KWSPnya.

Anak-anak diusungnya bersama masuk ke dalam. Ini juga bukan penghalang untuk membantu sahabat baiknya memanfaatkan salah satu cara tersedia untuk mencapai financial freedom kelak.

Kesibukan masa bekerja dan menjaga anak-anak juga bukan penghalang untuk membantu sahabat baiknya mencambah dan membiakkan wang simpanannya dengan cara yang patuh syariah.

Moga sahabat baiknya itu beroleh manfaat dari usaha sahabatnya ini. 100% yang disimpan itu merupakan hak mutlak sahabat baiknya. Sahabatnya ini hanya menjadi pak guard macho not-yet-sado (bahahahah:p), memastikan duit itu digandakan dalam dana terbaik, dengan cara yang syarie. Amiinnnn..

Moga sahabat-sahabat baik saya juga terbuka hati untuk menyimpan dan memaksimakan pulangan mereka, baik wang tunai mahupun simpanan KWSP. (Amiiiinnnn kuat-kuat=p )

P/s: Yang rambut ala helmet, itu consultant tidak berlesen. Klien dia cuma akak-akak cantik di kaunter je. Hebatnya dia, lepas satu kaunter, ke satu kaunter lagi. Tak payah ambil nombor. Tiada siapa akan marah. Tak tahu la ikut perangai siapa.

#celikharta
#hartaduniasahamakhirat
#sayaperundingunitamanahberlesen

Sunday 17 July 2016

Hibah pada Takaful

Undang-undang sudah memberikan kuasa penuh kepada peserta takaful dalam melantik penama sebagai pemegang amanah, pentadbir atau penerima hibah. Kebanyakan syarikat takaful hari ini menyediakan takaful berserta pelaburan. Ini juga terpakai kepada simpanan akaun pelaburan takaful, melainkan peserta telah mengatakan dengan jelas sebaliknya.

Berbeza dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), penama hanyalah pentadbir. Ini diputuskan mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 yang mengatakan lantikan penama oleh orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi mereka menyimpan adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka cuma ia sebagai pelaksana untuk membahagi harta pusaka itu kepada waris mengikut hukum syarak.

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-49 pada 10 September 2000 menjelaskan, wang KWSP dan wang simpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid. Penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut hukum faraid.

Selangor turut mewartakan Hukum Simpanan Wang KWSP pada 9 Mei 2002 bagi ahli beragama Islam yang meninggal dunia yang menjelaskan bahawa wang KWSP yang disimpan ahli dianggap harta pusaka. Kaedah pembahagian harta pusaka adalah tertakluk kepada hukum faraid.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/55193?m=1

P/s: Berdoa sahajalah kita masih hidup sehingga semua wang simpanan KWSP dapat dikeluarkan.

Saturday 16 July 2016

Interest Rate 3%

Ramai tak menjangka yang Gabenor baru Bank Negara akan mengumumkan potongan kadar faedah seawal ini. Dari 3.25% ke 3.00%. Yang celik pasal ilmu ekonomi ni memang terkezzzuuutt la. Kita yang biasa-biasa ni, kalau sebut pasal hal macam ni cuma mampu terkebil-kebil je:p

Hm, apa kaitannya interest rate turun dengan hidup kita? Apa penyebab interest rate turun?
Semua ni ada kaitan dengan GDP (gross domestic product) Malaysia. Semakin lama, semakin menurun. Petanda pasaran sedang berada pada paras lembap.

Ini rekod GDP dari 2015:
1Q 2015: 5.7%
2Q 2015: 4.9%
3Q 2015: 4.7%
4Q 2015: 4.5%
1Q 2016: 4.2%
(Q=quarter-suku penggal. Senang cerita, setiap empat bulan.)

Dan bila baru diumumkan interest rate yang makin menurun, maka maknanya, pasaran kita masih akan kekal lembap sepanjang tahun (eh, macam cuaca Malaysia je:p)

Bukan Malaysia je sebenarnya. Satu dunia macam tu. GDP untuk Eurozone dijangka sekadar 1.6-1.7% untuk 2016 ni. US pula antara 2.2-2.4%. Kiranya kita 4.0% ni kira ok lagi la. Ayat abang Jibby, 'kita seharusnya bersyukur ekonomi kita masih membangun'. Haa, biasa dengar kan pasal ni. Betullah apa senior seuniversiti saya tu cakap:p

Bila pasaran lembap ni, ini masa untuk mengumpul dan membeli. Sebab, harga barang akan lebih murah.

Sifir mudahnya, lower interest rate = cheaper borrowing cost.

Interest untuk pinjaman akan lebih rendah. Base lending rate (BLR) untuk pinjaman rumah, kereta akan turun. Macam itu juga dengan harga barang lain.

Kenapa semua ini berlaku??? (Ayat drama sikit:p)
Gini, bila ekonomi kita lembap, jadi BNM turunkan interest rate. Jadi harga nak membeli barang (borrowing cost) makin murah. Jadi, orang akan mula untuk membeli itu dan ini. Pembelian itu dan ini semua akan menjana ekonomi kita supaya kembali stabil dan berkembang sebab duit akan bertambah dalam pasaran. (Tu sebab ada quote kata 'I'm not a shopholic. I'm just helping the economy'. Lebih kurang gitulah bunyinya. Nampak tak peranan kaum Hawa di situ?;p)

Lain pula kalau ekonomi bagus. Waktu ini, semua syarikat, perniagaan untung banyak. Jadi, bila orang ada duit banyak, nilai duit akan jatuh (baca:inflasi). Selain itu, harga barang akan jadi lebih mahal. Jadi, nak kawal inflasi ni, BNM akan naikkan interest rate. Jadi, orang akan berjimatlah nak beli itu dan ini. Dan mereka akan lebih suka untuk menyimpan malahan melabur. Sebab dividen dapat lagi banyak bila ekonomi bagus.

Jadi, waktu ekonomi lembap ni, tak bagus ke untuk menyimpan dan invest? Bukan begitu sihhh... Kan diberitahu tadi, bila ekonomi lembap, harga barang jadi murah sebab interest rate rendah. Yang murah itu termasuklah emas (belum murah habis lagi sebenarnya) dan harga untuk setiap unit amanah.

Kiranya untunglah kalau beli unit amanah sekarang (menyimpan dalam dana unit amanah) sebab harga tengah murah. Tapi belum untung kalau nak dapat kadar dividen yang tinggi meroket pada waktu sekarang ini. Tapi nanti, bila ekonomi berkembang baik semula, kita akan untung banyak. Tengok sahaja contoh tahun 2008. Waktu itu, interest rate terendah dalam sejarah: 2% jeeeee! Memang teruk. Zaman recession. Banyak dana unit amanah waktu tu pun catat dividen negatif! Tapi 2009, ameeekk kau, 20%! Mencanak naik. Jadi in shaa Allah zaman kelam ini akan berakhir.. Pelangi akan muncul kembali selepas hujan (apakah??):p

P/s: Orang yang terer bab ekonomi komen, ekonomi Malaysia yang lembap ni bukan disebabkan oleh Brexit sangat.. Saya takde komen pasal ni.. Takde ilmu banyak.

Ok, tu je nak cakap.

Kesimpulannya, investlah (erk?) ^^

#celikharta
#hartaduniasahamakhirat
#sayaperundingunitamanahberlesen

Saturday 2 July 2016

Warga Emas, Usia Emas?

Menunggu suami yang membeli sesuatu di kedai runcit yang masih dibuka. Jam melewati pukul 10 malam. Seraya mata tertancap pada satu gerai mudah alih di hadapan kedai itu. Menjual popia basah dan ada juga popia goreng. Kelihatan seorang anak muda sedang mengemas gerai itu.

Kemudian, mata beralih pada seorang nenek tua. Sudah bongkok badannya. Dengan melangkah perlahan, dia melintasi kedai itu. Persoalan menerpa dalam minda, apa nenek itu buat di situ pada waktu sebegini.

Mata kembali leka melihat gadis berbangsa Cina itu cekap mengemas gerainya. Tak lama nenek tua itu datang menghampiri anak muda itu. Cucunya, saya kira. Mengambil beberapa bekas untuk dicuci di paip air di tepi kedai itu. Sambil terbongkok-bongkok, nenek itu meneruskan kerja.

Dan nenek tua itu bukan satu-satunya warga emas yang masih membanting tulang untuk menampung kehidupan sehari-hari.

***
"Why we see these days, old people still need to work to support their lives? Shouldn't they have enough savings from their job before they get old?"

Terngiang-ngiang kata tenaga pengajar kami waktu kami mengikuti training class untuk unit trust. Betul, warga emas ini bukannya menganggur waktu mereka muda. Mereka bekerja. Dan bila menjengah usia tua, dengan saki baki tulang 4 kerat yang makin uzur, mereka masih juga bekerja. Tidak dapat menikmati financial freedom..

Sedangkan sepatutnya usia emas itu digunakan untuk berehat dan mengejar sebanyak mungkin amal ibadat. Menikmati masa berbaki dengan keluarga tersayang.

Teringat perkongsian Pakdi (Suzardi Maulan) dalam program kami bertahun-tahun lepas. Ibrah dari surah Yusuf.

"Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). “Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”. (Surah Yusuf: 47-49)

Surah ini bukan sahaja memberi biodata lengkap sirah hidup seorang nabi. Tetapi memberi panduan terbaik bagaimana manusia perlu menguruskan duit mereka hingga boleh mengeluarkan zakat, sesuai dengan tuntutanNya. 

Langkah-langkahnya ialah:
1) menanam bersungguh-sungguh:bekerja sehabis baik dan beroleh pendapatan yang halal.
2) apa yang dituai biarkan pada tangkai melainkan sedikit untuk dimakan : sebahagian besar pendapatan disimpan atau digunakan untuk membeli aset. Hanya sebagian kecil dihabiskan untuk perbelanjaan.
3) akan datang kemarau yang akan menghabiskan makanan kita: akan tiba waktu susah yang kita terpaksa menggunakan apa yang kita simpan.
4) melainkan sedikit untuk dijadikan benih: melainkan baki dalam simpanan kita itu yang biarpun sedikit tetapi membolehkan kita menjana pendapatan lebih besar bila zaman susah itu berakhir.
5) akan datang tahun yang turunnya rahmat dan padanya dapat memerah hasil: dari simpanan berbaki sedikit yang kita jadikan benih, akhirnya bercambah membuahkan hasil yang dapat kita nikmati.

Ringkasnya, ayat-ayat ini menyeru agar kita SIMPAN dan LABUR.

***
Apa yang saya dan sahabat-sahabat perhatikan, biasanya orang susah ini masih hidup susah kerana mereka tidak ketemu cara untuk keluar dari kesusahan. Kerana itu, tidak sepanjang masa, wang tunai adalah sedeqah terbaik untuk mereka. Idea dan cadangan untuk membaiki taraf hidup itu yang lebih utama.

Paling ketara, ramainya tidak langsung menyimpan. Saya merujuk pada golongan miskin yang pendapatan seisi rumah kurang RM3000. Ya, memang banyak masanya susah, tapi pasti akan ada masa senang, yang Allah lapangkan rezeki pada tika itu. Itu janji Allah. Dalam kesusahan pasti ada kemudahan. Dan ketika ada kemudahan itulah, menyimpanlah.

Tapi apa yang berlaku, golongan susah ini mahupun tidak bergelar orang susah sekalipun sebaliknya menghabiskan duit lebihan rezeki diperolehi saban hari mahupun sumbangan orang ramai untuk belanja hangus. Tiada baki untuk menyimpan. Apatah lagi, untuk dilaburkan untuk aset yang bakal menjadi milik kita (rumah, tanah, emas) mahupun wasilah (jalan) untuk kita menjana pendapatan lebih besar iaitu modal.

Mungkin alasan tidak menyimpan itu kerana tidak nampak faedahnya menyimpan. Tetapi percayalah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. RM10 yang pada hari ini nilai yang kecil, jika disimpan di bawah bantal setiap bulan dalam masa 3 tahun, sudah RM360. Jika disimpan dalam bank setidak-tidaknya sudah RM360.18. Jika disimpan dalam dana unit amanah, paling koman, sudah RM371. Kalau menyimpan RM100 setiap bulan, apatah lagi.

Saya sendiri bukan datang dari keluarga senang. Jadi, saya juga pernah merasa keadaannya bila terpaksa berjimat cermat hingga adakala perlu mengikat perut. Saya pernah melalui era berkayuh basikal keliling kampung untuk menghantar kuih-muih air tangan Ma ke kedai dan gerai. Ada kala, di pertengahan jalan, bekas-bekas kuih yang bertindan-tindan itu terjatuh dari basikal ke tanah. Habis rosak sebahagian kuih. Pulang ke rumah dengan hati yang sebal, dimarahi pula Abah kerana cuai. Namun, hasil upah 20 sen diberi Ma saban hari itulah yang dipinjam Abah bila kesuntukan wang untuk belanja dapur. Ya, 20 sen yang saya tabungkan setiap hari yang saya rasa, hasil terkumpul mencecah RM50. Dan ketika itu, saya baru bersekolah rendah.

Itu sebabnya, bila menziarahi golongan asnaf ini, hati meronta mahu berbual panjang kepada mereka. Mahu memberi semangat kepada anak-anak mereka agar berusaha mengubah nasib keluarga dengan kesungguhan dalam menuntut ilmu. Jika anak seorang buruh kontrak ini boleh, masakan mereka tidak boleh. Hanya kerana mereka tidak ketemu cara.

Tidak susah sebenarnya menyimpan. Yang penting, mulakan. Tak kisahlah nak simpan dalam bentuk apa. Duitkah, emaskah. Yang penting, mula sahaja. Jangan malu nak bertanya. Jangan ego untuk mengambil inspirasi dari orang lain. Allah maha adil. Dia lebihkan kita untuk suatu bahagian tapi akan ada bahagian yang kita kurang. Yang perlu kita tampung dengan berkongsi dengan orang lain.

Jangan sampai bila kita sudah jadi warga emas, baru kita tersedar. Biarlah waktu itu adalah usia emas kita. Menikmati kewangan yang merdeka. Tidak bergantung pada orang lain. Untuk itu, perlu bermula saat ini.

Sekadar berkongsi,
Si anak pembuat kuih dan pekerja kontrak

#celikharta
#hartaduniasahamakhirat
#sayaperundingunitamanahberlesen

Sunday 12 June 2016

Dana Patuh Syariah KWSP

Dana patuh syariah KWSP? Ya. Seperti dijanjikan, KWSP akan melancarkan dana patuh syariah pada Januari 2017. Dan the good news is, permohonan itu telah pun dibuka!

Kenapa perlu ada permohonan? Kerana dana patuh syariah ini terhad hanya sehingga RM100 billion ke RM120 billion dari keseluruhan dana dalam KWSP. Jadi, siapa cepat, dia dapatla!

Bagaimana kalau kuota telah penuh atau permohonan tidak diluluskan? Haa, tak dapek la den nak menolong yo, jang.. Terpakso eah la poie borsihkan 60% dividen tak patuh syariah tu nanti (mulai dari tahun 2010). (Lihat gambar)

Apa yang saya boleh nasihatkan, minimakan jumlah simpanan anda dalam KWSP. Dividen memang diisytihar hujung tahun, tapi dikira mengikut setiap bulan. Dan setiap bulan bila makin bertambah simpanan dalam KWSP, maka makin banyak la faedah riba kita. 

Jadi, mana boleh keluarkan, keluarkan segera. Contoh:
1) kekalkan caruman majikan yang 8%, bukan 11%.

2) Kalau ada beli rumah, boleh buat pengeluaran untuk membayar ansurans rumah (duit ni guna untuk bayar ansurans pinjaman, duit gaji yang dulunya guna untuk bayar pinjaman jangan dibuek poie joli pulak. Kono simpan!)

3) Cukup umur boleh keluarkan duit, silalah berbuat demikian. Akaun 2 umur 50. Akaun 1 umur 55. Segerakan berbuka, gitu. Jangan tangguh. Apa-apa hal jadi pada kita, contohnya kematian, ikut Fatwa Kebangsaan, duit KWSP kita akan dibahagikan ikut faraid. Penama yang kita 'wasiatkan' tak dapat apa pun. Sekadar pentadbir harta. Bukan pewaris. Same applies to Tabung Haji, even. Link komplikasi fatwa berkenaan KWSP: http://khazanah-fiqh.blogspot.my/2011/01/kwsp-adakah-masuk-dalam-harta.html?m=1

4) Beruntunglah siapa yang ambil skim berpencen (den salah sorang yo). 100% duit simpanan dalam KWSP dapat diselamatkan dari hanyut dilanda banjir. Hi3. Tapi tu pun kena semak juga, memang RM0.00 ke dalam KWSP kita?Saya ada kawan (sebaya mak saya sebenarnya). Ambil skim pencen, duit da dikeluarkan, tapi bila bantu beliau semak penyata 2016 KWSP, ada RM2600 berbaki. Tak tahu masa bila masuk. Sedangkan 2015 dan tahun sebelum-sebelumnya, da ada dividen diisytiharkan ke atas simpanan seciput itu. Seciput pun, kena juga bersihkan sebab riba tu.

5) Haa, yang satu ni, ramai tak tahu. Yang tahu pun, mungkin tak ambil pusing. Akaun 1 anda. Ya, 20% dari simpanan asas boleh dikeluarkan dan disimpan dalam dana yang diluluskan KWSP. Dan sudah banyak dana patuh syariah yang wujud di Malaysia ini. Nampak sikit 20% sahaja. Tapi kalau setiap tiga bulan dapat keluarkan paling kurang RM1000, setahun da RM4000 selamat. Nak harapkan diri sendiri menabung sampai RM4000 setahun, saya sendiri terbatuk-batuk (tepuk dahi sendiri):p

Ramai mungkin tak ambil pusing duit simpanan kita dalam KWSP. Mungkin sebab KWSP sangat menjaga duit kita hingga kita sendiri tak boleh keluarkan melainkan sebab yang sangat kukuh. Jadi, kita pun malas nak ambil pusing dan menunggu sehingga umur 55. Tapi sampaikah kita pada umur itu? Apa akan jadi, jika ketika tiba umur 55 itu, kita terlupa membersihkan faedah riba yang kita terima. Nilainya pada ketika itu, mungkin sudah mencecah belas ribu. Moga Allah sentiasa melahirkan rasa takut kita pada bahana riba ini.

Bertindaklah segera. Mohon dana patuh syariah KWSP ini, atau cari cara alternatif yang saya cadangkan di atas. Cuma kena ingat satu perkara, dana patuh syariah KWSP ini tidak menjanjikan dividen serendah 2.5% lagi da. Jadi, ia boleh jadi lebih rendah atau lebih tinggi dari itu. Tapi jangan risau, dividen sebenar tak sampai 2.5% pun, nanti akan ada 'lubuk' lain boleh diselam untuk selamatkan dana ini. Selagi kerajaan masih 'selamat'.

Bebaskan KWSP dari Pelaburan Tidak Patuh Syariah

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/40038-bebaskan-kwsp-dari-pelaburan-tidak-patuh-syariah

#celikharta
#hartaduniasahamakhirat
#sayaperundingunitamanahberlesen

"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."

Nur Suhaila Zulkifli
Masjid Tanah

Saturday 4 June 2016

Misi Negara Berkebajikan

Cerita hujung minggu lepas. Sepetang di pusat bandaraya, mengagihkan makanan dan pakaian percuma kepada gelandangan.

Esoknya, ziarah 5 buah rumah, mengagihkan beras fidyah kiriman sahabat-sahabat dan barang keperluan dapur lain sekitar Teluk Kemang. Ditemani my very great great senior- 1st batch Form 1 Sekolah Seri Puteri@ Jalan Kolam Ayer. Sungguh tak sangka, ada sahabat sefikrah yang lahir pada zaman paling sekular di sekolah ini.

Satu soalan ringkas yang masih bergiang di cuping telinga waktu menziarahi seorang makcik keseorangan dan sudah kurang penglihatan dan pendengaran. "Mak ada lagi?" Soalan yang melarutkan fikiran saya dengan berbagai persoalan dan menimbulkan satu keinsafan yang mendalam.

Hari ini, misi kebajikan diteruskan. Sepatutnya ada 4 rumah diziarahi. 45kg beras perlu diagihkan. Tapi cuma dapat 3 rumah sahaja. Satu rumah tersilap tempat. Patutnya ke selatan, kami ke utara. Bukan Kg Sawah Rantau atau Kg Sawah Chuah, tapi Kg Sawah Sunggala. Aduh, tak terlintas langsung PD ada dua Kg Sawah:p

Ujian Allah bagi untuk menguji kesungguhan hambaNya. Moga dipermudahkan esok. 2 rumah berbaki.

Wednesday 1 June 2016

Too Good To Be True?

Untuk mengatakan pelaburan dalam unit amanah mendatangkan kerugian kepada 80% unitholdernya berbanding KWSP bagaikan membuat kesimpulan terlalu awal tanpa perincian data dan analisis. (Kalau orang yang biasa menilai kertas kajian, mesti akan bebel sebab buat kesimpulan tiada bukti. Saya da pernah kena sekali. Hu3).

Berapa tahun tahap pencapaian dalam unit amanah yang dibandingkan itu? Berapa lamakah pemegang Akaun KWSP itu telah menyimpan dalam unit amanah? Apakah jenis dana yang dibandingkan juga? Haa, ni baru generasi Y yang tanya. In shaa Allah yang lebih pakar lagi banyak boleh tanya.

Banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan klien memperolehi keuntungan yang lebih atau tidak berbanding KWSP.

Jika klien ikut 4 peraturan utama yang unit trust managing company (UTMC) tekankan, in syaa Allah, keuntungan (dividen) purata tahunan yang diperolehi lebih dari KWSP jika klien melabur dalam jangka masa panjang (5 tahun ke atas). Nak bukti, saya boleh tunjuk^^.

Here all the four rules. Baca baik-baiiikkk...
1. Tempoh simpanan itu mesti lebih dari 3 tahun dan ke atas. Lagi lama lagi bagus untuk mengumpul unit dan menurunkan nilai harga purata belian. Kalau nak simpan sekejap, simpan dalam Tabung Haji jela.

2. Sentiasa melabur tanpa mengira keadaan pasaran sebab kita akan dapat nilai purata yang stabil (baca: dollar/ringgit cost averaging). Pasaran merudum, harga unit saham murah. Pasaran meningkat, dividen dapat banyak. Dua-dua untung..

3. Sentiasa ikuti perkembangan pelaburan supaya kita dapat tahu sama ada pelaburan perlu dikaji semula atau tidak. Ini tugas yang dibuat oleh pakar-pakar bernama fund manager di UTMC atau unit trust consultant kita. Sebagai pelabur, anda tak perlu susah-susah. Jadi to say we should have financial literacy first before we invest, seems like underestimating our chances to achieve further. Kelebihan unit amanah adalah orang yang menguruskan dana adalah pakar-pakar yang punya diverse experience and knowledge, financially literate, to represent the investors. Bak kata pelatih saya, fund manager ni orang-orang berambut putih di HQ tu. Kalau ada rambut (kalau ada), mungkin rupa ala-ala Albert Einstein la kot. No offense yeah:p

4. Exit when the target are met, contohnya nilai pelaburan telah capai jumlah yang mencukupi untuk persaraan yang bergaya, menaja pengajian, membeli rumah dan sebagainya. Nak simpan duit untuk kahwin pun bulehh. Set your own goals for your money. Sebelum melabur pun, memang pelabur akan ditanya apa objektif pelaburan anda.
Ada kawan saya, simpan dalam unit amanah pada 2003. Sekarang da keluarkan sebab da cukup untuk ubahsuai rumah. Saya macam Wow! Tambah-tambah lepas ekonomi merudum tahun 2008, rata-rata dana ekuiti unit amanah dapat pulangan 20% ke atas pada 2009. Banyak tuuu.. Siap dia tanya, sekarang apa dana yang bagus. Ha, nak menyimpan lagi la tuuuu^^

For this issues, KWSP sendiri turut menjalankan pelaburan. Umum tahu, lagi banyak dana yang dilaburkan, lagi banyak keuntungan yang dapat, lagi banyak dividen dapat diisytiharkan kepada pencarum. Jika pencarum mengeluarkan duit simpanan KWSPnya untuk dilaburkan ke unit amanah, akan berkuranglah aset di bawah seliaan KWSP, dan ini akan mengurangkan pelaburan dan pendapatan KWSP. Just put ourselves in their shoes. We'll think alike.

Keadaan ekonomi semasa beberapa tahun kebelakangan ini memang diakui memberi impak negatif pada semua pelaburan. Termasuk KWSP dan unit amanah. Baitulmal sendiri pun terpaksa mengurangkan pengagihan bantuan kepada asnaf kerana kutipan zakat dari syarikat-syarikat telah berkurang.

Sewajarnya waktu pasaran merudum inilah, kita mula melabur kerana harga unit sedang murah. On sale!! Ada yang taknak ke:p

Pada saya, perkara yang paling pokok adalah mencari jalan yang halal dan patuh syariah, regardless dividen yang bakal diterima. Kalau kita boleh tutup akaun konvensional yang menjanjikan lebih banyak interest setiap bulan dan buka akaun islamik yang dividennya tak cukup pun nak beli aiskrim Malaysia, in shaa Allah kita boleh berlapang dada pada pelaburan yang patuh syariah juga. Dan perlu diingat juga, keuntungan yang diperolehi KWSP perlu dibersihkan selepas kita boleh mengeluarkannya pada usia 55 tahun kerana sebahagiannya adalah riba. Jadi, kat mana untungnya tu?

Tepuk dada, tanya iman. Tengok Akaun 1 anda,  bijaklah membuat pilihan :p

Only A Fifth of Those Who Invested EPF Funds in Unit Trusts Had It

#celikharta

#hartaduniasahamakhirat

#sayaperundingunitamanahberlesen

Monday 16 May 2016

The Journey to Unit Trust

CELIK HARTA#4

Pertama kali saya didedahkan dengan saham secara first-hand exposure ialah ketika duduk bersebelahan dengan seorang uncle Singh dalam penerbangan pulang ke UK. Lebih 5 tahun yang lepas.14 jam dalam penerbangan MAS itu cukup panjang tapi menyeronokkan (as always when we refer to MAS's hospitality).Ditambah uncle tersebut banyak berkongsi pengalaman dan tips memandangkan beliau seorang pelabur saham. Dalam hati, saya berazam, "I have to seek further knowledge on this."

Namun, saya tidak berkesempatan. Apatah lagi, bila kurang berminat dengan hal ekonomi. Memikirkan boleh ke saya nak memantau harga saham di Bursa Saham Kuala Lumpur setiap hari. Maka pencarian terhenti seketika sehingga saya tamat belajar.

Kemudian, saya dapat tahu bekas tunang saya menyimpan duit dalam ASB. Hanya selepas berkahwin, saya bertanya suami saya the killer question. "ASB ni bukan haram ke?" Memandangkan itu yang saya belajar dari seorang murabbi dengan merujuk ke mana duit itu dilaburkan. Jawabnya, "Ada khilaf. Ada fatwa negeri yang kata ianya harus."

Saya raikan pandangan itu. Kepelbagaian pandangan itu antara keindahan dalam fiqh. Dalam meraikan, saya masih berpegang pada apa yang saya belajar. Jadi saya tidak melabur dalam ASB. Ilmu berkenaan saham belum berkembang.

Belajar Ekonomi Islam sewaktu mengikuti pengajian Tasawur Islam. Didedahkan perihal sukuk dan apa yang menjadikan sesuatu itu ekonomi Islam dengan ekonomi konvensional yakni yang tidak berlandaskan syariah.

Kemudiannya, beberapa kali 'terserempak' dengan diskusi pendek perihal unit trust atau unit amanah dalam beberapa group whatsapp. Masih belum sempat godek ilmu untuk memahamkan diri berkenaannya. Sehinggalah ada sahabat saya yang membuat post di Facebook berkenaannya. Termasuk pendedahan yang kita boleh keluarkan Akaun 1 KWSP untuk tujuan pelaburan. Maka, pertemuan diatur. Namun, sahabat yang saya harapkan menjadi perunding unit amanah kami sebaliknya, menawarkan agar saya dan suami terus menjadi perunding unit amanah sepertinya.

Cadangan diterima selepas berfikir panjang. And here we are. Another husband and wife who are the unit trust consultants of Public Mutual. Why Public Mutual? Because it has the biggest shares in unit trust industries.

Beza rupanya bermain saham dan melabur dalam unit trust. Tapi pulangan unit trust boleh sahaja menyamai saham. Jadi tak perlulah setiap hari nak menghadap Bursa Saham Kuala Lumpur lagi :p

Dari tahap pengetahuan yang hampir sifar berkenaan unit amanah, Allah bagi kesempatan ini untuk kami. Tak sabar nak hantar borang untuk melaburkan duit KWSP saya. Melihatkan buku ASB suami di atas meja, intuisi saya juga kuat menyatakan yang dia akan mengeluarkan pelaburannya dalam ASB ke Public Mutual. Walaupun hanya berbaki RM100 lebih, tak mengapa. Ada sahaja dana unit amanah yang menerima pelaburan serendah RM100.

Rabbi yassir rabbi tammim bi khair. Moga Allah permudahkan.

#celikharta
#hartaduniasahamakhirat

Saturday 14 May 2016

CUTE Exam: Passed!

CELIK HARTA#3

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah, lulus ujian untuk mendapatkan lesen sebagai perunding unit amanah.

Dua hari tidak ke kebun diperuntukkan untuk membaca segala nota berkenaan unit amanah dan membuat soalan. Termasuk soalan berkenaan kira-kira. Mujurlah saya memang meminati Matematik (walaupun ambil ijazah Biologi) dan ada pengetahuan asas yang sedikit berkenaan sukuk (saham) dan ekonomi Islam.

Seronok belajar bila kita tahu yang kita akan aplikasikan ilmu yang dipelajari untuk diri sendiri dan masyarakat. It's learning for life.

In shaa Allah secara berkala, saya akan kongsikan serba sedikit dengan anda ilmu tersebut dalam siri Celik Harta (perghh,ini poyo!:p). Sebab itu, sengaja buat hashtag celikharta. Senang nak follow nanti. He3.

Sama-sama kongsi ilmu. Mana tahu, ada yang boleh bekalkan pahala berterusan kepada saya di alam kubur kelak. Doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang bermanfaat, bak kata UAI, ada dua. Satu, ilmu agama. Satu lagi, ilmu dunia yang memberi faedah dan boleh membantu manusia.

(Masa diperuntukkan 2 jam. Tapi both saya dan suami dapat siapkan dalam masa lebih kurang 40 minit, tidak campur masa internet hang dan kena reset semula (kami tak meniru, hokay!:p). Rasa bersalah pula dekat jiran sebelah bila mukanya berkerut tengok saya da siap sedangkan dia baru separuh soalan berjawab.

Sementara tunggu 'pengawas' bagi borang kehadiran dan membenarkan kami keluar, sempat la saya mengedit dan mengemail artikel untuk disiarkan ke Sinar dan Harakah).

#celikharta
#hartaduniasahamakhirat

Friday 29 April 2016

Emas Untuk Melabur

CELIK HARTA#1

Ini adalah rantai tangan pertama yang saya beli menggunakan gaji sendiri. Sebab beli, untuk menyimpan 'duit'. Setelah tiga tahun bereksperimen dengan tahap konsistensi diri sendiri yang sangat sulit untuk menyimpan dalam bentuk duit. Masuk RM400 bila gaji, hujung bulan keluar kembali RM400. Maka, saya putuskan saya perlu menyimpan dalam bentuk aset. Dan aset termurah adalah emas.

Waktu ini, belum ada ilmu berkenaan emas. Sekadar setiap hari memantau harga emas berapa. Maka rantai tangan ini dibeli waktu harga emas jatuh pada November 2015. Ingatkan harga di Kuala Pilah sudah yang terendah. Rupanya ada lagi lebih murah, bila saya makin menimba ilmu berkenaan emas sambil menambah gram emas (yang suka emas mesti tahu maksud saya) =)

Kini, rantai tangan ini putus. Tak mengapalah. Pengalaman mengajar. Apa maksudnya barang kemas hollow.So no more rantai tangan pintal hollow selepas ini^^

Rantai ini akan bertukar milik selepas ini. Jerung emas mesti tak sabar nak membaham ni:p

P/s: Dulu niat sekadar nak menyimpan emas. Tetapi kemudian tukar nawaitu. Untuk melabur. Jadi jangan ingat saya pakai barang kemas besar-besar ya.

Melabur emas sudah. Sekarang, nak melabur duit pula^^ Next further step..

#celikharta
#infaqduniasahamakhirat

Sihat Sebelum Sakit

CELIK HARTA#2

Isnin lepas, gaji pekerja kerajaan masuk. Sibuk menyiapkan kerja sebelum cuti akhir semester bermula. Sampai tak sempat nak akses e-gaji.

Selasa esoknya, badan sudah mula tidak sihat, berjangkit dari anak-anak Boboiboy kuasa 2. Sakit tekak, selsema, batuk, pening kepala semua ada. Sampaikan terpaksa minta direhatkan dari mengawas peperiksaan di sebelah petang. Gaji sampai ke sudah tak tahu dapat berapa.

Rabu, demam. Mujur sudah bermula cuti. Kepala terasa berat hingga tiada nafsu untuk berwhatsapp, melayari facebook mahupun mengakses e-gaji. Segala perancangan untuk gaji April 2016 bagaikan hilang. Inikan pula hendak membeli belah atau makan sedap, meraikan gaji yang masuk.

Hanya bila Khamis menjelang dan kesihatan mulai pulih, baru disedari pergerakan gaji baru dan tunggakan gaji diterima. Dan potongan cukai bulanan pertama kali diterima (*_*).

Benarlah, ada duit tapi kesihatan tiada, duit itu tiada nilainya. Waktu sihat dan muda inilah kita menikmati hidup sebaiknya. Manfaatkan untuk kebaikan agama, diri dan keluarga.

Bak kata rakan pensyarah senior saya, "Nanti Su pun akan sampai tahap akak (umur 50-an), gaji banyak. tapi da tak tahu nak buat apa dengan gaji tu. Nak membeli-belah, tiada siapa nak temankan. Nak bercuti pun da tak larat. Nak beli tanah pun, tak kuasa nak usahakan."

Bertindaklah sekarang. Usah tunggu gaji banyak baru nak mengumpul harta, melabur wang, menimba pengalaman di tempat orang. Sementara masih sihat dan muda, nikmatilah nikmat ini. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara^^

#celikharta
#hartaduniasahamakhirat

Sunday 17 April 2016

Usah Bertangguh

Bila menerima satu lagi berita kematian seorang yang menggerakkan dakwah dan tarbiyah, cukup menjentik hati dan jiwa, betapa mati itu dekat. Dan saat itu akan tiba tanpa menunggu kita sedia berdakwah dan mentarbiyah.

Allahyarhamah bukan pertama yang memberi tarbiyah kepada saya waktu kematiannya.
1) Akh Mas Afzal. Graduan dari  Sheffield. Meninggal dunia akibat kanser tak lama selepas mendapat ijazah perubatan. Fasilitator yang menjadi role model buat saya yang baru menjejakkan diri ke UK. Sangat dikenali di seluruh UK Eire dengan kepimpinan dan sumbangan beliau untuk Islam. Masih mampu memberi ceramah walaupun doktor telah memaklumkan beliau sudah tenat, tiada harapan untuk diubati lagi.

2) Saudara Arif. Graduan seuniversiti, dari Nottinggam. Meninggal dunia akibat kemalangan maut, ketika pulang selepas majlis akad nikahnya sendiri. Berita itu diterima kami tanpa terduga. Seorang penggerak usrah. Low-profile namun hebat memberi.

3) Hajar. Junior saya di Kolej Matrikulasi Melaka. Terlibat dengan kemalangan selepas menziarahi adik-adik di KMM. Sewaktu di KMM, menjadi penggerak program tarbiah di sini. Waktu jenazah diuruskan, bila kain penutup mukanya dibuka, jelas terserlah wajah damai yang tersenyum tenang. Allahurabbi, mengalir laju air mata kami waktu kami melihatnya.

4) Kak Nida Fatin. Graduan dari Leicester. Meninggal dunia akibat kemalangan semalam.  Antara kakak yang menjaga kami dengan penuh kasih sayang saat kami baru tiba di suatu negara yang asing. Gigih membawa kami ke program-program tarbiah dan tidak jemu-jemu berusrah dengan kami. Jarak bukan penghalang. Nottingham-Leicester-Birmingham, itu biasa.

Benarlah, jangan sekali-kali bertangguh untuk berjuang untuk Islam. Kalau nak menunggu sampai habis belajar baru kita nak terlibat dengan program, takut kita tak sempat. Kalau nak menunggu sampai sudah lapang dari komimen kerjaya dan keluarga, takut kita sudah terlewat. Kalau nak menunggu hingga hidup kita telah sempurna harta, takut hal dunia yang dikejar itu tak dapat.

Takut nyawa yang dipinjam ditarik Allah bila-bila masa. Secara perlahan-lahan melalui penyakit contohnya mahupun secara mendadak melalui kemalangan mahupun dalam tidur.

Berjuang untuk Islam bukan sebab nak kejar jawatan, nak dikenali kerana ada adik-adik usrah. Malah perjuangan itu bukan dibentang dengan karpet merah. Hingga ada masa, kita terduduk dan menangis, betapa penatnya jasad ini menanggung beban dakwahNya. Betapa terseksanya jiwa saat dikritik oleh kawan mahupun lawan. Dan saya percaya keempat-empat mereka ini melaluinya. Dan kini mereka telah tenang di sana.

Berjuang semata-mata mencari redha Allah. Supaya nanti bila ditanya apa yang dihabiskan saat hidup kita untuk Islam, setiap anggota yang pernah bekerja di jalan Allah mampu menjawab di hadapan Tuhan kelak. Mati itu pasti dan kita tidak tahu bila kita akan mati. Usah bertangguh.

Thursday 4 February 2016

Ola Bola: A Review

I would say it is a must-watch movie.

For those who seek for patriotism, this is definitely the one you're looking for. Of course, different races have their own ways of life, but when these different people met, they are able to work as a team. All main languages in Malaysia were perfectly used and blended in. It shows no matter how good your English is, it's your mother tongue who describe your personality.

For those who seek for perfection, the only imperfections I could find out just the way Muslim ladies wearing headscarves during 80s and the amateurs playing football for international match. With all costumes, hair styles, old appliances including Singer earliest sewing machine, daily lifes, I'm sure detailed study had been made to illustrate the 1980s era.

For those who seek the history of Malaysia when gadgets are not yet created, here it is. For those who miss the good old times, here it is. Playing football using papers, wearing a DIY masks, adjusting the television's antenna for clearer picture, working hardly for a single cent no matter how young you are.. I don't think our youngsters have going through all these. Let them see, how our lifes were once, before.

Well done, Astro Shaw for producing such an awesome movie. It is indeed, a masterpiece! It's not just a movie. It proves that good values can still be delivered without discern love story, sexy actress and excessive immorality.

***
This movie reminds me to the feeling of unity arosed when me and my friends work together in Nottingham Malaysian Society. Only the netizen could tell, the true meaning of 1Malaysia.

"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."

Nur Suhaila Zulkifli
Port Dickson

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...