Saturday 16 December 2017

Tips Umrah 3: Jimat Tapi Seronok

Ramai yang minta saya kongsikan bagaimana kos perbelanjaan dan perjalanan kami ketika menunaikan umrah hujung November baru-baru ini. Secara ringkasnya kami di Mekah dan Madinah tak pergi melawat ke tempat lain sangat selain dua masjid agung itu.

Di Madinah hanya ke Masjid Quba dan kebetulan 'terserempak' dengan ladang kurma. Di Mekah ke Gua Hira' dan Masjid Jin (ditutup sudah). Sampai Tanah Haram, memang kita akan berkira sangat nak tinggalkan solat berjemaah di sana. Mana taknya, kita dapat 1000x pahala ibadah di Masjid Nabawi dan 100,000x pahala di Masjidil Haram. Auranya sendiri sangat berbeza.

Alang-alang tu, saya kongsi terus la bagaimana kita boleh jimat sejimat-jimatnya tanpa mengikat perut macam orang tak makan sebulan. Senang cerita kos rendah tapi masih boleh enjoy every single precious moments di Tanah Haram. Haks..

Ikutkan kos umrah kami tak jimat. Sebab kos penerbangan kami mahal kerana salah beli tiket dan kami ada kehilangan lebih SAR200 di Mekah. Kalau tolak ni semua, kami hanya belanja RM4000 je ikutkan. Dengan keadaan kami jimat banyak di hotel (masih harga standard) tapi bermewah-mewahan bab makan.

Nak mudah mencongak, anggap je SAR1 (1 riyal) sana sama dengan 1 ringgit kita. Walaupun hakikatnya ringgit kita jatuh (waktu kami di sana, SAR100=RM114). Sob sob sob..
(Nak optimumkan bilangan riyal kita dapat, boleh baca post saya sebelum ni)..

Jumlah kos: RM4863.75

Kos sebelum perjalanan RM3681/pax
1) Tiket penerbangan RM3057/pax
(mahal ikutkan sebab kami tersalah tempah flight😅. Normal kos dalam RM2500 je.)

2) Lain-lain= RM624/pax
Vaksin RM150
Visa + kos travel agency RM440
Travel insurance RM69.25 untuk 2 orang
*Kain ihram RM55

Semasa di Tanah Haram SAR2075 / RM2365.50 (RM1182.75/pax) 
1) Penginapan = SAR370

2) Pengangkutan=SAR310

3) Makanan: SAR329 (~SAR55 sehari)

4) Souvenir: SAR522

5) Lain-lain: SAR544
Internet 1GB SAR25
Luggage Locker Masjid Nabawi SAR14
Air zam-zam SAR32
Duit hilang, sedeqah, misc SAR473

***

Tips Jimat

1) Makan

Kat Madinah dan Mekah, sepinggan nasi mahupun semangkuk kuah tu adalah portion makan untuk dua orang Malaysia. Memang banyak. Biasa nasi beriyani (nasi da siap ayam) SAR10-12 je sepinggan. Nak sedap, tambah kuah kari ayam atau daging dalam SAR10-15 semangkuk. Kuah dhal atau sayur dalam SAR6. Bila kita beli kuah, automatik dapat paling sikit, 2 keping roti nan panas-panas. Kalau mampu habiskan semua ni seorang, memang anda ada perut rare la. Huhu..

Fillet ikan dan sayur yang digrill dengan nasi best. Hanya SAR35. Lokasi kedai, sebelah Al-Baik, Mekah.

Jadi SAR10-30 sekali makan tu da memang cukup untuk 2 orang makan. Sehari dalam SAR60 kos untuk 2 orang makan. Makan dari pagi sampai malam yang memang puas hati punya.

Makan pagi dengan kebab sekitar SAR5 je. Teh O SAR1. Mereka panggil chai. Chai dengan susu SAR2. Kopi biasa, kami cuma sempat jumpa di Madinah. Mekah ada kopi brew yang mahal tu je. Hu3.
Jadi kalau rindu air kopi atau yang lain-lain tu, atau rasa nak jimat, boleh bawa instant 3 in 1 siap-siap dari Malaysia. Dan air panas boleh beli kalau kat bilik tiada cerek. Kena cek la kalau bilik kita sewa ada atau tak, sediakan cerek. Nak jimat habis-habisan, minum air zam zam je sepanjang masa. Masuk kedai, mereka tak kesah pun kita bawa makanan atau air dari luar. Cawan plastik memang disediakan di masjid untuk air zam-zam dan air kosong.

Orang kata makan di Mekah murah sikit dari Madinah. Tapi sebenarnya lebih kurang je. Pandai cari tempat makan orang kebanyakan di sana, harga lebih kurang je. Ringkasnya, nak jimat tapi sedap, pergi makan kat tempat orang tempatan berkumpul.

Di Madinah, di sekitar Bangali Market. Lebih kurang 500m dari Masjid Nabawi Pintu 16. Makanan Pakistan kat sini memang kawww. Telan nasi beriyani yang tak berkuah tu pun da rasa zuppppp.. Perghhh.. Sedap sangat.

Di Mekah, bertentangan dengan Luggage Locker 4, ada pusat membeli-belah. Di sini letaknya Al-Baik, makanan fast food yang khabarnya sangat popular tu. Tapi pada kami biasa-biasa je. Berdekatannya, di mall yang sama, ada yang lagi mengenyangkan dan sangat sedap. Survey la. Nama musafir kan..

Ingatkan Al-Baik ada ayam goreng. Rupanya mereka jual kebab dan burger. Jadi kami ambil menu paling mewah iaitu udang celup tepung versi Arab! Hanya SAR18 je. Sedap.

Al-baik tiruan. Semua logo dan nama lebih kurang je. Harga pun sama je. Yang asli di Mall bertentangan Luggage Locker 4 Masjidil Haram.

2) Cenderamata

Percaya atau tidak, di Mekah ada banyak kedai 2 riyal. Dalam 300m dari Masjidil Haram pintu King Fahd. Di kawasan belakang Clock Tower. Tempat lain pun ada juga tapi jauh sikit dari situ.

Nampak tak 2 besar tu? Deretan kedai 2 riyal. Rugi sangat kalau tak pergi.

Memang dok ternganga je tengok bermacam-macam jenis cenderamata terjual di situ. Fridge magnet, tasbih, minyak wangi, kristal gambar Kaabah semua harga 2 riyal je. Tapi kami rasa nak mngalir air mata juga, sebab da terbeli cenderamata di Madinah siap-siap. Sebab orang dok kata Madinah lagi murah. Huhu.. Tapi takpe, ada hikmah. Sebab di Mekah kami ada cash yang terhad. Allah uji, kami hilang dalam SAR200 lebih sedangkan kami masih ada 3 hari lagi di sana. Jadi memang berjimat bab membeli belah sebelum kami sedar kad ATM boleh guna di sini. Itu pun da nak naik flight balik.

Di kedai 2 riyal ni pun, ada segala macam barang keperluan harian. Paling best takde GST 12 sen. Hahaha..

Jadi, boleh gi tengok dulu kedai 2 riyal ni kalau nak beli cenderamata untuk bawa pulang. Apa kelas, 2 riyal je? Hello, kat kedai lain yang mahal sikit tu pun, benda 100% sama je. Jadi kenapa bayar lebih? Hehe.. Duit hasil berjimat membeli belah tu boleh guna untuk sedeqah pada asnaf dan tukang cuci di masjid-masjid ni.

Untuk kurma ajwa, harga 2 kali ganda lebih murah di Madinah. Di Madinah boleh dapat SAR30 je di Pasar Masjid Quba dan SAR35-40 di pasar dan kedai kurma sekitar Masjid Nabawi. Harga boleh tawar-menawar.

Kurma bersalut coklat yang dalamnya ada badam boleh dapat paling murah di Bin Dawood. SAR50 untuk sekilo. Bin Dawood ni ada di depan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Tapi paling meriah Bin Dawood di Madinah.

Di dua Tanah Haram ni, biasanya orang akan terbeli jubah-jubah di sini tanpa sengaja. Baik lelaki mahupun perempuan. Sama je. Huhu..

Di Bin Dawood Madinah boleh dapat jubah wanita 6 helai SAR100. Jubah lelaki setakat jubah yang putih tu SAR10 je di sekitar Masjidil Haram. Akan ada wanita-wanita Afrika yang menghamparkan kain dan jual pelbagai barang termasuk jubah ini di kaki lima dengan harga terlajak murah selepas waktu solat berjemaah.

Itu kot orang kata, nak shopping murah di Madinah. Sebenarnya dua-dua murah. Cuma kena tahu tempat je.

Para penjaja yang menghamparkan kain berisi barang jualan yang sangat murah. Sebelum solat, shopping. Lepas solat sambung shopping lagi. Patut ramai habis duit di sini. Huhu..

Untuk jerung emas dan seangkatan dengan mami jarum, di depan Masjid Nabawi berderet kedai barang kemas. Dan selalu penuh dengan orang. Design yang memang stail Arab. Kalau anda memang jenis iman senipis kulit bawang bila tengok logam kuning ni, boleh la jenguk.

Kalau nak trade in barang kemas tak berapa nak sayang pun boleh. Tapi kena tanya dulu 18 karat (emas 750) atau 21 karat (emas 916). Yang penting survey dulu. Jangan tergesa-gesa beli walaupun yang tukang jual tu dok mendesak.

3) Pakaian

Bawa baju beberapa helai je datang sini. 4 pun da lebih dari cukup. Kebanyakannya jubah. Tak wajib hitam pun. Sebab sampai sini, macam-macam warna ada.


Kemeja t atau t-shirt tak guna sangat pun di sini. Sampai Tanah Haram, yang lelaki pun tak bernafsu nak pakai kemeja atau t-shirt, sebab mereka di sini memang berjubah je.

Sweater memang perlu pun untuk berhibernasi dalam flight 9 jam. Dan juga nak menapak ke masjid di tengah-tengah pagi. Madinah suhu lebih sejuk dari Mekah. Boleh baca posting saya sebelum ni.

Baju boleh basuh di sini. Basuh pagi, sidai dalam toilet je pun, sampai petang da kering. Tak perlu mesin basuh pun. Udara sini sangat kering.

4) Air Zam-zam 

Kenapa dicadangkan bawa baju sikit je? Supaya boleh penuhkan bagasi dengan cenderamata dan buah tangan dari sini. Dan kalau dapat, boleh bawa balik air zam-zam lebih. Ini paling penting saya rasa.


Ikutkan seorang dibenarkan bawa balik satu kotak air zam-zam je. 5 liter pada harga SAR8. Ada dijual di luar balai pelepasan antarabangsa lapangan terbang Jeddah. Tapi mereka tak cek pasport kita pun. Jadi boleh beli bergilir. Yang penting, bilangan kotak yang berada di luar bagasi mengikut bilangan orang check in flight. Sebab memang airline kita akan check-inkan sekali air zam-zam tu tapi berat tak dikira dengan bagasi.

Jadi, kalau bagasi untuk kita check in masih banyak kosong dan belum capai had berat, boleh letakkan air zam-zam. Boleh timbang percuma di airport. Tak mahu beli, boleh ambil air zam-zam dari Masjidil Haram. Percuma. Boleh beli bekas air tahan lasak sikit di sekitar Masjidil Haram. Tapi 'penyeludupan' ni untuk kegunaan sendiri ya. Tak baik tau ekspoitasi air penuh barakah ni untuk tujuan komersil.

4) Penginapan

Jika agensi anda membenarkan anda tempah penginapan sendiri, anda boleh jimat banyak sebenarnya. Hotel bajet di sekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sangat banyak. Bilik kosong pun banyak juga sebab mereka memang da bersedia dengan bilangan pengunjung Tanah Haram yang berpuluh ribu. Dan kebanyakannya tidak ada dalam online website seperti Booking.com dan Trivago.


Jadi, boleh sahaja kita tempah dahulu hotel di online website terlebih dahulu untuk urusan visa. Yang penting, tempah yang ada free cancellation. Maksudnya tempahan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sehingga minit terakhir sebelum waktu check in.

Kenapa free cancellation ini penting, sebab bila da sampai sana baru kita sedar betapa lokasi hotel sangat-sangat penting. Amat perlu dapat hotel yang dekat dengan pintu masuk utama masjid, tempat tumpuan orang kebanyakan (ada restoran dan kedai-kedai) dan yang penting tanahnya landai. Di Mekah, di bahagian selatan Masjidil Haram kawasannya berbukit dan bukan pintu masuk utama. Kasihan kami tengok ada pakcik makcik yang terpaksa mendaki dan berjalan jauh ke pintu utama setiap hari untuk beribadah. Memang dapat hotel berbintang-bintang tapi perjalanannya?

Jadi boleh lihat dulu suasana di sini dan tempah semula hotel mana yang sesuai ya. Dua-dua hotel di Tanah Haram yang kami tempah di online kami batalkan tempahan. Kedua-duanya agak jauh. 2km dari masjid. Ikutkan kami biasa je berjalan jauh. Tapi di Tanah Haram ini, percayalah 700m jarak hotel dengan masjid adalah maksimum. Sebab ibadah di sini sendiri makan tenaga. Nak masuk ke pintu bangunan masjid sendiri dari pintu masuk perkarangannya da 100m paling sikit. Itu belum kira sesat nak cari pintu keluar lagi. The struggle is real..

Jadi kami cari sendiri hotel di sekitar masjid. Dapat hotel bajet SAR120 di Madinah untuk 2 malam dan SAR250 di Mekah untuk 3 malam. Bajet-bajet pun, toilet sangat bersih. Peti ais dan penghawa dingin tersedia. Kedua-duanya terletak di kawasan tumpuan penduduk. Jadi makan minum dan beli belah kami amat mudah dan murah. Nak ke masjid pun 10-15 minit jalan da sampai. Pokoknya bukan berapa bintang. Tapi lokasi hotel itu lebih penting.

5) Keperluan Umrah

Suami dapat beli kain ihram yang tebal dengan harga RM55 di Malaysia. Di Madinah ni ada je dijual harga lebih kurang. Jadi kalau tak dan nak beli di Malaysia, boleh beli di Madinah je. Masjid Bir Ali tempat miqat pun ada jual.


Orang cadangkan beli kasut tapak yang lembut untuk tawaf. Pada saya, tak perlu pun tak pe. Pakai waktu tawaf dan saie tu je. Lepas tu da tak pakai. Membazir. Kalau nak sangat, boleh beli di Madinah. SAR10 boleh dapat. Itu yang sangat best kalau kita ke Madinah dulu, baru ke Mekah. Tapi ni terpulang pada individu. Untuk orang yang macam saya, esok flight, esok juga la baru dapat cuti, memang ke Madinah dulu adalah pilihan terbaik. Tambahan pula, kondisi dan servis di lapangan terbang Jeddah tidak seefisien lapangan terbang Madinah.

6) Pengangkutan

Kalau kita ada keperluan nak ambil teksi, boleh survey dulu harga Uber yang jauh lebih murah dari teksi. Kami sayangnya tak dapat tempah Uber. Ada masalah dengan apps sebab tak pernah guna sebelum ni di Malaysia.


Teksi di sini memang letak harga yang mahal. Biasanya double dari harga biasa. Tak pandai tawar menawar, memang duit melayang banyak la.

Pengalaman pertama kami naik teksi sewaktu hendak ke Jabal Nur (Gua Hira'). Sebelum tu kami banyak naik bas je. Tahan teksi di depan hotel lebih kurang pukul 3 pagi. Ingatkan "thirteen riyal", rupanya "thirty riyal". Kami tak sempat nak tawar menawar, ie minta kurang lagi, sebelum masuk teksi tu. Silap di situ. Orang sini memang English ke laut. Jadi kena deal betul-betul dengan mereka. Jangan masuk teksi sebelum dapat harga yang puas hati.

Perkhidmatan bas jauh lebih murah. Tapi kebanyakan tempat lawatan orang seperti Jabal Nur, ladang unta etc tiada bas. 

Ni harga tiket bas kami survey: 
- Bas SAPTCO dari lapangan terbang Madinah ke Masjid Nabawi SAR10
- Bas SAPTCO dari Madinah ke Masjidil Haram SAR65. 
- Bas SAPTCO dari Masjidil Haram ke Airport Jeddah SAR30 (tapi kena ambil shuttle bus SAR20+ pula lepas tu untuk ke balai pelepasan antarabangsa yang 20km dari situ. Dan shuttle bus ni hanya beroperasi sehingga 12 tengah malam. Alternatif, ambil teksi ke terminal ni tapi harga SAR50 lah).
- Bas dari Masjidil Haram ke Tanaim (untuk miqat umrah dari Mekah) dalam SAR4, tunggu bas di depan masjid.


7) Sedeqah

Yang paling penting, jimat-jimat juga. Ambil peluang sebanyak mungkin untuk bersedeqah. Kita bagi sikit, Allah balas banyak. Di depan Masjidil Haram, ada banyak kedai makan yang sediakan makanan untuk faqir miskin dengan sedeqah yang kita beri. SAR100 tu boleh pilih untuk beri kepada berapa orang asnaf. Kalau sesiapa nak bayar kafarah ke memang mudah la di sini.

Pohon tamar yang ditanam sepanjang jalan ke masjid quba. Buah kurma jatuh berguguran gitu je. Kan best kat Malaysia tanam pokok durian tengah jalan camni. Eh?

****

Apa pun, sentiasa tanamkan dari awal, umrah itu mudah. Kita fikir mudah, Allah bagi mudah la.. Kita nak pergi beribadah di rumah Allah, kita nak ziarah rumah kekasihNya. Pasti Allah akan mudahkan. Letakkan nawaitu dari awal, hendak ke sini. Allah akan lorongkan jalan untuk hambaNya yang meminta dan berusaha.


Alhamdulillah walaupun umrah kami banyak yang buat sendiri, khidmat dan support dari travel agency kami amat terbabow. Touched down sahaja di Arab Saudi, imigresen tak tanya pun mutawif kami mana, kami ikut agensi mana. Dan kami sangat puas hati sebab kami dapat laksanakan umrah ikut cara yang kami nak.

Paling penting, moga Allah terima ibadah kami dan kita semua. Dan moga Allah beri kesempatan untuk kita semua untuk jejakkan kaki ke sini. Amiin..

Dipersilakan untuk share supaya lebih ramai beroleh manfaat.




Artikel ini telah juga disiarkan di The Vocket.

Friday 15 December 2017

Senarai Cuti Panjang Matrikulasi

▪*23-25 Disember 2017 (3 hari): hujung minggu + Kristmas

▪*30 Disember 2017-1 Januari 2018 (3 hari): hujung minggu + Tahun Baru

▪15- 25 Februari 2018 (11 hari): Tahun Baru Cina + cuti Pertengahan Semester (*16-18 Feb cuti umum)

▪12 Mei- 3 Jun 2018 (23 hari): Cuti Semester II (*17 Mei Awal Ramadhan)

▪*15-17 Jun 2018 (3 hari): Hari Raya Puasa

▪*18- 26 Ogos 2018 (9 hari): Cuti Pertengahan Semester + Hari Raya Haji

▪*31 Ogos- 2 September 2018 (3 hari): Hari Kebangsaan + hujung minggu

▪*15-17 September 2018 (3 hari): hujung minggu + Hari Malaysia

▪*24 November- 9 Disember 2018 (16 hari): Cuti Semester I

*cuti sekolah

Disclaimer: Ini untuk Matrikulasi Melaka. Matrikulasi lain mungkin ada berbeza sedikit.

Moga bermanfaat.
Orang sibuk buat 5S, saya sibuk cari tarikh cuti. Huhu..

#jangankecamsaya

Saturday 9 December 2017

Bermula 10 Disember Ini

SEPINGGAN PENUH SIAP AIR RM5 JE?!

Datang PD tapi tak tahu nak makan tengahari di mana?
Nak makan sedap tapi takut harga mahal?
Bosan dengan nasi bajet yang sama setiap hari?
Anda penggemar lauk bufet tapi yang boleh dimakan tak sebanyak harga dibayar?

****
Jadi, apa tunggu lagi!
Jom singgah isi perut anda di KAFE MA TOK!
Bufet bajet SERENDAH RM5 kini tersedia!

KINI DIBUKA!
Kafe kami BERMULA OPERASI pada 10 DISEMBER 2017 (AHAD).
Setiap hari dari 11 pagi hingga 3 petang.

JEMPUT SEMUA MAKAN MURAH!!!

Waze : Kafe Ma Tok-Bufet Bajet
Contact : 013-6341253

Sunday 3 December 2017

Kapal Angkasa Lepas vs Thomas

Menjadi kanak-kanak itu indah. Kerana segala perkara mereka pandang positif. Hidup ceria selagi mana ada peluang untuk gembira. Mensyukuri dan menikmati segalanya, seadanya.

Apa yang di depan mata, itu dilihat sebagai alat mainan. Imaginasi mereka tidak terbatas.

Bila nampak je blok-blok kayu berlonggok, ceria mereka umpama melihat Lego. Disusun atas dan bawah. Fateh cakap dia susun kapal angkasa lepas. Umar kata itu Thomas. Ok apa-apa sahajalah nak. Asalkan kalian bahagia.

Kafe Ma Tok dan HQ Fotografi Termurah: KuroShiro Photography lagi 80% nak siap. In shaa Allah moga dapat mula beroperasi bulan ini juga. Sikit lagi azam 2017 yang satu ini nak tercapai.. Azam saya, impian Ma dan Abah..

Saturday 2 December 2017

Tips Umrah 2: Tukar Duit

Pernah dengar yang ringgit da tak diterima kat Tanah Haram? Tak boleh guna kad Visa@Mastercard kita di ATM sini?

Ok, itu semua mitos ya.. Banyak sangat money changer kat depan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Tak perlu runsing hati kalau tak sempat sangat gi Mid Valley atau mana-mana money changer yang tawarkan rate tinggi.

Saya cek di website XE Currency Converter, rate SAR100=RM109. Money changer kat Mid Valley yang femes tu bagi SAR100=RM112. Tapi memang takde la hakak nak rushing gi Mid Valley tu. Bukan dekat.. Tukar kat Seremban SAR100=RM114 tapi tu pun tak dan. Terkejar-kejar..

Jadi terpaksa la tukar duit di airport KLIA je. SAR100=RM119. Sampai sini tengok boleh dapat rate RM100=SAR87.50 (SAR100=RM114).. Nanges kan..

Jadi, never ever exchange the money at the airport. Tukar sikit untuk buat tambang dan makan sebelum sampai Madinah/Mekah da cukup da..

Boleh juga buka website Travelex dan book duit nak tukar tu at least 2 hari before travel. Dan collect di airport sebelum naik flight.

Aa lagi satu kat Tanah Haram ni, duit note RM20 rate murah sikit. RM100=SAR80 (SAR100=RM125). Jadi tukar note RM50 je k.

Mesin ATM di Airport Jeddah pun boleh bawa keluar duit riyal dari kad bank Malaysia. Tu pun kami try bila da nak flight balik. ATM di depan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram kami tak try. Sebab ingatkan memang tak boleh guna langsung. Sayang betul.. Rate ATM SAR100=RM112. Macam Travelex dan Mid Valley money changer. The best rate.

Da tahu yang kad bank boleh guna, apa lagi. Transit di Dubai 12 jam pun kami guna kad je semua. Dispense duit belanja sikit dan shopping pakai kad je. Acah-acah loaded. Ha3. Yang penting, we olls tak berhutang.

Rate dirham UAE di XE Currency Changer, AED100=RM111. Rate Money Changer Mid Valley AED100=RM112. Guna kad kat ATM dan shopping, rate sama AED100=RM113.7.

Memang jimat banyak dan mudah sangat. Takde la ada duit terbazir tak abis guna.. Kan biasa, kita tak tahu berapa expenses nak guna. Awal-awal jimat, tapi bila duit currency tu banyak lebih, terus terboros.

Tapi kalau rasa tak nak ambil risiko nak mencari ATM yang boleh guna kad bank kita kat Saudi Arabia ni, boleh bawa ringgit siap-siap dan tukar di sini. Kat Dubai tak yah riso. Da maju banyak.

Nota kaki: Berhemahlah dalam berbelanja k. Nanti saya cerita tips nak jimat kat sini^^

Belanja gambar duit Pak Arab. Duit SAR100 da pecah siap-siap. Btw, sini tak jumpa lagi duit syiling. Semua bundar ke riyal terdekat. Huhu..

#umrahduo2017
#tipstravelkaksu

Nur Suhaila Zulkifli
2 Disember 2017

Tips Umrah 1: Suhu Sejuk

Sekarang ni musim sejuk di Arab Saudi. Range suhu 20-30°C di Tanah Haram. Riyadh lagi la 10-20°C.

Suhu awal pagi dan malam macam musim luruh kat UK. Jadi, kalau kita ni bukan dari UK, sila bersiap siaga. Tambah-tambah nak menapak ke Masjid Nabawi untuk qiam etc. Sejuk mencengkam tu. Tapi hikmahnya, bila bersesak untuk solat takdela berlengaih..

Boleh bawa baju sejuk atau sweater. Lebih praktikal bawa inner/legging. Pakai di sebelah dalam untuk elakkan direct contact kulit dengan suhu sejuk ni.

Siang kira ok da. Suhu ala-ala Malaysia yang nyaman. Sesekali angin sepoi-sepoi bertiup. Memang ok sangat nak berjalan sana sini..

Aa, sini sejuk pun, udara kering tau. Wajib bawa lip balm dan krim pelembap. Kalau tak, kulit kering. Basuh baju tak yah pakai dryer. Basuh arini, esok da kering. Hehe..

Update: Suhu Mekah da mula panas waktu siang. Jadi sunglasses atau payung sangat membantu. Walaupun kita je yang pakai payung kat sini. Huhu..

#umrahduo2017

Nur Suhaila Zulkifli
27 November 2017

Sunday 5 November 2017

Sentuhan Terakhir

"Am nak sentuh Ros..", pilu si suami menuturkan kata. Melihat sekujur jasad di hadapannya. Insan yang dinikahi dulunya, insan yang telah melahirkan 2 zuriat untuknya. Kini insan itu hanya sekujur jasad, tidak bernyawa.

Suasana hiba menyelubungi ruang itu. Semua di situ mengalirkan air mata. Awalnya, seluruh keluarga tidak tahu bagaimana mahu menyampaikan berita sedih itu kepadanya. Namun, akhirnya dia tahu daripada mulut doktor yang merawat.

Isterinya telah tiada. Meninggal dunia di  tempat kejadian dalam kemalangan maut yang mereka anak beranak terlibat. Kini beliau telah kehilangan isterinya. Anak-anaknya telah kehilangan ibu mereka.

Di ruang itu, dia menyampaikan hasrat. Dia mahu menyentuh isterinya. Namun tubuhnya sendiri cedera parah. Tidak boleh bergerak. Patah anggota sana dan sini. Dan sekujur jasad di hadapannya itu telah terbaring kaku.

Lalu, jasad si isteri yang telah pergi diangkat dan dibaringkan di sebelahnya. Agar bisa si suami menyentuh insan yang dicintai buat kali yang terakhir. Di dunia ini..

Dan dengan susah payahnya, isteri itu dikucup dahinya. Dahi yang sama dikucup saat lafaz nikah selamat dimeterai.. Dan itulah kucupan terakhir..

***
Kami yang mendengar kisah ini, sebak. Air mata langsung tak mampu dibendung. Sebak mengenangkan betapa saat kehilangan, sekecil-kecil kenangan bersama insan tercinta, itulah jadi memori teragung..

Sentuhan itu.. Kita selalu lupa.. Kita selalu tidak menghargai..

Ya, ia hanya sekadar sentuhan. Namun itulah yang bakal dirindui.. Rindu yang takkan pernah padam dan terubati. Kerana insan itu telah pergi, menghadap Ilahi..

Saat kita bersama, sentuhan itu hanya dianggap biasa. Tak bawa apa-apa makna. Tapi percayalah, bila ia tiada, kita akan terasa.

Air mata mengalir bersama peringatan yang Allah mahu berikan.. Hargailah insan yang kita sayang. Walaupun ada kala kita membencinya, kita marahkannya, kita tetap tidak boleh menipu, kita tetap cintakannya.

Cintailah seperti mana itu adalah cinta terakhir. Sentuhilah seperti mana itu adalah sentuhan terakhir..

Moga Allah satukan mereka kembali di syurga. Moga Allah himpunkan kita bersama insan dikasihi di syurga.

Wednesday 18 October 2017

Kerajaan Nak Bagi RM1K

MEREKA DA DAPAT RM1K DARI KERAJAAN, ANDA BILA LAGI?

Seperti dijanjikan, batch pertama pemegang akaun PRS telah menerima RM1000 dari kerajaan. Insentif ini masih tersedia sehingga 2018 atau apabila mencapai kuota 165,000 orang belia.

Ramai klien saya da terima RM1K ni. Simpanan mereka juga da ada yang meningkat hingga 8% walaupun baru 9 bulan menyimpan.

Anda bila lagi? Siapa cepat, dia yang dapat.

#patuhsyariah
#PrivateRetirementScheme
Bajet 2017

Sunday 1 October 2017

BFF Release Stress

Perempuan ni, bila dia ada masalah, dia akan craving secraving cravingnya untuk cerita pada orang. Lagi simpan, lagi stress dibuatnya. Bila da cerita tu, rasa lega sangat.

Memang tak minta pun, masalah itu diselesaikan. Cukup ada yang sudi mendengar. Dari A to Z. Tu je.. Aa sekali dengan cerita sisipan 1 hingga 10. Huhu..

Dan tempat terbaik nak bercerita, pada perempuan juga la. Kalau cerita kat lelaki, makin stres lagi ada. Macam dok bercakap ngan patung. Ha3. Tu belum lagi mereka rasa bertanggungjawab nak tolong selesaikan..

Sekarang da rasa lega sangat. Jazakillahu khair @halimah sebab jadi tempat luahan perasaan dan buang stress kte.

Betullah Imah kata, kat mana pun kita kerja, masalah tu takkan hilang. Kita yang kena set mind untuk prepare ujian tu.

Syukran dear, atas peringatan yang kte sendiri lupa. 😍😍

Syukran juga sebab pilih kawanmu yang chantek ni jadi ejen. Sebab da tahu kawan sekolah dan sematrik dia ni buat unit trust, terus sign nak buka akaun. Tak mampu da iolls nak menolak. 😜

Tuesday 26 September 2017

Dana Baru Terlajak Laris

Memang teruja sangat bila dapat tahu sekarang da boleh invest ke seluruh dunia. Sebelum ni, Public Mutual paling jauh pun, buka investment untuk Asia je. Tu pun da ada dana regional yang untung 23% untuk 2017. Memang tangkap leleh bila tengok duit klien naik beribu-ribu. Alhamdulillah seronok sangat update klien semua.

Sekarang ni, lagi tangkap leleh! Da ada dana invest peringkat global! PISGEF namanya.

Ada 5 SEBAB kenapa saya sangat seronok invest dalam PISGEF ni..

🌟SEBAB 1🌟
💱 Investment level seantero dunia 💱

Apa yang hebat sangat?
Sebab pakar jangka ekonomi dunia akan mengalami pertumbuhan yang tinggi 2018 ni. Tu yang nak ambil peluang tu. 40% akan invest ke US, 40% lagi Eropah. Selebihnya ke Asia Pasifik dan sebagainya. Ingat KW5P je ke boleh invest billion-billion gi US. Huhu.. US dollar tengah naik against ringgit. Memang rugi la tak ambil peluang.

🌟SEBAB 2🌟
🏨 Dapat invest company femes 🏨

Syarikat-syarikat ni semua level multinasional, yang ada nama. Produk dan servis semua yang terkenal tip top meletop.. Ada tu yang pelopori industri IT, e-dagang dan healthcare. Memang in shaa Allah sangat-sangat berkembang. Kita pun rajin nau melawat Shopee la, Lazada la.. Kan kan kan.. Hihi..

🌟SEBAB 3🌟
💲Target pulangan tertinggi💲

PISGEF ni benchmark pulangan dia sendiri 14.58%. Biasa 12% je annualised return. Bila 14.58% tu, maksudnya ikut layman term, PISGEF ni mesti kena capai lebih dari benchmark.
Setahun mesti lebih 16.88%.
3 tahun mesti lebih 51.9%.
5 tahun mesti lebih 97.52%.
Memang hot habis ni!

🌟SEBAB 4🌟
👪 Kerja senang, untung banyak 👪

Masuk unit trust ni senang. Ejen dan fund manager bertauliah yang uruskan investment kita. Tak payah susah-susah. Kita sign je borang. Borang pun ejen yang bawa depan mata. Tak payah gi bank ke mana-mana. Buka buku baca investment pun tak perlu. Lebih banyak masa dengan keluarga tersayang..

Cukup bulan tunggu update dan duit bertambah dalam investment je. Public Mutual da lama jadi company unit trust swasta no.1 kat Malaysia ni. Dana islamik sendiri kat Malaysia ni 60% dia pegang. Return sekarang pun memang da jauh lagi tinggi dari ASB mahupun TH.

Memang main saham return boleh lagi tinggi dari unit trust tapi jenuh nak monitor sendiri weyh... Mana nak tengok market lagi, nak cari investment oversea yang syariah-complianced lagi. Memang tak dan la hakakkk. Tengok SKT, CQI pun da nak juling mata. Huhu.. Silap hari bulan, tak de ilmu, boleh tersontot hakakk.. Duit da juta-juta tak pela kot. Ni suami iolls belum jadi Dato' lagi. Hehe..

🌟SEBAB 5🌟
🕌 La riba

Ni paling penting sebenarnya. Tak guna saya ada duit berkepuk tapi bercampur benda tak halal atau syubhah. Memang tak perlu risau, sebab semua duit investment dipastikan masuk ke syarikat-syarikat yang patuh syariah je. Ada pemantau syariah yang akan pastikan perkara ni.

***
5 SEBAB ni membuatkan saya terus invest PISGEF.

Yang lagi best double triple best, sebab Public Mutual buat promosi! 2 diskaun sekaligus! Untuk orang yang invest PISGEF ni awal.

😲 DISKAUN 1: Dapat harga unit termurah,25 sen je seunit.
Biasa kalau dana tu untung banyak, memang boleh naik sampai 40 sen harga seunit. Jimat banyak tu..

😲 DISKAUN 2: Caj perkhidmatan cuma 5.25%
Caj ni normal untuk semua unit trust swasta. Untuk kos penyelenggaraan Dan Public Mutual antara yang termurah service chargenya. Da murah da, bagi lagi murah. Memang terjun gaung diorang ni..

Oh ya, promosi ni untuk 26 Sept- 16 Okt ni je, hokay.. Lambat tak dapat da harga diskaun. Jangan nangis bucu katil pulak..

Ok tu je nak share antara usaha yang saya buat untuk misi jadi jutawan dunia akhirat. Moga lebih ramai beroleh manfaat.

#fenomenapisgef
#danabaruterlajaklaris

Monday 25 September 2017

Tips Nak Jadi Jutawan Tanpa Guna Cash

Sebenarnya ramai masih tak tahu, akaun 1 €PF tu boleh jadikan kita kaya-raya. Selain pengeluaran masa umur 55 nanti, ada SATU lagi cara nak keluarkan duit tu sekarang. Cara nak keluarkan ni yang ramai orang tak tahu lagi.

Tahu tak, kerajaan sebenarnya benarkan kita keluarkan duit dari Akaun 1 untuk unit trust. Tujuan supaya dapat digandakan lagi duit tu. InsyaAllah berkepol-kepol duit dalam Akaun 1 bila pencen nanti. Pencen bergaya gitu.

Tapi tak semua layak untuk buat pengeluaran, sebab kerajaan dah tetapkan kelayakan. Nak tahu layak atau tak, pencarum €PF boleh semak kelayakan melalui online i-Akaun je. Senang sangat.

Ramai yang dah berjaya keluarkan dan gandakan duit Akaun 1 tu. Mereka semua happy sebab tak perlu keluar duit satu sen pun dari poket. Tak kacau bajet harian keluarga pun.

Bila duit €PF ni masuk unit trust, pencarum boleh menikmati return tahunan yg lebih tinggi. Dan boleh buat planning agar duit berganda lebih cepat dan boleh pencen dengan lebih bergaya.

Takat nak dapat SETENGAH JUTA tu senang sangat. Macam plan yang saya tunjukkan pada kawan-kawan saya. Umur 55 nanti berapa juta patutnya dapat.

Camne nak keluarkan duit €PF tu? Jangan risau, mudah sangat. Saya yang tolong uruskan. Pencarum cuma sign borang je. Duit? Sesen pun tak perlu.

Tahun ni je, da 100 lebih orang saya tolong. In shaa Allah saya niat nak tolong lebih ramai lagi jadi kaya dengan dana patuh syariah.

Wednesday 30 August 2017

Thumbs Up Imigresen UTC Melaka!

Terbaik dan pantas!

Rabu lepas, buat pasport Umar. Sampai Jabatan Imigresen UTC Melaka 8.10 malam. 8.25 nama da dipanggil.

Kat kaunter, cuma serahkan Mykid dan surat beranak Umar, sekali dengan Mykad salah seorang parent. Kalau datang untuk renew pasport, kena bawa pasport lama tu walaupun da expired.

Proses ambil gambar Umar jadi lama sikit. Dak kecik ni chembeng lebih.. Dok nangis je.

Mujur ada pegawai tambahan tolong. Dok tunjuk2 bunga panjang siap ada rama-rama supaya Umar pandang kamera. Gambar ni kira best shot la after multiple attempts.

8.50 camtu, buat bayaran. Tak sempat abiskan air kotak, pasport da siap. Tadaa 9.10 setel semua.

Si abang kami buat pasportnya Sabtu kemudiannya tu. Terlupa nak bawa pasport lamanya Rabu tu.

Oh ya, UTC Melaka ni memang buka sampai pukul 10 malam setiap hari. Tapi 9 malam da tutup kaunter tiket ya. Untuk orang yang kerja, memang cun sangat da masa buka malam macam ni. Servis pun sangat cepat. Tempat pun sangat selesa.

Lokasi UTC Melaka
Waktu rehat: 7-8 malam
Kemudahan: surau Tingkat 9, kafe tingkat bawah

P/s: 2 beradik ni sepesen je muka. Rambut helmet. Hu3..

Amal yang Kekal Berpanjangan

Alhamdulillah pada 26 Ogos 2017 lalu, beberapa wakil dari Amalnita berkesempatan menziarahi 5 adik beradik yatim piatu di Batu Kikir.

Mereka kehilangan ibu bapa mereka dalam sekelip mata apabila kedua-duanya terlibat dengan kemalangan. Tidak semena-mena, motosikal yang ditunggangi mereka dilanggar oleh tayar lori pasir yang tercabut pada 10 Ogos lalu. Berita berkenaan ini telah disiar di dada akhbar dan mendapat liputan luas.

Syukur alhamdulillah, saudara mara dan jiran tetangga sangat mengambil berat akan kebajikan anak-anak ini. Kunjungan orang ramai yang menghulurkan bantuan juga tidak putus-putus datang ke rumah. Malah isteri Menteri Besar N. Sembilan sendiri telah menziarahi mereka.

Masha Allah, pasti ibu bapa ini ada amal istimewa sewaktu hidup. Hingga kini, walaupun telah 2 minggu berlalu, bacaan yasin dan tahlil tidak pernah putus. Segala urusan tuntutan wang bantuan masyarakat dan sebagainya juga telah ada yang menguruskan. Segalanya mudah.

Anak-anak ini meski hidup dalam rumah yang kecil, namun ibu bapa mereka tidak meninggalkan mereka dengan sedikitpun hutang. Dari kecil anak-anak ini telah diajar untuk hidup dengan apa yang ada. Dididik sempurna dengan ilmu agama hingga anak-anak yang lebih tua sedar tanggungjawab yang perlu digalas mereka kini.

Sungguh ada banyak ibrah tersembunyi dari pemergian mereka. Insan biasa, namun perginya luar biasa. Dan perginya mereka secara tiba-tiba mengundang kerinduan yang amat dalam pada anak-anak ini.

Semasa ziarah tersebut, selain memberi kata-kata semangat dan mendengar luahan kerinduan anak-anak ini, sumbangan kewangan turut disampaikan.

Sumbangan dari Amalnita dan juga dari Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) telah disampaikan oleh Setiausaha Amalnita N. Sembilan, Pn Nur Suhaila kepada anak sulung keluarga ini, adik Shamila. Adik Shamila merupakan bekas pelajar KMM. Lalu kutipan sumbangan di peringkat kolej telah digerakkan oleh Pn Nur Suhaila yang juga merupakan salah seorang pensyarah KMM.

Moga sedikit sebanyak sumbangan ini mampu meringankan beban yang dipikul. Berat mata kami yang memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul. Moga Allah kuatkan mereka 5 beradik untuk mengharungi ujian yang bakal mendatang.

Jazakumullahu khairan kathira dan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang. Hanya Allah yang mampu membalas keprihatinan tuan/puan.

Apa yang kita beri, itu yang jadi milik kita.

27 Ogos 2017

Batu Kikir

Monday 28 August 2017

Pondok Usang

Nampak seorang OKU sedang bersusah payah mengambil wudhuk. Tak lama kemudian, OKU itu menapak perlahan dengan bantuan kerusi tolaknya. Ke arah 'rumah' ini.

Saya memerhati lama. Rumah itu kecil sahaja. Ada kerusi roda. Juga ada baju-baju jubah lelaki tergantung dalam plastik. Sekali sekala ada jemaah yang turun menjenguk 'rumah' ini. Mahu melihat jubah yang dijual mungkin.

Dan paling tersentuh, rumah itu betul-betul di bawah menara masjid. Pemandangan yang tak pernah dilihat di tempat lain.

Syukur alhamdulillah masih ramai yang meletakkan nilai peri kemanusiaan di atas. Melebihi rasa 'masjid yang tersergam indah jangan dicacatkan dengan pondok buruk sebegini'.

Asal jaulah ke Pantai Timur, pasti ada ibrah yang Allah jentik.

Lokasi: di sebuah masjid di jalan sepanjang pantai Terengganu.

#kembaradibumiTuhan
#balikkampung

Wednesday 16 August 2017

Kematian yang Menghidupkan

Susuk tubuh ini bukan ada pertalian darah pun dengan saya. Bukan juga pernah mengajar atau mendidik saya sewaktu saya belajar.

Namun saya belajar erti kehidupan dari beliau.

Percaya pada rezeki yang telah tertulis untuk setiap hamba.

Percaya pada yang Pemberi Kurnia Rezeki, sentiasa ada ganjaran untuk mereka yang berusaha lalu bertawakal.

Percaya apa yang kita buat untuk Islam tetap dipandang oleh penduduk langit, walau ada penduduk bumi mencerca.

Percaya tinggi mana pun kedudukan dan ilmu kita, kita perlu sentiasa merendah diri. Tiada salah bertanya pendapat mahupun saranan pada orang yang lebih muda.

Ya, itu ikatan antara kami. Bukan ikatan persaudaraan kerana darah. Tapi kerana ikatan persaudaraan kerana ukhuwah Islamiyah.

Dan saya percaya ramai lagi yang rasa begitu dekat dengan allahyarham Ustaz Khairi Zainuddin. Hingga hampir setahun berlalu pun, didikan beliau, tazkirah beliau, seloroh beliau masih terngiang-ngiang.

Masha Allah, hampir setahun telah berlalu, namun allahyarham masih memberi manfaat pada ummah. Fb beliau terus hidup dengan perkongsian-perkongsian berguna.

Benarlah, tak perlu jadi maksum untuk jadi baik.

Alfatihah untuk allahyarham. Moga kami juga dapat hidup di dunia sebagai manusia berguna dan mati juga masih menjadi manusia berguna. Just like you, ustaz.

Antara kenangan manis, ustaz suruh saya bercakap dengan beliau dalam bahasa Inggeris. Dan beliau memang bersungguh speaking dengan saya walaupun bahasanya ke laut. Huhu..

Inilah manusia bernama Ustaz Khairi, seorang murabbi..

Nota kaki: Ini adalah post terakhir ustaz sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4 petang.

#tengahnangiskattempatkerja2

Tuesday 8 August 2017

Kutu oh Kutu

Tips nak kaya: wujudkan simpanan paksa.
Antara cara tradisional, main kutu.

Baru-baru ni ada borak dengan seorang kenalan FB. Memang kenal di FB je pun tapi beliau minta saya cerita berkenaan unit trust.

Sempat jugaklah borak-borak berkenaan cara nak menyimpan. Beliau ada cerita yang beliau main kutu sebagai simpanan paksa. Maksudnya, simpanan yang memang kita akan wajib buat bulan-bulan.

Harapkan nak transfer setiap bulan ke akaun simpanan? Memang takde la. Duit da hilang dulu. Huhuhu..

Harapkan nak ambil loan/refinancing untuk invest? Kemudian kiranya bulan-bulan wajib bayar loan. Errr, yang ni macam da langgar law investment. Silap2 kena CCRIS free2 je.

Harapkan tak nak usik langsung sebahagian duit dalam bank tu, nak buat simpanan? Perghh, memang solute la orang yang mampu istiqamah buat macam tu. Tahan godaan dan kuat iman sungguh. Hehe..

Jadi disebabkan kebanyakan kita ni iman simpan duit senipis kulit bawang, simpanan paksa ni memang perlu.

Main kutu tu cara tradisional. Sekarang da ada kemudahan autodebit da. Cukup bulan, duit dari bank terus tolak, masuk dalam akaun unit trust. Memang mudah. Berpuluh klien saya memang dapat konsisten menabung tiap-tiap bulan. Tak pernah missed. 

Ni beberapa hari lepas, submit lagi tambahan permohonan untuk buat autodebit tu. Sekecil-kecil nilai tabungan pun, in shaa Allah paling kurang dalam 20 tahun da boleh cecah RM80K. Tu paling kecil tau..

Kutu pun tak le macam ni. (Err kenapa namanya main kutu ya? Misteri nusantara betul.) Hew hew hew.

#jutawanduniaakhirat

Friday 4 August 2017

Rezeki Susu Anak

Stok EBM yang terpaksa dibuang. Ini yang dari fridge rumah. Yang dalam deep freezer da lama dilupuskan. Berpuluh-puluh EBM bag terbuang begitu sahaja.

Rezeki susu untuk Umar ada, tak macam si abang. Fateh cuma dapat susu ibu sampai usianya 6 bulan je. Itu pun tak penuh.

Tapi Umar, alhamdulillah rezeki susunya banyak. Walaupun da direct feed, masih boleh buat stok. Tapi dia pula tak mahu EBM. Start umur setahun macam tu, dia nak yang direct feed je. Puas dipujuk. Dapat tahu je dalam botol tu berisi EBM, dilemparnya botol susu. Dan merajuk tak mahu menyusu langsung.

Lepas tu, masa umurnya setahun setengah, saya berkursus seminggu di KL. Baru 3 hari kursus, saya mohon balik sekejap semata-mata mahu susukan Umar. 2 jam perjalanan meredah kesesakan.

Sampai di rumah, Umar langsung tak mahu menyusu. Lagi disua, lagi kuat rajuknya. Sampai susu formula pun dia tidak mahu berhari-hari. Sedihnya Tuhan sahaja yang tahu. Dan perjalanan penyusuan Umar terhenti di situ.

Dua-dua anak tak tercapai impian penyusuan 2 tahun. Pujuk diri, tak pela, yang penting anak-anak sihat walafiat. Saya da usaha dan merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang.

Dan perjalanan penyusuan bukan usaha dari si ibu semata. No point si ibu bersungguh mahu anak 100% menerima susu ibu sahaja, tapi orang lain masih sulam susu formula kepada si anak.

'Anak tak kenyang.'
'Susu tak cukup. Tu yang menangis je. Susah nak tidur.'
Atau kerana malas nak bangun panaskan EBM, susu FM si abang disua pada si adik.

Untuk ibu-ibu yang berjaya mengharungi suka duka penyusuan selama 2 tahun, tahniah! Anda memang insan terpilih. Tak semua beroleh nikmat itu..

****
Stok susu ini semuanya terbuang. Sebelum ni da tanya2 da sapa2 mahu EBM. Tapi takde yang nak. Yang nak pula, mahu stok berterusan. Mana la nak dapat..

Sunday 30 July 2017

2 Jam Bersiap

"Nak gerak pukul berapa?"
"Bila semua da siap, gerak la."

Itu jawapan bila suami atau ahli keluarga tanya bila waktu bertolak. Bukan tak mahu jadi spesifik, tapi bila nak keluar berjalan dengan keluarga ni, memang ambil masa nak bersiap.

Setakat pengalaman 3 tahun ada anak ni, 2 jam bersiap itu normal.

2 jam?? Buat apa sampai dua jam? Siapkan anak, beg pampers dan diri je.

No no no... It's not just that.

Siapkan anak?
Nak kena kejar anak-anak keliling rumah dulu. Sorang ke depan, sorang lari belakang.
Time mandi, kena air sikit, terus dia lari. Tak pun peluk kaki kita. Last-last mandikan dia, kita basah sekali.
Pakai pampers dan baju tak semudah sarungkan je. Dia lari lagi, kita kejar. Kita baringkan, tak sempat sarung, dia da bangun.
Last-last paling kejap 1/2 jam gak baru siap. Tu kalau sorang dua je anak. Kalau ramai memang tabik spring la..
Tu belum lagi da pakaikan dia baju cantik-cantik, tetiba kotor. Takpun dia berak pulak. Adoyaii anakkk..

Siapkan beg pampers?
Sumbat jela semua! Haah 'semua' tu list panjang tau! Semua tersenarai dalam otak. Jangan la ada yang kacau time tu, boleh blank jap. Terus nanti ada barang yang tertinggal.
Pampers x tempoh masa x bilangan anak
Baju spare anak
Susu
Air masak
Air panas
Perkakas ebm kalau anak x df
Baju spare mak kalau anak muntah@ pampers bocor
Ubat emergency etc

Siapkan diri?
Mandi style bujang lapok.
Baju nak jalan kalau boleh yang ironless. Iron beriya pun last2 komot gak. Anak tarik la, lap hidung dia kat tudung kita la.. Dapat pakai baju dan tudung tu pun da cukup syukur da.
Make up? Huk3x. Memang untung la kalau dapat hadap cermin lebih 5 minit. Kalau ada la satu mask yang da siap all-in -one ngan celak, bedak muka, lipstick etc dan just kena tepek kat muka sekali harung, da siap, tadaaaa, alangkah bahagianya..😂
Tu tak campur lagi masa kalau time tu anak merengek, nak menyusu etc.

****
Tak semudah tu nak bersiap cepat kalau dengan anak-anak. Jadi janganlah terlalu gesa sangat orang-orang yang berkeluarga ni untuk siap cepat sedangkan kita siapkan diri kita sorang je. Da siap, kita dok menunggu orang lain yang tengah berkejaran siapkan anak-anak. Kalau rasa tak nak tolong, tolong jangan ngomel2 soh orang cepat.

Be sensible. Kalau nak buat majlis untuk orang berkeluarga juga, janganlah buat pukul 8 pagi. Kesian mak tu terpaksa bangun sebelum subuh. Da la semalam tu, lepas kul 12 baru dapat tidur, sebab anak masih bertenaga nak main tengah malam. Dan maafkanlah keluarga ini jika mereka tak dapat datang sharp on time.

Again be sensible. Satu masa kita akan berada pada tempat mereka. Dan kita akan faham betapa penatnya bersiap. Sampai bila dapat duduk tu, alangkah nikmatnya..

Saturday 22 July 2017

GAJI RM2K, PENCEN RM700K

Baru-baru ini klien saya ada minta khidmat nasihat. Kongsikan panduan bagaimana beliau boleh optimakan sebaik mungkin simpanan EPFnya.

Bagaimana beliau yang hanya bergaji RM2K tetap boleh bersara dengan duit EPF lebih SETENGAH JUTA.

SETENGAH JUTA? Bia bona!

Benar.. Da ramai da orang buat.
Memang boleh sangat sebenarnya, asal tahu cara.

****
Kagum saya dengan anak muda ini. Menyedari gajinya yang bukan tinggi, membuatkan beliau lebih matang berkenaan perancangan kewangan. Lebih celik harta walaupun masih muda.

Setakat ini, beliau hanya layak untuk mengeluarkan RM1K dari EPFnya. Memang sedikit, berbanding lebih ramai orang lain yang layak, dengan nilai yang lebih banyak.

Nampak sikit RM1K tu, tapi disebabkan kerajaan benarkan pengeluaran dibuat setiap tiga bulan sekali, jadi klien saya ini dapat terus menggandakan EPFnya selama mana beliau bekerja.

Paling mudah tanpa perlu sesen pun dari poket sendiri. Ini yang ajaibnya, duit takdak pun boleh invest!

Lalu saya tunjukkan berapa simpanan yang boleh diperolehi bila beliau berumur 55 tahun. RM503,424. Ya, RM503K! Sudah SETENGAH JUTA!

Dengan nilai ini bermakna, beliau mampu menampung kos sara hidup lebih RM3K sebulan selama 20 tahun walaupun sudah berpencen! Dan itu kalau beliau tidak menerima kenaikan gaji yang mendadak. In shaa Allah klien saya ni akan bergaji besar lepas ni.

Oh ya, RM itu semata-mata dari duit EPF dalam Public Mutual. Dalam KW5P sendiri akan ada sekitar RM228K (rujuk simpanan minimum yang kerajaan tetapkan ikut umur).

RM503K+ RM228K = RM731K
Ini bukan setengah juta lagi! Da nak dekat SEJUTA!

Maknanya bila berusia 55 tahun, paling sedikit klien saya ni ada RM730K, in shaa Allah. Memang masyuk! Alhamdulillah kegigihan dan kesungguhan menyimpan hari ini bakal membuahkan hasil yang ranum esok hari.

Senyum lebar klien saya hari tu.

****
Kan saya da kata, boleh sangat nak dapat setengah juta walaupun guna EPF kita je. Yang penting tahu cara. Tak tahu cara tak mengapa, saya boleh tolong tunjuk cara^^

#jutawanduniaakhirat

Sebelum Gaji

Gaji akan dapat tak lama lagi. Da buat belanjawan bulanan?
Priority:
1) bayar hutang dan kewajipan
2) simpan lebihan

#jutawanduniaakhirat

Doa Diberi Kesabaran dan Kekuatan

Allah uji kita kerana Dia sayang.

Moga kita sebagai hamba, terus kuat dan sabar untuk menempuh ujianNya.💪💪

Sunday 18 June 2017

Pelepasan Cukai Ekstra RM3K

Orang kerja kerajaan dalam bidang profesional ni memang selalu kena cukai tinggi. Tambah-tambah kalau amek skim pencen. Tax relief RM6K untuk KWSP tak dapat da. Setiap bulan, gaji kena tolak ngan PCB sampai ratus-ratus. Banyak ratus pulak tu.

Jadi itu sebabnya ramai kawan-kawan saya yang doktor, pensyarah, cikgu, pharmacist dok pakat-pakat menyimpan dalam PRS. Boleh claim tax relief sampai RM3K. Kalau yang umur bawah 31, lagi untung dapat lagi bonus RM1K dari kerajaan.

Yang bagusnya, PRS ni tak terhad untuk orang kerja kerajaan je. Sape-sape pun boleh buat PRS. Kerja swasta boleh, kerja sendiri boleh, lum kerja pun boleh😁

Semalam jumpa sorang lagi doktor nak buat PRS. Bukan tu aje, bakal ibu ni nak gandakan juga EPF beliau dan menabung dalam unit trust.

Jzkk Syahirah Adnin Yusof sebab bagi kepercayaan kat akak fasimu yang cantek ni😍😍😃. Moga dipermudahkan urusan semuanya..xoxo

Tuesday 30 May 2017

Bazaar Ramadhan Punya Cerita

Ini nak cerita pasal bazaar Ramadhan. Tapi bukan pasal dating dengan shuben ke, berperang ngan anak ke atau paling tragis, belanja gambar makanan sedap lepas sejam baru puasa.

Tapi pasal sensitiviti pemandu kenderaan di kawasan dalam bazaar ramadhan. Tak kesahlah bazaar tu dibuat atas jalan berturap ke, dulunya memang laluan kereta motor ke mahupun highway yang tiba-tiba jadi tapak bazaar milenia.

Bila namanya da jadi tapak bazaar, secara tidak rasminya tidak sepatutnya ada lagi kenderaan mundar mandir atas jalan tu.

Orang datang bazaar nak tengok makanan. Toleh kanan, toleh kiri dan toleh kanan semula untuk tengok gerai. Bukan nak tengok kereta motor datang melintas.

Jangan nanti, kalau terlanggar orang, si pemandu atau pembonceng menyalahkan pengunjung tu kerana melintas seperti ayam, tak tengok kiri kanan. Sedangkan dia yang lembu sebab masuk kandang salah. Nak short cut pun ikutlah jalan lain. Awatlah nak lalu celah-celah gerai yang sempit tu. Jangan bahayakan pengunjung bazaar.

Bulan puasa ni kita nak buat amal banyak-banyak. Kumpul pahala. Bukan kumpul dosa sebab sakitkan hati orang. Apatah lagi kumpul 'doa' sumpah seranah free.

Mungkin pihak berkuasa juga boleh letak kon untuk elakkan ada pemandu atau pembonceng yang melalui kawasan dalam bazaar. Kalau da letak kon masih lalu juga, mungkin orang itu adalah jelmaan lembu nak datang ziarah bazaar.

Semalam suami tetiba dirempuh dengan sebuah kereta Merc ni. Mujur kena side mirror je dan kereta tu slow. Dok elok-elok nak beli makanan, ada pulak kereta jembalang muncul sebelah. Sangat dekat dengan gerai.

Paling bersyukur, Umar waktu tu didukung abinya. Bayangkan kalau dia berjalan sendiri. Mahu saya yang jadi Hulk Hogan kalau apa-apa jadi kat anak.

Amat memalukan, pemandu tu pakcik yang berkopiah. Agaknya, pakcik tu ada masalah OKU kot. Sebab sebelum tu pun, dia selamba je jalan terus sedangkan ada motor tengah reverse. Nyaris rempuh pembonceng motor itu juga. Harap pakcik tu OKU sekejap jela. Kalau berterusan  mahu cukup 44 orang sumpah seranah beliau. Takut tak panjang umur je nanti. Nauzubillahi min zalik.

Tu je pesanan khidmat masyarakat. Ni baru cerita pasal memandu celah-celah bazaar je. Tak cerita lagi pasal perangai kat tempat parking etc.😅

Monday 29 May 2017

Bukan Dibentang Karpet Merah

"Kalau nak selesa, itu bukanlah kerja dakwah."- Ustaz Dato' Hj Fadzil Noor

Kata-kata dari seorang tokoh ulama' siyasah. Saat pengurusan pengekebumiannya, lautan manusia hadir saling menyambut jenazahnya ke tanah perkuburan sebaik tiba dari helikopter (tidak memerlukan van jenazah pun). Sama kisahnya seperti bekas Perdana Menteri Turki merangkap pemimpin gerakan Islam di Turki, Nejmudin Erbakan.

Seorang juruterbang MAS pula melihat gerombolan awan menaungi helikopter yang membawa jenazah beliau. Hingga membuka hatinya untuk memeluk Islam.

Kalaulah ini adalah satu pengakhiran yang baik, adakah maknanya perjuangan yang dibawanya adalah perjuangan yang Allah minta dalam kitabNya? Adakah dakwahnya adalah dakwah yang menjadi sunnah terbesar baginda saw?

Sunday 21 May 2017

Jagung untuk Fateh dan Umar

Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di pekan ini.. Perlu membuat tempahan segera. Lalu kereta diparking dekat sahaja dengan kedai itu. Enjin kereta dibiarkan hidup kerana Umar dan Fateh masih di dalam. Kedua-dua kami turun dari kereta. Alhamdulillah, urusan di kedai itu sekejap sahaja.

Keluar dari kedai nampak pula satu gerai jual jagung tak jauh dari situ. Fateh dan Umar sangat suka jagung. Terus kami ke gerai itu, nak dapatkan makanan kegemaran anak kami.

Dibeli jagung dalam bekas dan dua tongkol jagung. Bila ditanya harga, terkejut kami bila diberitahu semuanya RM27. Biar betul!

Kami tanya satu per satu berapa harganya. Jagung dalam bekas itu sahaja sudah RM5. Saya tanya kenapa mahal sangat? Harga pasaran kan paling mahal pun RM3.

Penjual jagung itu acuh tidak acuh membalas, kalau tak nak, tak perlu beli. Saya terdiam. Bertanya pada suami, bekalan air tiada ke sampai naik sangat harga barangnya.

Waktu itu, hujan sudah mula turun. Cepat-cepat kami bayar sahaja. Mahal mana pun tak kesah, sebab da anak-anak suka. Bila duit dihulur, penjual kedai itu memberikan kon aiskrim.

"Kon ini untuk apa?" saya tanya.
"Boleh la jual, dapatkan duit," sinis sungguh balas penjual itu.
Saya menolak, "tak perlulah.."

Kami bergegas ke arah kereta. Meredah hujan yang sudah lebat. Sudah tidak kira lagi laluan berbumbung atau tak. Kami tidak sedar berapa lama masa sudah terbuang di gerai itu tadi.

Tiba di tempat kereta diparking tadi. Alangkah terkejutnya kami, kereta sudah tiada di situ. Mujur ia tersadai tidak jauh di hadapan. Lebih mengejutkan, tingkap dan bumbung kereta terbuka. Anak-anak kami dalam kebasahan!

Saya berlari ke kereta sambil menangis. Ya Allah, anak-anak aku! Tiba di kereta, seorang hamba Allah telah cuba membantu, menaikkan tingkap kereta dalam hujan tersebut. Anak-anak kami sudah basah kuyup dan menangis. Orang itu memarahi kami atas kecuaian.

Cepat-cepat suami membetulkan tingkap tersebut. Dan orang itu membantu memandu kami pulang. Kami masing-masing memangku dan menenangkan Fateh dan Umar.

Saya memeluk Umar sambil berlinangan air mata. Benar, memang kami sangat cuai. I'm fail to be a mom..

Umar makin reda menangis dan terlena dalam dakapan saya. Fateh dipeluk abinya. Tak lama Fateh mengadu kesejukan, "Abi, ijukkk.. Uncle, ijukkkk.." Suami memandang kepada saya sambil tersenyum dek kerana keletah Fateh yang menghidupkan suasana.

Sebaliknya makin deras air mata saya mengalir. Ya Allah apa yang telah kami buat pada anak-anak kami. Saya dakap Umar dengan lebih erat sambil menangis. Jagung yang dibeli tadi langsung tidak dihiraukan. Saya hanya mampu menangis dan menangis dalam penyesalan yang amat dalam.

Tiba-tiba.. Saya buka mata.

Rupanya saya bermimpi. Allahu akbar! Syukur sangat itu semata-mata sebuah mimpi. Anak yang lena di hadapan, saya cium berkali-kali. Air mata terus berlinang.

Itu cuma mimpi. Tapi saya pasti, ada ingatan yang Allah mahu saya ambil iktibar.

Ada kala kita sibuk memenuhi kehendak anak-anak kita. Apa yang mereka suka, bersungguh kita cuba dapatkan. Apa yang mereka mahu, kita cuba sedayanya untuk penuhi.

Namun, keperluan yang paling asas: kasih sayang, keselamatan, masa berkualiti bersama mereka jarang sekali kita beri. Menjadi ibu bapa bukan semata-mata mencukupkan makan minum mereka.

Mereka di depan mata, kita sibuk dengan hp masing-masing. Mereka bermain, kita tidak pantau. Mereka membesar, tapi tanpa perhatian dari kita..

Kita sibuk mengejar cita. Kita sibuk dengan urusan kerja. Kita sibuk mengejar wang. Sedang wang itu bukan segalanya.

Anak-anak itu lahir sebagai amanah. Bukan semata-mata angka untuk dibanggakan bila orang tanya, "anak da berapa?"

#muhasabahdirisendiri

Friday 5 May 2017

BOS Training-Completed!

Rasa 'special' sangat to be selected dari berpuluh-puluh ribu kakitangan Kem. Pendidikan.. To be among the chosen 2200 staffs to attend BOS (Blue Oceon Strategy) Training ni secara online (cia cia sangat).


Mainly BOS Training ni nak ajar cara sistematik macam mana kita nak wujudkan persekitaran bisnes, kehidupan yang kreatif dan berjaya. Siapa yang minat bisnes macam saya, cepat la kot dapat absorb benda ni.

Untuk kawan-kawan yang kena menyiapkan tugasan ni, selamat menjawab! The tips is there's no tips. Ikut sahaja apa yang tertera. Sebab dari 10 modul tu, setiap modul ada video, accompanied by 3-5 questions, kemudian beberapa short articles followed by a few questions and tetiba ada set soalan out of no where. Memang tak boleh skip any of those, sebab automatic tak boleh proceed to another assessment.

Paling penting, tengok video, tengok betul-betul. Baca article, baca betul-betul. Sebab soalan dia ada yang level KBAT. Jawapan pilihan bukan level yes no yes no ye.. Oh ya, internet make sure laju ya..

Not really sure kalau banyak sangat salah kena reseat balik ke tak. Saya ambil masa 2 jam setengah untuk siapkan ni. Dapat markah 60%. Modul hujung-hujung tu da tak boleh fokus sangat. Dok fikir nak kena ambil Fateh di tadika.

Oh ya, boleh sediakan makanan siap-siap. Biasanya kalau otak kita diuji soalan KBAT ni, ATP banyak guna. Kita akan cepat lapar jadinya :p

All the best kawan-kawan!

"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists." Nur Suhaila Zulkifli
Masjid Tanah

Friday 31 March 2017

Kau Umpama Lilin

Petang tadi, Amalnita N. Sembilan telah menziarahi Pn Raihan binti Borhan. Beliau salah seorang pendidik berdedikasi di PASTI Seremban.

Namun, Allah uji beliau dengan kanser tahap 2. Anak-anak yang masih kecil masih memerlukan perhatian beliau. Anak-anak didiknya juga masih memerlukan tunjuk ajar darinya.

Dengan gaji sekecil itu, beliau terus kuat menyumbang bakti, mendidik anak bangsa. Umpama lilin, menyinari ruang yang kelam. Tanpa ia sedar, sinar itu sikit demi sedikit mencairkan dirinya.

Sungguh, senyumannya lebih ceria berbanding orang yang sihat. Tambah berseri bila diziarahi sahabat-sahabat seperjuangan.


Amalnita telah melancarkan kutipan derma bagi meringankan beban kos pembedahan Ustazah Raihan berjumlah RM9000. Sehingga kini, kutipan masih belum cukup dan kami masih berusaha mendapatkan sumbangan.


Buat para dermawan yang sudi meringankan beban beliau, bolehlah hubungi Pn Hjh Masita (0192655059) atau Pn Rusilah (0193572101).

Jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang telah menyumbang. Hanya Allah mampu membalasnya.

Moga Allah beri kesembuhan segera kepada Ustazah Raihan. Agar beliau terus memberi sinar kepada anak bangsa.
"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."

Nur Suhaila Zulkifli
Masjid Tanah

Wednesday 29 March 2017

Banjir di 4 Tempat Serentak

Banjir di Parlimen Rembau berulang lagi. 4 lokasi agak teruk terjejas. Di tengah-bandar bandar satelit Senawang, Taman Lili dan Taman Sri Kasih, 30 buah rumah dimasuki air. Lebih mengecewakan, ini adalah banjir kilat ketiga bagi tahun ini, punca utama dari pembangunan tidak terancang.


Di Kampung Semerbok, Kota dan sekitar Sungai Raden, Lubok Cina, 15 buah rumah ditenggelami air sehingga paras tingkap. Hujan berterusan menyebabkan air sungai melimpah di pekan Lubok Cina. Lebih menyedihkan, ada rumah asnaf yang biasa diziarahi dan dihulurkan bantuan turut terlibat sama. Bagai jatuh ditimpa tangga.


Manakala, di Taman Margosa, Seremban pula, 2 buah rumah hilang sebahagian besar bumbung apabila ditiup angin kencang malam kelmarin.


Khidmat Malaysia dengan kerjasama Yayasan Amal N. Sembilan dan Amalnita N. Sembilan telah menyantuni mangsa banjir. Para petugas diagihkan ke semua lokasi banjir sebaik sahaja maklumat banjir diterima. Bantuan makanan diedar sebaik sahaja banjir surut dan operasi bersih rumah dijalankan bermula pagi semalam.

 

 

Moga Allah lindungi para mangsa terlibat. Jazakumullahu khairan kathira kepada semua petugas.

"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."

Nur Suhaila Zulkifli
Rembau

Tak Berbalah Eh?

Di bank tadi,
Akak bank: Semalam husband awak yang datang sini. Hari ni awak pula. Gilir-gilir?

Saya: Dia pun ejen gak kak. Dia gi buka akaun klien dia la tu.

Akak bank: Oh, tak berbalah eh? (muka terperanjat)

Saya tersengih. Tak perlu berbalah kak.. Klien-klien sedia ada ni pun ramai lagi tak terjumpa. Ramai da tau untung menyimpan dalam tabung ni. Semua pakat nak join. Sampai ejen-ejen pun tak dan da nak berebut.😎


"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."

Nur Suhaila Zulkifli
Masjid Tanah

Monday 27 March 2017

Mentor Millenia

Anak sulung, mentor dia si ibu dan bapa. Anak kedua dan seterusnya, mentornya anak yang sulung. Mudah kerja ibu bapa nak mendidik.

Bila dia tengok abang dia selalu sapu ubat kat ummi dan abi, dia pun sibuk dok menyapu ubat kat abang dia. Dulu minyak gamat tak pernah habis pun. Sekarang ni, dua botol da tinggal sikit.


"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."

Nur Suhaila Zulkifli
Masjid Tanah

Sunday 26 March 2017

9 hari Naik RM400!!

Dalam masa 9 hari naik hampir RM400! Memang can't help myself dari sorok berita ni!! 

Da la klien-klien saya ni ni guna duit Akaun 1 je. Percuma dapat RM400. Ni belum dividen lagi. Da dividen lagi banyak dapat! Memang senang nak jadi senang!!



"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."

Nur Suhaila Zulkifli
Masjid Tanah

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...