Monday, 29 May 2017

Bukan Dibentang Karpet Merah

"Kalau nak selesa, itu bukanlah kerja dakwah."- Ustaz Dato' Hj Fadzil Noor

Kata-kata dari seorang tokoh ulama' siyasah. Saat pengurusan pengekebumiannya, lautan manusia hadir saling menyambut jenazahnya ke tanah perkuburan sebaik tiba dari helikopter (tidak memerlukan van jenazah pun). Sama kisahnya seperti bekas Perdana Menteri Turki merangkap pemimpin gerakan Islam di Turki, Nejmudin Erbakan.

Seorang juruterbang MAS pula melihat gerombolan awan menaungi helikopter yang membawa jenazah beliau. Hingga membuka hatinya untuk memeluk Islam.

Kalaulah ini adalah satu pengakhiran yang baik, adakah maknanya perjuangan yang dibawanya adalah perjuangan yang Allah minta dalam kitabNya? Adakah dakwahnya adalah dakwah yang menjadi sunnah terbesar baginda saw?

Sunday, 21 May 2017

Jagung untuk Fateh dan Umar

Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di pekan ini.. Perlu membuat tempahan segera. Lalu kereta diparking dekat sahaja dengan kedai itu. Enjin kereta dibiarkan hidup kerana Umar dan Fateh masih di dalam. Kedua-dua kami turun dari kereta. Alhamdulillah, urusan di kedai itu sekejap sahaja.

Keluar dari kedai nampak pula satu gerai jual jagung tak jauh dari situ. Fateh dan Umar sangat suka jagung. Terus kami ke gerai itu, nak dapatkan makanan kegemaran anak kami.

Dibeli jagung dalam bekas dan dua tongkol jagung. Bila ditanya harga, terkejut kami bila diberitahu semuanya RM27. Biar betul!

Kami tanya satu per satu berapa harganya. Jagung dalam bekas itu sahaja sudah RM5. Saya tanya kenapa mahal sangat? Harga pasaran kan paling mahal pun RM3.

Penjual jagung itu acuh tidak acuh membalas, kalau tak nak, tak perlu beli. Saya terdiam. Bertanya pada suami, bekalan air tiada ke sampai naik sangat harga barangnya.

Waktu itu, hujan sudah mula turun. Cepat-cepat kami bayar sahaja. Mahal mana pun tak kesah, sebab da anak-anak suka. Bila duit dihulur, penjual kedai itu memberikan kon aiskrim.

"Kon ini untuk apa?" saya tanya.
"Boleh la jual, dapatkan duit," sinis sungguh balas penjual itu.
Saya menolak, "tak perlulah.."

Kami bergegas ke arah kereta. Meredah hujan yang sudah lebat. Sudah tidak kira lagi laluan berbumbung atau tak. Kami tidak sedar berapa lama masa sudah terbuang di gerai itu tadi.

Tiba di tempat kereta diparking tadi. Alangkah terkejutnya kami, kereta sudah tiada di situ. Mujur ia tersadai tidak jauh di hadapan. Lebih mengejutkan, tingkap dan bumbung kereta terbuka. Anak-anak kami dalam kebasahan!

Saya berlari ke kereta sambil menangis. Ya Allah, anak-anak aku! Tiba di kereta, seorang hamba Allah telah cuba membantu, menaikkan tingkap kereta dalam hujan tersebut. Anak-anak kami sudah basah kuyup dan menangis. Orang itu memarahi kami atas kecuaian.

Cepat-cepat suami membetulkan tingkap tersebut. Dan orang itu membantu memandu kami pulang. Kami masing-masing memangku dan menenangkan Fateh dan Umar.

Saya memeluk Umar sambil berlinangan air mata. Benar, memang kami sangat cuai. I'm fail to be a mom..

Umar makin reda menangis dan terlena dalam dakapan saya. Fateh dipeluk abinya. Tak lama Fateh mengadu kesejukan, "Abi, ijukkk.. Uncle, ijukkkk.." Suami memandang kepada saya sambil tersenyum dek kerana keletah Fateh yang menghidupkan suasana.

Sebaliknya makin deras air mata saya mengalir. Ya Allah apa yang telah kami buat pada anak-anak kami. Saya dakap Umar dengan lebih erat sambil menangis. Jagung yang dibeli tadi langsung tidak dihiraukan. Saya hanya mampu menangis dan menangis dalam penyesalan yang amat dalam.

Tiba-tiba.. Saya buka mata.

Rupanya saya bermimpi. Allahu akbar! Syukur sangat itu semata-mata sebuah mimpi. Anak yang lena di hadapan, saya cium berkali-kali. Air mata terus berlinang.

Itu cuma mimpi. Tapi saya pasti, ada ingatan yang Allah mahu saya ambil iktibar.

Ada kala kita sibuk memenuhi kehendak anak-anak kita. Apa yang mereka suka, bersungguh kita cuba dapatkan. Apa yang mereka mahu, kita cuba sedayanya untuk penuhi.

Namun, keperluan yang paling asas: kasih sayang, keselamatan, masa berkualiti bersama mereka jarang sekali kita beri. Menjadi ibu bapa bukan semata-mata mencukupkan makan minum mereka.

Mereka di depan mata, kita sibuk dengan hp masing-masing. Mereka bermain, kita tidak pantau. Mereka membesar, tapi tanpa perhatian dari kita..

Kita sibuk mengejar cita. Kita sibuk dengan urusan kerja. Kita sibuk mengejar wang. Sedang wang itu bukan segalanya.

Anak-anak itu lahir sebagai amanah. Bukan semata-mata angka untuk dibanggakan bila orang tanya, "anak da berapa?"

#muhasabahdirisendiri

Friday, 5 May 2017

BOS Training-Completed!

Rasa 'special' sangat to be selected dari berpuluh-puluh ribu kakitangan Kem. Pendidikan.. To be among the chosen 2200 staffs to attend BOS (Blue Oceon Strategy) Training ni secara online (cia cia sangat).


Mainly BOS Training ni nak ajar cara sistematik macam mana kita nak wujudkan persekitaran bisnes, kehidupan yang kreatif dan berjaya. Siapa yang minat bisnes macam saya, cepat la kot dapat absorb benda ni.

Untuk kawan-kawan yang kena menyiapkan tugasan ni, selamat menjawab! The tips is there's no tips. Ikut sahaja apa yang tertera. Sebab dari 10 modul tu, setiap modul ada video, accompanied by 3-5 questions, kemudian beberapa short articles followed by a few questions and tetiba ada set soalan out of no where. Memang tak boleh skip any of those, sebab automatic tak boleh proceed to another assessment.

Paling penting, tengok video, tengok betul-betul. Baca article, baca betul-betul. Sebab soalan dia ada yang level KBAT. Jawapan pilihan bukan level yes no yes no ye.. Oh ya, internet make sure laju ya..

Not really sure kalau banyak sangat salah kena reseat balik ke tak. Saya ambil masa 2 jam setengah untuk siapkan ni. Dapat markah 60%. Modul hujung-hujung tu da tak boleh fokus sangat. Dok fikir nak kena ambil Fateh di tadika.

Oh ya, boleh sediakan makanan siap-siap. Biasanya kalau otak kita diuji soalan KBAT ni, ATP banyak guna. Kita akan cepat lapar jadinya :p

All the best kawan-kawan!

"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists." Nur Suhaila Zulkifli
Masjid Tanah

Followers