Wednesday, 16 August 2017

Kematian yang Menghidupkan

Susuk tubuh ini bukan ada pertalian darah pun dengan saya. Bukan juga pernah mengajar atau mendidik saya sewaktu saya belajar.

Namun saya belajar erti kehidupan dari beliau.

Percaya pada rezeki yang telah tertulis untuk setiap hamba.

Percaya pada yang Pemberi Kurnia Rezeki, sentiasa ada ganjaran untuk mereka yang berusaha lalu bertawakal.

Percaya apa yang kita buat untuk Islam tetap dipandang oleh penduduk langit, walau ada penduduk bumi mencerca.

Percaya tinggi mana pun kedudukan dan ilmu kita, kita perlu sentiasa merendah diri. Tiada salah bertanya pendapat mahupun saranan pada orang yang lebih muda.

Ya, itu ikatan antara kami. Bukan ikatan persaudaraan kerana darah. Tapi kerana ikatan persaudaraan kerana ukhuwah Islamiyah.

Dan saya percaya ramai lagi yang rasa begitu dekat dengan allahyarham Ustaz Khairi Zainuddin. Hingga hampir setahun berlalu pun, didikan beliau, tazkirah beliau, seloroh beliau masih terngiang-ngiang.

Masha Allah, hampir setahun telah berlalu, namun allahyarham masih memberi manfaat pada ummah. Fb beliau terus hidup dengan perkongsian-perkongsian berguna.

Benarlah, tak perlu jadi maksum untuk jadi baik.

Alfatihah untuk allahyarham. Moga kami juga dapat hidup di dunia sebagai manusia berguna dan mati juga masih menjadi manusia berguna. Just like you, ustaz.

Antara kenangan manis, ustaz suruh saya bercakap dengan beliau dalam bahasa Inggeris. Dan beliau memang bersungguh speaking dengan saya walaupun bahasanya ke laut. Huhu..

Inilah manusia bernama Ustaz Khairi, seorang murabbi..

Nota kaki: Ini adalah post terakhir ustaz sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4 petang.

#tengahnangiskattempatkerja2

Tuesday, 8 August 2017

Kutu oh Kutu

Tips nak kaya: wujudkan simpanan paksa.
Antara cara tradisional, main kutu.

Baru-baru ni ada borak dengan seorang kenalan FB. Memang kenal di FB je pun tapi beliau minta saya cerita berkenaan unit trust.

Sempat jugaklah borak-borak berkenaan cara nak menyimpan. Beliau ada cerita yang beliau main kutu sebagai simpanan paksa. Maksudnya, simpanan yang memang kita akan wajib buat bulan-bulan.

Harapkan nak transfer setiap bulan ke akaun simpanan? Memang takde la. Duit da hilang dulu. Huhuhu..

Harapkan nak ambil loan/refinancing untuk invest? Kemudian kiranya bulan-bulan wajib bayar loan. Errr, yang ni macam da langgar law investment. Silap2 kena CCRIS free2 je.

Harapkan tak nak usik langsung sebahagian duit dalam bank tu, nak buat simpanan? Perghh, memang solute la orang yang mampu istiqamah buat macam tu. Tahan godaan dan kuat iman sungguh. Hehe..

Jadi disebabkan kebanyakan kita ni iman simpan duit senipis kulit bawang, simpanan paksa ni memang perlu.

Main kutu tu cara tradisional. Sekarang da ada kemudahan autodebit da. Cukup bulan, duit dari bank terus tolak, masuk dalam akaun unit trust. Memang mudah. Berpuluh klien saya memang dapat konsisten menabung tiap-tiap bulan. Tak pernah missed. 

Ni beberapa hari lepas, submit lagi tambahan permohonan untuk buat autodebit tu. Sekecil-kecil nilai tabungan pun, in shaa Allah paling kurang dalam 20 tahun da boleh cecah RM80K. Tu paling kecil tau..

Kutu pun tak le macam ni. (Err kenapa namanya main kutu ya? Misteri nusantara betul.) Hew hew hew.

#jutawanduniaakhirat

Friday, 4 August 2017

Rezeki Susu Anak

Stok EBM yang terpaksa dibuang. Ini yang dari fridge rumah. Yang dalam deep freezer da lama dilupuskan. Berpuluh-puluh EBM bag terbuang begitu sahaja.

Rezeki susu untuk Umar ada, tak macam si abang. Fateh cuma dapat susu ibu sampai usianya 6 bulan je. Itu pun tak penuh.

Tapi Umar, alhamdulillah rezeki susunya banyak. Walaupun da direct feed, masih boleh buat stok. Tapi dia pula tak mahu EBM. Start umur setahun macam tu, dia nak yang direct feed je. Puas dipujuk. Dapat tahu je dalam botol tu berisi EBM, dilemparnya botol susu. Dan merajuk tak mahu menyusu langsung.

Lepas tu, masa umurnya setahun setengah, saya berkursus seminggu di KL. Baru 3 hari kursus, saya mohon balik sekejap semata-mata mahu susukan Umar. 2 jam perjalanan meredah kesesakan.

Sampai di rumah, Umar langsung tak mahu menyusu. Lagi disua, lagi kuat rajuknya. Sampai susu formula pun dia tidak mahu berhari-hari. Sedihnya Tuhan sahaja yang tahu. Dan perjalanan penyusuan Umar terhenti di situ.

Dua-dua anak tak tercapai impian penyusuan 2 tahun. Pujuk diri, tak pela, yang penting anak-anak sihat walafiat. Saya da usaha dan merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang.

Dan perjalanan penyusuan bukan usaha dari si ibu semata. No point si ibu bersungguh mahu anak 100% menerima susu ibu sahaja, tapi orang lain masih sulam susu formula kepada si anak.

'Anak tak kenyang.'
'Susu tak cukup. Tu yang menangis je. Susah nak tidur.'
Atau kerana malas nak bangun panaskan EBM, susu FM si abang disua pada si adik.

Untuk ibu-ibu yang berjaya mengharungi suka duka penyusuan selama 2 tahun, tahniah! Anda memang insan terpilih. Tak semua beroleh nikmat itu..

****
Stok susu ini semuanya terbuang. Sebelum ni da tanya2 da sapa2 mahu EBM. Tapi takde yang nak. Yang nak pula, mahu stok berterusan. Mana la nak dapat..

Kematian yang Menghidupkan

Susuk tubuh ini bukan ada pertalian darah pun dengan saya. Bukan juga pernah mengajar atau mendidik saya sewaktu saya belajar. Namun saya b...