Wednesday, 27 May 2009

Buat Sang Puteri

Sebagai peringatan buat diri sendiri dan para teman.

Rama-Rama dan Wanita
www.iLuvislam.com
Dr. HM Tuah

diedit oleh Nur Suhaila Zulkifli



Lihatlah rama-rama, ia cantik. Ia menimbulkan rasa bahagia dan ceria pada sesiapa sahaja yang melihatnya. Begitu mudah senyuman terukir tatkala melihat sang rerama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama yang mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena pada bunga itu.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Keindahan sayapnya mula pudar. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak diperdulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikkan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk, sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah pada mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Serendah martabat sang ulat, begitulah rendahnya martabat wanita pada zaman jahiliyah. Bayi perempuan ditanam hidup-hidup. Wanita dilayan sebagai hamba. Namun, setelah kedatangan Islam, martabat wanita begitu tinggi. Muslim pertama yang syahid adalah wanita. Insan yang berada bersama Rasulullah tatkala baginda ketakutan setelah bertemu Jibrail adalah wanita. Wanita ikut sama berjuang dalam perang. Jadi, janganlah wanita itu sendiri meletakkan martabatnya kembali ke takuk asal pada zaman jahiliyah. Ketahuilah, sesungguhnya dirimu amat berharga di sisi Islam.

Usah jadi rama-rama di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah, diri anda akan berada pada tahap terbaik. Namun, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar dirinya sedang diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang, anda dibiarkan. Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya, anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.


Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

The Prophet said, “This world is nothing but temporary conveniences, and the greatest joy in this world is a righteous woman.”              (hadith narrated by Imam Muslim 10/56 Kitaab ar-ridaa) 

Wanita- De Hearty

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh 
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan 
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 

p/s: Teringat saya pada tazkirah yang saya sampaikan sewaktu mempengerusikan Malam Busana Muslimah- College’s Islamic Festival anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Matrikulasi Melaka 0809.

Muslimat yang berperibadi muslimah umpama epal yang berada nun di puncak pokok. Tidak tercapai tangan-tangan orang kebanyakan untuk memetiknya. Sedangkan banyak epal di dahan yang rendang telah dipetik orang. Ada juga epal yang telah busuk dimakan ulat. Kadang kala ia bermonolog sendiri, sampai bila ia harus menunggu untuk kemanisannya dinikmati oleh hamba Ilahi. Namun ia sedar, jika hingga hujung waktunya, tiada insan yang berjaya memisahkan dirinya dari tangkai, Allah telah takdirkan untuknya teman hidup di akhirat kelak.

 



Maaf kerana terlalu banyak personifikasi dalam post kali ini. Kejap rama-rama, setelah itu epal. Kemudian mutiara pula.. Biasa la.. Saya kan wanita juga..^_^

recommended reading: Bimbang Tak Laku? 

(tak tahu kenapa.. tapi rasa macam ada kena mengena dengan diri ni.. Bimbang tak laku? Takla. Bak kata saya pada Ma tempoh hari: "Jangan risau Ma.. Ramai je yang nak kat anak Ma ni.. Hehe.. Mak Cik El, mak cik Ani kan sayang kat orang. Siap tunjuk gambar anak teruna dia lagi.." Ma hanya mampu tergelak dengan seloroh saya..)

Followers