Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts
Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts

Friday, 4 August 2017

Rezeki Susu Anak

Stok EBM yang terpaksa dibuang. Ini yang dari fridge rumah. Yang dalam deep freezer da lama dilupuskan. Berpuluh-puluh EBM bag terbuang begitu sahaja.

Rezeki susu untuk Umar ada, tak macam si abang. Fateh cuma dapat susu ibu sampai usianya 6 bulan je. Itu pun tak penuh.

Tapi Umar, alhamdulillah rezeki susunya banyak. Walaupun da direct feed, masih boleh buat stok. Tapi dia pula tak mahu EBM. Start umur setahun macam tu, dia nak yang direct feed je. Puas dipujuk. Dapat tahu je dalam botol tu berisi EBM, dilemparnya botol susu. Dan merajuk tak mahu menyusu langsung.

Lepas tu, masa umurnya setahun setengah, saya berkursus seminggu di KL. Baru 3 hari kursus, saya mohon balik sekejap semata-mata mahu susukan Umar. 2 jam perjalanan meredah kesesakan.

Sampai di rumah, Umar langsung tak mahu menyusu. Lagi disua, lagi kuat rajuknya. Sampai susu formula pun dia tidak mahu berhari-hari. Sedihnya Tuhan sahaja yang tahu. Dan perjalanan penyusuan Umar terhenti di situ.

Dua-dua anak tak tercapai impian penyusuan 2 tahun. Pujuk diri, tak pela, yang penting anak-anak sihat walafiat. Saya da usaha dan merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang.

Dan perjalanan penyusuan bukan usaha dari si ibu semata. No point si ibu bersungguh mahu anak 100% menerima susu ibu sahaja, tapi orang lain masih sulam susu formula kepada si anak.

'Anak tak kenyang.'
'Susu tak cukup. Tu yang menangis je. Susah nak tidur.'
Atau kerana malas nak bangun panaskan EBM, susu FM si abang disua pada si adik.

Untuk ibu-ibu yang berjaya mengharungi suka duka penyusuan selama 2 tahun, tahniah! Anda memang insan terpilih. Tak semua beroleh nikmat itu..

****
Stok susu ini semuanya terbuang. Sebelum ni da tanya2 da sapa2 mahu EBM. Tapi takde yang nak. Yang nak pula, mahu stok berterusan. Mana la nak dapat..

Sunday, 30 July 2017

2 Jam Bersiap

"Nak gerak pukul berapa?"
"Bila semua da siap, gerak la."

Itu jawapan bila suami atau ahli keluarga tanya bila waktu bertolak. Bukan tak mahu jadi spesifik, tapi bila nak keluar berjalan dengan keluarga ni, memang ambil masa nak bersiap.

Setakat pengalaman 3 tahun ada anak ni, 2 jam bersiap itu normal.

2 jam?? Buat apa sampai dua jam? Siapkan anak, beg pampers dan diri je.

No no no... It's not just that.

Siapkan anak?
Nak kena kejar anak-anak keliling rumah dulu. Sorang ke depan, sorang lari belakang.
Time mandi, kena air sikit, terus dia lari. Tak pun peluk kaki kita. Last-last mandikan dia, kita basah sekali.
Pakai pampers dan baju tak semudah sarungkan je. Dia lari lagi, kita kejar. Kita baringkan, tak sempat sarung, dia da bangun.
Last-last paling kejap 1/2 jam gak baru siap. Tu kalau sorang dua je anak. Kalau ramai memang tabik spring la..
Tu belum lagi da pakaikan dia baju cantik-cantik, tetiba kotor. Takpun dia berak pulak. Adoyaii anakkk..

Siapkan beg pampers?
Sumbat jela semua! Haah 'semua' tu list panjang tau! Semua tersenarai dalam otak. Jangan la ada yang kacau time tu, boleh blank jap. Terus nanti ada barang yang tertinggal.
Pampers x tempoh masa x bilangan anak
Baju spare anak
Susu
Air masak
Air panas
Perkakas ebm kalau anak x df
Baju spare mak kalau anak muntah@ pampers bocor
Ubat emergency etc

Siapkan diri?
Mandi style bujang lapok.
Baju nak jalan kalau boleh yang ironless. Iron beriya pun last2 komot gak. Anak tarik la, lap hidung dia kat tudung kita la.. Dapat pakai baju dan tudung tu pun da cukup syukur da.
Make up? Huk3x. Memang untung la kalau dapat hadap cermin lebih 5 minit. Kalau ada la satu mask yang da siap all-in -one ngan celak, bedak muka, lipstick etc dan just kena tepek kat muka sekali harung, da siap, tadaaaa, alangkah bahagianya..😂
Tu tak campur lagi masa kalau time tu anak merengek, nak menyusu etc.

****
Tak semudah tu nak bersiap cepat kalau dengan anak-anak. Jadi janganlah terlalu gesa sangat orang-orang yang berkeluarga ni untuk siap cepat sedangkan kita siapkan diri kita sorang je. Da siap, kita dok menunggu orang lain yang tengah berkejaran siapkan anak-anak. Kalau rasa tak nak tolong, tolong jangan ngomel2 soh orang cepat.

Be sensible. Kalau nak buat majlis untuk orang berkeluarga juga, janganlah buat pukul 8 pagi. Kesian mak tu terpaksa bangun sebelum subuh. Da la semalam tu, lepas kul 12 baru dapat tidur, sebab anak masih bertenaga nak main tengah malam. Dan maafkanlah keluarga ini jika mereka tak dapat datang sharp on time.

Again be sensible. Satu masa kita akan berada pada tempat mereka. Dan kita akan faham betapa penatnya bersiap. Sampai bila dapat duduk tu, alangkah nikmatnya..

Sunday, 11 October 2009

Nur Kasih

Istimewa buat insan-insan di sekelilingku yang sudah sedia melengkapkan separuh dari agamanya.

Aku Terima Nikahnya
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!


Untuk isteri.... renungkanlah. ...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Sesungguhnya ibadahku, solatku, hidupku dan matiku hanya pada Allah.
Yang masih mencari cinta Ilahi,
Nur Suhaila Zulkifli



Wednesday, 27 May 2009

Buat Sang Puteri

Sebagai peringatan buat diri sendiri dan para teman.

Rama-Rama dan Wanita
www.iLuvislam.com
Dr. HM Tuah

diedit oleh Nur Suhaila Zulkifli



Lihatlah rama-rama, ia cantik. Ia menimbulkan rasa bahagia dan ceria pada sesiapa sahaja yang melihatnya. Begitu mudah senyuman terukir tatkala melihat sang rerama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama yang mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena pada bunga itu.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Keindahan sayapnya mula pudar. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak diperdulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikkan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk, sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah pada mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Serendah martabat sang ulat, begitulah rendahnya martabat wanita pada zaman jahiliyah. Bayi perempuan ditanam hidup-hidup. Wanita dilayan sebagai hamba. Namun, setelah kedatangan Islam, martabat wanita begitu tinggi. Muslim pertama yang syahid adalah wanita. Insan yang berada bersama Rasulullah tatkala baginda ketakutan setelah bertemu Jibrail adalah wanita. Wanita ikut sama berjuang dalam perang. Jadi, janganlah wanita itu sendiri meletakkan martabatnya kembali ke takuk asal pada zaman jahiliyah. Ketahuilah, sesungguhnya dirimu amat berharga di sisi Islam.

Usah jadi rama-rama di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah, diri anda akan berada pada tahap terbaik. Namun, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar dirinya sedang diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang, anda dibiarkan. Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya, anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.


Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

The Prophet said, “This world is nothing but temporary conveniences, and the greatest joy in this world is a righteous woman.”              (hadith narrated by Imam Muslim 10/56 Kitaab ar-ridaa) 

Wanita- De Hearty

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh 
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan 
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 

p/s: Teringat saya pada tazkirah yang saya sampaikan sewaktu mempengerusikan Malam Busana Muslimah- College’s Islamic Festival anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Matrikulasi Melaka 0809.

Muslimat yang berperibadi muslimah umpama epal yang berada nun di puncak pokok. Tidak tercapai tangan-tangan orang kebanyakan untuk memetiknya. Sedangkan banyak epal di dahan yang rendang telah dipetik orang. Ada juga epal yang telah busuk dimakan ulat. Kadang kala ia bermonolog sendiri, sampai bila ia harus menunggu untuk kemanisannya dinikmati oleh hamba Ilahi. Namun ia sedar, jika hingga hujung waktunya, tiada insan yang berjaya memisahkan dirinya dari tangkai, Allah telah takdirkan untuknya teman hidup di akhirat kelak.

 



Maaf kerana terlalu banyak personifikasi dalam post kali ini. Kejap rama-rama, setelah itu epal. Kemudian mutiara pula.. Biasa la.. Saya kan wanita juga..^_^

recommended reading: Bimbang Tak Laku? 

(tak tahu kenapa.. tapi rasa macam ada kena mengena dengan diri ni.. Bimbang tak laku? Takla. Bak kata saya pada Ma tempoh hari: "Jangan risau Ma.. Ramai je yang nak kat anak Ma ni.. Hehe.. Mak Cik El, mak cik Ani kan sayang kat orang. Siap tunjuk gambar anak teruna dia lagi.." Ma hanya mampu tergelak dengan seloroh saya..)

Monday, 18 May 2009

Salam Mujahadah!

Istimewa buat semua yang akan atau sedang bertarung dengan pen dan kertas di medan peperiksaan.


Moga dikurniakanNya kepada kita fahaman para nabi, hafazan para rasul dan ilham para malaikat yang dekat denganNya.

Ya Allah, sinarilah hati kami dengan petunjukMu, sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahariMu selama-lamanya, dengan rahmatMu, wahai Allah yang paling penyayang.

Jangan direnung letihnya usaha, tetapi renunglah manisnya sebuah kejayaan.

Ma'a Taufiq Wan Najah Fil Imtihan (Moga dikurniakan petunjuk dan kejayaan dalam peperiksaan). Insya-Allah...

Tuesday, 14 April 2009

Untuk Para Pejuang di Medan Peperiksaan

Musim peperiksaan buat para sahabat di Malaysia kini menjelang. Buat semua, berusahalah sehingga saat terakhir! Tetapi, harus diingat, bukan maksudnya ‘study last second’. Buat yang terbaik. Setelah berusaha, bertawakallah. InsyaAllah, Allah akan membantu hambaNya yang berusaha.


Teringat kisah seorang sahabat di zaman Rasulullah, yang tidak mengikat untanya. Baginda s.a.w. bertanya: "Mengapa tidak kamu ikatkan?" Ia menjawab: "Saya sudah bertawakal kepada Allah." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Ikatlah dulu lalu bertawakallah."[1]

Bukan dalam medan ‘peperangan’ ini sahaja yang perlu bertawakal. Setiap aspek kehidupan kita perlu pada sabar dan tawakal. Indahnya tawakal itu sendiri hanya dapat dialami oleh orang-orang yang benar menyelami erti tawakal itu, apabila mereka mengakui Allah sebagai Tuhan Yang Maha Kuasa atas tiap sesuatu. 

Bahawasanya orang-orang yang beriman itu, ialah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, maka hati mereka itu menjadi ketakutan, juga apabila ayat-ayatNya dibacakan kepada mereka, maka bertambah-tambahlah keimanan mereka dan mereka itu sama bertawakal kepada Tuhannya. (surah al-Anfal: 2)

Dari Umar r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Andaikata engkau sekalian itu suka bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Dia akan memberikan rezeki padamu sekalian sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung. Pagi-pagi burung berperut kosong dan bila petang, ia kembali dengan perut penuh berisi.”          (Hadis riwayat Imam Termidzi-hadis hasan) [1] 

Jadi, konklusinya, chaiyok! Berusahalah, para sahabat. Perbanyakkan pembacaan ilmu Allah dan perbanyakkan juga doa dan ibadah kepadaNya. Moga kejayaan sentiasa mengiringi kalian. Ukhuwah fillah (ukhuwah kerana Allah)!


sumber: [1] Riyadhus Shalihin (Taman Orang-orang Soleh) - Imam Nawawi

P/s: Dalam persimpangan dilema, mahu ke Manchester atau tidak untuk Manchester Solat Camp. Penceramah memang mantap: Ustaz Zaharudin Abdul Rahman( UZAR) tapi kan..tiket mahal.. Waaaa!!! Sedihnya. Moga Allah permudahkan urusan kami. Aminn...

Tuesday, 7 April 2009

Sucinya Sebuah Pernikahan

Saban hari yang saya lalui di sini, mengajar saya banyak perkara tentang pentingnya membentuk sebuah keluarga(baitul) Muslim.  Jika kita mahu Ustazyatul Alam menjadi kenyataan, di mana semua umat Islam di atas muka bumi bersatu di bawah pimpinan seorang khalifah, baitul muslim perlu diterap dalam masyarakat.

Sewaktu melawat salah seorang postgrad di Queen’s Medical Centre(QMC), banyak yang saya perhatikan di hospital itu. Orang tua datang berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan tanpa dipimpin oleh seorang pun anak muda yang bergelar anak. Ini adalah situasi yang biasa di sini. Bila anak meningkat dewasa, mereka bebas tinggal berasingan dan membuat keputusan sendiri. Nak mendakwa ibu bapa yang membesarkan mereka sendiri pun boleh. Ini sudah termaktub dalam sistem perundangan di sini. Tidak hairanlah jika, ramai di kalangan orang British yang lebih gemar membela anjing dan kucing dari punya anak sendiri.

Sempat juga berbual dengan seorang pak cik British ini. Usianya telah lewat 60-an namun masih lagi bekerja. Bila ditanya, tinggal dengan siapa, jawabnya, dengan isteri dan seekor anjing. Biarpun dia tidak menyatakan sebarang rasa kesunyian, tapi jelas ceria wajahnya bila bercerita tentang cucunya dan zaman mudanya. Betapa pak cik tua itu mahu orang untuk mendengar ceritanya.

Di mana rasa cinta pada institusi kekeluargaan yang harmoni? Pelik tapi benar, di Malaysia, 12 kes suami menjadi mangsa keganasan rumahtangga berlaku pada 2007[1]. Nak tergelak pun ada, tapi ini hakikat. Belum lagi sebut kes yang berlaku ke atas isteri. Sedangkan seorang isteri wajib taat pada suaminya dan seorang suami perlu menyayangi isterinya lebih dari kasih sayang isteri terhadapnya.

Rasulullah saw bersabda, "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya).

Allah telah meletakkan garis panduan dalam menjalani kehidupan. Islam itu syumul, melengkapi setiap aspek hidup tapi manusia itu yang kadang kala alpa. Kehidupan Rasulullah itu sendiri sudah cukup untuk diteladani. Bagaimana mahu menjadi seorang bapa, pemimpin, dan suami yang baik dan beriman. Jangan sempitkan pada poligami semata-mata.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa..        (surah al-Furqan:74)

Ketahuilah wahai kaum Adam, wanita lebih rela bersabung nyawa sewaktu melahirkan zuriat dari berkongsi kasih. Sedangkan para isteri Rasulullah mahu kepastian siapa yang paling dikasihi baginda. Tak semudah kata “Saya rela bermadu” untuk menerima orang lain ada dalam hati suaminya. Untuk hidup bahagia bersama madunya seperti Aisyah dan Maria dalam novel Ayat-ayat Cinta. Kita tidak tahu, di sebalik katanya, hatinya merintih. Kita tak tahu.. Hati perempuan.. Terlalu kompleks. Memang saya tabik spring kepada yang berjaya melakukannya. Moga kalian beroleh payung emas di akhirat kelak.

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. Ujian bukannya untuk kita larikan diri, tetapi ujian adalah tarbiyah dari Allah, untuk kita lalui, kerana di sebalik ujian itu tersimpan sejuta hikmahnya. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.     (Surah al-Baqarah, ayat 216)

Teringat pada kata-kata seorang ulama’ ini: Seorang lelaki yang bertanggungjawab dan matang akan berfikir lebih dalam untuk melakukan poligami. Jika mahu mendirikan rumahtangga pun,fikir 10 kali. Untuk poligami, tentunya ratusan kali.

Semua orang impikan pasangan yang beriman. Namun, sejauh mana kita berusaha menjadi orang beriman. Jangan harapkan apa yang orang boleh beri pada kita tapi usahakan bagaimana kita boleh sumbangkan pada orang lain. Usaha untuk menjadi seorang anak yang soleh, suami yang bertanggungjawab, isteri yang taat, dan ibu bapa yang sama-sama memikul beban dakwah Allah.

Saya belum lagi melalui segala yang saya coretkan di sini. Tapi saya sedar, setiap langkah kaki saya perlu menuju ke arah itu. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Mana tahu, Allah uji saya atas apa yang telah saya coretkan. Entah nyawa panjang atau tidak. Entah jodoh dengan siapa. Cuma, selagi hayat masih dikandung badan, sedang berusaha membentuk diri menjadi individu Muslim. Moga, bila dijemput Ilahi kelak, saya akan berbangga dengan apa yang telah saya kerjakan sebagai seorang hambaNya. Jika tidak sempat beroleh suami di dunia, akan ada teman hidup di akhirat yang kekal abadi..

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.  (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)  

Sumber: [1] Kajian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

p/s: Ish..ish..ish.. Orang tengah sibuk berpiliharaya dan menerima PM baru, masih sempat saya bercerita pasal ini.^_^

Friday, 20 March 2009

The Busy Woman

Wah, da lamanya tak menulis kat ruangan ni.. Sibuk? Bak kata kak Syiqeen, saya ni busy woman. Da habis dengan tugas sebagai Coordinator Dining Mnite NMS, jadi Coordinator Performance untuk Sister’s Ball Islamic Society pula (berjinjing bahu dengan Dijah).

Esoknya selepas Sister’s Ball berakhir, ada ujian Gene and Cellular Control (Practical). Petangny pula, Annual Grand Meeting NMS. Alhamdulillah, saya dapat harungi semua ini dengan bantuan para sahabat. Tanpa anda, siapalah saya. Mana mungkin, kaki saya masih mampu melangkah menuju matlamat yang saya mahu gapai dengan masa yang sentiasa mencemburui tanpa kata-kata perangsang dan bantuan dari bentuk fizikal, masa dan idea. Terima kasih!

Tiada  kata yang mampu diucapkan (ni bukan dipetik lirik lagu k..memang datang dari hati) untuk menggambarkan betapa saya menghargai jasa kalian. Walaupun adanya di kalangan kalian yang tidak menyedarinya,sperti orang rumah saya: ‘Kami tak wat papa pun. (loghat Kedah)’,ketahuilah saya sangat tersentuh dengan sokongan itu. Terima kasih! ^_^

Diharap, apa saja yang saya lakukan beroleh teguran yang membina dari teman-teman. Saya bukan manusia yang sempurna tapi sentiasa berusaha ke arah kesempurnaan seorang hambaNya. Moga dengan kehadiran saya dalam organisasi NMS,mencorakkan lagi warna ukhuwah di kalangan ahli. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Amin..



Saturday, 14 March 2009

Islam Di Mana Jua

Umpama menjadi seorang penceramah masyhur (aminn..), saya ingin menjawab persoalan seorang hamba Allah mengenai keadaan Muslim di luar negara, lebih tepat lagi di Nottingham. Selama hampir 7 bulan saya merantau, (yeah, tak lama lagi nak balik Malaysia) dan sepanjang pemantauan dan pemerhatian saya, umat Islam di bumi UK ini masih ramai yang mengamalkan cara hidup Islam. Kebanyakannya bukanlah orang Barat, tetapi yang berasal dari Pakistan, Afghanistan, Kashmir dan beberapa negara yang bergolak suatu ketika dahulu yang memaksa orang tua mereka merantau ke UK dan negara Eropah.

Alhamdulillah, masih ramai dalam kalangan mereka yang dididik dan diasuh dengan sebaik-baik ajaran Islam meskipun dibesarkan dalam suasana yang bisa mencarik iman yang senipis epidermis bawang. Tasbih, tahmid, ucapan salam dan pelbagai lagi kalimah suci sentiasa meniti di bibir mereka. Walaupun berlainan budaya, hati mudah dekat dengan mereka, khususnya Sisters dalam Islamic Society. Ada juga orang bukan Muslim pada asalnya, di sini yang memeluk Islam (embraced Islam). Islam adalah agama fitrah setiap makhlukNya. Jadi saya kira, perkataan ‘revert’ atau ‘convert’ kurang sesuai untuk mengalu-alukan kehadiran saudara baru itu.

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. (Surah al-Hujurat:10)

Namun, perkataan-perkataan itu bukan isu pokok. Kebebasan untuk bersuara dan bertindak di sini memang diaplikasikan sepenuhnya. Orang Islam boleh menghadiri ceramah tentang agama lain. Pelik? Bukan boleh rosak ke aqidah kalau datang ceramah orang Kristian@ masuk gereja? Berdasarkan pengalaman saya sendiri, mengetahui sedikit sebanyak tentang agama lain, membuatkan diri saya lebih dekat pada Maha Pencipta. Ketara, tiada agama lain selain Islam. Tiada Tuhan lain yang berhak disembah selain Allah, dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Kebebasan ini tidak ada di Malaysia. Sebab itu, isu pengharaman penggunaan nama Allah dianggap boleh mengancam aqidah umat Islam di Malaysia. Mengapa? Serapuh itukah iman umat Islam kita di Malaysia?

Jika di Malaysia, kita hanya nampak keperibadian seorang Muslim yang ada pada seorang Melayu, kebanyakannya. Adakalanya amalan Muslim itu sendiri bercampur-aduk dengan budaya Melayu. Tatkala saya bergaul dengan orang-orang Muslim lain di sini, saya sedar akan kepelbagaian fiqh dalam ibadah terutamanya. Contohnya, Mazhab Hanafi yang tidak boleh berimamkan wanita, walaupun makmumnya adalah wanita.

Para ulama silam pernah menyebut :

من لم يطلع على اختلاف العلماء لم يشم رائحة الفقه

Ertinya : Sesiapa yang tidak mengetahui perbezaan fatwa para ulama, maka mereka ini belum lagi mencium bauan ilmu Fiqh (apatah lagi Fiqh itu sendiri)

Sewaktu hendak berangkat ke sini, hati sangat gusar jika pegangan aqidah menjadi longgar lantaran aktiviti keagamaan yang disangka amat kurang di sini. Namun, saya 110% silap. Jika ada usaha, InsyaAllah pintu rahmat Allah akan kita jumpa. Sekarang, kami punya usrah, halaqah dan pelbagai ceramah agama, yang dianjurkan untuk orang Muslim secara umum dan orang Muslim Malaysia secara khusus.

Cuti Easter akan datang ini, sudah ada jemputan yang mengundang untuk menyertai aktiviti ala-ala Khemah Ibadah. Antara yang menarik, Khemah Ibadah yang menekankan profesion kedoktoran. Di Ireland, West Yorkshire mahupun di Republik Czech. Cuma antara mahu atau tidak sahaja. Saya teringat kata-kata sahabat saya : Time you have here are more than enough to just sit and study. Betul juga.. Maximise what you may gain here, for the sake of Allah.    

King of Kerry di Killarney, Ireland. Sewaktu mengikuti Perhimpunan Ukhuwah Insaniyah Seluruh Ireland(PUISI) 2008.

Harus diingat, seseorang Muslim itu sentiasa menjadi cermin pada Islam di mana sahaja dia berada. Kalau di Malaysia, tunjukkan keindahan Islam itu pada penganut Hindu, Buddha dan agama lain. Sama ada kita sedar atau tidak, mereka sentiasa memerhatikan kita. Mungkin ketidaksedaran itu berpunca dari bilangan mereka yang lebih kecil dari kita, tapi itu bukan alasan untuk kita membuatkan mereka punya perspektif negatif pada Islam. 

p/s: Apa khabar agaknya cendol Sutera Klasik yang diniagakan di Sheffield hari ini? Moga para pengusaha cendol masih bertenaga..^_^

Friday, 13 March 2009

Bila Nak Insaf Ni?

Saya ingat lagi akan azam saya pada diri sendiri semester lepas. Tak mahu buat kerja pada saat-saat terakhir lagi sebab memang sangat semput membaca semua nota kuliah dalam masa 2 minggu sebelum peperiksaan Autumn Term. Da la masa bulan-bulan pertama berada dalam dewan kuliah, tak banyak ilmu yang saya dapat garap. Dengan suasana yang baru dan cuaca yang sejuk, mencengkam hingga ke tulang sumsum (bak kata kawan-kawan Medik, bone marrow..), memang sukar untuk focus. Masakan tidak, mata mudah terpejam, fikiran mudah merewang.

Old Market Square, Nottingham

Kalau pandang cikgu yang tengah memberi ilmu di hadapan, memang sampai boleh ‘tembus’. Mungkin kerana tidak berapa memahami apa yang diperkatakan. Accent (loghat) orang UK ni pelik sikit. Teringat lagi masa mula- mula nak telefon pak cik teksi, masing-masing tak nak menjadi orang yang menelefon. Lebih rela menghulurkan telefon dan kredit panggilan. Sebab kami takut asyik dok cakap ‘Pardon’, ‘Sorry’, atau ‘Can you repeat again, please?’ lantaran kerana loghat orang sini yang agak pelik sedikit.

Mujur, Alhamdulillah, keputusan peperiksaan pertama kami di sini yang Allah telah takdirkan terlalu baik. Lebih dari apa yang kami minta. Alangkah Maha Pemurahnya Ilahi. Bukan tak mahu aim high (punya cita-cita tinggi), tapi takut kecewa jika tidak mencapai target yang diharapkan. Saya hanya manusia biasa. Lantaran itu, sebaik sahaja habis menduduki kertas terakhir, saya berazam mahu belajar bersungguh-sungguh sejak dari peringkat awal. Bukan bila telur sudah di hujung tanduk. Sebab bila-bila pun ia boleh jatuh dan pecah tanpa dapat memberi sumbangan apa-apa.

Tetapi, bak kata Che Det (Dr. Mahathir), Melayu mudah lupa. Sebenarnya bukan Melayu sahaja yang mudah lupa, tetapi memang sifat manusia (an-nas) itu sendiri yang pelupa. Namun pelupa itu bukan satu penyakit yang tiada ubatnya. Muhasabah diri semula. Lantaran ‘keterlupaan’ itu, saya tidak dapat  mencapai target saya. Saya menghantar esei melebihi tarikh luput yang saya tetapkan untuk diri saya. Ish..ish..ish.. Bila nak insaf ni? Sedangkan belajar itu pun dakwah.

Moga orang-orang bukan Muslim di sekeliling saya tidak berpandangan negatif tentang Islam lantaran kekhilafan yang saya lakukan. Memang sulit juga untuk menjadi duta pada Islam dan Malaysia. Perlu betul-betul menjaga keperibadian dan pencapaian. Jangan putus asa. Berusaha untuk ujian hari Rabu ini! 

p/s: Sejuta penghargaan buat akak-akak yang sentiasa bertanya tentang progres esei saya..^_^ Really appreciate it.. Thanks a lot..

Tuesday, 3 March 2009

Bila Musim Bunga Menjelang Tiba

Geram dengan khidmat Internet di Raleigh Park yang makin kurang kualitinya. Ai, ni yang rasa nak bayar sewa lambat ni. Mudah sangat Internet ‘tersangkut’ di tengah jalan. Dah la sekarang ada tugasan penting. Esei 1000 perkataan! Dua esei yang perlu dihantar pada masa yang sama. Oh,tidak!

Sekarang suhu dah berada dalam lingkungan 7-10°C.. Bunga pun makin berkembang. Mungkin tak jumpa lagi kot salji. Kecuali kalau Nottingham ni ‘demam’ seperti mana turunnya salji di London tahun lepas di musim bunga. Tapi, saya bersyukur, sebab dapat merasa salji pada tahun pertama pengajian di sini. Dua hari sebelum hari lahir saya pula tu. Allah memakbulkn doa saya. Umpama hadiah untuk hari lahir saya (walaupun sebenarnya banyak lagi rahmat yang Ilahi turunkan buat saya).. Alhamdulillah..


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal.(Surah Ali Imran:190)

Nak kata sekarang da panas, sampaikan boleh mengurangnya ketebalan pakaian, tak logik la pula. Tapi entahla.. Agaknya, orang kat sini gemar menguji thermoregulation badan mereka, boleh tahan sejuk atau tak. Tapi pada hakikatnya, bila angin Nott yang mencengkam berhembus, mereka menggigil kesejukan.

Alangkah peliknya manusia. Belum musim panas lagi, da tak cukup kain. Nasib baik la, bulan 6 ni saya berangkat pulang ke Malaysia.. (Rindu Malaysia sangat-sangat!) Kurang la sikit lihat benda-benda yang boleh melemahkan minda. InsyaAllah. Tapi kan, sebelum balik kena exam dulu. Sebelum exam,kena siapkan esei. Ala.. Ada sesiapa nak hulurkan tangan, ringankan beban? Hehe.. Chaiyok, Su!



Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...