Friday 13 March 2009

Bila Nak Insaf Ni?

Saya ingat lagi akan azam saya pada diri sendiri semester lepas. Tak mahu buat kerja pada saat-saat terakhir lagi sebab memang sangat semput membaca semua nota kuliah dalam masa 2 minggu sebelum peperiksaan Autumn Term. Da la masa bulan-bulan pertama berada dalam dewan kuliah, tak banyak ilmu yang saya dapat garap. Dengan suasana yang baru dan cuaca yang sejuk, mencengkam hingga ke tulang sumsum (bak kata kawan-kawan Medik, bone marrow..), memang sukar untuk focus. Masakan tidak, mata mudah terpejam, fikiran mudah merewang.

Old Market Square, Nottingham

Kalau pandang cikgu yang tengah memberi ilmu di hadapan, memang sampai boleh ‘tembus’. Mungkin kerana tidak berapa memahami apa yang diperkatakan. Accent (loghat) orang UK ni pelik sikit. Teringat lagi masa mula- mula nak telefon pak cik teksi, masing-masing tak nak menjadi orang yang menelefon. Lebih rela menghulurkan telefon dan kredit panggilan. Sebab kami takut asyik dok cakap ‘Pardon’, ‘Sorry’, atau ‘Can you repeat again, please?’ lantaran kerana loghat orang sini yang agak pelik sedikit.

Mujur, Alhamdulillah, keputusan peperiksaan pertama kami di sini yang Allah telah takdirkan terlalu baik. Lebih dari apa yang kami minta. Alangkah Maha Pemurahnya Ilahi. Bukan tak mahu aim high (punya cita-cita tinggi), tapi takut kecewa jika tidak mencapai target yang diharapkan. Saya hanya manusia biasa. Lantaran itu, sebaik sahaja habis menduduki kertas terakhir, saya berazam mahu belajar bersungguh-sungguh sejak dari peringkat awal. Bukan bila telur sudah di hujung tanduk. Sebab bila-bila pun ia boleh jatuh dan pecah tanpa dapat memberi sumbangan apa-apa.

Tetapi, bak kata Che Det (Dr. Mahathir), Melayu mudah lupa. Sebenarnya bukan Melayu sahaja yang mudah lupa, tetapi memang sifat manusia (an-nas) itu sendiri yang pelupa. Namun pelupa itu bukan satu penyakit yang tiada ubatnya. Muhasabah diri semula. Lantaran ‘keterlupaan’ itu, saya tidak dapat  mencapai target saya. Saya menghantar esei melebihi tarikh luput yang saya tetapkan untuk diri saya. Ish..ish..ish.. Bila nak insaf ni? Sedangkan belajar itu pun dakwah.

Moga orang-orang bukan Muslim di sekeliling saya tidak berpandangan negatif tentang Islam lantaran kekhilafan yang saya lakukan. Memang sulit juga untuk menjadi duta pada Islam dan Malaysia. Perlu betul-betul menjaga keperibadian dan pencapaian. Jangan putus asa. Berusaha untuk ujian hari Rabu ini! 

p/s: Sejuta penghargaan buat akak-akak yang sentiasa bertanya tentang progres esei saya..^_^ Really appreciate it.. Thanks a lot..

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...