Showing posts with label Amalnita N9. Show all posts
Showing posts with label Amalnita N9. Show all posts

Wednesday, 30 August 2017

Amal yang Kekal Berpanjangan

Alhamdulillah pada 26 Ogos 2017 lalu, beberapa wakil dari Amalnita berkesempatan menziarahi 5 adik beradik yatim piatu di Batu Kikir.

Mereka kehilangan ibu bapa mereka dalam sekelip mata apabila kedua-duanya terlibat dengan kemalangan. Tidak semena-mena, motosikal yang ditunggangi mereka dilanggar oleh tayar lori pasir yang tercabut pada 10 Ogos lalu. Berita berkenaan ini telah disiar di dada akhbar dan mendapat liputan luas.

Syukur alhamdulillah, saudara mara dan jiran tetangga sangat mengambil berat akan kebajikan anak-anak ini. Kunjungan orang ramai yang menghulurkan bantuan juga tidak putus-putus datang ke rumah. Malah isteri Menteri Besar N. Sembilan sendiri telah menziarahi mereka.

Masha Allah, pasti ibu bapa ini ada amal istimewa sewaktu hidup. Hingga kini, walaupun telah 2 minggu berlalu, bacaan yasin dan tahlil tidak pernah putus. Segala urusan tuntutan wang bantuan masyarakat dan sebagainya juga telah ada yang menguruskan. Segalanya mudah.

Anak-anak ini meski hidup dalam rumah yang kecil, namun ibu bapa mereka tidak meninggalkan mereka dengan sedikitpun hutang. Dari kecil anak-anak ini telah diajar untuk hidup dengan apa yang ada. Dididik sempurna dengan ilmu agama hingga anak-anak yang lebih tua sedar tanggungjawab yang perlu digalas mereka kini.

Sungguh ada banyak ibrah tersembunyi dari pemergian mereka. Insan biasa, namun perginya luar biasa. Dan perginya mereka secara tiba-tiba mengundang kerinduan yang amat dalam pada anak-anak ini.

Semasa ziarah tersebut, selain memberi kata-kata semangat dan mendengar luahan kerinduan anak-anak ini, sumbangan kewangan turut disampaikan.

Sumbangan dari Amalnita dan juga dari Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) telah disampaikan oleh Setiausaha Amalnita N. Sembilan, Pn Nur Suhaila kepada anak sulung keluarga ini, adik Shamila. Adik Shamila merupakan bekas pelajar KMM. Lalu kutipan sumbangan di peringkat kolej telah digerakkan oleh Pn Nur Suhaila yang juga merupakan salah seorang pensyarah KMM.

Moga sedikit sebanyak sumbangan ini mampu meringankan beban yang dipikul. Berat mata kami yang memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul. Moga Allah kuatkan mereka 5 beradik untuk mengharungi ujian yang bakal mendatang.

Jazakumullahu khairan kathira dan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang. Hanya Allah yang mampu membalas keprihatinan tuan/puan.

Apa yang kita beri, itu yang jadi milik kita.

27 Ogos 2017

Batu Kikir

Friday, 31 March 2017

Kau Umpama Lilin

Petang tadi, Amalnita N. Sembilan telah menziarahi Pn Raihan binti Borhan. Beliau salah seorang pendidik berdedikasi di PASTI Seremban.

Namun, Allah uji beliau dengan kanser tahap 2. Anak-anak yang masih kecil masih memerlukan perhatian beliau. Anak-anak didiknya juga masih memerlukan tunjuk ajar darinya.

Dengan gaji sekecil itu, beliau terus kuat menyumbang bakti, mendidik anak bangsa. Umpama lilin, menyinari ruang yang kelam. Tanpa ia sedar, sinar itu sikit demi sedikit mencairkan dirinya.

Sungguh, senyumannya lebih ceria berbanding orang yang sihat. Tambah berseri bila diziarahi sahabat-sahabat seperjuangan.


Amalnita telah melancarkan kutipan derma bagi meringankan beban kos pembedahan Ustazah Raihan berjumlah RM9000. Sehingga kini, kutipan masih belum cukup dan kami masih berusaha mendapatkan sumbangan.


Buat para dermawan yang sudi meringankan beban beliau, bolehlah hubungi Pn Hjh Masita (0192655059) atau Pn Rusilah (0193572101).

Jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang telah menyumbang. Hanya Allah mampu membalasnya.

Moga Allah beri kesembuhan segera kepada Ustazah Raihan. Agar beliau terus memberi sinar kepada anak bangsa.
"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."

Nur Suhaila Zulkifli
Masjid Tanah

Wednesday, 29 March 2017

Banjir di 4 Tempat Serentak

Banjir di Parlimen Rembau berulang lagi. 4 lokasi agak teruk terjejas. Di tengah-bandar bandar satelit Senawang, Taman Lili dan Taman Sri Kasih, 30 buah rumah dimasuki air. Lebih mengecewakan, ini adalah banjir kilat ketiga bagi tahun ini, punca utama dari pembangunan tidak terancang.


Di Kampung Semerbok, Kota dan sekitar Sungai Raden, Lubok Cina, 15 buah rumah ditenggelami air sehingga paras tingkap. Hujan berterusan menyebabkan air sungai melimpah di pekan Lubok Cina. Lebih menyedihkan, ada rumah asnaf yang biasa diziarahi dan dihulurkan bantuan turut terlibat sama. Bagai jatuh ditimpa tangga.


Manakala, di Taman Margosa, Seremban pula, 2 buah rumah hilang sebahagian besar bumbung apabila ditiup angin kencang malam kelmarin.


Khidmat Malaysia dengan kerjasama Yayasan Amal N. Sembilan dan Amalnita N. Sembilan telah menyantuni mangsa banjir. Para petugas diagihkan ke semua lokasi banjir sebaik sahaja maklumat banjir diterima. Bantuan makanan diedar sebaik sahaja banjir surut dan operasi bersih rumah dijalankan bermula pagi semalam.

 

 

Moga Allah lindungi para mangsa terlibat. Jazakumullahu khairan kathira kepada semua petugas.

"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."

Nur Suhaila Zulkifli
Rembau

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...