Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai.
Jadi di sini, saya nak kongsikan senarai pelepasan cukai yang boleh dituntut untuk tahun taksiran 2018. Sama sahaja dengan 2017.
1) Individu (sendiri) : RM9000
2) Ibu bapa
Jika ibu bapa disahkan sakit, pelepasan ke atas perbelanjaan perubatan dan penjaga ibu bapa: terhad RM5000
atau
Jika IBU/BAPA SIHAT, BERUMUR 60 TAHUN ke atas dan berpendapatan bawah RM24,000 setahun, pelepasan diberi terhad RM1500 setiap ibu atau bapa.
3) Kurang upaya
(i) Pelepasan untuk peralatan sokongan asas untuk kegunaan sendiri, pasangan, anak atau ibu bapa: terhad RM6,000
(ii) Pelepasan untuk individu yang kurang upaya: RM6,000
(iii) Pelepasan untuk pasangan yang kurang upaya: RM3,500
(iv) Pelepasan untuk anak yang kurang upaya: RM6,000 seorang
4) Yuran pendidikan (sendiri): terhad RM7,000
(i) peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah - sebarang kursus pengajian
(ii) peringkat lain - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi
5) Perubatan
(i) Perbelanjaan perubatan penyakit kritikal (diri sendiri, pasangan atau anak-anak): terhad RM6,000
(ii) Pemeriksaan perubatan penuh (diri sendiri, pasangan atau anak): terhad RM500
6) GAYA HIDUP: terhad RM2,500
(i) Pembelian bahan bacaan untuk diri sendiri, pasangan atau anak
(ii) Pembelian komputer peribadi, TELEFON PINTAR atau tablet untuk diri sendiri, pasangan atau anak
(iii) Pembelian peralatan sukan hayat singkat dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, pasangan atau anak
(iv) BAYARAN LANGGANAN INTERNET (termasuk BIL TELEFON bulanan)
7) PERALATAN PENYUSUAN: terhad RM1,000
Potongan dibenarkan sekali untuk 2 tahun dan pelepasan hanya untuk wanita sahaja.
8) YURAN TASKA/ PRA SEKOLAH: terhad RM1,000
Untuk anak 6 tahun ke bawah.
(Walaupun pelepasan tak banyak berbanding ratusan ringgit yuran dibayar, tapi ini sangat membantu. Mohon naikkan lagi had please.. Hehe..)
9) SSPN (tabungan bersih): terhad RM6,000
Tabungan bersih: jumlah simpanan 2018- jumlah pengeluaran 2018
Nak jimat, simpan RM6,000 pada 2018, keluarkan pada 2019. Tapi 2019, tak dapat pelepasan SSPN la. Melainkan simpan RM12,000. Huk huk huk..
Kalau yang masuk SSPN-i Plus, boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM12,000 (RM6,000 bawah SSPN, RM6,000 lagi bawah insurans nyawa-kalau tiada langsung takaful nyawa lain dan KWSP).
10) Faedah Pinjaman Perumahan: terhad RM10,000
Pelepasan diberi ke atas faedah yang dibayar pada tahun 2009, 2010 dan 2011. Bukan bayaran bulanan. Rujuk penyata pinjaman dari bank.
Syarat:
- perjanjian jual beli ditandatangani antara 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010 SAHAJA.
Selain itu, tak layak dapat pelepasan ini.
- mesti rumah pertama dan diduduki, bukan disewakan.
11) Pasangan Tidak Bekerja: terhad RM3,000
(i) Pelepasan bagi pasangan yang tiada punca pendapatan/ tiada jumlah pendapatan atau individu memilih taksiran bersama
ATAU
(ii) Bayaran nafkah kepada bekas isteri di bawah perjanjian rasmi
12) Anak
(i) anak bawah 18 tahun: RM2,000 seorang
(ii) anak 18 tahun ke atas, belum berkahwin dan sedang mengikuti pengajian pra-ijazah sepenuh masa: RM2,000 seorang
(iii) anak 18 tahun ke atas, belum berkahwin dan sedang mengikuti pengajian diploma atau ke atas sepenuh masa: RM6,000 seorang
13) Insurans nyawa dan KWSP: terhad RM6,000
14) SKIM PERSARAAN SWASTA: terhad RM3,000
Yang ini boleh dapat 'pulangan balik' RM1,000 dari kerajaan kalau pencarum berumur 20 ke 31 tahun. Tapi tahun ni last dapat insentif RM1000 tu. Kena cepat rebut peluang.
15) Insurans pendidikan dan perubatan: terhad RM3,000
Termasuk medical card dan takaful untuk anak-anak.
16) Caruman PERKESO: terhad RM250
Tips pelepasan cukai lain:
1) ZAKAT: Pelepasan penuh dari jumlah cukai yang dikenakan. Orang yang kena cukai banyak wajiblah bayar zakat ya. Biasanya hujung tahun macam ni, pusat zakat aktif buat kempen bayar zakat.
2) DERMA: Buat sumbangan ke badan atau organisasi yang dibenarkan mendapat pelepasan cukai dari kerajaan.
3) RESIT: Semua penyata dan resit perlu disimpan. Kalau yang resit karbon tu, seeloknya difotostat atau scan siap-siap. Takut karbon tu hilang.
4) TELUS: Pendapatan tambahan seperti komisyen silalah declare. Lambat laun LHDN akan audit kita juga. Dan kalau ada yang kita tak declare, lagi banyak bayaran balik kita kena denda. Nak tahu cara nak kurangkan cukai untuk pendapatan tambahan ni boleh pm tepi.
5) TAKSIRAN BERASINGAN: Ramai yang kata untuk yang telah berkahwin, lebih untung jika isi E-Filing secara berasingan bagi suami isteri. Tapi untuk anak, kena bahagi dua la.
Ada apa-apa yang saya tertinggal, boleh tambah di komen ya.
Moga bermanfaat.
Nota kaki: Gambar selingan.
Bukan ejen LHDN,
Nur Suhaila Zulkifli
"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."
Nur Suhaila Zulkifli
Port Dickson
Aku menulis untuk berkongsi, Aku menulis untuk memberi, Aku menulis untuk menjadi amal jariah selepas aku mati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pelepasan Cukai 2018
Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...
-
(dari buku Fiqh Sirah 1- Syeikh Ramadan al-Buti) Kisah penghijrahan sahabat ke bumi Habsyah. Di sana, terdapat panduan yang mengajar antara...
-
Kisah Ka’ab bin Malik Dalam Perang Tabuk Kisah ini bukan kisah pertama yang ditulis di buku Teladan Tarbiyah yang saya ulas di artikel sebel...
-
Pernah dengar yang ringgit da tak diterima kat Tanah Haram? Tak boleh guna kad Visa@Mastercard kita di ATM sini? Ok, itu semua mitos ya.. B...
No comments:
Post a Comment