"Awak ni asyik tak datang kelas sebab migrain.. Kena cek kot takut ada masalah lain." Risau memikirkan kesihatan anak murid di hadapan.
"Sebenarnya madam, tu bukan sebab migrain." Jawapan pelajar itu mengejutkan saya.
"Tapi surat MC ni doktor yang tulis kan?"
Matanya mula berkaca.
"It's ok, take your time. When you are ready, boleh cerita kat cikgu." I tried to comfort her. Though I'm very bad on that.
Lama pelajar itu terdiam. Akhirnya dia mula bersuara.
"Saya jumpa doktor sebab stress, madam. Saya tak suka belajar sains."
"Eh, kenapa? Cikgu tengok result awak ok je."
"Saya minat seni, madam. Tapi mak saya tak bagi. Dia nak saya ambil sains. Tapi saya tak minat. Saya tak suka."
Terkedu walaupun ini bukan pertama kali kisah sebenar sebegini berlaku. Ada pelajar di sini yang sampai sengaja menggagalkan diri, masuk lewat ke dewan peperiksaan, tidak menyiapkan tugasan, apatah lagi menimbulkan masalah disiplin. Semata-mata mahu menunjukkan protes, lantaran terpaksa mengikut kemahuan ibu bapa. Mereka ada cita-cita lain. Tapi ibu bapa sudah tetapkan cita-cita untuk mereka.
Dan pelajar saya ini, dia bakal bertemu pakar psikiatri. Saya cadangkan dia bawa bersama ibu bapanya. Agar mereka sedar, anak ini sedang menderita dengan desakan mereka.
***
"Hi Madam! Any advice for our UPU's application?" beberapa pelajar datang bertanya pendapat. Sebenarnya lebih nak bermanja-manja. Suruh datang mengulangkaji, kamain liat.
"Choose the course you're really passionate in." Ayat awalnya begini sahaja. Tapi of course, panjang berjela la cikgu mereka ini bercerita selepas itu.
Bila mereka minat, mereka pasti akan pergi lebih jauh. Belajar untuk bekerja, tidak bawa ke mana. Tiada jaminan, kerja itu sentiasa punya lambakan kekosongan.
Waktu saya belajar di matrikulasi dulu, kekosongan jawatan guru dan pensyarah sangat banyak. Begitu juga dengan doktor. Tapi bila kami telah bergelar graduan, masih perlu menunggu hampir setahun juga untuk penempatan. Sama seperti rakan-rakan bakal doktor.
Itu hanyalah permulaan. Cabaran di alam pekerjaan jauh lebih banyak melintang jalan. Dan hanya yang kuat mampu bertahan. Dan biasanya mereka ini yang punya 'passion'.
Jika sekadar bekerja nak mengejar gaji, duit dapat tapi jiwa tak senang. Nak kejar duit takat mana, sedangkan kita makin dimamah usia. Hidup adalah saham untuk akhirat. Buat perkara yang beri kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Sayangnya hidup kita bukan lama. Kita hanya punya masa berbaki lagi sekitar 40 tahun, atau mungkin lebih singkat dari itu. Tak banyak masa tinggal untuk dibazirkan. Dan untuk merasa bahagia, kita perlu suka dengan apa yang kita buat. Minat. Passion.
Asal minat, semua jadi. Lihat sahaja pemain bola sepak waktu FIFA World Cup sekarang. Anda fikir mereka berlari mengejar bola kerana mengejar duit? Hanya minat yang akan bawa mereka sejauh itu. Menjadi pemain bertaraf dunia. Walaupun bakal berpencen awal apabila memilih kerjaya sebagai pemain bola sepak.
Bila minat, berjaya itu matlamat utama, kaya itu perkara kedua. Saya sudah jumpa doktor yang berjaya dan kaya. Hari bekerja, beliau di kliniknya. Hujung minggu, mengajar di kolej perubatan. Punya beberapa hartanah, simpanan emas berkilo dan beberapa akaun unit trust. Penat? Saya tak nampak kepenatan di wajahnya.
Saya juga sudah jumpa anak muda yang buka bengkel servis kereta. Baru sahaja kedainya dibuka, tapi tak lama, sentiasa penuh dengan orang. Dulunya buka hingga pukul 6 petang sahaja. Sekarang sampai 8 malam. Meski sudah lewat, masih ramah melayan pelanggan yang datang. Tak kiralah yang datang sekadar nak tampal tayar yang bocor dengan kos RM5 mahupun yang mahu tukar tayar beserta sport rim yang cecah seribu lebih. Dialah tauke. Tapi masih sama-sama bekerja servis kereta dengan para pekerjanya.
Seorang berprofesion tinggi. Seorang lagi bertenaga mahir. Persamaan mereka, passion.
Nak jadi apa pun, nak buat pekerjaan apa pun, buatlah apa yang kita minat.
Walaupun sekadar jurujual di pasar malam. Nak menjual kek, biarlah minat membuat kek. In shaa Allah tak pandai awalnya pasti jadi pandai sebab semangat nak hasilkan kek sedap.
Nak menjual barang permainan kanak-kanak, biarlah minat melayan kanak-kanak. Janganlah sampai kanak-kanak datang belek-belek mainan plastik yang dijual, dijeritnya, "jangan sentuh, pecah nanti mainan tu!" (Frankly speaking, just heard it a few hours ago).
Bekerjalah sebab minat. In shaa Allah terserlah keikhlasannya.
Love the life you live. Live the life you love.
***
Passion Umar ialah makan. Jadi bukan pelik tengok dia makan sambil tidur. Tapi profesion apa bakal dipilihnya, Ummi belum tahu. Tak pe nak, yang penting kamu minat.
No comments:
Post a Comment