Friday, 31 March 2017

Kau Umpama Lilin

Petang tadi, Amalnita N. Sembilan telah menziarahi Pn Raihan binti Borhan. Beliau salah seorang pendidik berdedikasi di PASTI Seremban.

Namun, Allah uji beliau dengan kanser tahap 2. Anak-anak yang masih kecil masih memerlukan perhatian beliau. Anak-anak didiknya juga masih memerlukan tunjuk ajar darinya.

Dengan gaji sekecil itu, beliau terus kuat menyumbang bakti, mendidik anak bangsa. Umpama lilin, menyinari ruang yang kelam. Tanpa ia sedar, sinar itu sikit demi sedikit mencairkan dirinya.

Sungguh, senyumannya lebih ceria berbanding orang yang sihat. Tambah berseri bila diziarahi sahabat-sahabat seperjuangan.


Amalnita telah melancarkan kutipan derma bagi meringankan beban kos pembedahan Ustazah Raihan berjumlah RM9000. Sehingga kini, kutipan masih belum cukup dan kami masih berusaha mendapatkan sumbangan.


Buat para dermawan yang sudi meringankan beban beliau, bolehlah hubungi Pn Hjh Masita (0192655059) atau Pn Rusilah (0193572101).

Jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang telah menyumbang. Hanya Allah mampu membalasnya.

Moga Allah beri kesembuhan segera kepada Ustazah Raihan. Agar beliau terus memberi sinar kepada anak bangsa.
"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."

Nur Suhaila Zulkifli
Masjid Tanah

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...