Stok EBM yang terpaksa dibuang. Ini yang dari fridge rumah. Yang dalam deep freezer da lama dilupuskan. Berpuluh-puluh EBM bag terbuang begitu sahaja.
Rezeki susu untuk Umar ada, tak macam si abang. Fateh cuma dapat susu ibu sampai usianya 6 bulan je. Itu pun tak penuh.
Tapi Umar, alhamdulillah rezeki susunya banyak. Walaupun da direct feed, masih boleh buat stok. Tapi dia pula tak mahu EBM. Start umur setahun macam tu, dia nak yang direct feed je. Puas dipujuk. Dapat tahu je dalam botol tu berisi EBM, dilemparnya botol susu. Dan merajuk tak mahu menyusu langsung.
Lepas tu, masa umurnya setahun setengah, saya berkursus seminggu di KL. Baru 3 hari kursus, saya mohon balik sekejap semata-mata mahu susukan Umar. 2 jam perjalanan meredah kesesakan.
Sampai di rumah, Umar langsung tak mahu menyusu. Lagi disua, lagi kuat rajuknya. Sampai susu formula pun dia tidak mahu berhari-hari. Sedihnya Tuhan sahaja yang tahu. Dan perjalanan penyusuan Umar terhenti di situ.
Dua-dua anak tak tercapai impian penyusuan 2 tahun. Pujuk diri, tak pela, yang penting anak-anak sihat walafiat. Saya da usaha dan merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang.
Dan perjalanan penyusuan bukan usaha dari si ibu semata. No point si ibu bersungguh mahu anak 100% menerima susu ibu sahaja, tapi orang lain masih sulam susu formula kepada si anak.
'Anak tak kenyang.'
'Susu tak cukup. Tu yang menangis je. Susah nak tidur.'
Atau kerana malas nak bangun panaskan EBM, susu FM si abang disua pada si adik.
Untuk ibu-ibu yang berjaya mengharungi suka duka penyusuan selama 2 tahun, tahniah! Anda memang insan terpilih. Tak semua beroleh nikmat itu..
****
Stok susu ini semuanya terbuang. Sebelum ni da tanya2 da sapa2 mahu EBM. Tapi takde yang nak. Yang nak pula, mahu stok berterusan. Mana la nak dapat..
No comments:
Post a Comment