Friday, 5 March 2010

Teman Sejati

Dalam melayari lautan persahabatan yang sentiasa diuji dengan gelora, mampukah kita menjadi seteguh pasir berdepan dengan ombak yang menghempasnya? Meski tahu akan ada badai datang, tetap teguh di situ tanpa berubah. Tetap teguh meski ujian datang. Ujian bila mana deruan ombak menghembuskan kata-kata teguran yang memungkinkan hati tersentuh. Ujian bila mana musim tengkujuh menghanyutkan segala keyakinan untuk menasihati sahabat yang dikasihi.

Kadang-kadang begitu takut untuk melakukan sesuatu. Mungkin kerana takut buat salah. Kadang-kadang begitu segan untuk membawa kebaikan. Mungkin kerana tak nak nampak kolot. Dan apabila kawan kita buat salah, ditegur pula dalam keadaan yang merendahkan dirinya. Dengan alasan, teguran itu adalah kerana sayang. Di bawah ialah petikan bagaimana tidak salah untuk kita, atau kawan-kawan kita buat kesalahan. Dan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasih (rahmah) antara mukmin itu sesuatu yang dituntut.

Fudail Ibn Iyadh mengatakan:
Barangsiapa yang hendak mencari teman tanpa cacat, pasti dia tidak akan menemukan teman dan akan hidup tanpa teman.

Kerana itu bersiaplah menghadapi konsequensinya manakala engkau menjalin ikatan persaudaraan, bahawa orang yang mengikat janji denganmu tidak ma'sum (terpelihara) dari kesalahan.

Para penyair ikut berpartisipasi menyebarkan taushiyah ini, maka mereka ada dibelahan timur mengatakan:
Tiada celaan dan teguran kerana melakukan kesalahan.

Mereka dibelahan barat mengatakan:
Maafkan saudaramu bila dia datang kepadamu dengan membawa kekeliruan.

Yang lain mengatakan:
Apabila tampak kekeliruan dari temanmu, maka bersikaplah kepadanya seolah-olah tidak mengetahui kekeliruannya sebagai sikap maaf dirimu terhadap kekeliruannya.
Pemuda yang paling disukai ialah yang menutup pendengarannya terhadap berita-berita yang keji seakan-akan pada telinganya terdapat sumbatan dari setiap berita keji.

Salahkan dirimu apabila kamu diperlakukan dengan kasar oleh temanmu atau kamu melihat hakmu yang biasa kamu teirma dari mereka diabaikan.... Hai da'i muslim, engkau dituntut untuk memenuhi hatimu dengan rasa kasih sayang kerana Allah kepada saudara-saudara seiman, sebagaimana engkau dituntut untuk memenuhinya dengan kebencian terhadap ahli kebatilan.
Diambil dari Ar-Raqaiq, Tulisan Muhammad Ahmad ar-Rasyid


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

No comments:

Followers