Tuesday, 24 August 2010

Merdeka!

‘Sambutan Bulan Kemedekaan Suram’.. Tajuk salah satu berita di Buletin Utama TV3. Kekecewaan jelas digambarkan tentang semangat rakyat negara ini yang kurang bersemangat mengibarkan jalur gemilang.

Ya, saya akui. Berbeza sungguh suasana di Singapura dan di Malaysia. Bendera merah putih itu memenuhi sepanjang jalan dan rumah kondo yang mencakar langit. Hinggakan hati tertanya, orang Singapura pun merdeka serentak dengan kita ke? Lupa sudah sejarah mereka dan kita dahulu..


Semangat kemerdekaan pudar. Saya pasti ramai yang tahu puncanya apa. Tiada rasa izzah (mulia) berada di zaman pasca kemerdekaan. Erti bebas dari penjajahan seakan tiada. Atau sememangnya masyarakat di Malaysia ini masih dijajah? Bukan dengan senjata yang terhunus oleh komunis tapi kita digari dengan pemikiran sekuralisme dan liberalisme.

Saya Anak Malaysia

Senyuman dilontarkan pada tauke Panjang waktu melintasi kedainya. Orangnya berbangsa Cina, tapi saya sendiri tidak tahu kenapa Panjang itu yang jadi nama panggilannya. Tauke itu antara orang lama yang mengenali saya sejak dari kecil.

”Lu dari mana ni? Serba hitam.. Arqam ar? ” selorohnya sambil membuat gaya memakai purdah.

”Ish, uncle ni.. Mana ada la.. Saya dari program motivasi..” membetulkan paradigmanya yang melihat saya berjubah hitam biru.

”Tak lepas punya cara aku berpakaian untuk jadi ahli Arqam.. Huhu..” gelak saya, bermonolog pada diri.

Kebetulan, waktu itu saya baru pulang ke Malaysia. Dan ketika itu sedang hangat, isu Jemaah Islamiyyah (JI) diperkatakan. Hatta hingga kini.

Secara jujurnya saya mempersoalkan sejauh mana wujudnya JI ini? Atau sebenarnya golongan JI ini merujuk pada golongan mahasiswa yang bersifat aktivis dakwah? Sibuk ke daurah sana, ke usrah sini?

Adakah JI ini merujuk pada mereka? Mereka yang masanya banyak dihabiskan memberi kesedaran pada anak bangsa tentang kembali pada Islam yang bebas dari liberalisme dan sekularisme? Mereka yang menekankan cintailah agamanya yang suci, negaranya yang merdeka dan bangsanya yang bersemangat juang?

Cubalah letakkan diri anda di tempat mereka.. Mereka sanggup bersusah payah menghabiskan masa, tenaga dan harta membawa masyarakat pada Islam. Lantaran mereka sedar, jika bawa pada Islam, kita akan berjaya lahirkan bangsa yang gemilang. Kembali pada sunnah Rasulullah saw. Logikkah golongan belia yang berkongsi ilmu dengan remaja lain dalam program motivasi, dan kem kesedaran dikecam membawa fahaman salah?

Kalau tidak kerana sabar dan faham bahawa jalan ke syurga itu berliku, sudah lama mereka tersungkur. Tak mahu sudah membetulkan masyarakat yang tidak bersifat terbuka.

”Kalau diberi pilihan kak, saya akui saya lebih suka berada di UK berbanding di Malaysia. Mahu terus tinggal di sana. Seperti yang dilakukan oleh ramai rakyat kita di sana. Tapi ini negara saya. Tidak adil, saya lari dari suasana yang menghimpit begini sedangkan akak dan sahabat seperjuangan tiada pilihan lain. Selain tinggal terus di Malaysia dan terus berjuang,” pengakuan jujur saya pada senior aktivis dakwah tempatan.  

Mulanya saya agak mempersoalkan kenapa sesetengah pelajar tajaan tidak mahu pulang terus berkhidmat di Malaysia. Namun, pengalaman dan pemerhatian membetulkan paradigma itu. Untuk hidup dalam kalangan masyarakat yang berlainan pemikirannya dengan kita, bukanlah satu perkara yang mudah.  

Namun, apa yang saya pegang, ini negara saya. Tempat tumpah darah saya. Mungkin juga tempat nafas terakhir saya dihembuskan. Setiap kali pulang ke Malaysia, saya cuba sebaiknya rangka apa yang boleh disumbangkan pada rakyat Malaysia. Sedar diri, duit yang saya dapat duit rakyat. Kepada rakyat jugalah ia patut dikembalikan. Nak terlibat dengan ajaran sesat, itu bukan jalan saya.

Belajar Dari Sejarah Nubuwwah

Nasionalisme itu sememangnya dituntut dalam Islam. Rasulullah saw juga sangat cintakan tanah airnya, Makkah meskipun baginda punya segala nikmat dunia dan akhirat di Madinah. Sedangkan di Makkah, baginda ditentang oleh bangsanya sendiri, bangsa Quraisy. Walaupun sangat dihormati dan dipercayai oleh bangsanya namun, mereka menolak ’produk’ Islam yang ’dipromosikan oleh baginda saw.

Dari Ibnu Abbas (radiallahu-anhu), beliau berkata, telah bersabda Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tentang Kota Mekah: “Alangkah baiknya engkau (Mekkah) sebagai satu negeri dan alangkah aku sukai, seandainya kaumku tidak mengusirku darimu (Mekkah), niscaya aku tidak tinggal ditempat selainmu (Mekkah).” [Mu’jam al-Kabir) dan al-Hakim, dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnuth dalam Sahih Ibnu Hibban – no: 3709 (Kitab al-Hajj, Bab Keutamaan Makkah)]

Imam Ahmad recorded that `Umar bin Al-Khattab said, 
"We were with the Messenger of Allah on a trip, and I asked him about a matter three times, but he did not answer me. So I said to myself, `May your mother lose you, O son of Al-Khattab! You were stubborn in repeating your question three times to the Messenger of Allah ; each time he did not respond to you.' So I mounted my animal, my camel, and went ahead for fear that a part of the Qur'an might be revealed in my case. Suddenly, I heard a caller calling, `O `Umar!' So, I went to the Messenger while fearing that part of the Qur'an was revealed about me. 

The Prophet said, 

«نَزَلَ عَلَيَّ الْبَارِحَةَ سُورَةٌ هِيَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا:

[إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحاً مُّبِيناً لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ]»

("Last night, a Surah was revealed to me that is dearer to me than this life and all that it contains: (Verily, We have given you a manifest victory. That Allah may forgive you your sins of the past and the future.)") Al-Bukhari, At-Tirmizi and An-Nasa'i collected this Hadith from several chains of narration through Malik, may Allah grant him His mercy.

Surah yang turun dua tahun sebelum pembukaan kota Makkah. Surah yang menceritakan janji Allah bahawa Islam akan berjaya mendapatkan semula Makkah. Dan Dia Maha Pengota Janji. Surah Pembukaan, surah al-Fath.

Rasulullah saw seorang yang patriotik, namun baginda tidak melebihkan bangsanya yang menolak Islam, melebihi agamanya. Saya juga mahu seperti itu. Andai bangsa ini menolak saya, saya perlu tabah kerana saya sedang melalui perjalanan yang pernah dilalui baginda saw. Perlu bangga kerana berada dalam sunnah perjuangannya.


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Nur Suhaila Zulkifli 
Port Dickson

1 comment:

akuhamba99 said...

=) thanks for sharing su

Followers