Wednesday, 10 November 2010

Dalam Hati Ada Cinta

"Saya tanya pada Kak Ana, kak Su tu da ada orang ke belum?" jujur Lili bercerita pada saya berkenaan 'perbincangannya' dengan kakak dari Nottingham.


"Da tu, kak Ana cakap apa?" saya tersenyum dengan keletah junior saya tu. Sabar jelah.. Sempat dia merisik dari orang dalam.


"Kak Ana tak tahu. Akak gitaulah, akak da ada orang ke belum. Ni cincin ni, mesti ada tanda kan.." gesa Lili sambil memegang tangan saya.


"Awak ni! Mana ada la. Ni cincin nenek akak bagi. Tak mainlah ada boyfriend ni..Akak nak suami terus," seloroh saya yang saya tahu akan menimbulkan lagi rasa ingin tahu Lili.


"Jadi, akak da jumpa belum orang yang akan jadi suami akak tu? Saya pelik, kalau tak bercinta, macam mana nak kahwin.." saya senyum.. 


Sedikit pun saya tidak menyalahkan Lili kenapa dia pelik jika perkahwinan boleh hadir tanpa cinta. Budaya masyarakat kita seolah-olah telah menghalalkan perkara haram lebih hebat dari ulama' yang perlu berijtihad. Kalau tak bercinta, kita dikira tidak laku. Bila bertunang, mudah sahaja mendapat keizinan ibu bapa untuk keluar berdua.


Bicara Cinta
Cinta itu fitrah. Setiap manusia punya keinginan untuk mencintai dan dicintai. Tiada yang salah tentang cinta. Tapi cara si pencinta itu yang akan merosakkan cinta terbina. Bila cinta disemai, kemungkaran berleluasa. Pencinta itu akan membawa cinta itu ke neraka.  Sedangkan, janji yang ditabur kepada orang yang dicintai adalah, moga kita bertemu di pintu syurga.


Cinta itu adalah ikatan. Ikatan yang menghubungkan setiap manusia di dunia ini. Mereka tidak mengenali satu sama lain, tiada pertalian darah, namun kerana cinta, mereka sanggup berkorban harta, masa hatta nyawa. Sedangkan orang yang dicintai bukan sesiapa.


Benarlah dikata bila cinta itu berkuasa, hati jadi buta. Buta mahu melihat cinta lain yang lebih berkuasa. Buta mahu menerima segala nasihat sahabat yang prihatin padanya. Pada sang pencinta, sahabat itu datang mahu merosakkan cinta yang terbina. Bila dibentangkan hadis atau dalil, sedikit pun sang pencinta tidak menerima. 


"Ah, dia suka-suka je tafsirkan ayat tu. Mentang-mentanglah dia belajar agama. Nak berbahas dengan aku pula. Senanglah dia cakap, dia tak pernah rasa. Cuba bercinta sekali, mahu rasa nak kiamat dunia. Macamlah dia tak pernah buat silap," hati sang pencinta berbisik. 


"Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, dia hendaklah mencegahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu (mencegah dengan tangan - kuasa), maka hendaklah dia mengubah dengan menggunakan lidahnya (teguran dan nasihat), maka sekiranya ia tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan hatinya (iaitu tidak reda dan benci) dan demikian itu adalah selemah-lemah iman. Tidak ada lagi iman selepas tahap itu walaupun sebesar biji sawi" (Hadis riwayat Tirmizi).


Kita tidak mahu berbicara di sini tentang sahabat yang cuba menasihati. Al-maklumlah, sang pencinta tidak punya masa untuk mendengar hujah yang tiada kaitan dengan dirinya. Puluhan mesej dari si dia perlu dibalas. Miscall diterima perlu segera disambut dengan panggilan paling kurang setengah jam lamanya. Puluhan gambar orang dicintai perlu diberi komen 'membina'. Puluhan status orang dicintai perlu di'like'. Sang pencinta seorang yang sibuk sebenarnya.


Sekiranya ia tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan hatinya (iaitu tidak reda dan benci) dan demikian itu adalah selemah-lemah iman. Tidak ada lagi iman selepas tahap itu walaupun sebesar biji sawi"


Tiada iman walau sebesar biji sawi jika kita tidak mampu membenci perkara mungkar itu. 


"Tapi aku tak buat apa-apa pun. Aku tak dating, aku tak mesej, aku tak call. Cukup sekadar 'ikat' dengan dia. Takdelah dia diambil orang sebab aku da 'cop'."


Sang pencinta cuba menipu diri sendiri. Sang pencinta lupa, dia tidak mampu menipu Allah. Bila cinta itu disemai, bukankah sudah ada dalam hati, bertapak suatu perasaan, inginkan si dia. Sang pencinta menolak, itulah zina hati, walaupun sebenarnya itu hakikatnya. 


Keinginan mahu si dia menjadi suami atau isterinya, mahu hidup bersama hingga ke akhir hayat. Bila memasak, mahu berlatih memasak untuk si dia agar dapat ikat hati suami supaya terus kasih dan cinta padanya. Bila bekerja, mahu bersungguh mencari duit untuk menyara isteri dan anak-anak mereka. 


Kenapa setiap yang kita lakukan bersandarkan kepada manusia? Bukankah setiap yang kita buat perlu kembali kepada Allah. Tidak ikhlas namanya jika memikirkan orang lain bila melaksanakan tindakan. Allah ciptakan cinta itu ada sebabnya. Cinta itu datang daripadaNya, dan kepadaNya juga ia patut kembali.


Susahlah
Sukar bukan untuk menghindarkan zina hati? Apatah lagi, jika cinta disemai bertahun lamanya. Keluarga sudah saling mengenali. Takkan mahu putus gitu sahaja. Duit tak cukup lagi nak kahwin, ilmu pun tak cukup nak jadi ketua keluarga. Aik? Bukankah perlu begins with the end in mind? Setiap perbuatan itu perlu disertai dengan niat.. Takkan bercinta saja-saja je kot.


Jihad paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu. Dan sesiapa yang tahu apa itu Islam, sepatutnya tahu jihad itu wajib. Berjihadlah wahai sang pencinta.


Cukup panjang da ni rasanya.. Tulis panjang-panjang pun, belum tentu pencinta boleh menerima. Moga Allah buka hati pencinta untuk terima, kerana saya menulis untuk insan-insan yang saya cintai.





Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Nur Suhaila Zulkifli 
Nottingham.

2 comments:

mRa amira said...

^__________^
si pencinta seorang ni membace dan menerima..masih lagi cuba untuk mengubah diri :)

su_zul said...

salam my dear mira:)

terima kasih sahabat:) kte tak sempurna pun, tapi kte nak sempurnakan kawan kte..

Ala, lagipun mira kan da nak abis da.. Kte balik kot, insyaAllah tahun depan. Jadi, kalau nak wat kenduri, ok je ni:P

Followers