Saturday 4 December 2010

Al-Qasus Fi Sayyidul Ayyam

Solat Jumaat dan Sabar


Alhamdulillah hari ini, berpeluang solat Jumaat di surau Portland Building. Bila duduk di Taman Dunkirk Jaya ni, makin jarang solat di surau. Almaklumlah, rumah dekat je untuk pulang selepas kelas. Sewaktu tahun pertama di sini, memang surau jadi port lepak utama. 


Saya pelik mulanya dulu, muslimat akan memenuhi surau untuk solat Jumaat. Dan saya perhatikan mereka tidak menunaikan solat Zohor lagi selepas itu. Sedangkan, saya diajar waktu PMR dan SPM dulu yang, wanita masih perlu solat Zohor sebab solat Jumaat itu sunat untuk mereka. Saya ingat lagi ajaran itu.


Hati yang ragu-ragu menyebabkan saya tidak mengikuti solat Jumaat itu. Namun setelah ditanya pada Sr Fullah, jawabnya, tak perlu solat Zuhur apabila telah melaksanakan solat Jumaat. Allah.. Kadang-kadang terfikir, 'ajaran' Islam di Malaysia sangat kelihatan susah.


"All good deeds that we did will be given specific rewards. If you are fasting in the day of Arafah, you'll be forgiven for all the sins you've did before and in the future. However, there is one good deed that has uncountable reward for it, which is patience.."


Tergamam saya mendengar khutbah tersebut. Baru pagi tadi, saya mempersoalkan pada diri, tidak mampukah engkau bersabar? Namun, beberapa jam selepas itu, Allah sampaikan peringatan kepada saya. Nyata, bukan hati saya sahaja yang tersentuh dengan khutbah itu. 


The Messenger of Allah saw said, "Strange is the affair of the Mu'min (the believer), verily all his affairs are good for him. If something pleasing befalls him, he thanks (Allah) and it becomes better for him. And if something harmful befalls him, he is patient (sabr) and it becomes better for him. And this is only for the Mu'min."


"The more pious the mukmin is, the harder difficulties he has to face, and the more patient he has to be." 
"Take the challenge and problems as the chance for you to gain His rewards and blessings."
Bersabarlah. Cubaan ini hanya untuk menyucikan dirimu yang berdosa.


*** 
Interfaith Dialogue


Tidak berkesempatan mahu mendengar ceramah ringkas Christian Society (I guessed). Mana taknya, turun sahaja dari surau, ceramah itu baru sahaja berakhir. Namun, berpeluang mengambil dua naskah buku The Case For Christ dan Why On Earth Did Jesus Come? (Ambil jela.. Nak dibacanya entah bila.. Sampai sekarang, Bible yang ada dalam bilik tu buka berapa kali je..)


***
Halaqah bersama Sr Fullah.


Pembelajaran Surah an-Nur, sambungan ayat 27 hingga 29 selama 1 jam. 3 ayat ini menceritakan tentang budi pekerti dan tata susila kita untuk mendatangi orang lain. Baik sama ada datang ke rumahnya, berjumpanya, berbicara dengannya mahupun menelefonnya.



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتاً غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
27. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta
memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu,
supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).


Dua kalimah penting di sini iaitu "tasta'nisu" dan "tusallimu". Tasta'nisu berasal dari perkataan "uns" yang bermaksud untuk merasa senang. Bila diletakkan huruf alif-sin-ta, ia akan membawa makna untuk membuatkan seseorang merasa senang. Yakni merasa seronok untuk melayani kita. Keizinannya kerana rela, bukan terpaksa membuka pintu dan membenarkan kita masuk. 

Bak kata Sr Fullah, "when you feel that sisters are your Muslim Sisterhood, you should consider them more." Ulas Sr Fullah, kebanyakan kita menganggap ukhuwah itu sebagai lesen untuk membolehkan kita menggunakan masa saudara kita itu sesuka hati. Sedangkan setiap individu itu pasti ada masa untuk bersendiri atau tidak mahu diganggu. 

Jika menelefon pada pukul 11.30 tengah malam, bukankah itu telah menceroboh masa peribadinya untuk berehat? Allah telah ciptakan malam untuk berehat dan siang untuk bekerja. Jadi, sebolehnya waktu Isyak (pukul 8 ke atas) hingga Subuh diberikan ruang privasi.

Diceritakan kisahnya berdepan dengan panggilan seorang sahabat pada pukul 7.30 pagi, sedangkan beliau perlu masuk bekerja pada pukul 8.15 pagi. Anak-anak masih perlu diuruskan sarapan mereka. Mengikut pada fiqh keutamaan, beliau perlu mendahulukan anak-anak dan dirinya dahulu. Namun, setelah diberitahu yang beliau tidak lapang, sahabat itu berkeras mahu bercakap pada waktu itu juga. Bukankah kita tidak memikirkan tentang orang lain, bila mana kita menganggap, kerana dia masuk bekerja 8.15 pagi, maka kita menelefon 7.30 pagi?

Cukuplah sekadar tiga kali kita mengetuk pintu rumah atau menelefon sahabat kita itu. Sedangkan Rasulullah saw mengetuk pintu dengan belakang jarinya, bukan seperti ketukan biasa agar tidak mengganggu.


فَإِن لَّمْ تَجِدُوا فِيهَا أَحَداً فَلَا تَدْخُلُوهَا حَتَّى يُؤْذَنَ لَكُمْ وَإِن قِيلَ لَكُمُ ارْجِعُوا فَارْجِعُوا هُوَ أَزْكَى لَكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيم

28. Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah", maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

Apa yang ingin ditekankan di sini adalah, jika tuan rumah itu atau sesiapa yang kita hubungi tidak dapat melayan kita, maka berlapang dadalah untuk pulang. Mungkin waktu itu bukan yang terbaik untuk dirinya. Jangan sesekali berkecil hati dan terlalu memikirkan. Perkataan "azka" membawa maksud penyucian. Seperti zakat yang berasal dari perkataan yang sama. Moga penyucian itu membawa rahmat dari Allah.

Soalan ditanya, adakah patut tuan rumah memberitahu secara terus terang bahawa dia tidak senang dengan kunjungan itu atau berdiam diri dalam keadaan tidak ikhlas? Jawab Sr Fullah, "If your body language already saying that you are not comfortable with the visit, it is better to explain to her and say no. It is better than left her thinking that her visit is not appreciated by you, without knowing the reasons. But please say no in the best way, so that you can express your stand without hurting her feelings."

Soalan yang lain ditanya berkenaan wajarkah apabila seseorang itu bergelar aktivis dakwah, dia 'berhak' dihubungi untuk soal kerja dan sebagainya sedangkan dia ada komitmen akademik?

Jawab Sr Fullah, "Time that been given for the sake of Allah will be blessed. You can feel the blessing through the concentration you may gain in your studies. It doesn't mean that, if you spend 10 hours a day for study, you are concentrating on it full time. Don't take the time of your study to do dakwah, but take those time for you to shop, to watch tv and leisure time for dakwah."

"Don't see the dakwah as a duty but look it as a leisure. The time to let your body release from stress. Besides, if there are more volunteers for Islam, there will less burden carried by those people that involved in it."


لَّيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَدْخُلُوا بُيُوتاً غَيْرَ مَسْكُونَةٍ فِيهَا مَتَاعٌ لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا تَكْتُمُونَ

29. Tidaklah menjadi salah kamu memasuki (dengan tidak meminta izin) mana-mana rumah yang tidak didiami orang, yang ada keperluan kamu padanya; dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.


Rumah-rumah yang tidak didiami orang adalah merujuk pada pasaraya, masjid, pejabat dan sebagainya. Kita tak perlu memberi salam dan menunggu orang membukakan pintu untuk kita. Namun, Sr Fullah mengingatkan, ada tempat yang punya peraturan tersendiri. Contohnya, perlu menunggu dahulu sebelum dipanggil masuk ke bilik pejabat. Jika kita melanggar peraturan tempat itu, kita sudah tidak mengikut akhlak sepatutnya.


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Nur Suhaila Zulkifli 
Nottingham.

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...