Thursday, 14 May 2009

Bangkitlah Wahai Muslim!

Ingin berkongsi sesuatu yang saya perolehi dari halaqah Sister Fullah yang terakhir sesi ini. Saya faham, perasaan orang-orang yang mencari sesuatu tapi tak ketemu. Especially those who are seeking for the knowledge. Islam tidak mencari kita, tapi kita yang perlu mencari Islam. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Menariknya, Sr. Fullah menegaskan tentang peranan setiap Muslim, iaitu kita untuk mengubah paradigm orang luar tentang Islam dan Muslim. Kita perlu kembalikan semula martabat hijab dan serban yang begitu gah suatu ketika dulu sebagai individu dan sarjana Islam yang sangat dihormati dan berpengetahuan.

We should learn from the past, crying for the present and do something for the future.

Kita perlu ubah first impression mereka: orang berserban adalah teroris dan yang berhijab, tidak berpelajaran.

Sr Fullah menceritakan pengalamannya apabila didatangi orang British yang bertanyakan maklumat dirinya sebanyak 3 kali. Mereka menyangkakan beliau hanyalah suri rumah sepenuh masa. Namun apabila diberitahu yang beliau adalah penuntut PhD dan sudah pun punya 2 Master, orang-orang itu terperanjat.

Dunia sudah pun menerima hakikat yang wanita sudah mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum Adam. Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Isunya di sini, sama ada usahanya adalah untuk membina atau memusnahkan. Bukti tangan wanita yang memporakkan-perandakan dunia sudah jelas ditonjolkan oleh Ratu Sepanyol yang berusaha keras mahu mengusir Muslim dari Sepanyol.

Memang kita tahu, tujuan kita diciptakan adalah sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Tetapi adakah Islam keutamaan kita yang pertama?

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka  beribadah kepadaKu. (Surah az-Zariyat:56)

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku  hendak menjadikan khalifah di bumi.” (Surah al-Baqarah:30)

If Islam is not our first priority, we will dig for any excuse or statement for making the haram to be halal. Although only 0.0000001% scholars said that it is halal (because of concrete reasons), we will hold for that. For example, usury. We know riba is haram, but because of profit we may gain by applying riba, we will try our best to make it halal. Therefore, here our first priority is the profit, not Islam.

If Islam is our first priority, whatever field we’re studying, whatever research we’re doing, whatever job we’re working, all we do are to give benefit to Islam. Sr Fullah stressed that the hardest da’wah is to our family, especially to our children (ehem..bakal kena mengena la dengan kita). Some women who are very excellent in job or society are ordinary mother at home. They ignore every single mistake their children did because they felt tired working for other people. The victim, their family, the innocent children.

Em, just thinking, how about the bir halal in Malaysia? If it is halal and 100% free from alcohol, why they are so proud to publicise it as ‘bir’?

How can we know that the person put Islam and da’wah as his or her main concern? Kak Anis Fozi said, through the choices he or her made. For example, in marriage. The way the muslimin or muslimat to choose their partner for the rest of their life.

Dari Jabir bahawa Nabi saw. telah bersabda : “Sesungguhnya perempuan itu dikahwini berdasarkan agamanya , hartanya dan kecantikannya , maka selayaknya engkau memilih agama yang pasti membahagiakanmu .”

Hal ini turut ditegaskan oleh Al Imam Ghazali Rhm. Dalam kitabnya Ihya' Ulumiddin :

" Proses pengislahan ehwal kehidupan ( berumahtangga ) tidak dapat tidak dengan mengambil perhatian serius terhadap perempuan yang ingin dikahwininya supaya kekal cinta kasih , iaitu perempuan yang ada padanya lapan perkara :

1. Beragama ( Keperibadian dan spiritual )

2. Berakhlak mulia ( Solehah )

3. Murah maharnya (mas kahwin)

4. Tidak mandul

5. Anak dara

6. Berbangsa ( keturunan yang baik )

7. Cantik

8. Tidak daripada kaum kerabat yang dekat .

Cincin pemberian nenek da ketat. Sob3..

Apabila seorang lelaki yang engkau redhai agama dan akhlaknya masuk meminang , maka terimalah ( Kahwinilah !). Jika tidak akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di muka bumi."            (Hadis  riwayat Tirmidzi )

The non muslim didn’t afraid to Muslim nowadays because they always know that Muslims are emotional. Muslims will do demonstration, and boycott but then, after the ‘war’ in Palestine ended, their efforts to give support to Palestinians also came to an end. No more boycott or demonstration were held although they realised, the Palestinians still are struggling to survive in their own land.


How we change this? From the seerah of the prophet Rasulullah saw, there were 10 points we should bear in mind if we want to be a leader:

1)We should have true iman and sincerity.

2)We must have high motif or goals.

3)Give respect to others.

4)Avoid being judgemental and blaiming others.

5)Love the good to everybody around us and help them.

6)Being truthful and clear in every action we do and every word we say.

7)Purity of oneself.

8)Be patient.

9)Be a good listener and approachable person.

10)Fear of Allah swt.

Nak bentuk atau ubah paradigm yang telah lama bertapak dalam minda manusia sehingga ia menjadi asas pemikiran mereka amatlah susah. Geli hati saya memikirkan siang tadi, sewatu Predeparture Briefing bagi pelajar University of Nottingham, UK yang akan menyambung pelajaran di University of Nottingham, Malaysia. Kami dijemput untuk membantu International Office menjawab persoalan yang mungkin akan timbul dari para pelajar yang saya anggarkan kurang dari 50 orang tentang budaya Malaysia.

Terperanjat sungguh mereka bila diberitahu tiada minuman alkohol yang dibenarkan di kawasan universiti di Semenyih itu. Apabila diberitahu ada kes kematian (tak silap saya, kes bunuh) yang berlaku di Forest Club(tempat untuk mendapatkan minuma beralkohol) yang letaknya di hujung dunia kawasan universiti itu, mereka kecut perut. Moga mereka dapat membuang segala tabiat buruk dan ‘berpuasa’ sepanjang mereka di Malaysia.

Sempat juga mereka bertanyakan nightlife dan harga arak di Malaysia. Kami yang datang (semuanya Muslim kecuali Lik Jin, mantan presiden Nottingham Malaysian Society) terkelu seketika. Tak tahu nak jawab macam mana. Cuma yang kami boleh katakan, kedai di Malaysia biasanya buka 24 jam sehari. Terpulangla pada mereka nak tafsirkan kedai itu sebagai kelab malam atau kedai.

Sempat pula Ms Rachel mengingatkan mereka supaya berhati-hati sewaktu membawa beg terutama tas tangan. Siap diceritakan lagi bagaimana kes ragut boleh berlaku. Hai, orang putih ambil tahu apa yang berlaku di Malaysia baru-baru ni- tentang wanita hamil yang meninggal dunia kerana disyaki jatuh sewaktu diragut.

Bila diberitahu yang mereka perlu lebih sopan dalam berpakaian, yakni tidak mendedahkan bahu dan memakai mini skirt yang menjadi trend ketika musim panas di sini, ramai pula yang macam tak percaya. Hehe.. Fikir semula, kita minta mereka sopan, tapi orang Malaysia sendiri belum tentu sopan. Mesti mereka pelik bila tengok orang Malaysia apabila mereka keluar ‘outing’ di KL kelak. Sepelik saya dengan permainan politik di Perak. Sampai bila segala jenis pujuk rayu di mahkamah akan berakhir?

No comments:

Followers