Saturday 30 October 2010

Assalamualaikum Sister:)


Sudah jadi satu kebiasaan di sini. Pantang melewati muslim yang sejantina, pasti senyuman akan dilemparkan dan ucapan salam dilafazkan. Gayanya mengalahkan kita sudah mengenali mereka, sedangkan baru pertama kali berjumpa. 

Kalau yang sudah kenal tu, bukan setakat salam. Peluk, cium, mengalahkan orang yang berjauhan berbulan lamanya. Tak kisahlah cium berapa kali (kita yang Malaysia ni, 3, yang negara Arab seperti Algeria dan Libya, 4) tapi pasti bukan sekadar berlaga pipi. Itu pun sebenarnya.

"How are you, sister?" 
"Alhamdulillah! You?" kemudian diselitkan pula dengan cerita apa yang dibuat sepanjang mereka tidak berjumpa dan sebagainya. Cara melafazkan assalamualaikum, alhamdulillah, masyaAllah, insyaAllah juga, amatlah berirama, sangat enak didengar dan menimbulkan seribu satu keceriaan. Senyuman dilontarkan sepanjang masa.

Kadang kala, apabila berselisih dengan yang seagama, senegara tetapi bukan sejantina, ucapan salam juga dihulurkan, Cuma pastinya, akan lebih formal agar batas pergaulan dapat dijaga. Janganlah sampai bertemu macam tak kenal langsung, sedangkan di alam maya, komen dan status di facebook ditandakan 'like', perbincangan di twitter rancak. Bukankah salam itu satu ibadah, cuma jagalah ibadah itu agar ia tidak diselangi dengan maksiat.

Bab 131: Keutamaan menyampaikan salam dan Perintah menyebarkannya (Riyadhus Solihin)


Hadith 848: Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak akan masuk syurga kamu semua sehingga kamu semua beriman dan tidak dinamakan beriman kamu semua itu sehingga kamu semua saling cinta-mencintai. Tidakkah kamu semua suka sekiranya saya tunjukkan kepada kamu semua pada sesuatu yang jikalau kamu semua melakukannya, tentu kamu semua akan saling cinta-mencintai? Iaitu menyebarkan salam sesama kamu.” (Riwayat Muslim)

Daripada Abu Hamzah; Anas bin Malik r.a, khadam Rasulullah s.a.w dia berkata, Baginda s.a.w telah bersabda: “Tidak akan sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

-          Kesempurnaan iman akan wujud dalam diri seseorang itu dengan cara:
1.      Sebagaimana kebaikan itu ada pada dirinya, maka kebaikan itu juga beliau cintai agar ianya turut wujud pada diri saudaranya.
2.      Begitu juga setiap perkara yang dibencinya (maksiat dan kejahatan) turut sama tidak disukainya seandainya perkara tersebut ada pada dirinya. Sebagaimana dirinya sendiri membenci maksiat, maka beliau tidak suka saudaranya melakukan maksiat.
3.      Hendaklah berusaha membaiki saudara seIslamnya sekiranya melihat kekurangan pada saudaranya dalam menjalankan amalan-amalan ketaatan dan kewajipan seorang Muslim.
4.      Bersegera kepada kebaikan untuk saudara seIslamnya dan dirinya sendiri dan menunaikan hak-haknya, sebagaimana ia menyintai atau menyukai orang lain melakukan kebaikan terhadap dirinya.
-          Untuk menimbulkan rasa kasih sayang, berilah salam dan saling memberi hadiah.

Hadith 849: Dari Abu Yusuf iaitu Abdullah bin Salam katanya, “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, eratkanlah silaturrahim, bersembahyanglah (pada waktu malam) ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat At-Tirmidzi).

-          Antara amalan-amalan yang mendorong masuk syurga:
1.      Sebarkan salam (Mulakan salam = sunat. Jawab salam = wajib)
2.      Beri makan
3.      Eratkan silaturrahim (Orang yang mulakan lebih afdal)
4.      Sembahyang pada ketika orang lain sedang tidur.

Hadith 850: Daripada At-Tufail bin Ka’b r.a. berkata: “Pada suatu hari saya datang lagi ke tempat (Abdullah bin Umar) lalu dia meminta saya mengikutinya ke pasar. Saya berkata: “Apa yang akan kamu kerjakan di pasar, sedangkan kamu tidak akan berhenti untuk menjual dan tidak pula menanyakan harga sesuatu barang (untuk membelinya), tidak pula berpencaharian di pasar itu, juga tidak duduk di tempat-tempat duduk di pasar itu. Duduk sahajalah di sini dan kita bercakap-cakap.” Lalu Abdullah bin Umar berkata: “Wahai Abu Batn! (kerana Tufail mempunyai perut besar) kita pergi ke pasar untuk menyampaikan salam kepada sesiapa sahaja yang kita temui.” (Riwayat Malik)

-          Abdullah bin Umar pergi ke pasar bukan untuk berjual-beli tetapi untuk menyebarkan salam sahaja. Ini menunjukkan kesungguhan sahabat dalam menyebarkan salam sebagai langkah mengikuti sunnah Nabi s.a.w.
-          Hadith ini dikategorikan sebagai hadith mauquf kerana ia disandarkan kepada sahabat Rasulullah s.a.w. Sahabat ini kuat mengamalkan ajaran Nabi s.a.w.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) beringat”. (Surah An-Nur : ayat 27)

-          Minta izin dengan salam apabila ingin masuk bilik/rumah orang lain. Jangan masuk jika tidak diberi keizinan.
-          Dari Hadith lain ada menyebut: Minta izin tiga kali (dengan memberi salam tiga kali) bertujuan untuk:
1.      Memaklumkan pada tuan rumah atas kedatangan kita
2.      Memberi peluang untuk tuan rumah bersiap sedia
3.      Untuk tuan rumah menjawab salam kita

“…Apabila kamu memasuki rumah-rumah hendaklah kamu memberi salam (kepada penghuninya) kepada dirimu sendiri, dengan salam yang penuh barakah dan baik dari sisi Allah..”. (Surah An-Nur : ayat 61)

Beri salam (Assalamu’alaina wa ‘ala ‘ibadillahis Solihin) ketika masuk rumah sendiri/jika tiada orang.

“Dan apabila kamu dihormati dengan suatu (salam) penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (penghormatan itu, yang sepadan) dengannya..”.  (Surah An-Nisa’ : ayat 86)

Hadith 846: Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Ketika Allah s.w.t. menciptakan Adam, lalu Dia berfirman: “Pergilah hai Adam – lalu ucapkanlah salam kepada mereka iaitu kelompok malaikat-malaikat yang sedang duduk, kemudian dengarlah bagaimana mereka memberikan penghormatan itu padamu, kerana sesungguhnya yang sedemikian itulah cara engkau harus memberikan penghormatan dan juga cara penghormatan untuk semua keturunanmu.” Adam lalu mengucapkan : Assalamu’alaikum. Kemudian para malaikat menjawab: Assalamu’alaika warahmatullah. Jadi mereka menambah perkataanwarahmatullah.” (Muttafaqun ‘alaih)

-          Pada hadith ini, Allah mengilhamkan kepada nabi Adam ucapan salam seperti mana Allah mengilhamkan kepada nabi Adam ucapan selepas bersin.
-          Menerangkan kaifiyat salam dan asal-usulnya.


Adab menjawab salam ialah dengan menjawab salam yang lebih baik daripada salam yang diterima.
1.      Apabila diberi Assalamu’alaikum, maka jawablah dengan Assalamu’alaikum warahmatullah
2.      Apabila diberi Assalamu’alaikum warahmatullah, maka jawablah dengan Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

“Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tamu Ibrahim (3 malaikat iaitu Jibril berserta 2 lagi) yang dimuliakan? (Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan Salaam, Ibrahim menjawab Salaam..”. (Surah Adz-Zariyat : ayat 24-25)

Hadith 845: Daripada Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘As r.a. bahawasanya ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Manakah amalan Islam yang terbaik?” Baginda menjawab: “Iaitu engkau memberikan makanan dan engkau ucapkan salam kepada orang yang sudah engkau kenal dan orang yang belum engkau kenal.” Muttafaqun ‘alaih (Hadith yang disepakati)

Hadith 847: Daripada Abu Umarah iaitu Al-Bara’ bin ‘Azib r.a. katanya: “Kita semua diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, mentasymitkan orang yang bersin (yakni mendoakan supaya beroleh kerahmatan dengan mengucapkan:Yarhamukallah kepada orang yang bersin jikalaun ia mengucapkan: Alhamdulillah), menolong orang yang lemah, membantu orang yang dianiaya, menyebarkan salam dan melaksanakan sumpah.” (Muttafaqun ‘alaih)

-          Tujuh perkara yang diperintahkan oleh Nabi s.a.w.:
1.      Menziarahi orang sakit. Daripada hadith lain: Tidak harus kita tidur jika jiran kita kelaparan.
2.      Mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Daripada hadith lain: Sekiranya kita menziarahi orang sakit/jenazah, kita akan beroleh pahala sebesar Bukit Uhud. Sekiranya kita mengiringi jenazah ke tanah perkuburan, kita akan beroleh pahala sebesar dua Bukit Uhud.
3.      Mendoakan orang bersin. Apabila kita mendengar orang itu mengucapkan Alhamdulillah, kita harus mengucap Yarhamukallah (untuk lelaki) atau Yarhamukillah (untuk perempuan).  Setelah mendengar ucapan itu, kita harus mengucapkan Yahdikumullah.
4.      Menolong orang yang lemah atau dalam kesusahan. Menolong orang yang dalam kesusahan adalah lebih baik daripada beriktikaf di masjid. Sesungguhnya Allah akan menolong mereka yang menolong orang lain.
5.      Membantu orang yang dianiaya atau dizalimi. Sesungguhnya doa orang yang dizalimi sangat makbul.
6.      Menyebarkan salam
7.      Menolong orang dalam melaksanakan sumpahnya. Membantu orang yang bernazar dalam menyelesaikan nazarnya, bukan bermakna kita yang menyelesaikan nazarnya.

Bab 132, Kaifiyat Salam (cara menyampaikan salam)

Disunnahkan agar seseorang yang memulakan memberi salam itu mengucapkan Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ia menggunakan dhamir jama’ (kata ganti nama untuk ramai), sekalipun orang yang diberi salam itu hanya seorang. Manakala orang yang harus menjawabnya dengan mengucapkanWa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith 851: Daripada Imran bin Husain r.a. katanya: “Ada seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah s.a.w., lalu dia mengucapkan “Assalamu’alaikum”. Kemudian baginda s.a.w. membalas salam orang tadi lalu duduk dan bersabda: “Sepuluh”. Kemudian datang pula orang lain dan dia mengucapkan “Assalamu’alaikum warahmatullah”. Baginda s.a.w. membalas salam orang itu lalu duduk dan bersabda: ”Dua puluh”. Kemudian datang pula orang lain dan dia mengucapkan “Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh”. Baginda s.a.w. membalas salam orang itu lalu duduk dan bersabda: “Tiga puluh”. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)

-          Hadith ini menunjukkan bahawa ucapan salam yang diberikan mempunyai darjat/pahala yang berbeza.
1.      Dengan mengucapkan Assalamu’alaikum, sepuluh ganjaran dikurniakan
2.      Dengan mengucapkan Assalamu’alaikum warahmatullah, dua puluh ganjaran dikurniakan
3.      Dengan mengucapkan Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, tiga puluh ganjaran dikurniakan

Hadith 852: Daripada Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya: “Ini Jibril menyampaikan salam padamu.” Aisyah berkata: “Wa’alaihissalam warahmatullahi wabarakatuh”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

-          Hadith ini membuktikan peribadi Aisyah yang mulia, sehinggakan Jibril mengirim salam kepadanya.
-          Hadith ini juga mengajar kita bagaimana untuk menjawab salam yang disampaikan oleh kata ganti diri ketiga. Iaitu dengan mengucapkan “Wa’alaihissalam wbt” (jika orang ketiga itu lelaki) manakala dengan mengucapkan “Wa’alaihassalam wbt” (jika orang ketiga itu perempuan).
-          Harus bagi lelaki ajnabi menyampaikan salam kepada wanita jika terhindar daripada fitnah.

Hadith 853: Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. itu apabila berbicara mengucapkan sesuatu kalimah, baginda selalu mengulanginya sampai tiga kali sehingga ucapan baginda dapat difahami. Dan apabila baginda s.a.w. datang berjumpa sesuatu kaum, baginda memberikan salam kepada mereka. Baginda memberikan salam kepada mereka sebanyak tiga kali. (Riwayat Bukhari).

-          Rasulullah mengulangi sebanyak tiga kali kata-kata baginda sehingga yang mendengar faham.
-          Baginda memberikan salam sebanyak tiga kali supaya semua orang dapat mendengar salam itu dan tiada rasa diri mereka disingkirkan.

Hadith 854: Daripada Al-Miqdad r.a. dalam hadithnya yang panjang berkata: “Kita (Al-Miqdad dan rakan-rakannya) menyimpan untuk Nabi s.a.w. bahagian susu baginda, kemudian baginda datang pada waktu malam lalu memberi salam dengan ucapan salam yang tidak membangunkan orang-orang yang tidur, tetapi dapat didengari oleh orang-orang yang jaga. Malah, Nabi s.a.w. datang dan memberi salam sebagaimana salam baginda yang selalu. (Riwayat Muslim)

-          Kita harus memberi salam dengan ucapan salam yang tidak mengganggu orang-orang yang tidur tetapi didengari oleh orang-orang yang jaga supaya mereka dapat membalasnya.

Hadith 855: Daripada Asma’ binti Yazid r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. berjalan dalam masjid pada suatu hari, dan di situ terdapat sekumpulan wanita (tidak kurang daripada 10 orang) yang sedang duduk-duduk, lalu baginda s.a.w. memberikan isyarat dengan tangannya dan disertai ucapan salam. (Riwayat At-Tirmidzi)

-          Memberikan salam dengan memberikan isyarat tangan sahaja adalah dilarang dalam Islam kerana ia adalah cara orang-orang kafir. Bagaimanapun ia dibenarkan jika disertai dengan ucapan salam.
-          Rasulullah s.a.w. boleh memberi salam kepada kaum wanita kerana baginda adalah maksum (terhindar daripada dosa). Bagaimanapun ia tidak dibenarkan untuk lelaki lain kerana takut menimbulkan fitnah.
-          Walaubagaimanapun, ia dibenarkan jika diyakini tidak akan menimbulkan fitnah. Contoh: Seorang lelaki boleh memberikan salam kepada wanita tua tetapi tidak dibenarkan memberikan salam kepada wanita muda kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.
-          Seorang wanita tidak boleh memberikan salam kepada lelaki tua.
-          Jika dikhuatiri akan menimbulkan fitnah, berdiam lagi baik.

Hadith 856: Daripada Abu Juraiy Al-Hujaimi r.a. katanya, “Saya mendatangi Rasulullah s.a.w. dan berkata: “ ‘AlaikasSalam ya Rasulallah.” Lalu baginda s.a.w. bersabda: “Janganlah mengucapkan ‘AlaikasSalam kerana sesungguhnya ‘AlaikasSalam itu adalah ucapan salam untuk orang yang telah mati.” (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)


Sejarah ringkas Imam Nawawi (Penulis Riyadhus Solihin)

Nama samaran beliau ialah Abu Zakaria.
Dilahirkan di Damsyiq pada bulan Muharram tahun 631 Hijrah.
Imam An-Nawawi adalah seorang yang zuhud, wara’ dan bertaqwa. Beliau sederhana, qana’ah dan berwibawa.
Ada riwayat mengatakan, beliau tidak memakan buah-buahan kerana buah-buahan di Damsyiq waktu itu dianggapnya lebih banyak mengandungi syubhat. Pohon buah-buahan banyak di tanah perkuburan yang tanah itu dikhuatirinya tanah wakaf.
Beliau sering tidak tidur malam untuk beribadah dan menulis.
Ada riwayat mengatakan, jarinya bercahaya ketika sedang menulis pada waktu malam selepas minyak lampunya habis.


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 

Nur Suhaila Zulkifli 
Nottingham.

Friday 29 October 2010

LK33AA Inter Faculty Arabic Stage 3

"It seems like we are attending halaqah or usrah, instead of just coming to a language class. But it's good and we like it, " komen saya kepada guru Bahasa Arab yang usai menceritakan tentang pembahagian harta menurut Islam.

Sejujurnya, kami sangat meminati modul Inter Faculty Arabic. Lantaran kerana pengajarnya sendiri, Dr Ahmed Meliebary yang sangat berpengetahuan mengenai kesusasteraan Arab dan budaya masyarakat Arab.

Kadang-kala, kelas itu dihujani dengan pertanyaan yang bersifat Islamik, memandangkan untuk Stage 3, hanya Muslim yang mengikuti kelas ini. Sewaktu Stage 2, ada yang bukan Muslim namun Dr Ahmed masih mampu menyampaikan cerita tentang Islam dengan cara yang sangat berkesan. Yang membuatkan 3 orang bukan Muslim itu semakin ingin tahu, tanpa merasa Dr Ahmed cuba berdakwah pada mereka.

"Kami nak daftar Arabic tapi mesti cikgu tu tak bagi kami ambil Stage 1. Dia kata, kami da kenal huruf dan boleh baca Al-Quran. Tapi mana la kami tahu satu pun perkataan Arab, " adu kami pada senior yang mengikuti Arabic Stage 2. Permulaan Stage 2, kami agak terkejar-kejar juga untuk memahami setiap kata nama yang diajarkan, namun memandangkan banyak perkataan Melayu yang datangnya dari Bahasa Arab, takdelah kami sampai melopong di dalam kelas.

"Perkataan cikgu sebut tadi tu, maksudnya apa?" "What's the meaning of it?" itu soalan yang biasa ditanya hatta hingga kini.

Siapa Dia?
"Kak Su,akak ada cadangan tak siapa yang boleh jadi penceramah untuk talk Isoc(Islamic Society)?" soal Bendahari Isoc yang mula kebingungan menerajui persatuan pelajar yang mewakili seluruh Muslim di University of Nottingham.

"Em, apa kata, jemput cikgu Bahasa Arab akak? Dia banyak tahu ilmu ni. Kalau baca ayat Al-Quran, dia kupas satu-satu perkataan. Penting sebab orang tak faham kenapa bahasa Al-Quran itu sangat indah sampaikan ada yang masuk Islam sebab bahasanya."

"Ok, cantik! Nanti akak bagi email dia ek."

Sewaktu membuka WebCT, laman web untuk pelajar UoN mendapatkan softcopy segala perkara mengenai pembelajaran mereka, terlintas di hati untuk mencari lebih lanjut berkenaan Dr Ahmed Meliebary.

Kalau ikutkan, pernah beliau cerita, nama keluarganya yang sebenar adalah Malibari, dan mereka adalah bangsa Arab Saudi yang pernah menetap di India. Zaman kanak-kanaknya sendiri di Mekah dan isteri beliau adalah dari kaum Arab Quraisy. Jika ditanya pada Profesor Google, terdapat seorang ulama' di India bernama Sheikh Abu Bakar Ahmad al-Malibari. Juga kaum keluarga Malibari ini punya madrasah di sana.

Jika ada perkaitan, memang nyatalah guru Bahasa Arab saya ni bukan calang-calang orang. Walaupun keluarga atau keturunan bukanlah kayu ukur untuk menilai seseorang, namun faktor persekitaran dalam keluarga dan masyarakat muslim, pasti akan melahirkan individu muslim yang hebat.

Saya akui, kalau saya berminat nak tahu sesuatu, saya akan bersungguh mencari. Dan nyata, perkataan Ahmed Meliebary pula ditaip pada skrin. Terjumpa maklumat yang cikgu saya pernah menulis buku, mengenai kesusasteraan Al-Quran dan Bible.

Ok, hari Selasa depan, ustaz akan dihujani dengan beberapa soalan:P

MasyaAllah, saya belajar Biology di sini, namun dalam masa yang sama, saya diberi peluang untuk menuntut ilmu secara terus dari insan-insan yang bukan calang-calang orang. Di negara mereka, merupakan ikon, sentiasa ke udara di kaca televisyen. Antaranya UZAR, UHAJ, Ustaz Maszlee, Sr Fullah, Dr Tariq dan juga Dr Ahmed. Izzah (rasa mulia) pada muallim itu akan menambahkan lagi rasa semangat untuk berguru.

Back to finding journal for the coursework. I have to make my students proud to be taught by me too!

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
George Green Library,
Nottingham.

Wednesday 27 October 2010

Diet Baginda

Dari Sihat Ikut Sunnah

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).


p/s: Yang memasak, pegang tanggungjawab besar sebenarnya ni. No wonder, jadi suri rumahtangga pun da dapat pahala besar.


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Nur Suhaila Zulkifli 
Nottingham.

Tuesday 26 October 2010

Malaysia Makin Hilang Identiti?

Jika seseorang mahu menjadi perhatian orang, laris dan popular, adakah perlu untuk ia mendedahkan pakaiannya, menjual harga dirinya? Apa pendapat anda?

Jika di UK pada siangnya, masyarakatnya sangat bertoleransi. Namun apa menjelang malam, mereka berubah wajah, kerana kemabukan di kelab malam. Bagaimana pula di Malaysia, jika siang hari pun, orang nak berjalan sendirian khuatir diragut dan diculik? Jika tambah kelab malam, bukankah makin bertambah 'tajam tanduk kejahatan' manusia itu?

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina


Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).
NONEIni akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.
azlanSatu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:

  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
  • Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.
NONEUntuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. 
bukit bintang prostitutes 291005 bukit bintangLangkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.
NONEMenerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.
Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Nur Suhaila Zulkifli 
Nottingham.

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...