Friday, 29 October 2010

LK33AA Inter Faculty Arabic Stage 3

"It seems like we are attending halaqah or usrah, instead of just coming to a language class. But it's good and we like it, " komen saya kepada guru Bahasa Arab yang usai menceritakan tentang pembahagian harta menurut Islam.

Sejujurnya, kami sangat meminati modul Inter Faculty Arabic. Lantaran kerana pengajarnya sendiri, Dr Ahmed Meliebary yang sangat berpengetahuan mengenai kesusasteraan Arab dan budaya masyarakat Arab.

Kadang-kala, kelas itu dihujani dengan pertanyaan yang bersifat Islamik, memandangkan untuk Stage 3, hanya Muslim yang mengikuti kelas ini. Sewaktu Stage 2, ada yang bukan Muslim namun Dr Ahmed masih mampu menyampaikan cerita tentang Islam dengan cara yang sangat berkesan. Yang membuatkan 3 orang bukan Muslim itu semakin ingin tahu, tanpa merasa Dr Ahmed cuba berdakwah pada mereka.

"Kami nak daftar Arabic tapi mesti cikgu tu tak bagi kami ambil Stage 1. Dia kata, kami da kenal huruf dan boleh baca Al-Quran. Tapi mana la kami tahu satu pun perkataan Arab, " adu kami pada senior yang mengikuti Arabic Stage 2. Permulaan Stage 2, kami agak terkejar-kejar juga untuk memahami setiap kata nama yang diajarkan, namun memandangkan banyak perkataan Melayu yang datangnya dari Bahasa Arab, takdelah kami sampai melopong di dalam kelas.

"Perkataan cikgu sebut tadi tu, maksudnya apa?" "What's the meaning of it?" itu soalan yang biasa ditanya hatta hingga kini.

Siapa Dia?
"Kak Su,akak ada cadangan tak siapa yang boleh jadi penceramah untuk talk Isoc(Islamic Society)?" soal Bendahari Isoc yang mula kebingungan menerajui persatuan pelajar yang mewakili seluruh Muslim di University of Nottingham.

"Em, apa kata, jemput cikgu Bahasa Arab akak? Dia banyak tahu ilmu ni. Kalau baca ayat Al-Quran, dia kupas satu-satu perkataan. Penting sebab orang tak faham kenapa bahasa Al-Quran itu sangat indah sampaikan ada yang masuk Islam sebab bahasanya."

"Ok, cantik! Nanti akak bagi email dia ek."

Sewaktu membuka WebCT, laman web untuk pelajar UoN mendapatkan softcopy segala perkara mengenai pembelajaran mereka, terlintas di hati untuk mencari lebih lanjut berkenaan Dr Ahmed Meliebary.

Kalau ikutkan, pernah beliau cerita, nama keluarganya yang sebenar adalah Malibari, dan mereka adalah bangsa Arab Saudi yang pernah menetap di India. Zaman kanak-kanaknya sendiri di Mekah dan isteri beliau adalah dari kaum Arab Quraisy. Jika ditanya pada Profesor Google, terdapat seorang ulama' di India bernama Sheikh Abu Bakar Ahmad al-Malibari. Juga kaum keluarga Malibari ini punya madrasah di sana.

Jika ada perkaitan, memang nyatalah guru Bahasa Arab saya ni bukan calang-calang orang. Walaupun keluarga atau keturunan bukanlah kayu ukur untuk menilai seseorang, namun faktor persekitaran dalam keluarga dan masyarakat muslim, pasti akan melahirkan individu muslim yang hebat.

Saya akui, kalau saya berminat nak tahu sesuatu, saya akan bersungguh mencari. Dan nyata, perkataan Ahmed Meliebary pula ditaip pada skrin. Terjumpa maklumat yang cikgu saya pernah menulis buku, mengenai kesusasteraan Al-Quran dan Bible.

Ok, hari Selasa depan, ustaz akan dihujani dengan beberapa soalan:P

MasyaAllah, saya belajar Biology di sini, namun dalam masa yang sama, saya diberi peluang untuk menuntut ilmu secara terus dari insan-insan yang bukan calang-calang orang. Di negara mereka, merupakan ikon, sentiasa ke udara di kaca televisyen. Antaranya UZAR, UHAJ, Ustaz Maszlee, Sr Fullah, Dr Tariq dan juga Dr Ahmed. Izzah (rasa mulia) pada muallim itu akan menambahkan lagi rasa semangat untuk berguru.

Back to finding journal for the coursework. I have to make my students proud to be taught by me too!

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
George Green Library,
Nottingham.

No comments:

Pelepasan Cukai 2018

Tahun 2018 bakal berakhir. Tinggal berapa hari sahaja lagi nak buat apa-apa bayaran yang boleh kurangkan cukai. Jadi di sini, saya nak kon...