Monday, 12 March 2012

Yang Gugur dan Yang Layu

Makin usia bertambah, makin banyak insan yang dikenali pergi meninggalkan dunia ini. Ada yang sudah berusia waktu menghembuskan nafasnya yang terakhir, ada yang lebih tua, malah ada yang sebaya.. Kematian tidak mengenal usia.. Entah bila, Malaikat Maut akan mendatangi kita.. Kita tidak tahu..

Terlalu pantas segalanya berlaku. Baru semalam, bertanyakan pada seorang sahabat berkenaan senior yang menderita sakit neuroendocrine cancer yang parah. Malam itu juga, teks diterima dari sahabat lain, memberitahu senior itu telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 4.30 pagi, waktu Malaysia..

Malam ini, muslimat di Nottingham membuat majlis tahlil. Asalnya Islamic Society merancang untuk membuat pertandingan memasak dan sedikit halaqah, namun format program bertukar 90 darjah. Ramai sisters yang memenuhi teratak kediaman allahyarhamah waktu beliau masih di Nottingham tahun lepas. Malaysian, Bruneian dan tak kurang sisters dari Isoc yang memang rapat dengan arwah kak Suraiya.

Arwah seorang yang hebat memberi. Siapa tak kenal padanya ketika beliau belajar Perubatan di sini. Aktif dalam Isoc juga Nottingham Malaysian Society (NMS). 'Masuk' dengan semua orang, bukan sekadar Malaysian. Sememangnya salah seorang serikandi yang mengharumi kejayaan dua persatuan ini, baik dalam dakwah mahupun kebajikan. Moga jasad ini menjadi salah seorang mata rantai perjuangannya.

Teringat kenangan bersamanya dulu, acapkali kami saling tersalah pandang bila mana orang memanggil 'kak Su'. Kami berkongsi nama gelaran yang sama. Pantang bila berada dalam satu majlis, pasti insiden yang sama akan berlaku. Masing-masing akan geleng kepala atau tertawa kalau terperasan bila orang memanggil 'kak Su' yang satu lagi. Kini, kak Su di Nottingham cuma satu. Rindukan suasana itu.

Namun, pastinya rindu ini tidak sehebat sahabat-sahabat karib dan teman serumah kak Suraiya yang baru ditemui tadi. Hajat hati bersalam dengan kak Irina dan kak Asma kerana sudah lama tidak bertemu mereka. Namun, pelukan itu nyata mengalirkan air mata mereka. Ya Allah, Kau kuatkanlah mereka. Juga kak Maryam, kak Anis dan kak Fiqa yang kini di Malaysia.

***
Jujurnya, baru hari ini, air mata mengalir.. Itu pun setelah membaca nota ini..


Dr. A. Munaff, 1987-2012.

This note is dedicated to a friend who was recently diagnosed with a tumour (neuroendocrine) despite her young age.
She would have turned 25 next month.

Allah loved her more.

Honestly speaking, the friendship she offered was one I couldn't get along with really well.
I knew her mostly from my days in Nottingham, pretty much within the Nottingham Malaysian Society.
My friendship with her revolved around Malaysian Night.
The hiccups and drama with the committee.

We had our differences.
I made them obvious.

I didn't quite like her.
Neither did she, me.

But this was ages ago.
I hope.....

She was demanding. Sometimes, a little bit too impatiently I would think.
Now I realize.
If she hadn't been, she wouldn't have graduated a doctor at the age of 24.

She was talkative. Sometimes, a little bit too much I would think.
Now I realize.
If she hadn't been, she wouldn't have known so many people.

She was personal. Sometimes, a little bit too close I would think.
Now I realize.
If she hadn't been, she wouldn't have friends who really cared for her.

You're alright la, Suraiya.
Such a shame for me to only realize.

May our prayers keep you company.
May our prayers ease this test to your family and friends.
May our prayers reach Him, to keep you close by Him.

To Allah we belong, and to Him we shall return.
Al-Fatihah.

***
Waktu membaca teks semalam, hati terasa kosong. Hanya al-Fatihah yang dapat dibaca. Lain dari itu, terasa hati ini mati. Tiada rasa, tiada duka, tiada air mata. Allah, teruknya roh ini. Jasadnya hidup, namun hatinya mati.. Hingga tiada apa yang dirasa sedangkan yang pergi itu orang yang sangat dikenali.. Saudaranya yang bersama selama 3 tahun bersama.

"Awak, jahatnya akak ni.." mengadu pada seseorang. Pernah kami berkongsi permasalahan beberapa hari yang lepas. Berkenaan roh yang terasa lesu.. Tarbiyah ruhiyah yang kurang. Hanya kita yang rasa. Orang luar melihat kami biasa-biasa sahaja. Semangat membuat kerja Islam seperti biasa.

Namun, hakikatnya jiwa itu lesu. Tidak bersemangat menunaikan ibadah. Solat tahajud ditinggalkan. Program agama yang bukan menjadi keutamaan dipandang mudah untuk tidak hadir. Sukar mencari kekuatan yang hilang itu. Hatta, ke program agama juga tidak membantu. Nyata, segalanya berpunca dari dalam diri..

Hati yang keras ini perlu dilembutkan kembali.. Kesibukan memikul jawatan-jawatan yang bertimpa tidak sepatutnya menjadi alasan untuk melarikan diri. Inilah cabaran yang hadir dengan taklifan. Jiwa mudah menyalahgunakan tanggungjawab sebagai alasan untuk tidak bersama dalam halaqah, tidak ke majlis agama Isoc, tidak ke solat Jumaat lantaran kesibukan atau kepenatan. Allah, ampunilah hamba ini yang mensia-siakan peluang yang Kau sentiasa beri.

"It shouldn't be because of the death of a sister that make us gather like this." Ringkas, namun sangat memberi makna. Kami hadir menangisi roh yang telah pergi. Sehelai daun yang gugur. Namun bagaimana dengan roh yang lesu atau mati ini.. Daun-daun yang layu..

Moga Allah kuatkan yang masih hidup sentiasa di jalanNya ke syurga dan moga Allah tempatkan yang telah pergi di syurga yang mereka impikan. Amiin..

"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

No comments:

Followers