Saturday, 27 February 2010

Mencintaimu


Dia Pernah Mencintaimu


“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.

Persoalan.

Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?

“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Aneh.

Mencintai insan yang belum ada.

Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.

Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Cinta luar biasa.

Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.


Senyuman Perpisahan

Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.

Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,

Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.

Wajah itu mengubat rindu mereka.

Tiga hari yang hilang warna dan sepi.

Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.

Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.

Sangka mereka itu senyum kesembuhan.

Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…

Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.

Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.

Tangan itu rebah terkulai.

Basah dalam bejana air.

Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.

Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.

Merindui saudara-saudaranya.

Kita.


Sebuah Pertanyaan Cinta

Justeru…

Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?

Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?

Hati kecil itu tidak mampu berbohong.

Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….

“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]


Surat Untukmu, Ya Rasulullah

Ya Rasulullah, aku tidak tahu bagaimana harusku ungkapkan apa yang ingin aku perkatakan. Kiranya, perkara pertama yang aku mahu engkau tahu, aku sangat ingin melihatmu di akhirat kelak dengan kau tersenyum padaku seperti mana senyummu pada sahabat beberapa jam sebelum kau menghela nafasmu yang terakhir.. Meski aku tak pasti sedikit pun, layak atau tidak aku mencium bau syurga Allah. Mampukah aku melalui siratul mustaqim menuju jannah sedangkan sudah 21 tahun hidup tanpa hari yang tanpa dosa. Atau adakah aku akan tersungkur jatuh ke lembah yang buruk itu?

Aku cuba sedaya upaya mahu menjadi saudaramu yang kau beritahu kepada para sahabat. Namun, adakah aku mampu? Apatah lagi, tatkala memikul risalah dakwahmu, amatlah sukar kaki ini menapak dengan kekuatan.. Aku sedar, apalah sangat mehnah (ujian) yang ku hadapi sampai aku mahu undur diri dari terus menyampaikan.. Apalah sangat tribulasi yang ku terima sampai aku mahu mengalah berdepan dengan segala cabaran?

Sedangkan engkau pernah dilukai sehingga darah membasahi sepatumu. Padahal aku, tiada sedikit pun jasad pinjaman ini dilukai sedemikian rupa. Aku cuba menjadi seteguhmu.. Ya Allah, kuatkanlah aku..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.


Thursday, 25 February 2010

Apa Ertinya Saya Memeluk Islam

Sahabat: Su sihat? Lama kita tak chat. Masing-masing sibuk. Kat UMS pun, tengah sibuk sekarang.
Saya: Alhamdulillah, sedang bahagia sekarang.
Sahabat: Erk? Ada pape ke ni? :P
Saya: Sedang dilamun cinta.. (pelbagai ikon smiley yang comel-comel diklik)
Sahabat: Orang di sini atau orang di sana?
Saya: (Tersenyum sendiri..) Bukan di sini atau di sana. Tapi dengan yang ada 'di atas'.

Saya mahu bahagia yang saya rasa, anda juga dapat merasainya. Indahnya Islam. Bangganya menjadi seorang Muslim. Bukan sekadar Muslim, tetapi mukmin (orang yang beriman) dan kita cuba sedaya upaya mencapai tahap muttaqin (orang yang bertaqwa).

Pernah terfikir andai anda dilahirkan sebagai seorang non Muslim, adakah anda akan cari Islam itu? Tepuk dada tanya iman di hati. Adakah Islam yang kita ada sekarang, Islam warisan atau Islam carian? Beza wahai sahabat, antara keduanya. Islam warisan, anda menjadi seorang yang menerima setiap sesuatu tanpa ada kesannya di hati. Kita rukuk dan sujud, tapi sejauh mana kita tunduk dan patuh bila muka mencium tanah yang dipijak. Beragama Tanpa Tuhan- UHAJ



Apa yang kita buat, adakah sekadar ritual? Satu amalan yang berlalu tanpa ada kesannya di hati? Kita berarak dalam sambutan Maulidur Rasul, tapi tidak ada timbul izzah(rasa mulia) pun pada kita mengapa kita meraikan hari itu. Sedangkan seharusnya sambutan itu diisi dengan sesuatu yang menambahkan kecintaan kita pada junjungan besar kekasih Allah. Maulid: Antara Sejarah dan Amalan- Dr MAZA

Bila anda sudah ketemu Islam, sudah cukupkah? Atau pencarian itu masih belum berakhir? Masih rasa kekurangan? Lihat sekeliling kita, betapa ramai lagi yang Muslim hanya atas nama. Sahabat kita, hatta keluarga kita.. Kita mahu ke syurga sorang-sorang? Memberilah dan ajaklah mereka pada kebajikan dan Islam.

Tapi, saya tak kuat.. Ilmu agama saya tak cukup mantap lagi.. Tudung saya tak cukup labuh lagi.. Saya tak berkopiah pun, janggut pun tak panjang mana.. Niat nak ajak mereka sudah ada tapi nak buat, susah la.. Kalau niat je, da dapat pahala kan?

Ingatlah syurga Allah itu mahal. Kita kena berlumba buat kebajikan. Allah tak perlukan kita, tapi kita yang perlukan Allah. Kalau anda hanya harapkan pada ibadah yang wajib dan sunat semata-mata, itu tidak mencukupi. Kita cuba refleksi ibadah khusus, berapa peratus khusyuknya dan istiqamahnya kita? Sedangkan bila kita memberi dan berjuang demi Islam, sudah Allah janjikan kita terhindar dari azab yang pedih.

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللّهُ الَّذِينَ جَاهَدُواْ مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (Surah al-Imran:142)

Ingat lagi kata Presiden NISA', Dr Rosni Adam yang menjadi panel hakim Pertandingan Nasyid di Leeds, NISE. Katanya, "Tingginya martabat wanita itu bila ia berjaya dalam keluarga, kerjaya dan perjuangannya dalam Islam." Sebenarnya pernyataan ini ditujukan pada kedua-dua jantina ciptaan Allah.
Bagaimana mahu berjuang? Berjuang dalam kumpulan atau jemaah? Ish, Jemaah Islamiyah(JI) ke ni? Jihad? Bom diri sendiri? Tak perlu la nak berjuang. Malaysia aman damai je sekarang.

Kita cuba soroti sirah. Waktu Rasulullah diutuskan sekalipun, masyarakat ketika itu aman juga. Walaupun ada 'perang' kecil-kecilan dan amalan jahiliyah berleluasa. Sama la juga situasinya seperti sekarang.

Buka mata kita. Allah janjikan yang Khilafah Islam yang jatuh pada tahun 1924 di Turki akan kembali tertegak.

Ha? Biar betul? Nanti semua negara Islam akan bersatu ke? Tingginya cita-cita.. Macamlah US dan Israel nak biarkan macam tu je kot..
Daripada an-Nu’man bin Basyir, beliau berkata, suatu hari kami duduk-duduk di masjid Rasulullah S.A.W. Basyir (bin Saad) adalah seorang yang tidak banyak bercakap. Lalu datang Abu Tsa’labah dan beliau berkata, wahai Basyir bin Saad, apakah kamu menghafal Hadith Rasulullah S.A.W tentang kepimpinan (al-Umara’)? Lalu Hudzaifah berkata, aku menghafal khutbah Baginda S.A.W. Lantas Abu Tsa’labah al-Khashniyy duduk dan Huzaifah berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Kenabian akan berada bersamamu selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya

Kemudian akan tiba pula zaman Khilafah di atas Manhaj Kenabian selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya

Kemudian datang pula zaman raja yang menggigit (Malikun ‘Aadhun) selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya

Selepas itu muncul pula zaman raja yang diktator (Malikun Jabriyyah) selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya

Kemudian akan hadir pula zaman Khilafah di atas manhaj Kenabian…”

(Hadis Riwayat Ahmad 4/275, Abu Daud 4/211, At-tirmidhi 4/503)
Eh, tak pernah dengar pun hadis ni.. Hadis sahih pulak tu..

Hadis itu disampaikan oleh Rasulullah tetapi apa yang disampaikan adalah dari Allah swt jua. Ingat lagi, Rasulullah berkata Pucuk pangkalnya anda tanya diri sendiri. Percaya atau tidak pada janji Allah.



“Constantinople itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin (penawanan)nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawan)nya” [Hakim, 4.422; Bukhari, Tarikh al-Saghir, 139; I. Hanbal, 4.335]
Kata-kata Rasulullah saw yang dilafazkan tika baginda cuba memecahkan batu yang menghalang pembinaan parit dalam Perang Khandak terbukti beratus tahun setelah itu. Wajarkah kita tidak bersabar sehingga hanya menongkat dagu, tidak mahu ambil peduli? Mencari Kemenangan Dengan Acuan Allah- UHAJ

Maaf andai terkasar bahasa. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu atas kelemahan saya sendiri. Namun, percayalah, apa yang saya coretkan demi cinta saya pada antum, saudara-saudara saya. Bila kita sudah cinta, kita mahu yang terbaik untuknya. Diharapkan juga, demi cinta ini, anda tidak mensia-siakan setiap pautan yang saya selitkan.

Sesungguhnya ibadahku, solatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.

video

Sunday, 14 February 2010

FEWWIT : Seminar Muslim Super (SMS)

FEWWIT datang lagi, dan kali ini ia berupa sebuah seminar menarik dan mesti dihadiri oleh semua Muslim!

iLuvislam.com melalui Team Event Malaysia
membawakan kepada anda Seminar Muslim Super (SMS).

Fun & Exciting Weekend With iLuvislam Team (FEWWIT) merupakan program berkala iLuvislam.com dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.(KKSB) melalui tabloid iLuvislam dan Majalah i.

Bertemakan
‘Muslim Hebat, Islam Mantap‘, seminar ini bertujuan untuk membuka minda peserta untuk menguasai bukan hanya dalam bidang akademik malahan lebih jauh dari itu, mampu mengaplikasikan kehebatan Muslim dalam aspek kerjaya dan kehidupan, yang seterusnya membawa kegemilangan buat Islam.



Seminar ini merangkumi 3 slot perbentangan kertas kerja, yang akan dibentangkan oleh 3 orang tokoh dalam bidang masing-masing, serta Penulis buku Muslim Super sendiri.

1. Slot Akademik

Tajuk Pembentangan: Membentuk Inteligensia Cakna

Oleh : Dato' Saifuddin Abdullah
  • Merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 2
  • Ahli Parlimen Temerloh
  • Pernah menjadi kolumnis Berita Harian
  • Telah membentangkan lebih 75 kertas kerja tentang belia, pendidikan, kesukarelaan dan sosio-budaya.

2. Slot Profesional

Tajuk Pembentangan: Menjana Fikrah Muslim Profesional

Oleh : En. Norden Mohamed
  • Merupakan Group Managing Editor Akhbar Harian, Sinar Harian
  • Bekas Pengurus Besar Alaf 21 Sdn. Bhd.
  • Business Advisor untuk Malaysian Business Advisor
  • Bekas Setiausaha Kerja Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
  • Berpengalaman sebagai pegawai latihan Kementerian Tanah & Kemajuan Wilayah

3. Slot Ekonomi

Tajuk Pembentangan : Infak dan Impak

Oleh : Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim

4. Penggulungan

Tajuk Pembentangan : Muslim Super Sebenar

Oleh : Dr. Danial Zainal Abidin

Info Lanjut Berkenaan SMS


• Tarikh : 13 Mac 2010

• Masa : 8 pagi - 5 petang

• Tempat :
Auditorium UEM, Petaling Jaya (Peta, klik sini)

• Yuran : RM 50 (pelajar) RM 150 (perseorangan) RM 200 (wakil organisasi)

*Sijil disediakan kepada setiap Peserta.

Tentatif SMS

0800 : Pendaftaran peserta seminar
0845 : Pembukaan seminar
0900 :
Modul I Akademik
1000 : Q & A
1030 : Rehat
1100 :
Modul II Profesional
1200 : Q & A
1230 : Rehat, Makan tengahari dan Solat Zohor
1400 :
Modul III Ekonomi
1500 : Q & A
1530 :
Penggulungan
1700 : Penutup dan bersurai

Daftar Sekarang! Tempat Terhad!

Hanya 200 tempat disediakan. Siapa cepat dia dapat. Jadi, apa tunggu lagi. Daftarlah sekarang!

Pendaftaran hendaklah dilakukan secara online dengan mengisi borang yang disediakan setelah anda membuat pembayaran.

Pembayaran hendaklah dibuat kepada akaun Maybank :

Nama : Muhammad Ruzaini Ibrahim
Nombor Akaun Al-Wadi'ah : 162 384 809 453
E-mail : event@iluvislam.com

Pembayaran boleh dilakukan samada melalui:
  • maybank2u.com
  • CIMB Click
  • mesin deposit Maybank
  • kaunter cawangan Maybank berhampiran
Anda dikehendaki menyimpan resit bukti pembayaran dan dibawa bersama semasa mendaftar. Bagi pelajar, anda diminta membawa bersama kad matrik anda.

Setelah pembayaran dibuat, anda dikehendaki mengisi
borang pendaftaran.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, boleh diemailkan kepada event@iluvislam.com

Wednesday, 3 February 2010

Tak Kenal Maka Tak Cinta


Kuliah 'Tak Kenal Maka Tak Cinta,Dah Kenal Mula Bercinta' berkisar mengenai Makrifatullah ataupun mengenal Allah. Bila kenal, baru kita pasti cinta itu milik siapa. Bila kita lebih mencintai Allah, kita akan lebih menyayangi manusia. Dapatkan nota di sini.

Bagaimana mahu cintakan Allah? Pelik? Rasa perasaan itu hanya mampu dicapai oleh golongan alim ulama'? Masih kabur dengan erti ukhuwah fillah- berhubungan kerana Allah? Saksikan video di bawah. Hayati bagaimana cinta Allah disemai dalam jiwa, melahirkan untaian tasbih cinta pada manusia yang tidak putus. Meskipun Allah uji dengan ujian yang sangat berat. Semoga mendapat manfaat dan keredhaan Allah. InsyaAllah. Selamat mendengar.

video

Video ucapan Mas Afzal sewaktu majlis perpisahan di Sheffield.
Jangan diucap selamat tinggal, tapi ucaplah moga berjumpa lagi. Kalau bukan di dunia, moga di akhirat menanti di Jannatul Firdausi.

p/s: Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Mas Afzal sewaktu menjadi fasi kami di Freshers Camp 2008. Maksimakan sumbangan pada orang sekeliling. Orang selalu kata, saya bersemangat sentiasa. Sedangkan api semangat itu sebenarnya dinyalakan dengan kata-kata beliau. Tika itu, saya berazam mahu sahut cabarannya. Moga kita setabah beliau. Aminn..

Followers