Sunday, 19 December 2010

Kembalinya Seorang Pejuang

"Great man, great daie, great Muslim...an extraordinary person. In spite of his failing health in recent times, his departure still comes with a tremendous sense of loss. Thank you for your life. It made SUCH a difference to us. Anakbentong will finally rest in peace inshaAllah in Bentong, Malaysia."


Innalillahi rajiun..
Saya tekedu. Anak Bentong. Saya sangat kenal dengan nama itu, tetapi sedikit pun tidak ingat siapa.

Laman facebook itu semakin saya bawa ke bawah..

Allah..  Terungkailah siapa sebenarnya Anak Bentong. Sedih kehilangan seorang pejuang. Berderai air mata membasahi pipi.. 

Namun, subhanaAllah, setiap status dan ucapan takziah para sahabat yang saya baca, hampir semuanya tidak menunjukkan nada meratapi pemergiannya. Benar, kesedihan menyelubungi setiap yang mengenali beliau, namun status-status itu semua umpama berkata, " Tugasnya sudah selesai. Kita yang masih hidup perlu berusaha! Kita perlu sambung perjuangan beliau! " 

Terngiang-ngiang di cuping telinga, kata-kata Saidina Abu Bakar kepada Saidina Umar ketika kewafatan baginda saw.

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Surah al-Imran:144)


Kembalinya Allahyarham bukan titik noktah, sebaliknya adalah permulaan. Permulaan untuk setiap jiwa yang beliau telah tiupkan semangat untuk menyambung tugasnya. Allah.. Beratnya tugas.. Jika beliau boleh, kenapa kami tidak?! Moga kami dimatikan di jalanMu, ya Allah.


A Tribute

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah kedalam syurga-Ku.” (Surah Al-Fajr: 27-30)

Telah kembalinya seorang pejuang Allah mengadap Hadrat ilahi dengan izin Nya, Akhi Mas Afzal Masaruddin. Setiap yang pernah mendengar namanya, yang pernah mendengar ceritanya, pasti merasakan, satu kehilangan.

Setelah mendengar perkhabaran kematian beliau, status-status facebook, mula berkabung mengingati beliau. Yang mengenalinya, mahupun bukan, semua merasakannya. Satu status seorang sahabat mengingatkan saya kepada artikel yang dibaca beberapa hari yang lalu. Statusnya berbunyi “walaupun aku tak pernah bersua denganmu… “

Membaca kisah seorang tokoh ulama besar, Syaikhul Islam Muhammad bin Aslam atau panggilannya Abu al-Hassan al-Tusi.

Diriwayatkan mengenai Abn Aslam ini, setiap hadis yang ia ketahui segera diamalkan meskipun hadis tersebut lemah sanadnya. Dia juga sangat kuat beribadah di tempat yang tersembunyi daripada pandangan manusia. Ia berkata, “ Seandainya aku boleh melakukan ibadah tanpa dilihat oleh kedua-dua malaikatku, nescaya aku akan melakukannya kerana takut dengan sifat riya’.” Setiap malam, ia selalu bermunajat sambil menangis hingga pagi. Lalu setiap kali hendak keluar rumah ia segera membasuh muka dan bercelak mata agar tidak ada yang mengetahui perbuatan tersebut. Demikian hubungan baik yang terbina antara Ibn Aslam dengan Tuhannya.

Semua penduduk Baghdad pad amasa itu sangat mencintai dan menghormati beliau. Abu Nuaim meriwayatkan bahawa pada hari kematiannya, ia terlihat ratusan ribu bahkan jutaan manusia datang untuk mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan.

Melihat hal itu, Imam Ahmad bin Nasr al-Khuzai berkata kepada ,murid-muridnya,
“ Wahai saudaraku sekalian, Tidakkah kamu melihat (Ibn Aslam ini) ketika ia memperbaiki hubungan dengan Allah, maka Allah memperbaiki berjuta-juta manusia melalui dirinya?”

Kisah ini sungguh memberi kesan di hati, apabila melihat Allahyarham Mas Afzal melalui konteks ini.  Saat beliau gigih berjuang menentang penyakitnya, namun haknya kepada Allah melalui jalan dakwah tidak pernah diabaikannya. Maka, Allah membaiki diri manusia-manusia lain melaluinya. Hinggakan yang tidak pernah bersua dan bertemu dengannya, mungkin hanya membaca tulisan-tulisan semangatnya di blognya, sudah cukup merasakan semangat seorang pejuang ini, yang tidak pernah berhenti berlari, walupun ujian berat mendepaninya.

Seorang ulama tabiin di Madinah yang bernama  Abu Hazim Salamah bin Dinar pernah berkata,
“ Tidaklah seseorang memperbaiki hubungannya dengan Allah s.w.t, melainkan Allah akan memperbaiki hubungannya dengan semua hamba-Nya. Dan tidaklah ia merosakkan hubungannya dengan Allah, melainkan Allah akan merosakkan hubungannya dengan semua hamba-Nya “

Saya telah mendengar kisahnya dari mulut dan perkhabaran rakan-rakan lain sebelumnya. Kemudian hanya berpeluang mengenalinya melalui blognya sahaja. Kemudian, pada cuti musim panas yang lalu, kami tekad untuk membawa beliau menjadi penceramah program DIA ATAPHIJAU untuk berkongsi pengalaman hidupnya.

Sungguh beliau seorang yang cekal. Tabahnya seorang daei turun ke medan jihad ini walau tubuh mengheret ke bumi. Kesanggupan beliau datang ke program, yang bukan sedikit meragut tenaganya, tidak sedikit pun membuatkan senyumnya kurang, malah semakin manis ketika menyapa dan semangatnya tidak sedikit pun luntur tatkala berkongsi pengalaman dan ilmunya. 


Sungguh, dia seorang pejuang yang dikagumi. Masakan tidak yang mengenalinya mengatakan beliau seorang yang tidak pernah berhenti berlari. Sentiasa berlari kearah Tuhannya dengan penuh semangat dan kecintaan.

Allah lebih menyayangi hamba-Nya. Kembalinya Seorang Pejuang kehadrat Ilahi, meninggalkan kesan motivasi dan semangat yang cukup mendalam dalam diri-diri manusia yang pernah disentuh olehnya, secara bersemuka, mahupun secara tulisan. Kisah perjuangannya menjadi inspirasi. Kisah ketabahannya menjadi saksi bahawa dia pejuang sejati.

Jangan biarkan perkabungan hari ini mati bersama waktu yang berlalu. Jadikan hari ini sebagai saksi yang menjadi sumber inspirasi kepada diri kita semua untuk mencontohi si pejuang yang sejati. Mencontohi keperibadiannya, mencontohi kerendahan hatinya, mencontohi ketabahan nya di medan perjuangan ini.

Tangisan kesedihan kita menangisi kepulangannya akan berhenti jika tidak esok, lusa. Namun, jangan biarkan butir tangis beliau di medan ini kering dari menjadi saksi membakar semangat inspirasi dalam diri kita, untuk meneruskan perjuangan yang telah beliau tinggalkan kepada kita.

Dan jangan  biarkan medan jihad dan dakwah ini kering dan gersang dengan pemergiannya. Biarlah kita, yang hari ini menangisi pemergiannya, membasahkan medan jihad ini dengan peluh, airmata dan darah kita sebagai ganti kepada yang telah pergi, agar kesinambungan dakwah ini berterusan membawa kita bersamanya, didalam hati dan doa.

Untuk kita yang masih tinggal dimedan ini, berjanjilah untuk terus berbakti tanpa berhenti. Berjanjilah atas kesaksian ini bahawa kita akan terus melangkah dengan izin Allah yang Maha Kuasa. Berjanjilah, berjanjilah, berjanjilah dengan diri dan Allah yang menjadi saksi.

Sengaja saya memilih tajuk Kembalinya Seorang Pejuang, bukannya Pulangnya Seorang Pejuang, pulang bererti meningalkan, namun, kembali bermaksud, ia datang bersama kita. 


Pemergiannya akan mengembalikan semangat yang tidak pernah pudar dalam diri kita. Di saat diri kita rebah dan lemah, ketabahan beliau, semangat beliau akan KEMBALI kepada kita, kembali mengingatkan kita akan kisahnya yang cekal, dan mendorong motivasi kita untuk bangkit semula.

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah kedalam syurga-Ku.” (Surah Al-Fajr: 27-30)

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas ruhnya dan menempatkan beliau bersama hamba-hambanya yang soleh.

Al-Fatihah
* Seluruh crew AtapHijau mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Mas Afzal Masaruddin *


" Kehadiranku tidak dirasai, pemergianku tidak ditangisi"


Kata-kata Allahyarham yang terkesan di hati. Benar kami menangisi pemergiannya, namun kami tidak meratapinya. Menangis kerana rasa sedih tiada lagi peluang bertemu di dunia. Namun, kami gembira dia telah menemui TuhanNya.



Dari Umar Ibnu al Khattab ra bahawa beliau pergi ke masjid Rasulullah pada suatu hari. Beliau mendapati Mu’az bin Jabal duduk di sisi kubur Rasulullah saw dalam keadaan menangis. Umar bertanya : “Apakah yang membuatkan kamu menangis?” 

Mu’az menjawab : “Aku menangis kerana telah mendengar Rasulullah saw bersabda : ‘Sesungguhnya riya’ yang sedikit adalah syirik. Sesiapa yang memusuhi wali Allah, sesungguhnya dia telah berperang dengan Allah. Allah mengasihi orang-orang yang baik dan bertaqwa yang tidak dikenali. Apabila mereka hilang, orang tidak mencarinya dan apabila mereka ada, mereka, mereka tidak dipanggil dan dikenali. Hati-hati adalah lampu petunjuk, mereka keluar dari setiap tanah berdebu yang gelap.”



Catatan UHAJ


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.


Antara jiwa yang telah diperbaiki melalui dakwahnya dan izin Allah,
Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

Saturday, 18 December 2010

Terlucutlah Satu Rantai

Minggu lepas, beberapa mesej saya terima dari sahabat yang melaporkan tentang kesihatan Mas Afzal yang semakin meruncing. 

Doa dititip moga dia dikuatkan. Minta agar dia cepat sembuh supaya dia masih dapat menyumbang lagi pada Islam.

Namun Allah maha mengetahui. Tugas Mas Afzal sudah selesai. Innnalillahi wainnalillahi rajiun.

‎"Bukan kita yang memulakan perjuangan ini tapi yang memulakannya adalah para nabi dan rasul. Kita, aku, engkau dan pejuang adalah merupakan mata rantai yang berkait daripada para rasul. Sekarang aku gugur maka terlucutlah satu rantai." (As-Syahid Syed Qutb)
Alfatihah buat satu rantai dakwah yang telah mengikat ramai untaian dakwah yang baru.. Hanya doa yang mampu kami beri.


Moga rantai-rantai yang pernah dilatih dan dibentuk olehnya bakal menjadi rantai yang teguh, seteguh rantai induk itu.. Amiin, ya rabbal alamin.


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Nur Suhaila Zulkifli 
Nottingham.

Thursday, 16 December 2010

Mera Naam..

People called me Suhaila, Su, Ila, Sheila, Nor, Suhail, Suheyla..


Whatever they are, they are referring to the same people. I have once got into the name of Suhail ibn Amr, a  companion of the prophet saw. Before he was the Quraisy leader that negotiated with Rasulullah saw for the Treaty of Hudaibiyah.


Feel touch with his story. From a rebel, to a companion. 


"Those who announced their Islam on the Day of the Conquest of Makkah were designated with the name "At-Tulaqaa"' or those who were transferred by the forgiveness of the Prophet from polytheism to Islam when he said to them, "Go, you are free." Consequently, some persons from among those Tulaqaa'(or those who were liberated) were raised by their sincerity to a far distant horizon of sacrifice, worship, and purity which placed them in the first rank of the Prophet's righteous and devoted Companions. 
Among these was Suhail Ibn `Amr."


***
I haven't come across with any story about Suhaila in the prophet's time, or even in the Islam Empire after that, until..


"Your name is Suhaila? Oo.. It's the name about Suhayla Farooq. I can't remember the story but I knew, there is a story about Suhayla."


My new Saudi friend studying in Cambridge so excited to know my name. We've met while I'm the only Malaysian attending the FOSIS Conference, a national event which gathered all leaders of Islamic Society in UK. I'm not, though.


A few days later, she gave me this wonderful videoA beautiful love story from the time of the Umar Abdul Aziz caliphate, by Brother Jalal Ibn Saeed.


The same video as this, just that the one I embedded has a lovely background music. 



Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Nur Suhaila Zulkifli 
Nottingham.

Monday, 13 December 2010

PUISI Part 4 : The Last Wind Bender

Tersentuh dengan emel diterima dari AJK PUISI (Perhimpunan Ukhuwah Insaniyah Seluruh Ireland). SubhanaAllah, tak pernah pula ketemu ayat Allah menceritakan tentang angin yang menggerakkan kapal. Bukti mukjizat Al-Quran yang terkandung di dalamnya pelbagai isi, tak kira sains, etika hidup mahupun muamalat.

Sedangkan pada ketika itu, belum ada lagi angkatan tentera laut. Tentera laut pertama pun di bawah Saidina Uthman yang dipimpin oleh Muawiyah bin Abi Sufyan, raja yang banyak difitnah. Dan ketika itu, tiada lagi wahyu yang diturunkan. Maha Suci Engkau, ya Allah.

"Tentera drp umatku yg mula berperang meredah lautan sudah pasti mendapat syurga." Bukhari & Muslim.

Selamat "menghadam"!

***
Tinggal kurang dari dua minggu lagi untuk kita berjumpa di PUISI. Masih ingatkah akan battle of elements kita? Mari kita baca elemen yang terakhir iaitu:

PUISI PART 4 : THE LAST WIND BENDER

Apa itu SQ?

SQ atau Spiritual Quotient adalah elemen yang terakhir dalam Battle of Element ini. Spiritual Quotient sering dikaitkan dengan rohani kita atau jika diterjemahkan dalam konteks Islam ianya membawa maksud iman kita kepada Allah swt. Pemahaman tentang iman kita terkandung di dalam konsep shahadatain atau kalimah syahadah.

Apa keistimewaan elemen SQ?

Elemen ini boleh dikatakan merangkumi elemen-elemen lain seperti PQ,IQ dan EQ. Kenapa? Kerana elemen inilah yang akan memandu PQ,IQ dan EQ di atas landasan Islam.

Apa kaitan SQ dengan Wind?

Angin adalah satu benda yang abstrak, boleh dirasa tetapi tidak boleh dilihat. Begitu juga dengan keadaan iman atau rohani kita.

Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman :

Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur. [As-Shura:33]

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa Ia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan; dan untuk merasakan kamu sedikit dari rahmatNya, dan supaya kapal-kapal belayar laju dengan perintahNya, dan juga supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan seterusnya supaya kamu bersyukur.[Ar-Rum:46]

Analogi yang diberikan dalam Al-quran ini cukup jelas. Angin itu adalah pemandu kepada kapal-kapal di lautan. Tanpa angin, kapal layar akan hilang arah tuju.Hidup kita di dunia ini boleh juga diibaratkan sebagai kapal yang berlayar untuk menuju ke akhirat. Iman atau SQ yang baik akan memandu kita ke arah yang benar.



Kesimpulan
Mantapkan rohani kita. Banyakkan amalan agar lebih mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Tidak dinafikan iman itu naik dan turunnya. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berdoa agar ditetapkan iman kita di jalan Allah swt ini. Iman itulah yang akan menyatukan kita, tidak kiralah pelbagai latar belakang, warna kulit dan sebagainya.


Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. [Al-Imran:57]



Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Nur Suhaila Zulkifli 
Nottingham.

Saturday, 11 December 2010

Tabik Spring


FUIYO!

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

Thursday, 9 December 2010

Who Cares!

"Semalam akak nampak ada 4 orang pelajar, kena sekat dek pekerja Security Office (staf uni yang menjaga kebajikan warga uni), " cerita kak Y, seorang postgrad kepada saya sewaktu hendak menunggu solat Maghrib berjemaah.

"Eh, kenapa pula kak? Ada demo ke semalam?" saya pelik, kenapa tiba-tiba pelajar ditahan. Sedangkan kalau berdemo pun, takde lah orang Security buat apa-apa. Paling teruk pun, orang Security kumpul ramai-ramai untuk tunggu dan lihat.

"Akak nampak mereka bawa bendera Palestin je. Tiba-tiba, Security tahan mereka. Terus mereka macam nak berdemo. Tapi lepas tu, orang Security minta maaf," jelas kak Y.

"Oo.. Kalau kat Malaysia, demo ni ada FRU. Tak lepas de.." komen saya.

"Tapi kat Malaysia, demo tak aman. Huru hara jadinya.. Perhimpunan pun perhimpunan haram.." kak Y membetulkan saya.

"Haah, setuju kak. Tapi kat sini pun, sama juga sebenarnya. Isunya bermula bila ada satu kumpulan manusia yang ekstrem cuba mengapi-apikan keadaan. Lalu yang lain pun ikut membara sama la untuk buat huru-hara. Itu yang jadi tak aman. Pasal demo tu haram di Malaysia, mana taknya, da minta untuk dihalalkan kepada Majlis Perbandaran, itu semua, tak juga dibenarkan. Jadilah haram.." seloroh saya.

Don't Shut The Door of Higher Education to Muslim Students


Thursday the 9th of December marks the vote on the coalition government's proposals for higher education.


Nabil Ahmed, President of FOSIS, said today, "This Thursday Britain faces a political day of reckoning for everyone that believes in fairness and accessibility into higher education. Poorer students, with Muslim students in particular, stand to lose out the most - they will be priced out of higher education and we reiterate that the proposed market rates of interest are unethical - they exacerbate debt levels and decrease accessibility for students averse to interest. Since the start of this campaign we have heard from so many young people at the grassroots deterred by the prospect of entering University because of market-rates of interest.


He added, "Progressive alternatives exist - and consultation that was promised has excluded students. We have witnessed how students together with so much of civil society have come together in opposition. Let it be clear - should Liberal Democrat MPs betray their promise to vote against an increase in fees, they can expect a wipe-out of support from students as well as from many Muslim communities in the future."


FOSIS encourages all Muslim students to rally and campaign and continue to get more involved in forceful and direct non-violent action taking place this week against a vote in fees - in particular the day of action this Wednesday and the national demonstration on Thursday.

Tahrema Chowdhury

General Secretary

FOSIS Midlands

Hak Kita Sebagai Rakyat
Ignorance might kills. Betullah perumpamaan ini. Bukan sahaja tidak bertindak, tapi ambil tahu pun tidak.. Itu yang menyebabkan ada pihak yang cuba menindas mereka.

Bagi rakyat Britain, mereka amatlah marah berkenaan kenaikan yuran dari GBP3000 kepada GBP9000. 3 kali ganda. Siapa tak mengamuk..

Malaysia, saya rasa, mempunyai rakyat yang sangat penyabar. Kenaikan minyak, harga air ditangani dengan jiwa tenang. Sesungguhnya bumi Malaysia ini memang diberkati..


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

Tahun Baruku


10 tahun dalam 1 minit 23 saat.

Semalam adalah 1 Muharam. Sekejap sahaja masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, saya sudah berusia 22 tahun 6 bulan mengikut kalendar Hijriyyah. Allahu akbar..

Alhamdulillah tahun lepas, merasa menyambut Awal Muharam di Andalusia. Perbaiki niat untuk hidup di atas muka bumi dan muhasabah diri. Di tanah yang pernah menyaksikan kebangkitan empayar Islam di situ.

Imam Hassan al-Banna menubuhkan Ikhwanul Muslimin ketika usianya adalah 22 tahun. Suatu pertubuhan yang menjadi inspirasi gerakan Islam dunia yang lain, selain Jamiat Islami di Pakistan oleh Maulana al-Maududi.

Apa yang saya mampu buat apabila melangkah ke usia 22 tahun? Masih bersikap kurang matang dalam menilai sesuatu perkara?

Bukan matang sebab tidak bermain salji, tidak bergurau senda dengan kawan-kawan, namun dari kematangan pemikiran dan penilaian.

19 tahun saya terbazir begitu sahaja. Perlu usaha lebih agar dapat tampung kesilapan lama. Tiada erti rehat selagi belum mati.

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nur Suhaila Zulkifli
Nottingham.

Saturday, 4 December 2010

Al-Qasus Fi Sayyidul Ayyam

Solat Jumaat dan Sabar


Alhamdulillah hari ini, berpeluang solat Jumaat di surau Portland Building. Bila duduk di Taman Dunkirk Jaya ni, makin jarang solat di surau. Almaklumlah, rumah dekat je untuk pulang selepas kelas. Sewaktu tahun pertama di sini, memang surau jadi port lepak utama. 


Saya pelik mulanya dulu, muslimat akan memenuhi surau untuk solat Jumaat. Dan saya perhatikan mereka tidak menunaikan solat Zohor lagi selepas itu. Sedangkan, saya diajar waktu PMR dan SPM dulu yang, wanita masih perlu solat Zohor sebab solat Jumaat itu sunat untuk mereka. Saya ingat lagi ajaran itu.


Hati yang ragu-ragu menyebabkan saya tidak mengikuti solat Jumaat itu. Namun setelah ditanya pada Sr Fullah, jawabnya, tak perlu solat Zuhur apabila telah melaksanakan solat Jumaat. Allah.. Kadang-kadang terfikir, 'ajaran' Islam di Malaysia sangat kelihatan susah.


"All good deeds that we did will be given specific rewards. If you are fasting in the day of Arafah, you'll be forgiven for all the sins you've did before and in the future. However, there is one good deed that has uncountable reward for it, which is patience.."


Tergamam saya mendengar khutbah tersebut. Baru pagi tadi, saya mempersoalkan pada diri, tidak mampukah engkau bersabar? Namun, beberapa jam selepas itu, Allah sampaikan peringatan kepada saya. Nyata, bukan hati saya sahaja yang tersentuh dengan khutbah itu. 


The Messenger of Allah saw said, "Strange is the affair of the Mu'min (the believer), verily all his affairs are good for him. If something pleasing befalls him, he thanks (Allah) and it becomes better for him. And if something harmful befalls him, he is patient (sabr) and it becomes better for him. And this is only for the Mu'min."


"The more pious the mukmin is, the harder difficulties he has to face, and the more patient he has to be." 
"Take the challenge and problems as the chance for you to gain His rewards and blessings."
Bersabarlah. Cubaan ini hanya untuk menyucikan dirimu yang berdosa.


*** 
Interfaith Dialogue


Tidak berkesempatan mahu mendengar ceramah ringkas Christian Society (I guessed). Mana taknya, turun sahaja dari surau, ceramah itu baru sahaja berakhir. Namun, berpeluang mengambil dua naskah buku The Case For Christ dan Why On Earth Did Jesus Come? (Ambil jela.. Nak dibacanya entah bila.. Sampai sekarang, Bible yang ada dalam bilik tu buka berapa kali je..)


***
Halaqah bersama Sr Fullah.


Pembelajaran Surah an-Nur, sambungan ayat 27 hingga 29 selama 1 jam. 3 ayat ini menceritakan tentang budi pekerti dan tata susila kita untuk mendatangi orang lain. Baik sama ada datang ke rumahnya, berjumpanya, berbicara dengannya mahupun menelefonnya.



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتاً غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
27. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta
memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu,
supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).


Dua kalimah penting di sini iaitu "tasta'nisu" dan "tusallimu". Tasta'nisu berasal dari perkataan "uns" yang bermaksud untuk merasa senang. Bila diletakkan huruf alif-sin-ta, ia akan membawa makna untuk membuatkan seseorang merasa senang. Yakni merasa seronok untuk melayani kita. Keizinannya kerana rela, bukan terpaksa membuka pintu dan membenarkan kita masuk. 

Bak kata Sr Fullah, "when you feel that sisters are your Muslim Sisterhood, you should consider them more." Ulas Sr Fullah, kebanyakan kita menganggap ukhuwah itu sebagai lesen untuk membolehkan kita menggunakan masa saudara kita itu sesuka hati. Sedangkan setiap individu itu pasti ada masa untuk bersendiri atau tidak mahu diganggu. 

Jika menelefon pada pukul 11.30 tengah malam, bukankah itu telah menceroboh masa peribadinya untuk berehat? Allah telah ciptakan malam untuk berehat dan siang untuk bekerja. Jadi, sebolehnya waktu Isyak (pukul 8 ke atas) hingga Subuh diberikan ruang privasi.

Diceritakan kisahnya berdepan dengan panggilan seorang sahabat pada pukul 7.30 pagi, sedangkan beliau perlu masuk bekerja pada pukul 8.15 pagi. Anak-anak masih perlu diuruskan sarapan mereka. Mengikut pada fiqh keutamaan, beliau perlu mendahulukan anak-anak dan dirinya dahulu. Namun, setelah diberitahu yang beliau tidak lapang, sahabat itu berkeras mahu bercakap pada waktu itu juga. Bukankah kita tidak memikirkan tentang orang lain, bila mana kita menganggap, kerana dia masuk bekerja 8.15 pagi, maka kita menelefon 7.30 pagi?

Cukuplah sekadar tiga kali kita mengetuk pintu rumah atau menelefon sahabat kita itu. Sedangkan Rasulullah saw mengetuk pintu dengan belakang jarinya, bukan seperti ketukan biasa agar tidak mengganggu.


فَإِن لَّمْ تَجِدُوا فِيهَا أَحَداً فَلَا تَدْخُلُوهَا حَتَّى يُؤْذَنَ لَكُمْ وَإِن قِيلَ لَكُمُ ارْجِعُوا فَارْجِعُوا هُوَ أَزْكَى لَكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيم

28. Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah", maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

Apa yang ingin ditekankan di sini adalah, jika tuan rumah itu atau sesiapa yang kita hubungi tidak dapat melayan kita, maka berlapang dadalah untuk pulang. Mungkin waktu itu bukan yang terbaik untuk dirinya. Jangan sesekali berkecil hati dan terlalu memikirkan. Perkataan "azka" membawa maksud penyucian. Seperti zakat yang berasal dari perkataan yang sama. Moga penyucian itu membawa rahmat dari Allah.

Soalan ditanya, adakah patut tuan rumah memberitahu secara terus terang bahawa dia tidak senang dengan kunjungan itu atau berdiam diri dalam keadaan tidak ikhlas? Jawab Sr Fullah, "If your body language already saying that you are not comfortable with the visit, it is better to explain to her and say no. It is better than left her thinking that her visit is not appreciated by you, without knowing the reasons. But please say no in the best way, so that you can express your stand without hurting her feelings."

Soalan yang lain ditanya berkenaan wajarkah apabila seseorang itu bergelar aktivis dakwah, dia 'berhak' dihubungi untuk soal kerja dan sebagainya sedangkan dia ada komitmen akademik?

Jawab Sr Fullah, "Time that been given for the sake of Allah will be blessed. You can feel the blessing through the concentration you may gain in your studies. It doesn't mean that, if you spend 10 hours a day for study, you are concentrating on it full time. Don't take the time of your study to do dakwah, but take those time for you to shop, to watch tv and leisure time for dakwah."

"Don't see the dakwah as a duty but look it as a leisure. The time to let your body release from stress. Besides, if there are more volunteers for Islam, there will less burden carried by those people that involved in it."


لَّيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَدْخُلُوا بُيُوتاً غَيْرَ مَسْكُونَةٍ فِيهَا مَتَاعٌ لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا تَكْتُمُونَ

29. Tidaklah menjadi salah kamu memasuki (dengan tidak meminta izin) mana-mana rumah yang tidak didiami orang, yang ada keperluan kamu padanya; dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.


Rumah-rumah yang tidak didiami orang adalah merujuk pada pasaraya, masjid, pejabat dan sebagainya. Kita tak perlu memberi salam dan menunggu orang membukakan pintu untuk kita. Namun, Sr Fullah mengingatkan, ada tempat yang punya peraturan tersendiri. Contohnya, perlu menunggu dahulu sebelum dipanggil masuk ke bilik pejabat. Jika kita melanggar peraturan tempat itu, kita sudah tidak mengikut akhlak sepatutnya.


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Nur Suhaila Zulkifli 
Nottingham.

Wednesday, 1 December 2010

Ulama' Pewaris Nabi

Bila la nak pandai Bahasa Arab ni kalau asyik guna Google Translate je.. Adei..


Esok kami akan ada Oral Test Arabic. 20% daripada markah modul. Apa yang berbeza kali ini, saya berkumpulan dengan Imaine, seorang Arab Tunisian yang menetap di Perancis dan Azizat, seorang Nigerian. Kedua mereka lebih mahir berbahasa Arab berbanding saya. Waa!! 


Lagi yang berbeza adalah, kami perlu menceritakan tentang buku yang pernah kami baca atau tempat yang pernah kami lawati. Kalau diminta bercerita tentang tempat, sah-sahlah saya akan kitar semula kisah jaulah saya ke Turki yang pernah dibuat dalam Oral Test semestar lepas. Soal buku, saya pilih buku ini..




Sedang mencari-cari hadis yang menyatakan 'ulama' adalah pewaris nabi' lalu terjumpa artikel ini.


Selamat membaca! 


Ulama Pewaris NabiSabtu, 05 Februari 2005 - 02:59:17,  Penulis : Al Ustadz Abu Usamah bin Rawiyah An Nawawi
Kategori : Kajian Utama

Di samping sebagai perantara antara diri-Nya dengan hamba-hamba-Nya, dengan rahmat dan pertolongan-Nya, Allah Subhanahu wa Ta'ala juga menjadikan para ulama sebagai pewaris perbendaharaan ilmu agama. Sehingga, ilmu syariat terus terpelihara kemurniannya sebagaimana awalnya. Oleh karena itu, kematian salah seorang dari mereka mengakibatkan terbukanya fitnah besar bagi muslimin.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mengisyaratkan hal ini dalam sabdanya yang diriwayatkan Abdullah bin ‘Amr ibnul ‘Ash, katanya: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: 

إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعاً يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِباَدِ، وَلَكِنْ بِقَبْضِ الْعُلَماَءِ. حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عاَلِماً اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤُوْساً جُهَّالاً فَسُأِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. Al-Bukhari no. 100 dan Muslim no. 2673)


Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah mengatakan: Asy-Sya’bi berkata: “Tidak akan terjadi hari kiamat sampai ilmu menjadi satu bentuk kejahilan dan kejahilan itu merupakan suatu ilmu. Ini semua termasuk dari terbaliknya gambaran kebenaran (kenyataan) di akhir zaman dan terbaliknya semua urusan.” 

Di dalam Shahih Al-Hakim diriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr secara marfu’ (riwayatnya sampai kepada Rasulullah): “Sesungguhnya termasuk tanda-tanda datangnya hari kiamat adalah direndahkannya para ulama dan diangkatnya orang jahat.” (Jami’ul Ulum wal Hikam, hal. 60)

Meninggalnya seorang yang alim akan menimbulkan bahaya bagi umat. Keadaan ini menunjukkan keberadaan ulama di tengah kaum muslimin akan mendatangkan rahmat dan barakah dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Terlebih Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mengistilahkan mereka dalam sebuah sabdanya:

مَفاَتِيْحُ لِلِخَيْرِ وَمَغاَلِيْقُ لِلشَّرِّ

“Sebagai kunci-kunci untuk membuka segala kebaikan dan sebagai penutup segala bentuk kejahatan.”

Kita telah mengetahui bagaimana kedudukan mereka dalam kehidupan kaum muslimin dan dalam perjalanan kaum muslimin menuju Rabb mereka. Semua ini disebabkan mereka sebagai satu-satunya pewaris para nabi sedangkan para nabi tidak mewariskan sesuatu melainkan ilmu. 

Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-’Utsaimin rahimahullah mengatakan: “Ilmu merupakan warisan para nabi dan para nabi tidak mewariskan dirham dan tidak pula dinar, akan tetapi yang mereka wariskan adalah ilmu. Barangsiapa yang mengambil warisan ilmu tersebut, sungguh dia telah mengambil bagian yang banyak dari warisan para nabi tersebut. Dan engkau sekarang berada pada kurun (abad, red) ke-15, jika engkau termasuk dari ahli ilmu engkau telah mewarisi dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan ini termasuk dari keutamaan-keutamaan yang paling besar.” (Kitabul ‘Ilmi, hal. 16)

Dari sini kita ketahui bahwa para ulama itu adalah orang-orang pilihan. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

ثُمَّ أَوْرَثْناَ الْكِتاَبَ الَّذِيْنَ اصْطَفَيْناَ مِنْ عِباَدِناَ

“Kemudian kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba kami.” (Fathir: 32)


Ibnu Katsir rahimahullah menyatakan: Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: “Kemudian Kami menjadikan orang-orang yang menegakkan (mengamalkan) Al-Kitab (Al-Quran) yang agung sebagai pembenar terhadap kitab-kitab yang terdahulu yaitu orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, mereka adalah dari umat ini.” (Tafsir Ibnu Katsir, 3/577)

Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan: “Ayat ini sebagai syahid (penguat) terhadap hadits yang berbunyi Al-’Ulama waratsatil anbiya (ulama adalah pewaris para nabi).” (Fathul Bari, 1/83)

Al-Imam Asy-Syaukani rahimahullah mengatakan: Maknanya adalah: “Kami telah mewariskan kepada orang-orang yang telah Kami pilih dari hamba-hamba Kami yaitu Al-Kitab (Al-Qur’an). Dan Kami telah tentukan dengan cara mewariskan kitab ini kepada para ulama dari umat engkau wahai Muhammad yang telah Kami turunkan kepadamu… dan tidak ada keraguan bahwa ulama umat ini adalah para shahabat dan orang-orang setelah mereka. Sungguh Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memuliakan mereka atas seluruh hamba dan Allah Subhanahu wa Ta'ala menjadikan mereka sebagai umat di tengah-tengah agar mereka menjadi saksi atas sekalian manusia, mereka mendapat kemuliaan demikian karena mereka umat nabi yang terbaik dan sayyid bani Adam.” (Fathul Qadir, hal. 1418)

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.”
 (Hadits ini diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidzi di dalam Sunan beliau no. 2681, Ahmad di dalam Musnad-nya (5/169), Ad-Darimi di dalam Sunan-nya (1/98), Abu Dawud no. 3641, Ibnu Majah di dalam Muqaddimahnya dan dishahihkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Hibban. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah mengatakan: “Haditsnya shahih.” Lihat kitab Shahih Sunan Abu Dawud no. 3096, Shahih Sunan At-Tirmidzi no. 2159, Shahih Sunan Ibnu Majah no. 182, dan Shahih At-Targhib, 1/33/68)

Asy-Syaikh Zaid bin Muhammad bin Hadi Al-Madkhali mengatakan: “Kebijaksanaan Allah atas makhluk-Nya dan kekuasaan-Nya yang mutlak atas mereka. Maka barang siapa yang mendapat hidayah maka itu wujud fadhilah (keutamaan) dari Allah dan bentuk rahmat-Nya. Barangsiapa yang menjadi tersesat, maka itu dengan keadilan Allah dan hikmah-Nya atas orang tersebut. Sungguh para pengikut nabi dan rasul menyeru pula sebagaimana seruan mereka. Mereka itulah para ulama dan orang-orang yang beramal shalih pada setiap zaman dan tempat, sebab mereka adalah pewaris ilmu para nabi dan orang-orang yang berpegang dengan sunnah-sunnah mereka. Sungguh Allah telah menegakkan hujjah melalui mereka atas setiap umat dan suatu kaum dan Allah merahmati dengan mereka suatu kaum dan umat. Mereka pantas mendapatkan pujian yang baik dari generasi yang datang sesudah mereka dan ucapan-ucapan yang penuh dengan kejujuran dan doa-doa yang barakah atas perjuangan dan pengorbanan mereka. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya atas mereka dan semoga mereka mendapatkan balasan yang lebih dan derajat yang tinggi.” (Al-Manhaj Al-Qawim fi At-Taassi bi Ar-Rasul Al-Karim hal. 15)

Asy-Syaikh Shalih Fauzan mengatakan: “Kita wajib memuliakan ulama muslimin karena mereka adalah pewaris para nabi, maka meremehkan mereka termasuk meremehkan kedudukan dan warisan yang mereka ambil dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam serta meremehkan ilmu yang mereka bawa. Barangsiapa terjatuh dalam perbuatan ini tentu mereka akan lebih meremehkan kaum muslimin. Ulama adalah orang yang wajib kita hormati karena kedudukan mereka di tengah-tengah umat dan tugas yang mereka emban untuk kemaslahatan Islam dan muslimin. Kalau mereka tidak mempercayai ulama, lalu kepada siapa mereka percaya. Kalau kepercayaan telah menghilang dari ulama, lalu kepada siapa kaum muslimin mengembalikan semua problem hidup mereka dan untuk menjelaskan hukum-hukum syariat, maka di saat itulah akan terjadi kebimbangan dan terjadinya huru-hara.” (Al-Ajwibah Al-Mufidah, hal. 140)

Wallahu a’lam.

sumber


Mereka Akan Takutkan Kematian Kita Sama Seperti Kehidupan Kita
Kata-kata Suleyman Hilmi Tunahan, ulama' Turki yang merupakan cicit kepada Sultan Muhamad al-Fatih dan  punya susur galur bersambung dengan Rasulullah saw. 


Terduduk saya menangisi cara kematian Imam Hassan al-Banna. Suatu petang pada 1949, seorang lelaki telah menembak beliau dan abang iparnya yang ketika itu baru memasuki kereta untuk pulang dari suatu perjumpaan. 6 das tembakan hasil dari bedah siasat, salah satunya menembusi dadanya. Namun menurut abang iparnya yang terselamat, Imam Hassan al-Banna masih dalam keadaan baik sebelum mereka terpisah apabila Imam Hassan al-Banna dirawat. 


Ada konspirasi menyatakan, Imam Hassan al-Banna dibunuh bukan kerana peluru itu, namun kerana ada musuh Islam yang menyelinap masuk ke hospital tersebut. 


Yang lebih menyayat hati, sewaktu jenazah Imam Hassan al-Banna dibawa pulang ke rumah, tiada seorang pun yang dibenarkan melawat jenazah beliau. Malah yang memandikan beliau hanya bapanya, kerana di rumah itu, hanya tinggal ahli keluarga perempuan dan bapanya sahaja. Ahli keluarga perempuanlah juga yang mengangkat jenazah beliau. Di masjid, tiada seorang pun yang ada. Bapanya seorang menyembahyangkan jenazah ulama' itu dengan iringan air mata.


sumber: buku kecil di dalam masjid muslimat, Portland. 
(boleh baca di sini, meskipun tidak selengkap dalam buku yang saya baca)


Allah Allah Allah..


Kau jadikanlah hatiku lembut agar mudah tersentuh dengan hikmah terlibat dengan perjuangan ini dan Kau kentalkanlah jiwaku agar kukuh berdiri menjulang kalimahMu di muka bumi..


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Nur Suhaila Zulkifli 
Nottingham.

Sentuhan Terakhir

"Am nak sentuh Ros..", pilu si suami menuturkan kata. Melihat sekujur jasad di hadapannya. Insan yang dinikahi dulunya, insan yang...