Sunday, 12 June 2016

Dana Patuh Syariah KWSP

Dana patuh syariah KWSP? Ya. Seperti dijanjikan, KWSP akan melancarkan dana patuh syariah pada Januari 2017. Dan the good news is, permohonan itu telah pun dibuka!

Kenapa perlu ada permohonan? Kerana dana patuh syariah ini terhad hanya sehingga RM100 billion ke RM120 billion dari keseluruhan dana dalam KWSP. Jadi, siapa cepat, dia dapatla!

Bagaimana kalau kuota telah penuh atau permohonan tidak diluluskan? Haa, tak dapek la den nak menolong yo, jang.. Terpakso eah la poie borsihkan 60% dividen tak patuh syariah tu nanti (mulai dari tahun 2010). (Lihat gambar)

Apa yang saya boleh nasihatkan, minimakan jumlah simpanan anda dalam KWSP. Dividen memang diisytihar hujung tahun, tapi dikira mengikut setiap bulan. Dan setiap bulan bila makin bertambah simpanan dalam KWSP, maka makin banyak la faedah riba kita. 

Jadi, mana boleh keluarkan, keluarkan segera. Contoh:
1) kekalkan caruman majikan yang 8%, bukan 11%.

2) Kalau ada beli rumah, boleh buat pengeluaran untuk membayar ansurans rumah (duit ni guna untuk bayar ansurans pinjaman, duit gaji yang dulunya guna untuk bayar pinjaman jangan dibuek poie joli pulak. Kono simpan!)

3) Cukup umur boleh keluarkan duit, silalah berbuat demikian. Akaun 2 umur 50. Akaun 1 umur 55. Segerakan berbuka, gitu. Jangan tangguh. Apa-apa hal jadi pada kita, contohnya kematian, ikut Fatwa Kebangsaan, duit KWSP kita akan dibahagikan ikut faraid. Penama yang kita 'wasiatkan' tak dapat apa pun. Sekadar pentadbir harta. Bukan pewaris. Same applies to Tabung Haji, even. Link komplikasi fatwa berkenaan KWSP: http://khazanah-fiqh.blogspot.my/2011/01/kwsp-adakah-masuk-dalam-harta.html?m=1

4) Beruntunglah siapa yang ambil skim berpencen (den salah sorang yo). 100% duit simpanan dalam KWSP dapat diselamatkan dari hanyut dilanda banjir. Hi3. Tapi tu pun kena semak juga, memang RM0.00 ke dalam KWSP kita?Saya ada kawan (sebaya mak saya sebenarnya). Ambil skim pencen, duit da dikeluarkan, tapi bila bantu beliau semak penyata 2016 KWSP, ada RM2600 berbaki. Tak tahu masa bila masuk. Sedangkan 2015 dan tahun sebelum-sebelumnya, da ada dividen diisytiharkan ke atas simpanan seciput itu. Seciput pun, kena juga bersihkan sebab riba tu.

5) Haa, yang satu ni, ramai tak tahu. Yang tahu pun, mungkin tak ambil pusing. Akaun 1 anda. Ya, 20% dari simpanan asas boleh dikeluarkan dan disimpan dalam dana yang diluluskan KWSP. Dan sudah banyak dana patuh syariah yang wujud di Malaysia ini. Nampak sikit 20% sahaja. Tapi kalau setiap tiga bulan dapat keluarkan paling kurang RM1000, setahun da RM4000 selamat. Nak harapkan diri sendiri menabung sampai RM4000 setahun, saya sendiri terbatuk-batuk (tepuk dahi sendiri):p

Ramai mungkin tak ambil pusing duit simpanan kita dalam KWSP. Mungkin sebab KWSP sangat menjaga duit kita hingga kita sendiri tak boleh keluarkan melainkan sebab yang sangat kukuh. Jadi, kita pun malas nak ambil pusing dan menunggu sehingga umur 55. Tapi sampaikah kita pada umur itu? Apa akan jadi, jika ketika tiba umur 55 itu, kita terlupa membersihkan faedah riba yang kita terima. Nilainya pada ketika itu, mungkin sudah mencecah belas ribu. Moga Allah sentiasa melahirkan rasa takut kita pada bahana riba ini.

Bertindaklah segera. Mohon dana patuh syariah KWSP ini, atau cari cara alternatif yang saya cadangkan di atas. Cuma kena ingat satu perkara, dana patuh syariah KWSP ini tidak menjanjikan dividen serendah 2.5% lagi da. Jadi, ia boleh jadi lebih rendah atau lebih tinggi dari itu. Tapi jangan risau, dividen sebenar tak sampai 2.5% pun, nanti akan ada 'lubuk' lain boleh diselam untuk selamatkan dana ini. Selagi kerajaan masih 'selamat'.

Bebaskan KWSP dari Pelaburan Tidak Patuh Syariah

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/40038-bebaskan-kwsp-dari-pelaburan-tidak-patuh-syariah

#celikharta
#hartaduniasahamakhirat
#sayaperundingunitamanahberlesen

"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."

Nur Suhaila Zulkifli
Masjid Tanah

Saturday, 4 June 2016

Misi Negara Berkebajikan

Cerita hujung minggu lepas. Sepetang di pusat bandaraya, mengagihkan makanan dan pakaian percuma kepada gelandangan.

Esoknya, ziarah 5 buah rumah, mengagihkan beras fidyah kiriman sahabat-sahabat dan barang keperluan dapur lain sekitar Teluk Kemang. Ditemani my very great great senior- 1st batch Form 1 Sekolah Seri Puteri@ Jalan Kolam Ayer. Sungguh tak sangka, ada sahabat sefikrah yang lahir pada zaman paling sekular di sekolah ini.

Satu soalan ringkas yang masih bergiang di cuping telinga waktu menziarahi seorang makcik keseorangan dan sudah kurang penglihatan dan pendengaran. "Mak ada lagi?" Soalan yang melarutkan fikiran saya dengan berbagai persoalan dan menimbulkan satu keinsafan yang mendalam.

Hari ini, misi kebajikan diteruskan. Sepatutnya ada 4 rumah diziarahi. 45kg beras perlu diagihkan. Tapi cuma dapat 3 rumah sahaja. Satu rumah tersilap tempat. Patutnya ke selatan, kami ke utara. Bukan Kg Sawah Rantau atau Kg Sawah Chuah, tapi Kg Sawah Sunggala. Aduh, tak terlintas langsung PD ada dua Kg Sawah:p

Ujian Allah bagi untuk menguji kesungguhan hambaNya. Moga dipermudahkan esok. 2 rumah berbaki.

Wednesday, 1 June 2016

Too Good To Be True?

Untuk mengatakan pelaburan dalam unit amanah mendatangkan kerugian kepada 80% unitholdernya berbanding KWSP bagaikan membuat kesimpulan terlalu awal tanpa perincian data dan analisis. (Kalau orang yang biasa menilai kertas kajian, mesti akan bebel sebab buat kesimpulan tiada bukti. Saya da pernah kena sekali. Hu3).

Berapa tahun tahap pencapaian dalam unit amanah yang dibandingkan itu? Berapa lamakah pemegang Akaun KWSP itu telah menyimpan dalam unit amanah? Apakah jenis dana yang dibandingkan juga? Haa, ni baru generasi Y yang tanya. In shaa Allah yang lebih pakar lagi banyak boleh tanya.

Banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan klien memperolehi keuntungan yang lebih atau tidak berbanding KWSP.

Jika klien ikut 4 peraturan utama yang unit trust managing company (UTMC) tekankan, in syaa Allah, keuntungan (dividen) purata tahunan yang diperolehi lebih dari KWSP jika klien melabur dalam jangka masa panjang (5 tahun ke atas). Nak bukti, saya boleh tunjuk^^.

Here all the four rules. Baca baik-baiiikkk...
1. Tempoh simpanan itu mesti lebih dari 3 tahun dan ke atas. Lagi lama lagi bagus untuk mengumpul unit dan menurunkan nilai harga purata belian. Kalau nak simpan sekejap, simpan dalam Tabung Haji jela.

2. Sentiasa melabur tanpa mengira keadaan pasaran sebab kita akan dapat nilai purata yang stabil (baca: dollar/ringgit cost averaging). Pasaran merudum, harga unit saham murah. Pasaran meningkat, dividen dapat banyak. Dua-dua untung..

3. Sentiasa ikuti perkembangan pelaburan supaya kita dapat tahu sama ada pelaburan perlu dikaji semula atau tidak. Ini tugas yang dibuat oleh pakar-pakar bernama fund manager di UTMC atau unit trust consultant kita. Sebagai pelabur, anda tak perlu susah-susah. Jadi to say we should have financial literacy first before we invest, seems like underestimating our chances to achieve further. Kelebihan unit amanah adalah orang yang menguruskan dana adalah pakar-pakar yang punya diverse experience and knowledge, financially literate, to represent the investors. Bak kata pelatih saya, fund manager ni orang-orang berambut putih di HQ tu. Kalau ada rambut (kalau ada), mungkin rupa ala-ala Albert Einstein la kot. No offense yeah:p

4. Exit when the target are met, contohnya nilai pelaburan telah capai jumlah yang mencukupi untuk persaraan yang bergaya, menaja pengajian, membeli rumah dan sebagainya. Nak simpan duit untuk kahwin pun bulehh. Set your own goals for your money. Sebelum melabur pun, memang pelabur akan ditanya apa objektif pelaburan anda.
Ada kawan saya, simpan dalam unit amanah pada 2003. Sekarang da keluarkan sebab da cukup untuk ubahsuai rumah. Saya macam Wow! Tambah-tambah lepas ekonomi merudum tahun 2008, rata-rata dana ekuiti unit amanah dapat pulangan 20% ke atas pada 2009. Banyak tuuu.. Siap dia tanya, sekarang apa dana yang bagus. Ha, nak menyimpan lagi la tuuuu^^

For this issues, KWSP sendiri turut menjalankan pelaburan. Umum tahu, lagi banyak dana yang dilaburkan, lagi banyak keuntungan yang dapat, lagi banyak dividen dapat diisytiharkan kepada pencarum. Jika pencarum mengeluarkan duit simpanan KWSPnya untuk dilaburkan ke unit amanah, akan berkuranglah aset di bawah seliaan KWSP, dan ini akan mengurangkan pelaburan dan pendapatan KWSP. Just put ourselves in their shoes. We'll think alike.

Keadaan ekonomi semasa beberapa tahun kebelakangan ini memang diakui memberi impak negatif pada semua pelaburan. Termasuk KWSP dan unit amanah. Baitulmal sendiri pun terpaksa mengurangkan pengagihan bantuan kepada asnaf kerana kutipan zakat dari syarikat-syarikat telah berkurang.

Sewajarnya waktu pasaran merudum inilah, kita mula melabur kerana harga unit sedang murah. On sale!! Ada yang taknak ke:p

Pada saya, perkara yang paling pokok adalah mencari jalan yang halal dan patuh syariah, regardless dividen yang bakal diterima. Kalau kita boleh tutup akaun konvensional yang menjanjikan lebih banyak interest setiap bulan dan buka akaun islamik yang dividennya tak cukup pun nak beli aiskrim Malaysia, in shaa Allah kita boleh berlapang dada pada pelaburan yang patuh syariah juga. Dan perlu diingat juga, keuntungan yang diperolehi KWSP perlu dibersihkan selepas kita boleh mengeluarkannya pada usia 55 tahun kerana sebahagiannya adalah riba. Jadi, kat mana untungnya tu?

Tepuk dada, tanya iman. Tengok Akaun 1 anda,  bijaklah membuat pilihan :p

Only A Fifth of Those Who Invested EPF Funds in Unit Trusts Had It

#celikharta

#hartaduniasahamakhirat

#sayaperundingunitamanahberlesen

Tips Nak Jadi Jutawan Tanpa Guna Cash

Sebenarnya ramai masih tak tahu, akaun 1 €PF tu boleh jadikan kita kaya-raya. Selain pengeluaran masa umur 55 nanti, ada SATU lagi cara nak ...